Saturday, March 26, 2016

Gambar Kenangan Jihan Dan Suami Dikecam Pula

Gambar Kenangan Jihan Dan Suami Dikecam Pula


Jihan Raja Lawak dan suaminya Ungku Hariz ada mengabadikan gambar kenang-kenangan selepas mereka berdua bernikah.

Lihat Gambar mereka berdua DI SINI. Peminat Jihan memuji kecomelan dan betapa romantiknya pasangan baru berkahwin ini.

Tetapi ada pula pihak yang menghentam dan juga mengkritik gambar tersebut kerana dikatakan terlalu over dan berlebihan.

Gambar itu dikatakan terlalu mesra dan tidak sesuai untuk tontotan umum. Biasalah artis, ada saja yang tak kena kan..

Jom baca komen dari orang ramai yang mengkritik gambar tersebut:





Friday, March 25, 2016

Komen Pakcik Ismail, Suami Kepada Remaja 18 Tahun


Komen Pakcik Ismail, Suami Kepada Remaja 18 Tahun


Telah viral kisah remaja 18 tahun berkahwin dengan seorang lelaki berusia 60an yang berbeza lebih dari 40 tahun jarak umur mereka berdua.

Pasangan ini kini menjadi tumpuan orang ramai kerana kisahnya dianggap unik dan membuktikan umur bukan penghalang untuk bercinta dan berkahwin.

Namun begitu, memang ada sesetengah pihak yang iri hati dan mengecam perkahwinan itu dan menjadikannnya bahan jenaka.

Suami, Ismail Lambak memberitahu, dia sudah dapat menjangkakan tohmahan orang ramai mengenai perkahwinannya itu.

Baca Juga:
~Kisah Perkenalan Mereka, Bagaimana Ismail Berjaya Memikat Nairah (KLIK SINI)

Menurut lelaki berusia 60an ini, perkahwinan bersama gadis pilihannya itu berlangsung secara tertutup pada minggu yang lalu kerana mahu menyembunyikan majlis tersebut.

Ini komen suami:

“Tiada apa yang luar biasa tentang perkahwinan kami. Bagaimanapun seperti yang saya jangkakan pasti ada pelbagai tohmahan daripada orang ramai,” 

“Saya jemput ahli keluarga terdekat saja, tetapi ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar perkahwinan saya dan isteri di laman sosial.

“Gambar kahwin kami tersebar di Facebook, tetapi saya pun tidak membacanya kerana tidak mempunyai akaun laman sosial itu,” 

Apapun semoga berbahagia lah kepada pakcik Ismail dan isterinya yang muda remaja cun melecun itu. :)

Sumber: Metro


7 Gambar Kemesraan Jihan Dan Ungku Hariz Selepas Seminggu Bernikah

7 Gambar Kemesraan Jihan Dan Ungku Hariz Selepas Seminggu Bernikah


Pasangan suami isteri, Jihan Muse dan juga pelakon baru Ungku Hariz telah mngabadikan gambar kenangan mereka berdua selepas bernikah minggu lepas.

Pasangan ini mengambil gambar post wedding di taman yang amat romantik. Siap ada gambar Ungku Hariz angkat dan dukung Jihan lagi. Hehehe.

Ramai yang memuji kecomelan pasangan ini yang sama cantik dan sama padan.

Gambar ni diambil oleh CST Productin sempena dokumentari perkahwinan Jihan dan juga Ungku Hariz melalui rancangan di Astro.

Jom lihat gambar sweet mereka berdua ni.








Thursday, March 24, 2016

Dato Aliff Syukri Dedah Bayar Ratusan Ribu Kepada Amelina


Dato Aliff Syukri Dedah Bayar Ratusan Ribu Kepada Amelina


Pengasas D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman telah membuat pendedahan bahawa dia sanggup membayar wang yang banyak kepada Amelina.

Aliff Syukri telah laburkan ratusan ribu ringgit demi mendapatkan Ratu Dangdut Malaysia iaitu Amelina sebagai duta baru untuk produk pewarna rambut keluarannya.

