Sunday, January 31, 2016

Jersi Kelantan: Datuk Vida Sedia Saman RM1 Juta


Jersi Kelantan: Datuk Vida Sedia Saman RM1 Juta


Datuk Seri Vida, pemilik syarikatVida Beauty Sdn Bhd yang merupakan penaja utama pasukan bola sepak Kelantan, telah tampil memberi amaran keras kepada mereka yang ingin menciplak jersi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

Beliau berkata tindakan saman sehingga RM1 juta akan dikenakan terhadap pihak yang cuba meniru logo rasmi pasukan, termasuk nama produknya seperti Pamoga.

Kata Datuk Vida lagi, untuk mengelakkan jersi baru Kelantan itu ciplak, gambarnya tidak dipamerkan di media sosial sehinggalah ianya dilancarkan secara rasmi.

Ini komennya:

“Saya akan lancarkan dua versi jersi dengan 20,000 helai akan dikeluarkan untuk edisi pertama pada 12 Februari nanti.

“Jersi tradisi Kelantan merah-putih akan digunakan bagi perlawanan tempat sendiri. Jersi merah jambu-hitam dan biru-putih pula akan digunakan di tempat lawan,” 

Sumber: metro


Bekas Isteri Kedua Salih Yaacob Tampil Dedah Perkara Sebenar


Bekas Isteri Kedua Salih Yaacob Tampil Dedah Perkara Sebenar


Baru-baru ini kecoh sedikit tentang kes penceraian Salih Yaacob dengan isteri keduanya yang bernama Raha.

Salih sebelum ini tidak menafikan mungkin timbul isu orang ketiga yang menjadi punca penceraian mereka berdua terutama setelah Raha dikatakan menghadiri majlis reunion dengan rakan rakannya.

Kini bekas isteri Salih Yaacob pula tampil memberi kenyatannnya untuk menepis segala dakwaan dari bekas suaminya itu.

Kata Nor Raha, ianya bukan kerana majlis reunion tersebut tetapi kerana perkara yang sudah lama dipendam malah Salih juga tidak pulang ke rumah selama dua bulan selepas hasrat untuk berpisah diutarakan kepada bekas suaminya itu.

Ini komen Raha:

“Selepas saya luahkan hasrat untuk berpisah, dia terus mendiamkan diri selama dua bulan. Sepanjang tempoh itu juga, dia langsung tidak menghubungi saya untuk bertanyakan khabar.

“Malah saya juga tidak ada menerima apa-apa mesej atau WhatsApp daripadanya. Dia juga langsung tak balik ke rumah ketika itu.

“Sehinggalah saya betul-betul rasakan sudah tiba masanya dan minta untuk dilepaskan, maka kami berpisah secara rasmi pada 1 September tahun lepas,” 

“Majlis perjumpaan itu baru sahaja dalam dua bulan kebelakangan ini. Saya menyangkal dakwaan yang mengatakan punca penceraian ini mempunyai kaitan dengan ‘reunion’ mahupun kehadiran orang ketiga.

“Saya memang tidak pernah ada hubungan dengan mana mana lelaki lain sepanjang bergelar isterinya. Soal berkawan dengan lelaki yang kini menjadi suami baharu saya, ia berlaku selepas saya sah bercerai.

“Sepanjang saya masih isterinya yang sah memang tidak ada apa apa hubungan lain. Jadi tidak timbul isu orang ketiga,” 

Itulah penjelasan dari Raha.
Thursday, January 28, 2016

Ini Komen Panas Iqram Dinzly Setelah Kantoi Gambar Dengan Uqasha Senrose


Ini Komen Panas Iqram Dinzly Setelah Kantoi Gambar Dengan Uqasha Senrose


Iqram Dinzly menjadi bahan bualan orang ramai apabila kantoi bergambar dengan Uqasha Senrose ketika bercuti bersama di Thailand.

Pelakon ini menganggap gambar percutiannya bersama Uqasha Senrose yang turut menyaksikan pelakon wanita itu membuka tudung adalah satu ujian besar dalam dirinya.

Ini komennya:

"Saya minta maaf, saya hanya mampu katakan no comment mengenai gambar percutian itu dan tidak boleh beri kerjasama.

"Sahih atau tidak sahih, biarlah Allah menghukumnya kerana kita sebagai manusia sesama manusia seharusnya sebaik mungkin menutup aib sendiri, inikan pula aib orang lain.

"Saya bukan malaikat mahupun maksom kerana kita manusia sentiasa diuji dan diduga,"


"Saya juga berharap perkara ini tidak terus diperbesarkan. Biarlah apa pun persepsi orang, apa orang nak katakan.

"Andai terjatuh fitnah sekalipun, sebagai hamba Allah saya tetap memaafkan insan itu dan terima kasih kerana prihatin," 


Sebelum ini, beberapa keping gambar menjadi kontroversi yang memperlihatkan Uqasha tidak berhijab dan berpakaian tak menutup aurat bersama adik-adik yang lain dan juga Iqram Dinzly.

Tambah Iqram, dia berharap perkara tersebut tidak terus diperbesarkan kerana ia merupakan hak dan privasi buat dirinya.

Gosip percintaanya dengan aktres tersebut tersebar sejak pertengahan tahun lalu, namun kedua-duanya menafikan perkara tersebut.

Sumber: mStar

(Takziah) Salih Yaacob Sah Bercerai Dengan Isteri Kedua

(Takziah) Salih Yaacob Sah Bercerai Dengan Isteri Kedua


Pelawak, deejay radio dan pelakon popular Salih Yaacob kini akui telah bercerai dengan isteri keduanya Nor Raha Hamad pada Aidilfitri tahun lalu.

Bagi Salih Yaacob, dia menganggap ianya ketentuan Illahi dan redha dengan perpisahan tersebut.


Mereka berdua mempunyai sedikit pergolakan rumah tangga bermula sebelum penggambaran rakaman program Romantika yang dibuat di Melaka pada 2014.

Masalahnya bermula apabila isteri kedua Salih itu menghadiri majlis perjumpaan semula (reunion) dengan rakan sekolahnya.

Salih tidak menafikan perpisahan mereka berdua berpunca daripada orang ketiga. Menurut Salih, selepas habis edah, bekas isterinya bernikah dengan lelaki lain.


