Kerana Nelydia Senrose, Elly Mazlein Mengamuk Sakan - Bekas Suami

Kerana Nelydia Senrose, Elly Mazlein Mengamuk Sakan


Azmi Hatta mendedahkan kisah yang berlaku kepada dirinya yang pernah dipukul Elly Mazlein di dalam kereta.

Pengarah ini memberitahu, bekas isterinya iaitu Elly Mazlein seorang yang cemburu dan amat melamlau cemburunya.

Penyanyi ini yang kini sedang menyertai rancangan Gegar Vaganza dikatakan memukul Azmi Hatta kerana cemburu dengan pelakon jelita Nelydia Senrose.

Ini pendedahan dari Azmi Hatta: (mStar)

"Dia (Elly) serang saya di set penggambaran drama kerana cemburu dengan Nelydia Senrose.

"Nelydia ketika itu menjadi pelakon utama,"

"Kami tidak henti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat.."

"Baju saya ditarik sehingga koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang menyerang di lokasi semata-mata cemburukan Nelydia," 

Itulah yang didedahkan oleh Azmi Hatta.

0 comments:

Post a Comment