Ini komen Aliff Syukri:

“Tidak perlu saya nyatakan apa nombornya, tetapi ia berjumlah ratusan ribu. Selain mempunyai rambut yang sihat, Amelina juga pandai menjaga penampilannya untuk sentiasa nampak bergaya sejak kembali semula aktif di dunia hiburan,” 

Tahniah buat Amelina, memang rezeki tak diduga.

Nasirah Dedah Kisah Sebenar Disebalik Perkahwinannya Dengan Suaminya


Nasirah Dedah Kisah Sebenar Disebalik Perkahwinannya Dengan Suaminya


Nama Nur Nasirah kini menjadi viral apabila wanita 18 tahun ini yang memilih Ismail Lombok yang berumur 66 tahun sebagai suaminya.

KISAH PERCINTAAN MEREKA

Perkenalan Nasirah dan juga Ismail bermula kira-kira dua tahun lalu apabila Ismail, seorang pesara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang juga pekebun sering minum di restoran ibunya, Salma Abdullah, 42 tahun, di Paka, Terengganu.

Ketika itu, Nasirah selalu berada di restoran untuk melakukan kerja-kerja dapur selain mengambil pesanan daripada pe­langgan. Menurut Nur Nasirah, dia mula tertarik dengan perwatakan Ismail yang merupakan duda lapan anak itu kerana bertanya khabar keadaannya dan keluarga.

Pada masa itu, dia tidak tahu bahawa Ismail turut menaruh hati padanya dan dia melayan lelaki itu seperti pelanggan lain yang berkunjung ke restoran milik ibunya.

Ismail yang telah berterus terang kepada ibu bapanya untuk mengahwininya berjaya membuka pintu hati gadis ramaja itu yang ketika itu baru sahaja menamatkan persekolahan tingkatan lima.

Koleksi Gambar Nasirah (LIHAT SINI)

Selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua pihak, akhirnya Nur Nasirah yang juga anak ketiga daripada lima beradik pasangan Salma dan Mohd. Nazri Mat Kidi, 54, selamat diijabkabulkan dengan Isma­il dengan hantaran kahwin sebanyak RM7,000.

Majlis akad nikah berlangsung di rumah pengantin lelaki di Jalan Santong, Paka kira-kira jam 10.30 malam, 18 Mac lalu namun gambar-gambar perkahwinan mereka mulai menjadi viral di media sosial dengan ulasan-ulasan yang mempersendakan pasangan itu.

Ini komen Nasirah:


“Walaupun usia jauh berbeza namun saya kahwin dengan dia sebab saya sukakannya, bukan kerana duit atau terhutang budi.”


“Biar apa orang hendak kata kepada saya namun saya terimanya seadanya, dia begitu mengambil berat dan menyayangi saya sepenuh hati.

“Lagipun perkahwinan kami direstui keluarga, kami berkahwin dengan cara yang sah, ikut adat, cuma jarak usia sahaja berbeza, ia bukan penghalang cinta kami,” 


Sementara itu, ibu Nur Nasirah, Salma yang juga rakan baik Ismail yang kini menjadi menantunya berkata, dia telah lama mengenali lelaki yang dikenali panggilan Pok Wil kerana mereka tinggal sekampung.

Ini komen ibu Nasirah:

“Selepas anak saya tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia berkali-kali meluahkan hasratnya itu, namun saya tidak memberikan keputusan kerana perlu berbincang dengan Nur Nasirah dahulu.

“Akhirnya Nur Nasirah memberikan jawapan, barulah kami buat perbincangan lanjut lalu menetapkan tarikh perkahwinan mereka,” 

Salma tanpa berselindung telah merestui perkahwinan pasangan itu.

Sumber: Utusan

Respon Azrul Cham Apabila Dihentam Kerana Komen TMJ Dan Dato Vida

Respon Azrul Cham Apabila Dihentam Kerana Komen TMJ Dan Dato Vida


Peserta Maharaja Lawak Mega 2016, Azrul dari kumpulan Cham teruk dihentam orang ramai apabila memuatnaik status yang agak kontroversi.

Boleh baca status Azrul di Facebook itu DI SINI.