Ini komennya:

“Sebagai suami dan ketua rumah tangga saya sudah berusaha memperbaiki keadaan. Saya memujuk dan mengingatkannya yang anak sudah besar dan dia sepatutnya menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada mereka.

“Namun dia tetap mendesak saya untuk menceraikannya dengan menggunakan alasan saya tidak berlaku adil terhadapnya,” 

“Saya sudah menasihatinya, tetapi dia enggan terima dan terus mendesak saya melepaskannya. Lebih baik saya turutkan saja kemahuannya daripada keadaan menjadi semakin buruk.

“Kalau hatinya sudah tertutup untuk saya, tidak perlulah dipaksa-paksa lagi. Apabila perkara ini terjadi, saya anggap hanya setakat itu jodoh kami. Tidak perlulah terus menyalahkan antara satu sama lain. Saya harap dia bahagia dengan jalan baru yang dipilihnya dan apa yang penting anak-anak dapat menerima apa yang berlaku,” 

Salih dan bekas isterinya itu menjalani kehidupan berumah tangga selama 23 tahun. Mereka dikurniakan lima anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu.

Tiga lagi isterinya iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya.

Daripada keempat-empat perkahwinannya, Salih dikurniakan 13 anak.

Wednesday, January 27, 2016

Ajak Akhirnya Tampil Komen Isu Kumpulan Shiro Dah Berpecah


Ajak Akhirnya Tampil Komen Isu Kumpulan Shiro Dah Berpecah


Ajak Shiro akan muncul bersama Tauke dan Angah dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016 membentuk kumpulan baru yang diberi nama LOL.

Ramai tertanya-tanya adakah kumpulan Shiro dah berpecah? Ada masalah ke? Melalui satu temubual, Ajak tampil mendedahkan perkara sebenar.

Ini komen Ajak:

SHIRO DAH BERPECAH

 “Kami bukanlah berpecah. LOL adalah satu projek istimewa bersama Tauke dan Angah kerana kami ada niat tersendiri dan bukannya untuk kepentingan peribadi.

“Saya dan Shahrol sudah pun berbincang dan kami setuju agar saya sertai MLM tahun ini. Dia tidak dapat ikut serta kerana mahu berehat dan menguruskan hal lain. Malah dia juga kata akan terus menyokong saya bersama rakan-rakan lain.

“Saya masih menggunkan nama Ajak Shiro dan sebagai pelawak profesional, saya tidak boleh bekerja dengan Shahrol sahaja.

“Malah saya rasakan satu penghargaan apabila dapat peluang menubuhkan satu kumpulan bersama Tauke dan Angah kerana mereka adalah senior saya dalam dunia komedi,” 

TUJUAN MASUK MLM DENGAN KUMPULAN LOL

“Kalau boleh kami mahu ke peringkat akhir MLM dan duit dari kemenangan tersebut kami akan buka sebuah kedai di mana separuh hasil pendapatan kedai itu akan disumbangkan kepada pertubuhan yang pernah mendapat bantuan arwah Pak Yus.

“Disebabkan keperibadian Pak Yus yang suka menderma itu membuatkan saya mahu menyambung legasi yang pernah dia lakukan. Ini sebagai amal jariah untuk kami dan juga Pak Yus.

“Bagaimanapun saya tidak mahu niat kami ini di salah anggap oleh penonton MLM dan kami tidak mahu orang mengundi disebabkan simpati,” 

Sumber: Mangga

Tawaran Berlakon Kurang Sejak Pakai Tudung - Mia Sara


Tawaran Berlakon Kurang Sejak Pakai Tudung - Mia Sara


Sejak berhijrah dan memakai tudung, pelakon kanak-kanak Mia Sara kini kurang mendapat tawaran untuk berlakon.

REDHA KURANG TAWARAN

Namun Mia Sara yang kini berumur 11 tahun tetap redha dengan perkara ini kerana telah bersdia dengan sebarang kemungkinan setelah ingin berhijrah.

Ini komen pelakon cilik ini:

"Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon. Tidak mengapa kerana Allah akan memberi rezeki lain kepada saya nanti.

"Malah saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku selepas saya membuat keputusan mahu bertudung,"

ADA HIKMAHNYA

Namun sememangnya ada hikmah tersendiri, apabila sambutan jualan tudung milik Mia Sara iaitu MS Couture sangat menggalakkan. Selain itu dia kini dapat menumpukan perhatian dengan pelajarannya selain kurang dibuli rakan sejak berhijrah.
.
Ini kata Mia:

"Walaupun kurang tawaran, rezeki saya lebih kepada hasil jualan tudung menerusi label milik saya iaitu MS Couture secara online. Selain itu saya juga dapat memberi fokus penuh pada pelajaran,"

"Saya bersyukur, perubahan yang saya lakukan ini memberi banyak kebaikan pada diri saya.

"Kawan-kawan tidak mengganggu atau mengutuk saya lagi. Sebaliknya mereka memuji saya. Malah pada hari pertama saya ke sekolah memakai tudung, saya diserbu kawan-kawan pula.

"Pengikut-pengikut di Instagram pun sama. Mereka tidak lagi mengkritik saya sembarangan. Alhamdulillah, saya ambil setiap perkara ini secara positif,"

Tahniah kepada Mia Sara yang telahpun berhijrah walaupun di usia yang muda.

Tuesday, January 26, 2016

5 Gambar: Pre Wedding Anzalna Nasir

5 Gambar: Pre Wedding Anzalna Nasir


Pelakon "Memori Cinta Suraya" Anzalna Nasir bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan bakal suami bernama Hanif Zaki.

Sempenan perkahwinannya yang bakal menjelma, Anzalna telah mengadakan sesi bergambar pre wedding bersama bakal suami.

Anzalna telah berkongsi beberapa keping gambar pre weddingnya di laman sosial.

Gambar bertemakan "lady in red" dengan berlatar belakangkan kapal terbang amat menarik perhatian. memang cantik gambarnya.

Jom layan gambar:






Ayda Jebat Punca Aiman Putus Dengan Fathia?


Ayda Jebat Punca Aiman Putus Dengan Fathia?


