Gambar Tunang Ummi Nazeera Yang Kacak

Gambar Tunang Ummi Nazeera Yang Kacak



Hari ini kecoh di laman sosial milik pelakon jelita Ummi Nazeera mengatakan dia kini sudah bertunang.

Melalui laman Instagram miliknya, ramai yang mengucapkan selamat bertunang kepada Ummi Nazeera.

Ini pula laporan dari BeautifulNara tentang hal ini:

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Abang Nara mendapat perkhabaran yang Ummi Nazeera telah pun selamat bertunang. Namun berita ini belum disahihkan oleh empunya badan lagi.

Akan tetapi ucapan tahniah telah mula membanjiri Instagram Ummi Nazeera.

Desas-desus ini telah dikuatkan lagi apabila Ummi Nazeera telah memuatnaik gambar dengan caption “Rehearsal #mogadiiringRestu” menerusi akaun Instagramnya.

Berikut adalah gambar Ummi Nazeera di samping seorang lelaki yang telah dikirimkan kepada Abang Nara. 


Kemungkinan besar lelaki tersebut adalah tunangnya. Memang sama cantik dan sama padan.

Sekiranya berita ini adalah benar, tahniah diucapkan kepada Ummi Nazeera dan pasangannya. Semoga pertunangan ini dirahmati dan akan berakhir ke jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan. Tahniah Ummi dan pasangan.


Apapun nanti kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak Ummi sendiri.


0 comments:

Post a Comment