Siapa Sebenarnya BUNTAT? Ini Biodata Lengkap Buntat Yang Ramai Tak Tahu


Siapa Sebenarnya BUNTAT? Ini Biodata Lengkap Buntat Yang Ramai Tak Tahu


Nama Buntat tiba-tiba menjadi popular akhir-akhir ini.

Mungkin ramai yang tak kenal terutama mereka yang tak layan drama TV3.

Namun penuh di Facebook tentang kisah Buntat ni sampai ada yang sedih apabila Buntat meninggal dunia.

Sebenarnya Buntat ni adalah nama lakonan seorang budak dalam sebuah drama TV3.

Ini biodata pelakonnya:

Nama Penuh : Mohd Ariff sebagai Buntat
Umur : 12 Tahun
Drama : 7 Hari Mencintaiku
Filem : Jibam (2017)
Asal : Jitra Kedah

Ariff atau lebih mesra dikenali Buntat merupakan anak seorang pemilik kedai roti canai yang bernama Pak Mutalib Jitra.





Sememangnya Buntat berbakat besar di dalam dunia lakonan. Drama "7 Hari Mencitaiku" telah menaikkan nama Buntat sebagai pelakon cilik yang hebat.

Ini sediit info drama 7 Hari Mencintaiku

TAJUK DRAMA : 7 HARI MENCINTAIKU

EPISOD : 28 Episod semuanya
TARIKH ATAU MASA : 07 November 2016
SIARAN : Menerusi Slot Akasia TV3
NOVELIS : Siti Rosmizah
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PARA PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Saleha, Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila Bakarin, Zarynn Min

WATAK -WATAK PELAKON

Shukri Yahaya memegang watak sebagai Khuzairi
Siti Saleha memegang watak sebagai Mia Adriana
Ungku Hariz memegang watak sebagai Khalil



SINOPSIS DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU

Drama ini mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam-diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha).

Cinta pandang pertama telah menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun begitu sifat angkuh dan sombong gadis ini telah menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hamapun jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Mia Adriana pula bagaikan lupa, hidup ini adalah ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombonganya itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta seoorang lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana adalah merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya iaitu Dato Megat Idrus. Mia yang telah pun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun begitu oleh kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis.

Khalil yang tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil telah menikahi Rita kerana inginkan duit.

Dato Megat yang diserang sakit jantung, telah meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun dia hanya mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulah kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang telah menjadi kebencian Mak Leha, iaitu mak tiri Khuzairi.

Ingin tahu lebih lanjut kena tengok lah drama ini di TV3.

0 comments:

Post a Comment