Monday, October 24, 2016

9 GAMBAR: Hospital Sultanah Aminah Di Johor Terbakar

9 GAMBAR: Hospital Sultanah Aminah Di Johor Terbakar



Berita terkini yang baru diterima dan kini sedang gempar diperkatakan.

Hospital Sultanah Aminah atau HSA di Johor telah mengalami kebakaran sebentar tadi.

Keadaan menjadi gempar apabila tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan terbakar.

Menurut laporan awal, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi, wad ICU dua tingkat  telah terbakar.

Para pesakit kini sedang diselamatkan dan dibawa turun oleh para pekerja hospital.

Mereka kini ditempatkan di tempat parkir yang merupakan tapak berhimpun untuk kecemasan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap.

Operasi masih diteruskan dan sehingga kini masih belum ada laporan rasmi daripada pihak polis, bomba dan Jabatan Kesihatan Negeri berhubung kejadian berkenaan.

Keadaan Terkini boleh lihat di sini (UPDATE TERKINI)

Ini gambarnya:











0 comments:

Post a Comment