Setelah dikritik orang ramai, Azrul terus sahaja men delete status tersebut agar tidak mahu ianya terus menjadi lebih hangat.

Kini Azrul tampil memberi kenyataannya tentang hal tersebut.

Saya tiada niat apa-apapun. Sebagai pemerhati dan peminat bola sepak negara, saya teruja dengan kesungguhan TMJ dan DSV untuk memajukan sukan berkenaan. 

Jadi bagi yang tersalah anggap, saya mohon maaf dan harap jangan disimpan di dalam hati. Jujurnya apa yang saya tulis itu seperti apa yang bermain di dalam minda. 

Jadi saya asalnya beranggapan dan terlintas, apa yang dilakukan TMJ akan dilakukan juga DSV. Itu yang saya cuba perkatakan. 

Kalau ada yang anggap apa saya tulis itu tidak rasional, sama juga dengan kefahaman mereka yang membacanya. Ia bergantung kepada tafsiran masing-masing. Malah pada hujung status itu juga, saya tulis 'jangan marah, semua orang boleh pergi Spain'. 

Saya anggap juga medium laman sosial itu sebagai ruang peribadi dan kita boleh berkongsi apa yang difikirkan. Namun, disebabkan ada yang salah pemahaman, maka tercetuslah isu ini. Kalau baca dengan minda terbuka, mungkin semua ini tidak terjadi

Sumber: BH

Gaji Penyanyi Popular Malaysia

Gaji Penyanyi Popular Malaysia


Mesti ramai yang tertanya-tanya berapakah sebenarnya bayaran yang diterima oleh para penyanyi di Malaysia ini.

Sehingga boleh dikatakan penyanyi yang ada reputasi yang bagus dilihat mampu hidup senang dengan menjadikan kerjaya menyanyi sebagai punca rezeki.

Menerusi satu laporan dari BeautifulNara, gaji yang diterima sememangnya amat masyuk, dan ini merupakan bayaran sekitar tahun 2010 iaitu kira-kira 5-6 tahun yang lalu.

Ini bayarannya:


Dato Siti Nurhaliza
~RM45,000 (persembahan selama 30-minit)
~ RM70,000 (persembahan selama 1 jam)

Dato Sheila Majid
~ RM35,000 (persembahan selama 30-minit)
~ RM55,000 (persembahan selama 1 jam)

Anuar Zain
~ RM25,000 (persembahan selama 30-minit)
~ RM55,000 (persembahan selama 1 jam)

Jaclyn Victor
~ RM18,000 (persembahan selama 30-minit)
~ RM30,000 (persembahan selama 1 jam)

Kena ingat ini bayaran 5 tahun lepas. Sekarang tak tahu la banyak mana...hehe. Selalunya majlis-majlis korprat yang eksklusif mesti ada persembahan artis popular.

Sumber: BN
Wednesday, March 23, 2016

12 Koleksi Gambar Pengantin 18 Tahun Yang Kahwin Lelaki 62 Tahun

12 Koleksi Gambar Pengantin 18 Tahun Yang Kahwin Lelaki 62 Tahun 


Baru-baru ini telah menjadi viral kisah seorang remaja perempuan telah bernikah dengan lelaki berumur 62 tahun.

Perbezaan umur mereka berdua yang amat jauh iaitu 44 tahun menjadikan kisah ini tersebar dan menjadi viral di laman sosial.

Sehinggakan ada yang menjadikan kisah mereka ini bahan ketawa walhal perkahwinan mereka itu sah di sisi agama dan tiada salah pun.

Pengantin perempuan ini ada meluahkan hati dan perasaannya di laman sosial (BACA SINI).

Ini gambar pengan tin remaja 18 tahun ini, cantik orangnya. Semoga sentiasa berbahagia disamping suami tercinta.

Jom lihat gambar:










Izara Aishah Selesa Perut Buncit, Tak Terguris Dikutuk


Izara Aishah Selesa Perut Buncit, Tak Terguris Dikutuk


Pelakon Izara Aishah kini dikatakan sedikit berisi badannya dan kelihatan perutnya sedikit buncit berbanding sebelum ini.

