Isteri Pertama Dan Isteri Kedua Masih Belum Berjumpa - Dedah Adi Putra


Isteri Pertama Dan Isteri Kedua Masih Belum Berjumpa - Dedah Adi Putra


Pelakon popular Adi Putra pernah menjadi tumpuan apabila kisahnya berkahwin dua tersebar di laman sosial.

Namun ramai yang perasan, setelah mengaku berkahwin dua, Adi tidak pernah memuatnaik gambar isteri keduanya di laman sosial Instagram.

Ramai yang tertanya-tanya tentang hal ini.

Apabila diajukan soalan berkenaan kepada Adi, dia dengan tenang berkata lebih baik untuk beliau membimbing isterinya daripada terlalu sibuk dengan media sosial.

Ini komennya:

Lagipun, antara media sosial dan solat, mana yang lebih wajib? Lebih baik saya bimbing isteri saya ke arah yang lebih baik daripada sibuk dengan media sosial. Dalam hal ini, kita kena ingat, ia bukan saja membabitkan kedua-dua isteri, tetapi juga ibu bapa kedua-dua belah pihak. Perkara itu yang saya kena jaga.

Satu lagi persoalan yang bermain di minda orang ramai ialah adakah isteri Adi Putra pernah berjumpa antara satu sama lain.

Adi Putra menjelaskan, isteri pertama Aida Yusof dan kedua Nor Shahida Zolkifly masing-masing belum lagi berjumpa, malah biarlah masa menentukannya.

Pelakon ini tidak mahu terlalu memaksa isteri-isterinya.

Ini kata Adi:

Saya tidak gemar mengatur atau membuat perancangan dan lebih selesa membiarkan sesuatu itu berlaku dengan sendirinya. Biarlah kehidupan ini berjalan seperti air yang mengalir.

Sumber: BeritaHarian

0 comments:

Post a Comment