Kini kuat mengatakan bahawa pasangan pelakon Aiman Hakim Ridza dan Fathia Latif putus cinta disebabkan pelakon Ayda Jebat.

Ini komen Ayda Jebat apabila di tanya tentang hal ini:

“Saya tak tahu dan tak pernah menghubungi dia (Aiman). Lagipun tak pernah simpan nombor telefonnya. Saya kenal dia (Aiman) sewaktu menjalani penggambaran drama Isteri Separuh Masa dan setakat itu sahaja. Tapi apa yang boleh saya cakap dia seorang artis yang sangat professional, dan sangat baik”

“Perkara ini sangat merepek. Ada yang suarakan pendapat mereka untuk saya mempunyai teman lelaki supaya saya tak dikaitkan lagi dengan mana-mana artis lelaki tetapi bagi saya itu tidak kerana terpulanglah pada mereka bagaimana mahu mengendalikan sesuatu keadaan,” 

Ayda Jebat menafikan gosip tersebut dan berkata mereka hanyalah rakan artis semata-mata.

Kenyataan Mengejutkan Arja Lee: Mahu Isteri Kaya, Boleh Tumpang Senang


Kenyataan Mengejutkan Arja Lee: Mahu Isteri Kaya, Boleh Tumpang Senang


Arja Lee sekali menjadi tumpuan apabila melahirkan impian untuk berkahwin dengan wanita yang berharta agar dia boleh menumpang senang.

Melalui Utusan Malaysia, Arja Lee merancang untuk berkahwin dua tahun lagi dan mengakui memilih wanita berharta.

Ini komennya:

“Kalau wanita boleh mencari pasangan yang bergelar Datuk terutama dari golongan ahli perniagaan untuk menjamin kebahagiaan di samping kewangan yang stabil, kenapa golongan lelaki tidak boleh mempunyai harapan yang sama?”

“Sebab itulah saya mahukan seorang wanita yang berharta, ada kedudukan supaya boleh menumpang kesenangannya. Semestinya, bukan itu sahaja ciri-ciri wanita idaman saya, malah bakal isteri haruslah cukup sifat wanitanya serta solehah”

“Kalau boleh, si dia bukanlah dari kelompok selebriti atau artis. Cukuplah sekadar berkemampuan tetapi sederhana peribadinya dari kalangan orang biasa,” 

Jujur betul Arja lee ni. Mantap ciri ciri idaman bakal isteri Arja lee ni.
Monday, January 25, 2016

Akhirnya Fara Fauzana Tampil Komen Isu Baju "Ayam Belanda" Dan Pengacara "Hambar"


Akhirnya Fara Fauzana Tampil Komen Isu Baju Ayam Belanda


Pengacara AJL30, Fara Fauzana telah menjadi biral ekoran bajunya yang disamakan dengan ayam belanda sekaligus menjadi viral.

Buat pertama kalinya, Fara Fauzana atau Fafau tampil memberi komen tentang baju yang direka oleh Rizalman itu.

Ini komennya:

TENTANG BAJU

"Pereka tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi mencantikkan saya. Bukan salah baju, tetapi salah badan saya yang 'sado'. Jadi, kalau nak kutuk, biarlah saya yang dikutuk. Jangan kutuk pereka fesyen," 

TENTANG PENGACARA HAMBAR

"Saya cukup seronok bekerja dengan AG. Dialah hero saya pada malam itu. Bab gagap dan tersilap itu memang (salah) saya. Gementar itu janganlah cakap kerana sudah bertahun saya tak mengacarakan AJL.

"AG yang banyak 'cover' kesilapan saya. Apapun, saya sayang awak semua dan terima kasih kepada yang sudi memberi komen.

"Positif atau negatif komen kalian, saya tetap suka kerana itu tanda semua yang menonton dan memerhatikan saya sangat prihatin,"

Sumber: BH

Uqasha Senrose Buka Tudung, Imej Seksi Bercuti Di Thailand

Uqasha Senrose Buka Tudung, Imej Seksi Bercuti Di Thailand


Melalui satu laporan BH BiPop, wartawan mendedahkan bahawa Uqsha Senrose telah membuka aurat dan tidak mengenakan tudung ketika bercuti di Thailand.

Malah wartawan berkenaan memberitahu Uqasha tampil dengan imej seksi. Uqasha Senrose dan adik beradiknya telah bercuti di Thailand.

Turut kelihatan ialah pelakon Iqram Dinzly.

Ini laporan BiPOP:

Laporan Raja Nurfatimah yang cukup menarik untuk kita baca bersama-sama:-

Terbaharu Raja terkedu mendapat kiriman gambar Uqasha sedang bercuti ke Koh Lipe, Thailand ketika menyambut tahun baharu. Uqasha khabarnya bercuti bersama adiknya, Nelydia, Raysha Senrose dan ahli keluarga yang lain. Semuanya seksi!!! 

Raja lebih terkejut melihat gambar Uqasha menanggalkan tudung dan berpakaian seksi sehingga nampak pusat. Pusatnya pula bertindik. Mak aii.. Betullah jika dulun ada yang mendakwa pernah ternampak Uqasha hanya memakai topi ketika ke pusat hiburan. Raja tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran Uqasha. Pelik kerana cakap tidak serupa bikin. Kalau rasa belum bersedia, bukalah saja tudung itu. 

Percutiannya itu bukan hanya disertai Nelydia, Raysha dan ahli keluarganya, malah terselit gambar kekasih yang kononnya tidak menjadi, Iqram Dinzly. Amboi betapa erat Iqram memeluk Uqasha seolah-olah tidak mahu melepaskan pelukan. Rindu agaknya! Mungkin Uqasha dan Iqram ingat apabila berada di Koh Lipe, tiada orang mengenali mereka. Silaplah. Itulah lokasi percutian kesukaan ramai. Banyak mata memandang, lebih lagi melihat keadaannya berpeluk sakan dengan Iqram macam tu.

Sumber: BeautifulNara



Sunday, January 24, 2016

(AJL30) Baju Fara Fauzana Dikritik Macam Ayam Jadi Viral

(AJL30) Baju Fara Fauzana Dikritik Macam Ayam Jadi Viral



Salah seorang pengacara Anugerah Juara lagu ke-30 iaitu Fara Fauzana teah menjadi tumpuan ramai kerana pakaiannya.

