AKHIRNYA... Song Ji Hyo Dan Jong Kook Umum Tinggalkan Runningman

AKHIRNYA... Song Ji Hyo Dan Jong Kook Umum Tinggalkan Running Man



Rancangan realiti hiburan Runningman merupakan rancangan yang amat popular di Asia termasuk negara Malaysia.

Ini senarai peserta asal yang terlibat:

Yoo Jae Suk, 
Ji Suk Jin, 
Haha 
Lee Kwang Soo.
Kang Gary (umum berhenti)
Song Ji Hyo
Jong Kook

Sebelum ini peminat bersedih apabila Kang Gary mengambil keputusan untuk berhenti terlibat dengan program Running Man.

Namun hari ini satu berita lagi sedih apabila ada lagi ahli yang akan meninggalkan Runningman.

Nampaknya rancangan ini akan terus kehilangan ahli asal menjelang tahun baru 2017.

Kali ini dua superstar yang mempuyai ramai peminat iaaitu  Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook mengesahkan yang mereka bakal meninggalkan program Running Man.

Pihak agensi Song Ji Hyo mengatakan keputusan ini sudah lama dibincangkan atas alasan kesibukan jadual pelakon itu.

Tarikh sebenar rakaman terakhir Song Ji Hyo bersama Running Man masih belum diketahui namun khabarnya Kim Jong Kook akan menjalani penggambaran terakhir bersama program ini pada minggu hadapan.

Ahli asal Running Man yang tinggal kini adalah Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha dan Lee Kwang Soo.

Menurut mereka yang terlibat dalam industri, Running Man khabarnya akan menerima suntikan baru dari segi konsep seawal Januari 2017.

Antaranya ialah ianya bakal menampilkan seteru kuat Yoo Jae Suk iaitu Kang Ho Dong sebagai ahli baru.

0 comments:

Post a Comment