Monday, October 17, 2016

Inilah Status Terakhir Mangsa Bunuh Kekasih Adik

Inilah Mesej Terakhir Mangsa Bunuh Kekasih Adik


Sesungguhnya kasih sayang abang hingga ke penghujung nyawa. Itulah yang berlaku ke atas seorang abang bernama Shukri yang maut ditikam kekasih adik perempuannya.

Sebenarnya si abang sememangnya berusaha keras untuk memastikan si adik tidak ditipu lelaki tersebut (suspek) yang sebenarnya sudah berkahwin sebelum ini.

Kata isteri mangsa, si abang memang menyayangi keluarga dan sentiasa mengambil berat terhadap keluarga.

Malah dalam status terkahirnya di laman facebook, mangsa sibuk mencari penyelesaian untuk membuktikan kekasih adiknya itu seorang yang pembohong.

Muhamad Shukri (mangsa) pernah menulis status di akaun Facebook miliknya, Ayie Lc dan mencari isteri kekasih adiknya.

Dia kemudiannya mengemas kini entri berkenaan pada 16 September.

Menerusi status berkenaan, dia minta sesiapa mengenali isteri teman lelaki adiknya itu supaya dapat menghubungi nombor telefon yang disertakannya.

Kekasih adiknya lebih dikenali sebagai nama Awang oleh orang kampung.

Ini tulisnya:

"Minta maaf kepada yang mengenali Awang dan isterinya..saya bukan nakrosakkan rumah tangga kamu, tapi nak selamatkan adik saya yang bingai percaya kata Awang ni.

"Saya nak cari bini Awang ni supaya masalah ini diselesaikan secepat mungkin,"


Itu merupakan status terkahir mangsa sebelum berjaya mendapat pengesahan dari Pejabat Agama Islam bahawa Awang sememangnya dah berkahwin.

Ini statusnya itu:

0 comments:

Post a Comment