Pakaian Fara Fauzana yang lebih mesra dengan nama Fafau dikatakan seperti ayam, dengan baju hitam dan juga tudung merah.

Rata-rata di laman sosial menjadikan pakaian itu sebagai jenaka sahaja untuk bergurau dengan menyamakan gambar Fara dengan seekor ayam.

Portal Astro Gempak antara yang terawal berkongsi gambar tersebut yang menjadi viral di laman sosial.

Jom lihat gambarnya:






Ini Komen Erra Fazira Apabila Dikatakan Shahir AF Telah Melamarnya


Ini Komen Erra Fazira Apabila Dikatakan Shahir AF Telah Melamarnya


Erra Fazira kini kembali dikaitkan dengan penyanyi dari AF iaitu Shahir, malah ada yang membuat cerita serta spekulasi mengatakan mereka sudah bertunang.

Ada dipaparan blog-blog yang mengatakan Shahir telah mengahntar rombongan untuk melamar serta bernikah dengan Erra Fazira.

Lebih menguatkan spekulasi itu, baru-baru ini keluarga Shahir dikatakan telah me­nemui ibu Erra, Azizah Zaik untuk meluahkan hasrat mahu meminang pelakon berumur 42 tahun itu.

Namun, Erra Fazira telah tampil menafikan sekeras-kerasnya gosip panas itu.

Ini komen Erra Fazira:

“Bila masa pula Shahir masuk meminang? Saya tengah kerja di Chiang Mai,” 

Erra kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Soulmate di Chiang Mai, Thailand dan hanya akan pulang sekitar minggu ini.


Luahan Vie Shantie Tentang Hubungan Dengan Zizan

Luahan Vie Shantie Tentang Hubungan Dengan Zizan


Minggu lepas ada beberapa portal hiburan melaporakan bekas isteri Eizlan Yusof iaitu Vie Shantie kini rapat dengan pelawak popular iaitu Zizan Razak.

Zizan telah menafikan perkara itu dan kini tiba giliran Vie Shantie pula sendiri membuat kenyataan tentang gosip ini.

Ini komennya:

Salam.. Sebelum ini saya mengambil langkah untuk berdiam diri bukan kerana apa yang diperkatakan itu benar.. . 

Buat masa ini saya sibuk menguruskan urusan perniagaan saya sehingga tidak mempunyai masa untuk mengambil bahagian mengulas hal remeh temeh sebegini.. . 

Namun bila fitnah ini semakin berleluasa sehinggakan melibatkan nama saya di ruang-ruang gosip dalam akhbar mahupun laman sosial, maka saya terpanggil untuk mengambil langkah memperbetulkan dakwaan segelintir pihak yang tidak usul periksa tentang kesahihan banyak perkara yang dilemparkan keatas diri saya.. . 

Perbuatan mereka ini sudah keterlaluan dan melampaui batas kerana tidak adil jika mereka terus menulis sesuatu topik yang boleh memberi kesan keatas reputasi saya, apatah lagi jika ia melibatkan hal peribadi.. . 

Maka pada hari ini (22hb Jan 2016) saya ingin menyatakan bahawa gosip liar yang kononnya saya mempunyai hubungan intim dengan Zizan Razak adalah TIDAK BENAR sama sekali.. . 

Saya hanya mengenali Zizan sebagai sahabat biasa, tambahan pula dia merupakan rakan kepada adik lelaki saya yang juga terlibat dalam industri yang sama.. . 

Saya memohon kepada semua pihak agar cerita fitnah ini dihentikan segera. Saya mempunyai keluarga dan mahu menjalani hidup seperti biasa tanpa sebarang kontroversi.. . 

Akhir sekali, saya berharap agar ada sifat kemanusiaan di hatipara penulis untuk mempertimbangkan sesuatu perkara sebelum ia dikeluarkan sebagai kenyataan. Dunia kita kini terlalu banyak fitnah.. . 

Janganlah sampai tangan kita menjadi kotor 'MEMFITNAH' kehidupan orang lain sehingga sebenarnya kita seolah-olah 'MEMBUNUH' kehidupan orang tersebut dalam masyarakat.. . 

Semoga masih lagi ada golongan orang beriman yang percaya pada tuhan dan hariakhir lalu menghentikan segala tohmahan yang akhirnya ia boleh mengheret mereka kepada kemurkaan tuhan..
Saturday, January 23, 2016

Produk Disabotaj: Ini Komen Terkini Dato Vida


Produk Disabotaj: Ini Komen Terkini Dato Vida


Dato Seri Vida telah memberi sedikit ulasan tentang produknya yang telah ditarik balik. Vida juga seperti terkejut dan ramai tertanya tanya adakah dirinya telah di sabotaj.

Jom baca temubual dengan Dato Seri Vida:

Akur Dengan KKM?

"Saya berserah kepada Allah. Saya anggap ini sebagai ujian dan setiap kejadian pasti ada hikmah dan nikmatnya."

"Saya akur dengan arahan KKM dan sudah keluarkan surat kepada semua stokis bagi memaklumkan mengenai isu ini. Saya minta  mereka tidak teruskan penjualan produk tersebut berkuatkuasa serta merta,"

Ada Unsur Sabotaj?

"Saya pelik juga kenapa isu ini timbul dua hari sebelum AJL kerana produk saya tiada sebarang masalah sebelum ini.

"Macam ada sesuatu di sebaliknya memandangkan sejak kebelakangan ini wajah saya sering masuk TV dan keluar di dada akhbar,"

"Syarikat tidak panik dan yakin berada di pihak yang benar. Kami amat mementingkan kualiti produk dan mahu membantu pengguna yang ingin kekal sihat dan cantik bersama produk keluaran kami,".


"Saya tenang menghadapi ujian ini. Syarikat akan meneliti dan menyiasat bagaimana isu ini boleh timbul sekarang," 

"Saya akan beri kerjasama dengan KKM agar masalah berkaitan produk tersebut dapat diatasi dengan segera," 


Bagaimana Dengan Penajaan?

