Saturday, April 30, 2016

Mia Ahmad Sedang Rapat Dengan Izham Tarmizi


Mia Ahmad Sedang Rapat Dengan Izham Tarmizi


Pelakon Mia Ahmad telah tampil memberi komen tentang gosip bahawa dia menjalin hubungan cinta dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Izham Tarmizi.

Jelasnya, hubungan dengan Izham Tarmizi lebih kepada kawan dan masih terlalu awal untuk mengakui yang dia kini dalam hubungan dengan sesiapa. Pendek kata dia menafikan tengah bercinta tapi berkawan sahaja.


Mia memberitahu jika benar ada cinta yang terbit antara dia dan penjaga gol tersebut, dia tidak akan teragak-agak untuk berkongsi kisah berkenaan.

Ini komennya:


“Saya tidak mahu menjadi hipokrit. Adalah terlalu awal untuk memberitahu bahawa saya sedang berada dalam satu hubungan.

“Perkara ini sebenarnya bagi saya agak privasi, tetapi apa yang boleh saya beritahu kami hanya berkawan,” 

“Kalau mahu kata dalam fasa berkenalan, jujurnya kami sudah kenal, cuma untuk lebih mengenali hati budi masing- masing tidak ada masa sebab sibuk.

“Mungkin status dia sebagai pemain bola sepak membuatkan orang cepat tertarik dengan kisah ini, tetapi sebenarnya tidak ada apa-apa pun, jika benar saya akan kongsi,” 

kalau jadi bercinta apa salahnya, memang secocok pun


Ucapan Penuh Achey, Fad Dan Abam Setelah Menjuarai MLM2016

Ucapan Penuh Achey, Fad Dan Abam Setelah Menjuarai MLM2016


Kumpulan Bocey kini telah berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega musim 2016 setelah menewaskan Joras, Puteh dan LOL di peringkat akhir Jumaat lalu.

Persembahan Bocey untuk tema bebas dilihat hebat dannamun hanya menerima 4 Ha sahaja tetapi persembahan kedua untuk tema muzikal  penuh bertenaga dan berjaya menawan para penonton dan juri sekaligus menerima 5 Ha.

Bocey membawa pulang wang tunai setengah juta, RM500 000. Tahniah diucapkan.

Ini komen penuh mereka:

ACHEY:

Terima kasih kerana menilai kami selama 14 minggu... Semoga apa yg kami smpaikan selama 14 minggu mlm2016 terpahat dlm ingatan anda penggemar komedi... 

Syukur kami ada anda semua... Terima kasih pada semuanya

FAD:

Syukur ya Allah, alhamdulillah..terima kasih semua yg sentiasa menjadi tulang belakang kami..mak,abah,isteri,adik beradik,saudara mara,sahabat handai dan semuanya..ini rezeki anak2 daddy..daddy tumpang je..

love u favians..berkat doa dan sokongan anda kami berjaya menggapai kejayaan ini..terima kasih buat insan yg terlalu istimewa bg kami,insan yg bertanggungjawab melahirkan BOCEY..besar jasa beliau..berkat tunjuk ajar dan semangat utk kami iaitu abg afdlin shauki dan allahyarham abg harun salim bachik..terima kasih abg..love u..

tak lupa buat family kami yg sentiasa ada setiap mggu di royal theatre @bocey_official @fadbocey_fc @achey_vangers @abammamamious love u all!!!!

ABAM

Semua orang mempunyai impian....impian inilah yg kami bertiga kejar...yang kami usahakan.... 

SYUKUR ALHAMDULILLAH KEPADA ALLAH SWT....TERIMA KASIH KEPADA KELUARGA...KAWAN2 DAN JUGAK KEPADA PENGUNDI DAN PENYOKONG YANG SENTIASA MENJADI TULANG BELAKANG KAMI.... 

KAMI SAYANG SEMUA!!! TERIMA KASIH BANYAK2!! LOVE U ALLS!!!

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Bocey

Gambar Terkini Normala Samsudin


Gambar Terkini Normala Samsudin


Normala Samsudin merupakan bekas pengacara dan pelakon yang amat popular sekitar tahun 90an terutama kerana kecantikannya dan pernah digelar Wanita Melayu Terakhir.

Kini beliua digelar Puan Sri Normala Samsudin setelah bergelar isteri kepada bekas menteri, Tan Sri Azmi Khalid.

Normala Samsudin yang kini berumur 51 tahun berkata dia tidak akan kembali kedunia selebriti atau ke industri hiburan dan kewartawanan.

Beliau kini sedang berbahagia berbahagia bersama suami tercinta namun Normala Samsudin akui masih mengikuti perkembangan industri.

Jom lihat wajah terkini Normala Samsudin pada umur 51 tahun.