Sehingga ada yang mengusiknya seperti mengandung kerana perutnya yang buncit itu. Izara Aishah sememangnya tidak melentng tetapi kembali mengaku kini perutnya buncit.

Pelakon yang sedang berpacaran dengan Adib ini selesa mempunyai perut yang buncit.

Ini komennya:

"Saya tidak kisah dengan apa saja komen negatif yang dilemparkan. Terus terang saya tidak terguris hati dengan soalan itu. Mana mungkin saya mengandung kerana saya sendiri belum berkahwin lagi. Oleh itu, dengan jujur saya memberi jawapan yang perut saya buncit.

"Saya selesa dengan bentuk tubuh saya. Sama ada gemuk atau kurus, itu terpulang kepada kehendak sendiri," 

"Sejak dari dulu lagi saya jarang baca komen di Instagram dan kebanyakan gambar yang dimuat naik adalah atas dasar kerja. 

"Kritikan yang membina, saya ambil untuk dijadikan sebagai rujukan dan nasihat. Namun bila ada yang menegur penampilan saya agak seksi dan setelah difikirkan kembali, ada benarnya komen itu, maka saya ambil sebagai nasihat,"

Izara kini sedang bahagia, sebab tu la buncit sebab banyak makan hehe.

Adira Akui Isu Kehamilan Amat Complicated


Adira Akui Isu Kehamilan Amat Complicated



Tindakan suami Adira, Dato Adenan memberi komen susu botol telah mendapat perhatian para peminat Adira dan ramai follower instagram mula membuat spekulasi bahawa Adira hamil.

Namun perkara itu masih belum dijawab oleh Adira yang hanya mengambil langkah berdiam diri. Kini penyanyi cantik ini tampil memberi sedikit komen dan berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.

Ini komen Adira: (mstar)


ULAS ISU HAMIL

"It's complicated (Ia rumit). Seperti sebelum ini saya tetap dengan pendirian untuk tidak mengulas mengenai perkara itu.

"Harap peminat dapat doakan yang baik-baik untuk saya,"

"Kami tidak merancang dan jika Allah hendak beri cepat saya bersyukur. Doa-doakanlah," ujarnya.

KEHIDUPAN BERMADU

"Alhamdulillah kehidupan semua okay dan berjalan seperti biasa cuma kami berdua amat pentingkan komunikasi antara suami-isteri.

"Pada saya ia sangat membantu bagi mengelakkan sebarang salah faham dan dengan cara itu kami lebih memahami diri masing-masing,"
Tuesday, March 22, 2016

Koleksi Gambar Anak Gadis Nassier Wahab

Koleksi Gambar Anak Gadis Nassier Wahab


Penyanyi Nassier Wahab kembali menjadi sebutan orang ramai setelah menyertai gegar Vaganza musim kedua.

Persembahan konsisten dari Nassier Wahab memikat hati juri dan para penonton sehingga beliau memasuki pentas akhir.

Walaupun tewas kepada penyanyi Siti Nordiana, nama Nassier Wahab kini telah naik semula dan ramai golongan muda mula mengenali beliau.

Sebenarnya, walaupun wajahnya awet muda, Nassier Wahab kini dah berumur 53 tahun dan mempunyai anak perempuan yang usia remaja.

Nama anak gadisnya ini ialah Intan Najihah. Jom lihat gambarnya:





16 Gambar Nora Danish Bercuti Di Iceland

16 Gambar Nora Danish Bercuti Di Iceland


Pelakon cantik Nora Danish kini sedang berada di negara Iceland untuk merehatkan minda dan bercuti. Memang best bercuti di sana sekarang kerana cuasa yang sejuk.

Tetapi ada juga tempat yang terlalu sejuk sehingga mencecah 5 darjah celcious sahaja. Fuh dah nak beku dah tu...hehe

Nora Danish juga membawa keluarganya bercuti bersama termasuk anak lelakinya Rayqal dan ibu serta kakaknya.

Selain itu, kekasih hatinya Nedim Nazri turut menyertai percutian Nora Danish sekeluarga kali ini.

Jom layan gambar percutian Nora Danish di Iceland.