Zila Seeron Mengaku Salah

Zila Seeron Mengaku Salah


Bekas isteri Along Cham iaitu Zila Seeron mengaku bersalah kerana berdua-duaan dengan bukan mahram iaitu seorang pengurus syarikat, Mohd Khairul Azizi.

Pasangan ini masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada Khamis kerana berkhaIwat.

Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Syarie Azzeman Omar selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan yang dilakukan pada Ogos lalu.

Zila dan Mohd Khairul Azizi Burhanudin yang bukan suami-isteri ditangkap di rumah lelaki itu di Blok A-15-2,  Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil di sini, antara pukul 6.55 pagi sehingga 7.13 pagi, pada 13 Ogos 2016.

Zila Seeron bagaimanapun telah merayu kepada mahkamah agar dikenakan hukuman ringan dengan alasan baru saja bekerja dan tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Ini rayuan Zila:

"Saya minta diringankan hukuman kerana saya baru sahaja bekerja dan gaji tidak mencukupi,"

Pasangan Zila, Khairul Azizi juga memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung anak dan menyesal dengan kesalahan yang dilakukan.

Akhirnya, kedua-dua mereka telah membayar denda.

Zila Seeron sebelum ini telah berceraidengan Along Cham setelah 6 tahun bersama sebagai suami isteri.

Mereka berdua dikurnaikan seorang anak lelaki iaitu Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.

0 comments:

Post a Comment