"Walaupun isu itu memberi kesan dari segi penjualan komitmen saya terhadap AJL, Mentor Millenia dan The Red Warriors (TRW) masih kekal 100 peratus.Jumlah penajaan tidak akan dikurangkan,"

"Sayang semua, setiap yang berlaku atas keizinan-Nya. Maka yang berlaku atas kehendak-Nya. Dia yang mengetahui. Saya akan berusaha mengatasi masalah ini, "

Sumber: mStar

Saya takkan kembali kepada dia lagi. Saya serik! - Fiza Elite

Saya takkan kembali kepada dia lagi. Saya serik! - Fiza Elite


Umum mengetahui Fiza Elite dan Adam AF bercerai buat kali kedua baru-baru ini. Menurut Fiza, dia sudah serik untuk rujuk kembali dengan Adam AF setelah perkahwinan mereka berakhir.


Adam menceraikannya pada 21 September lalu di rumah mereka di Gombak, Selangor. Perceraian itu telah disahkan oleh Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu. 

Ini rentetan perkahwinan mereka:

~ 26 September 2013 : Fiza dan Adam bernikah
~ 28 April 2014 : Cerai kali pertama  
~ 17 Julai 2014 : Rujuk kembali
~ 21 September 2015: Cerai kali kedua

Fiza menambah, rumah tangga mereka sebenarnya tidak pernah aman dalam jangka masa yang agak lama di mana mereka hanya tinggal sebumbung, tetapi berlainan bilik selama setahun. 


Ini luahan hati dari Fiza Elite:

“Jangan kaitkan saya dengan Adam lagi selepas ini. Cukuplah dua kali kami berkahwin, saya takkan kembali kepada dia lagi. Saya serik!,” 

“Sebenarnya, selepas kami rujuk semula pada Julai 2014, hanya dua bulan sahaja kami bahagia. Tiga bulan kemudian, keadaan kami kembali macam dulu juga, selalu bergaduh. Hidup terus bermasalah terutamanya apabila bercakap dalam soal kewangan rumah tangga.

 “Saya tidak tahan lagi hidup sebegitu dan berpura-pura bahagia. Akhirnya saya buat keputusan yang kami tidak lagi boleh hidup bersama pada hujung tahun 2015 yang lalu,”

 “Saya punya banyak tanggungjawab, termasuklah kepada keluarga. Saya perlu terus bekerja bagi menampung keperluan hidup dan keluarga. Saya harap kemunculan semula saya dalam dunia lakonan akan membawa rezeki yang baik selepas tidak lagi berhadapan dengan masalah peribadi seperti sebelum ini,”

Sumber: Utusan


Thursday, January 21, 2016

Komen Rita Rudaini Apabila Fasha Sandha Cerai


Komen Rita Rudaini Apabila Fasha Sandha Cerai 


Rita Rudaini turut memberi komen dan melahirkan rasa simpati apabila rakan artis, Fasha Sandha telah bercerai dengan suaminya iaitu Jejai.

Rita Rudaini yang juga ibu tunggal menyatakan, sebagai wanita yang pernah mengalami nasib serupa, dia turut sedih dan terkesan.

Ini komen Rita:

"Apabila mendapat tahu khabar itu semalam, saya turut bersedih. Saya pernah melalui situasi sama apatah lagi memiliki dua anak kecil ketika bercerai.

"Membesarkan anak yang masih kecil seorang diri sangat mencabar. Jadi saya berharap Fasha kuat," 

"Ketika mendengar gosip itu, saya mengharapkan tidak berlaku perceraian sebaliknya mahu dia pertahankan perkahwinan mereka dalam apa cara sekalipun.

"Kalau bukan untuk diri sendiri, fikirkan demi anak. Saya tidak mahu dia melalui pengalaman seperti saya. Namun, dalam perkara ini semuanya Allah SWT sudah tentukan,”€.

"Saya berdoa semoga dia tabah. Kalau boleh jangan fikir masalah lain, sebaliknya mula berfikir masa depan anak-anak," 


Rita Rudaini berharap Fasha Sandha terus tabah dan cekal meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal.


Sumber: Metro

Setelah Lama Berdiam Diri, Akhirnya Syura Balas Kenyataan Bekas Suami


Setelah Lama Berdiam Diri, Akhirnya Syura Balas Kenyataan Bekas Suami


Sebelum ini, bekas suami Syura telah tampil membuat kentayaan bahawa mereka bercerai buat kali kedua kerana perubahan dari sikap Syura yang inginkan perpisahan.

Syura yang juga merupakan juara Masterchef Selebriti dikatakan berubah setelah namanya kembali naik setelah menyertai Masterchef.

Bekas suami Syura itu juga akui masih sayangkan Syura namun tetap gagal menyelamatkan rumahtangga kerana sikap Syura yang berubah.

Kali ini, Syura pula tampil untuk memberi sedikit penjelasan. Ternyata jawapan Syura amat lain dan dia menjaga aib serta cerita keburukkan rumahtangga yang berlaku sebelum ini.

Syura juga meluahkan perasaan kecewa dengan bekas suaminya itu kerana membuka aib keluarga.

Ini interview penuh antara Syura dengan wartawan UTUSAN:

HITS: Syura dikatakan lupa diri selepas jadi juara, sebenarnya apa yang berlaku ni?

Syura: Sudah agak lama sebenarnya kami hidup berasingan, tetapi disebabkan masih berstatus suami dan isteri, saya diamkan sahaja tanpa memberi sebarang komen walaupun ramai telah menyedari perpisahan kami. Puncanya biar kami sahajalah yang mengetahuinya, tidak perlulah dihebahkan untuk pengetahuan umum kerana banyak aib wajib dijaga.

Macam mana pula dakwaan bekas suami mengatakan perangai Syura berubah selepas memenangi MasterChef Selebriti?

Itulah, saya nak ‘berterima kasih’ sangat-sangat kepada bekas suami kerana mula membuka aib rumah tangga sendiri. Saya diam bukan untuk mengiyakan atau menafikan tetapi tidak mahu memalukan mana-mana pihak. Apatah lagi keluarga bekas suami adalah saudara saya sendiri kerana Fadhly merupakan sepupu rapat. Kalau saya mula bercerita, bukan sahaja dia, tetapi seluruh keluarga kami akan terasa kesannya. Biarlah saya pendam sahaja demi menjaga kebaikan semua.

Syura masih tidak menjawab benar atau tidak dakwaan Fadhly itu. Kenapa?