Friday, April 29, 2016

"Saya Tak Faham Mengapa???.." - Jihan Muse Luah Rasa Kecewa


"Saya Tak Faham Mengapa???.." - Jihan Muse Luah Rasa Kecewa


Jihan Muse tak dapat menahan rasa kecewanya apabila akaun instagram digodam pihak tidak bertanggung jawab sehingga dipautkan ke laman p0rn0.

Jihan yang baru sahaja bernikah dengan Ungku Hariz memang amat kecewa kerana menjadi mangsa godam yang kini semakin menjadi-jadi.

Ini komennya:

“Sebelum saya, beberapa artis lain juga dah terkena. Apa yang saya kesalkan, mereka terus pautkan Instagram (IG) saya ke laman p0rn0.

“Ya, saya marah kerana IG saya bukan sahaja tempat untuk saya beramah mesra dengan para peminat, tetapi ia juga melibatkan urusan kerja.

“Saya tak faham kenapa perlu ada golongan begini yang mempunyai banyak masa untuk  buat perkara-perkara tak berfaedah,”

“Saya tidak mempunyai akaun IG lain selepas digodam kerana saya sedang cuba untuk mendapatkan kembali akaun lama saya,” 

Terkini, Jihan kini berjaya mendapatkan semula IG bernama ‘JIHANMUSE’ dan telah mempunyai seramai lebih 20 ribu pengikut.


Thursday, April 28, 2016

Peminat Yuna Bergaduh Di Instagram Usher

Peminat Yuna Bergaduh Di Instagram Usher


Peminat penyanyi Yuna terutama dari Malaysia dilihat berperang komen di laman sosial Instagram milik Usher.

Usher pada mulanya memuatnaik gambar bersama Yuna untuk mempromosikan lagu mereka berjudul "Crush" yang menjadi hit di carta Billboard USA.

Kemudian, terdapat beberapa individu yang mengaku Yuna berasal dari negara mereka. Ada juga komen panas dari warga Indonesia yang mengatakan Yuna dari negara mereka.

Ini menyebabkan follower dari Malaysia berang dan memberi komen di gambar tersebut.

Sehingga kini gambar tersebut memunyai komen paling banyak di IG Usher sehingga mencecah 800 lebih komen di satu gambar. Haha rekod buat Usher.

Tapi Usher tak faham la sebab banyak komen gunakan Bahasa Melayu. LOL.

Jom layan
















Buah Hati Kesayangan Shahrul Ridzwan Sakit Tenat


Buah Hati Kesayangan Shahrul Ridzwan Sakit Tenat


Pelakon Saharul Ridzwan memberitahu hatinya kini tidak tenang selepas doktor mengesahkan 'buah hatinya' bernama Trex kini menghidapi penyakit berbahaya dan perlu mendapatkan rawatan rapi.

Sebaik saja doktor memaklumkan mengenai perkara itu, hati pelakon ini menjadi tidak tenteram dan diselubungi rasa sedih.

Ini komennya:

"Saya memang risau dan saya akui asyik teringatkan kucing kesayangan yang disahkan menghidapi penyakit serius akibat jangkitan kulat pada seluruh badan. 

"Selepas selesai penggambaran pagi ini saya lihat kucing saya, Trex, lesu serta tidak bermaya dan seluruh badannya seperti ada bintik-bintik," 


"Saya tidak malu untuk memohon semua peminat sama-sama doakan Trex pulih seperti sedia kala. Saya ada bertanya doktor dan berharap dia dapat lakukan yang terbaik untuk menyelamatkan Trex,"


Mungkin ada pihak yang menganggapnya sebagai perkara remeh, namun tidak baginya yang kini dalam fasa bersedih. Beliau yakin mereka yang mencintai kucing seperti dirinya faham situasi terbabit.

Hubungan Saharul dan kucing jantan kesayangannya itu sering dikongsi di laman Instagram milik beliau, termasuk mengakui penat lelah sebaik selesai penggambaran hilang sebaik melihat wajah Trex.


7 Gambar Terkini Anak-Anak Lelaki Fauziah Latiff

7 Gambar Terkini Anak-Anak Lelaki Fauziah Latiff


Fauziah Latiff atau Gie merupakan penyanyi popular tanah air dan pernah memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Teratai Layu Di Tasik Madu.

Fauziah Latiff pernah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak lelaki namun perkahwinannta tidak bertahan lama dan telahpun bercerai.

Anaknya bernama Jefri yang berumur 18 tahun dan juga Jeremy yang kini berusia 16 tahun.

Jom lihat wajah anak-anak Fauziah Latiff ni:









"Dia Ada Hasad Dengki, Cemburu Dan Tak Matang" - Arja Lee


"Dia Ada Hasad Dengki, Cemburu" - Arja Lee


Arja Lee merupakan salah seorang peserta didalam program Gempak Superstar.