Hakikatnya, hanya bekas suami sendiri yang boleh menjawab atau beri penjelasan terhadap tuduhan itu. Saya masih sama seperti dahulu dan orang yang rapat dengan saya mengetahuinya. Kalau saya menjawab tuduhan itu sama ada ya atau tidak, rasanya tak mampu untuk merubah apa-apa keadaan sekalipun. Pendek cerita, ia adalah tentang persefahaman yang tidak lagi boleh seiringan. Penyelesaiannya adalah menerusi perceraian.

Apakah Syura langsung tidak ada keinginan untuk kembali semula kepada dia?

Bukan sekali, tetapi dua kali berlakunya perpisahan antara kami. Jelas di situ memang sukar untuk kami kembali bersama. Saya pun sudah terbiasa dengan keadaan seperti sekarang ini dan semakin selesa. Lagipun, hubungan kami masih baik demi anak-anak. Saya tidak mahu menafikan haknya sebagai bapa kepada ketiga-tiga anak kami yang memerlukan kasih sayang seorang bapa.

Jadi sekarang anak-anak bersama siapa?

Anak-anak semakin memahami situasi yang berlaku antara saya dan bekas suami terutamanya Dania dan Qaisara kerana mereka sudah besar. Kecuali Irfan yang masih lagi kecil untuk mengerti semua ini. Mereka tinggal bersama saya dan bekas suami bebas bertemu dengan mereka bila-bila masa. Saya tidak pernah berkira untuk menghadkan sebarang tempoh waktu. Kadang-kala, kalau saya bekerja di luar kawasan, memang Fadhly yang menjaga mereka.

Apa pula cabaran sebagai ibu tunggal? Awak masih muda pula tu, tidakkah ia sukar?

Alhamdulillah, bab mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan kami anak-beranak dipermudahkan oleh-Nya. Undangan buat kerja itu sentiasa ada, tidak pernah putus dan mencukupi buat kami. Bersyukur kerana platform diberikan Astro itu ada impaknya. Jadi, nak cerita pasal sukar atau tidak itu, sebenarnya sejak remaja lagi sudah terbiasa berdikari. Tiada masalah bagi saya untuk meneruskan kehidupan seperti ini.

Wednesday, January 20, 2016

Luahan Hati Fasha Sandha Setelah Bercerai


Luahan Hati Fasha Sandha Setelah Bercerai



Pelakon Fasha Sandha dan juga suaminya Jejai telah pun disahkan bercerai semalam dan Fasha sendiri mengatakan keputusan untuk bercerai itu merupakan salah satu jalan terbaik untuk mereka berdua.

Melalui laopran BH,  Fasha Sandha dan juga Jejai dilihat menangis teresak-esak ketika meninggalkan mahkamah.

Ini komen Fasha Sandha:

“Perceraian ini adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. 

"Saya sudah berusaha demi menyelamatkan rumah tangga kami, tapi saya reda dengan perkara ini. Bagi saya inilah jalan terbaik.

"Saya akan teruskan kehidupan seterusnya bersama anak-anak saya, Putra Rayfal dan Putri Raysha,"

Ini pula luahan hati Fasha di laman IG miliknya:


Para peminat telah memberi komen di laman IGnya dengan menulis kata kata semangat kepada pelakon ini agar terus tabah dengan penceraian ini.

Fasha sebelum ini telah memfailkan permohonan cerai pada 18 Januari lalu. Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada April 2012 dan mempunyai dua orang cahayamata.
Tuesday, January 19, 2016

Fasha Sandha Failkan Penceraian Dari Jejai


Fasha Sandha Failkan Penceraian Dari Jejai


Dari portal hiburan RotiKaya, satu laporan mengatakan pelakon Fasha Sandha kini di mahkamah kerana ingin menfailkan penceraian dari suaminya, Jejai.

Ini laporan penuh Rotikaya:

Pelakon Fasha Sandha dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pagi ini dipercayai untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Jejai atau Rizal Ashram.

Pasangan ini berkahwin pada 2012 yang lalu dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sebelum ini, memetik luahan hati Fasha di dalam melalui Berita Harian, Fasha mengakui dirinya sedang bersedih namun dalam masa yang sama mahu terus bergerak ke hadapan.

(GAGAL DISELAMATKAN) Fiza Elite Dan Adam Bercerai Kali Kedua


(GAGAL DISELAMATKAN) Fiza Elite Dan Adam Bercerai Kali Kedua


Nampaknya perkahwinan antara dua selebriti popular iaitu Fiza Elite dan Adam AF tidak berkekalan apabila mereka berdua bercerai untuk kali kedua.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Fiza kepada BH Online, dan berharap penjelasan itu dapat mengelak salah faham dan fitnah.


Fiza dan Adam bernikah pada September 2013 dan tidak mempunyai anak bersama. pasangan ini pernah menjadi tumpuan apabila pernah bercerai pada 28 April 2014 tetapi rujuk semula pada tahun sama. 


Tahun lalu, Fiza sekali lagi nekad menuntut cerai kerana melihat hubungan mereka tidak boleh dipertahankan lagi. Buat kali kedua, Adam menceraikan Fiza dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September lalu. 

Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu. Fiza berkata, dia sudah berusaha sebaik mungkin serta memberi peluang kepada Adam mempertahankan rumah tangga mereka. 


Ini komennya:

"Kami berpisah cara baik. Saya anggap sudah bukan jodoh untuk kami bersama lagi. Saya minta dia lepaskan saya tanpa dendam di hati. Sekarang masing masing bawa haluan sendiri. 

"Saya mahu kongsi hal ini kerana mahu maklumkan status sebenar. Ini kerana ramai sudah mula bertanya setiap kali saya berjalan tanpa Adam di sisi. 

"Malah, Adam sudah tidak memuat naik gambar saya di laman Instagramnya. Jadi saya lihat pencerahan ini perlu supaya tak menjadi fitnah pula,"

"Kali pertama bercerai, saya masih berharap kami akan terus bahagia. Tetapi semakin lama, semuanya dilihat semakin kelam. Jadi, pada tahun lalu, saya nekad untuk berpisah dengannya. Kami tidak tinggal sebumbung beberapa bulan. 

"Malah, pada sambutan Aidilfitri lalu, Adam beraya seorang diri di Sabah. Saya pula beraya dengan keluarga. Malah, tahun lalu, saya diuji dengan kehilangan bapa tercinta. "Dugaan itu bagai datang bertimpa. Tapi saya kuatkan diri," 

"Saya buat solat istikharah dan minta petunjuk daripada Tuhan. Keputusan lebih condong kepada perpisahan," 

"Tetapi semakin dicuba, semakin jauh perasaan itu. Sekitar Ogos tahun lalu, kami sebumbung tetapi tinggal dalam bilik berbeza. 

Fiza Elite kini sudah habis tempoh edah pada 31 Disember lalu.

Senarai Rasmi 15 Peserta Maharaja Lawak Mega 2016


Senarai Rasmi 15 Peserta Maharaja Lawak Mega 2016


Maharaja Lawak Mega tahun ini menampilkan kelainan dari segi tema dan juga para pesertanya yang amat mengejutkan ramai.

Tiada lagi kumpulan dari pelawak popular seperti Jozan, Sepahtu, Zero, Nabil malah Shahrol dari kumpulan Shiro juga tidak sertai edisi kali ini.

Kumpulan Saywho dan Bora merupakan antara peserta "bukan dari Malaysia" yang turut serta untuk edisi tahun 2016 ini.

Ini merupakan senarai peserta yang bertanding di Maharaja Lawak Mega tahun ini:

1. Bocey
2. Awok
3. Cham
4. Bos
5. Bora (Singapore)
6. Chilok
7. Enjen
8. Jaros
9. Kavin
10. LOL 
11. Puteh
12. Reza Mukmin
13. SayWho (Indonesia)
14. Shake
15. XOLA




Kumpulan paling popular tentulah Bocey yang sebelum ini merupakan finalis Maharaja Lawak mega 2015.

Ini Komen Eizlan Yusof Apabila Bekas Isteri Rapat Dengan Zizan Razak


Ini Komen Eizlan Yusof Apabila Bekas Isteri Rapat Dengan Zizan Razak


Eizlan Yusof telah memberi sedikit komen apabila di tanya tentang gosip yang tersebar mengatakan bekas isterinya iaitu Vie Shanty kini sedang rapat dengan Zizan Razak.

Pelakon bergelar Dato itu berpendapat bekas isterinya mempunyai hak untuk membuat apa juga keputusan penting berkaitan hidupnya, termasuklah membina hubungan cinta yang baru.

Eizlan Yusof berkata gosip dan berita itu langsung tidak menjejaskan hubungan baik yang sedia ada dengan bekas isterinya itu.

Ini komennya tentang gosip Vie dengan Zizan:

“Kami sudah bercerai dan dia mempunyai hak untuk menentukan apa sahaja. Fokus utama saya dan dia kini adalah anak-anak, dan hubungan kami akan kekal baik untuk anak-anak. Selebihnya saya tidak boleh komen lanjut,”

Ini komennya tentang merujuk semula dengan Vie Shaty:

“Memang itu yang saya harapkan, tetapi kena faham ini semua perlukan persetujuan kedua belah pihak, saya dan dia. Apa yang perlu mereka di luar sana faham, permintaan ini perlukan persefahaman. Seperti yang saya katakan tadi, dia juga mempunyai hak untuk menentukan kehidupannya selepas kami tidak lagi bergelar suami isteri,”

Memang tepat sekali komen dari Eizlan Yusof ini. Dia langsung tidak cepat melatah, mengetahui batasannya sebagai bekas suami.

Eizlan dan Vie berkahwin pada 7 Julai 2007 dan bercerai pada Februari 2015. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 8, Zareef Yusof, 6, dan Vie Zaalia, 3.

Sumber: Utusan
Monday, January 18, 2016

"Kalau boleh nak buang terus simbol Nike tu, tidak adil bagi saya sebagai penaja utama" - Vida


"Kalau boleh nak buang terus simbol Nike tu, tidak adil bagi saya sebagai penaja utama" - Vida


Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Vida masih bertegas dengan pendiriannya tentang warna jersi pasukan bola sepak Kelantan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan jersi warna merah jambu yang dihasilkan pengeluar barangan sukan gergasi dunia, Nike yang masih mempunyai kontrak dengan pasukan bola sepak Kelantan, Vida tetap menolaknya.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata beliau tidak mahu pasukan yang ditajanya itu terikat dengan mana-mana pengeluar barangan sukan lain.

Ini komennya:


"Walaupun Nike keluarkan jersi warna pink, saya tetap tolak."


"Saya akan terus berjuang bagi memastikan jersi utama The Red Warriors (TRW) berwana pink. Kalau boleh nak buang terus simbol Nike tu, tidak adil bagi saya sebagai penaja utama," 

"Saya dah bayar RM4 juta untuk Airtime Management Programming (AMP), jadi tak adil bagi saya jika ada pihak yang dapat promosi percuma disebabkan hanya taja jersi TRW," 

Difahamkan TRW masih mempunyai kontrak selama setahun lagi dengan Nike yang merupakan penaja peralatan dan jersi rasmi skuad tersebut sejak 2014.

Ketika ditanya mengenai dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan beliau seorang yang 'demanding', Vida berkata beliau mempunyai perancangan jangka panjang untuk melakukan penjenamaan semula kepada TRW.

"Saya tak naklah di peringkat asas sudah ada masalah, nanti hasilnya hanya sia-sia. Oleh itu, apabila saya buat keputusan untuk taja TRW, saya akan berusaha all out. Saya mahu TRW dikenali disebabkan identitinya yang tersendiri," 

Dato Vida sebelum ini tidak bersetuju setelah Kelantan membuat keputusan mengekalkan warna merah sebagai jersi utama dan pink sebagai jersi ketiga.

Sumber: mStar

Azwan Ali Diberi Notis 14 Hari Mohon Maaf, Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang

Azwan Ali Diberi Notis 14 Hari Mohon Maaf, Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang


Syarikat kicap tempatan, Tirana Product Sdn Bhd meminta selebriti, Diva Azwan Ali supaya menghentikan fitnah dan kenyataan tidak benar yang dikeluarkan terhadap iklan kicap Tirana.