Penyertaan Arja Lee rupa- rupanya mengundang cemburu daripada salah seorang peserta lain didalam program itu sehingga menyindir beliau.

Arja berpendapat bahawa perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan ternyata berasa terkejut apatah lagi sebelum ini mereka berdua tidak pernah bekerjasama dan tidak mengenalinya sangat.

“Bagi saya perkara sebegini tidak patut berlaku. Sepanjang bergelar artis saya tidak pernah rapat apatah lagi bekerjasama dengannya. 

 “Namun, saya perasan dia cuba menimbulkan masalah. Malah, sejak pengumuman sidang media lagi saya dapat tahu perkara ini. Mungkin dia menanti reaksi daripada saya, tetapi saya diamkan saja,” 

“Saya sentiasa sedar diri. Kalau betul dia mencemburui saya disebabkan pengalaman yang sedikit sebagai penyanyi, tidak guna juga. Bukan apa, program ini memberi kuasa kepada peminat untuk mengundi. 

 “Jadi, terang-terangan dari segi populariti dia sudah menang. Dia tidak perlu rasa takut atau tercabar pun. Sebab itu, setiap minggu saya berusaha memberikan persembahan terbaik bagi memenangi hati juri dan penonton,” 

“Masing-masing sudah matang, jadi tidak perlu wujud permusuhan walaupun sedang bertanding. Ini kerana di luar nanti pasti berjumpa dan bekerjasama. 

 “Buang perasaan hasad dengki dan tidak puas hati itu. Tidak perlu nak menyindir saya dengan perkataan yang boleh mengundang persepsi negatif pihak lain terhadap saya. 

 “Salah satu tujuan saya menyertai program ini adalah untuk belajar dan menuntut ilmu daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang muzik. Bukan nak cari musuh,” 

 “Orang tahu saya pernah menyanyi serta memiliki single. Namun apabila memasuki pertandingan realiti, populariti lebih menjadi perhatian. Saya akui jauh ketinggalan kalau populariti jadi ukuran. 

 “Justeru, setiap minggu sebelum persembahan saya mesti berada di kedudukan tercorot. Mungkin saya jarang melobi diri bagi meraih undi peminat. Saya sekadar mempertaruhkan bakat,” 

“Apabila tahu berada di tempat pertama, ia umpama magis. Peminat saya tidak seramai peserta lain. 

 “Apa saya lakukan setiap minggu adalah mempertaruhkan bakat yang ada. Sudah memadai jika persembahan saya mendapat maklum balas positif juri,” 


Sebelum ini Arja Lee hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu me­ngeruhkan lagi suasana. Biarpun sakit mata dan telinga mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut artis itu, dia bertahan, jauh sekali mengadu dengan sesiapa. 

Wednesday, April 27, 2016

15 Koleksi Gambar Anak Gadis Kepada Kuza

15 Koleksi Gambar Anak Gadis Kepada Kuza


Kuza merupakan pelakon yang popular pada tahun 90an. Tak kenal? Kuza ni banyak berlakon drama dan rakan seangkataan dengan Maria Farida etc.

Kuza kini dahpun berhijrah bertudung sejak 3 tahun yang lalu.

Pelakon ini mempunyai 3 orang anak dan salah seorangnya ialah Naziha yang kini sudah remaja.

Memang cantik anak gadis pelakon Kuza ini. Jom layan

Gambar sumber: HotlipsCorner














Gambar Sambutan Birthday Rita Rudaini Ke 40


Gambar Sambutan Birthday Rita Rudaini Ke 40


Pada 11 April 2016 yang lalu maka genaplah usia Rita Rudaini yang ke 40 tahun.

Rita Rudaini telah menyambut hari lahirnya dalam keadaan yang serba sederhana bersama keluarga terdekat sahaja.

Melalui laman sosial Instagramnya, Rita telah berkongsi sedikit gambar sambutan hari lahirnya itu dan turut meluahkan rasa bersempena dengan hari ulang tahun kelahirannya.

Ini komennya:

"Bahagia itu pada kami adalah apabila hidup kami bertiga dikelilingi orang-orang yang baik hati, penyayang dan jujur, terima kasih,"

Banyak ucapan yang diberikan oleh para peminat Rita Rudaini di ruangan komen IG.

Dan yang istimewanya, sempena hari lahir Rita Rudaini, pelakon ini telah mengeluarkan perfume LIMITED EDITION yang amat istimewa.

Nama perfume ini ialah "April Eleven By Rita Rudaini". Nama yang sedap ini di ambil sempena tarikh lahirnya 11 April.

Memang wangi betul perfume baru ini. nak beli? boleh beli di sini (KLIK SINI)

Jom lihat gambar