Ini ekoran kelantangan Azwan Ali yang tiba-tiba menghina iklan kicap tersebut dengan bertubi-tubi sejak akhir-akhir ini di laman IGnya.

Iklan kicap Tirana itu jika ditonton penuh, turut menampilkan pengacara nombor satu tanah air iaitu Aznil Hj Nawawi dan juga model kaukasian.

Tirana Product yang diwakili Peguam Adnan Seman @ Abdullah berkata, surat tuntutan sudah diberikan kepada selebriti itu pada 13 Januari lalu.

Ini komen peguam:

"Dalam tempoh 14 hari notis tuntutan itu, kita meminta Azwan Ali membuat permohonan maaf secara bertulis dan akujanji tidak akan membuat atau mengeluarkan kenyataan ke atas iklan Kicap Tirana.

"Azwan juga diminta memadam kenyataan dan video parodi di Instagram miliknya,"

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Tirana Product Dr Murad Hilmi Mohamed dan Ketua Pegawai Operasi Tirana Product Mohd Irwan Mohamed.

Sementara itu Dr Murad berkata, beliau kesal dengan sikap selebriti itu yang mencemarkan imej produk keluaran mereka dengan mengeluarkan kata-kata kurang sopan di Instagram miliknya.

Ini tambahnya lagi:

"Komen-komen yang diberikan agak pedas dan melampau. Kalau pun iklan saya itu teruk, tetapi ada cara untuk kita menegur. Tegur dengan cara yang beradab, kita orang Melayu dan kita beragama Islam,"
Sunday, January 17, 2016

41 Syarat "Terlajak Pelik" Dari Aliff Syukri Kepada Pasukan Selangor



41 Syarat "Terlajak Pelik" Dari Aliff Syukri Kepada Pasukan Selangor


Laporan Harian Metro melaporkan Aliff Syukri yang popular menerusi tagline "Terlajak laris" mengenakan beberapa syarat tambahan sehingga berjumlah 41 syarat.

Ini menjadikannya enam syarat lebih banyak berbanding yang dikemukakan usahawan Qu Puteh kepada pasukan Kelantan yang menjadi viral sebelum ini.

Akhbar itu sebelum ini melaporkan beberapa syarat pelik dikemukakan D’Herbs sehingga mengundang rasa tidak puas hati penyokong setia skuad The Red Giants.

Antaranya ialah:

-Menukar warna jersi pasukan kepada hijau
-Pemain Selangor juga perlu melakukan gaya “Terlajak Gol” setiap kali gol dijaringkan
-Stadium dicat warna hijau

Namun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh Aliff Syukri.

Menurut sumber itu, FAS mungkin akan menolak penajaan tersebut kerana kesukaran memenuhi syarat yang ditetapkan.

Ini komen sumber itu:

“Berdasarkan kepada perbincangan awal dalam kalangan pihak pengurusan, mungkin kami terpaksa menolak tajaan itu kerana syarat dikenakan agak sukar untuk dipenuhi.

“Ini kerana FAS lebih mengutamakan soal jati diri dan pasukan Selangor yang selama ini menjadi tunjang kepada keutuhan dan kekuatan pasukan,” 

Kata akhbar itu lagi, penolakan tawaran “terlajak laris” itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Namun jika boleh mengurang atau membatalkan beberapa syarat, kemungkinan kami sedia mempertimbangkan semula tajaan mereka. Apa pun terpulang kepada D’Herbs untuk menukar syarat itu,” kata sumber itu lagi.

Sumber: Metro

Dato Seri Vida Bengang Keputusan KAFA, Bertegas Mahu Jersi Warna Pink

Dato Seri Vida Bengang Keputusan KAFA, Bertegas Mahu Jersi Warna Pink


KAFA baru-baru ini mengumumkan akan mengekalkan jersi warna merah dan jersi putih sebagai jersi kedua seterusnya jersi pink hanya sebagai jersi ketiga.


Datuk Seri Vida luahkan rasa kecewa dan membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengekalkan penggunaan jersi tradisi skuad itu.

Malah penaja utama Kelantan ini tidak bersetuju jersi idamannya yang menggunakan warna merah jambu sekadar digunakan sebagai jersi ketiga TRW.

Datuk Vida tetap mahu warna pink perlu digunakan pada dua jersi utama pasukan tersebut seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian penajaan sebelum ini.


Vida telah mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan tertinggi untuk membincangkan perkara itu pada petang Ahad.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri bendahari KAFA iaitu Nik Aminaldin Nik Jaafar dan ditemani peguam Vida. Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa tidak hadir pada mesyuarat itu.


Ini komennya:

"Saya tidak setuju jersi utama kekal menggunakan warna tradisi Kelantan iaitu warna merah dan biru putih seperti yang diumumkan pada Sabtu.

"Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi kedua akan menggunakan warna merah,"

"Saya tak peduli, Nike ke Adidas ke yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini. Saya kena dapatkan hak saya sebagai penaja utama," 


"Selepas beberapa mesyuarat sebelum ini, saya terpaksa tegas dengan wawasan saya untuk pasukan ini. Sebab itu saya bawa bersama peguam pada hari ini," 


"Saya harap ia akan diselesaikan minggu depan. Setakat ini masih belum ada kata putus daripada Kafa mengenai perkara ini,"

Vida berkata, jersi berwana merah jambu itu merupakan salah satu daripada 33 syarat tambahan yang dipersetujui antara beliau dan Kafa dua minggu lalu.

Jersi Nike TRW akan diperkenalkan kepada umum pada 10 Februari depan.


Sumber: mStar

10 Gambar Terkini 'Baby Bump' Lana Nodin Yang Sedang Sarat Mengandung

10 Gambar Terkini 'Baby Bump' Lana Nodin Yang Sedang Sarat Mengandung


Pelakon cantik, Lana Nodin kini sedang sarat mengandung dan usi kandungannya dikatakan sudah masuk ke fasa trimester ketiga.

Lana Nordin telah berkahwin dengan warga Amerika Syarikat bernama David "Daud" Mckenzie, yang merupakan pemain bola tampar kebangsaan USA.

Melalui beberapa perkongsian di laman sosial, ini merupakan gambar terkini dari Lana Nordin.

Jom lihat gambarnya: