Tuesday, May 31, 2016

Zalif Sidek Mengamuk Di Airport?


Zalif Sidek Mengamuk Di Airport?



Satu ruang gosip akhbar Utusan ada melaporkan Zalif Sidek mengamuk di lapangan terbang setelah beg yang beliau hendak dibawa oleh beliau ke dalam pesawat telah melebihi had berat yang ditetapkan.

Akhbar itu melaporkan Zalif merasa berang dan menghempas begnya di kaunter tetapi Zalif tampil menafikan gosip berkenaan dan menganggap segala tuduhan tersebut adalah fitnah yang melampau.

Zalif juga percaya bahawa penulis ruangan itu menyerang beliau secara peribadi kerana turut mengheret kisah silamnya. Menurut Zalif, wartawan akhbar itu juga tidak menghubungi beliau untuk bertanyakan hal yang sebenar.

Ini komennya:

Saya terkejut apabila timbul gosip sebegini kerana wartawan itu tiada inisiatif mengesahkan cerita itu daripada mulut saya sendiri walhal saya boleh dihubungi bila-bila masa. 

Kalau ikutkan ada rakan yang menyarankan saya menyaman pihak terbabit namun jika boleh saya mahu menyelesaikannya secara baik.

Secara logiknya, mana mungkin seorang manusia waras, saya ingin membuat onar di tempat awam. Saya tidak meninggikan suara langsung inikan pula mengamuk. Hanya salah faham berlaku apabila staf di bahagian kaunter tersalah beg tetapi diselesaikan secara baik.

Zalif juga kecewa apabila dilabel artis “sendu” dan membuka segala aib tentang kisah percintaan beliau.

Hafiz Dan Isteri Berbulan Madu Di Australia

Hafiz Dan Isteri Berbulan Madu Di Australia


Pasangan baru berkahwin, penyanyi Hafiz dan juga isterinya Nureffy kini sdang berbulan madu di negara kangaroo iaitu Australia.

Setelah selesai majlis persnding, pasangan ini terus sahaja berlepas ke negara Australia. Hafiz dan Effy telah bercuti di sana dan berkongsi gambar mereka sepanjang percutian mereka di Australia.

Antaranya ialah Hard Rock Cafe Sydney dan juga Sydney Opera House.

Jom lihat gambar Hafiz dan isterinya honey moon:









"Jujur Saya Rasa Tercabar Dengan Fizo" - Mawar


"Jujur Saya Rasa Tercabar Dengan Fizo" - Mawar


Pasangan romantis dan paling hebat berniaga iaitu Fizo Omar dan isterinya Mawar Fareeda memang popular dengan beberapa kes viral di laman sosial.

Namun, Mawar akui Fizo sebenarnya lebih berbakat dalam bidang masakan dan menyebabkan jutawan tudung ini tercabar dengan kebolehan suaminya itu.

Ini komen Mawar:

"Saya akui kalau di rumah, Fizo yang banyak berada di dapur berbanding saya kerana memasak adalah kesukaan dia manakala saya pula lebih kepada mengemas. Almaklumlah, lelaki kalau buat kerja dapur akan jadi tunggang langgang dan di situlah tugas saya (mengemas).

"Tiga tahun mendirikan rumah tangga, jujur ada juga rasa tercabar dengan situasi itu. Justeru, saya tawar diri untuk cuba dalami ilmu memasak dengan Fizo apatah lagi kami sekarang telah memiliki restoran sendiri iaitu 'FizoMawar Kitchen' yang dibuka pada Disember tahun lalu,” 

Kini Mawar mula berlajar dan mendalami ilmu masakan dari Fizo. Pasangan ini juga telahpun menjadi duta kepada produk F&N dan bakal mempunyai rancangan memasak sendiri.

Tangisan Syamsul Yusof Secara Live



Tangisan Syamsul Yusof Secara Live



Syamsul Yusof merupakan nama besar di dalam industri seni hiburan tanah air dengan filem arahannya sering menjadi box office.

Terbaru filem Munafik mencipta rekod kutipan tertinggi RM20 juta dalam sejarah filem tempatan di pawagam.

Namun walaupun hidup penuh mewah dan juga popular, Syamsul kini memilih masjid sebagai pengisi jalan hidupnya.

Malam minggu lalu, di Masjid Al Ridhuan Hulu Kelang, dengan dipenuhi lebih 600 jemaah yang bersesak-sesak, Syamsul muncul sebagai panel dialog Thank You Allah.

Ketika berkongsi kisah hidupnya, Syamsul menangis berkongsi kisah hidupnya. Apa yang menjadikan dirinya terasa semakin kerdil dan dhaif ketika nama dan kegemilangannya sedang berada memuncak.

Selain Syamsul, turut tampil dalam  program Thank You Allah  ialah Abang Long Fadil, Ustaz Syed Norhisham dan Ustaz Zuhdi Mat Piah.

Abang Long Fadil pula merupakan bekas ahli kongsi gelap dari Singapura yang menghabiskan usia kanak-kanak dan remajanya selama 15 tahun di penjara atas pelbagai jenayah keganasan.

Sesi perkongsian pecah panggung ini mengalirkan airmata pengarah box office itu, ketika meluah rasa hati mengenangkan hidayah Allah yang membimbingnya ketika di mercu kejayaan.

Manakala Abang Long Fadil, menitiskan airmata mengenangkan kasih ibunya yang tega berdoa tanpa jemu sekali pun dirinya hidup sebagai munafik.

Semua kisah airmata ini dapat anda saksikan dalam #PenghijrahanFenomena yang akan disiarkan pada Khamis 10 malam di TV AlHijrah.

Sumber: MyNewsHub

Ini Respon Nora Danish Tentang Laporan Polis Fasha Sandha

Ini Respon Nora Danish Tentang Laporan Polis Fasha Sandha


Umum mengetahui Fasha Sandha telah membuat laporan polis ke atas bekas suaminya iaitu Jejai yang juga bekas suami pertama Nora Danish.

Dalam satu temubual oleh wartawan Berita Harian, Nora Danish dilihat tidak mahu dikaitkan dengan urusan Jejai dan juga Fasha.

Ini jawapannya apabila di tanya tentang laporan polis oleh Fasha Sandha kepada Jejai.

"Minta maaf. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara itu kerana saya tidak mempunyai sebarang kaitan," 

Nampaknya Nora Danish memang malas nak amik hal orang lain. Kini dia sedang fokus dalam bidang keusahawanannya.
Monday, May 30, 2016

"Jangan Cium Lara Alana" - Tegah Scha Dan Awal

"Jangan Cium Lara Alana" - Tegah Scha Dan Awal 


Lara Alana memang budak yang comel sehinggakan ramai yang suka bergambar dengannya.

Malah ada yang terus cium Lara Alana walaupun tidak mengenalinya. Ini menyebabkan ibu bapa Lara Alana iaitu Scha dan juga Awal melarang perbuatan tersebut. Mengapa tak bagi cium? Ini komennya:

Bila Mommy or Daddy kata jangan kiss Lara, bukan sebab diorang eksyen or sombong, sebab Lara ni ada eczema. Lipstick merah yg Auntie semua pakai tu can cause this to my face. So next time if jumpa Lara, takyah kiss / gomol / picit / pegang okay? Kita selfie je. Harap semua faham.

Memang cium sebarangan kepada budak kecil di larang doktor kerana hal ini. Seperti kuman dan juga alahan dari gincu (perempuan).

Kalau kena ruam kat anak kita sendiri, mestilah marah kan..
Sunday, May 29, 2016

Yazit Dedah Muslihat Amy Search Ketika Ziarah Di Hospital

Yazit Dedah Muslihat Amy Search Ketika Ziarah Di Hospital


Pemain dram kumpulan Search iaitu Yazit telah mendedahkan muslihat dari Amy Search ketika menziarahnya sakit di hospital.

Perkara ini didedahkan oleh Yazit setelah Amy memberitahu dia mempunyai bukti melawat Yazit ketika di hospital.

Ini komen Yazit:

Nampak atau tidak muslihat dia? Saya tidak sedarkan diri. Dia ambil tangan saya, bersalam, muka dia senyum tengok kamera. Apa maknanya itu? Dia hendak tunjuk pada media dia bagus. 

Sebagai kawan, dia tidak perlu buat begitu. Sepatutnya duduk sebelah bacakan saya Yaasin kerana saya pada itu koma, 50-50. Itu lebih afdal tetapi hendak glamor juga. 

 Dia datang sendiri atau isteri saya yang hubungi beliau? Isteri saya hubungi minta datang tengok. Lepas itu tiba-tiba dia buat cerita lain. Dia kena paksa datang dengan isteri saya, bukan ikhlas.

Sumber: MMO

Gosip Amyra Rosli & Amar Baharin Bakal Kahwin


Gosip Amyra Rosli & Amar Baharin Bakal Kahwin 


Pelakon popular Amyra Rosli dan Amar Bahrin kini menjadi tumpuan ramai apabila kisah hubungan mereka menjadi bahan bualan ramai.

Baru-baru ini kecoh di laman sosial apabila satu berita yang kurang pasti kesahihannya tersebar dimana kedua pelakon ini dikatakan bertunang secara rahsia dan bakal berkahwin.

Sehingga kini, kedua-duanya menafikan gosip pertunangan tersebut.

Ibu Amyra telah memuat naik gambar bersama dengan chef selebriti terkenal seperti sedang merancang satu majlis yang besar.

Kemudian, Datuk Rosly Raja Mazlan atau lebih dikenali sebagai Pak Engku pula muatnaik gambar dan menulis kapsyen juga seolah-olah memberitahu satu majlis besar akan berlangsung tidak lama lagi bersama ibu Amyra.

Ramai yang mengaggap Amyra Rosli bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi apatah lagi Pak Engku sering menjadi pilihan selebriti untuk sebarang majlis perkahwinan.

Gambar yang dimuat naik juga menunjukkan mereka dalam membuat persiapan untuk majlis perkahwinan.

Menerusi sumber yang lebih kukuh, katanya satu sidang besar bersama media akan diadakan pada Julai ini dan kemungkinan satu majlis perkahwinan akan berlangsung November ini.

Jom tunggu !!

Sumber: Mak Jemah Era / Rotikaya / Metro

Siti Nurhaliza Dikecam Nyanyi Di Smule


Siti Nurhaliza Dikecam Nyanyi Di Smule


Siti Nurhaliza kini telah mencuba aplikasi Smule yang semakin popular dikalangan peminat kareoke dan mereka yang suka menyanyi.

Namun penglibatan Siti di arena Smule itu menerima kritikan dari sesetengah pihak yang mengatakan ianya menjatuhkan kredibiliti Siti sebagai penyanyi tersohor negara.

Ini jawapan dari Siti:

“Ramai yang bertanya, mengapa saya mencuba aplikasi Smule? Saya tahu aplikasi itu menjadi tempat untuk mereka yang menggemari nyanyian merakamkan video seolah-olah sedang berduet dengan penyanyi yang diminati. Salahkah saya jika mempunyai minat sama seperti orang lain.

“Saya juga sama seperti mereka, cuma mungkin yang membezakan kami apabila kerjaya saya sebagai penyanyi menjadikan saya dikenali ramai. Namun, saya juga mempunyai minat dan keinginan untuk mencuba aplikasi terbaru, apatah lagi jika ianya membabitkan kerjaya nyayian.

“Secara tak langsung, aplikasi ini buat saya dekat kepada peminat. Mereka yang tak berkesempatan bertemu saya secara peribadi, dapat melunaskan impian mereka menerusi Smule. Saya melihatnya dari sudut positif,” 

Pada masa yang sama, bentuk badan Siti yang semakin berisi turut menjadi bualan ramai apabila ada yang menganggap mungkinkah penyanyi itu sedang hamil, namun Siti menafikannya. Jelasnya, dakwaan itu mungkin dibuat kerana sikapnya yang suka menarik baju dibahagian perut kerana ingin melindingi bahagian yang berisi.

Sumber: BH / Rotikaya
Thursday, May 26, 2016

Komen Mira Filzah Tentang Hubungannya Dengan Zizan Razak

Komen Mira Filzah Tentang Hubungannya Dengan Zizan Razak


Mira Filzah merupakan bintang baru di dalam industri seni hiburan tanah air Malaysia. Namanya melonjak naik menerusi lakonan dalam drama Cinta Si Wedding Planner.

Kemudian, Mira Filzah berjaya memeanngi anugerah Bintang Baru Paling Popular di ABPBH kali ke 29 baru-baru ini.

Kerjaya Mira Fizlah sedang berkembang dan kini kisah cintanya mula dijaja oleh pihak media. Mira Filzah kini dikaitkan dengan pelawak Zizan Razak.

Ada sumber mengatakan Zizan telah menemani Mira Filzah membuat laporan polis setelah pelakon jelita ini terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya.

Namun Mira Filzah telah tampil memberi respon tentang hal ini. Mira Filzah telah menafikan mempunyai hubungan cinta dengan Zizan Razak.

Mira menjelaskan bahawa hubungan yang terjalin diantara beliau dan Zizan hanya sebagai teman rapat sahaja dan tidak lebih daripada itu. Malah jelasnya lagi, beliau dan Zizan berada didalam industri yang sama jadi hubungan itu terjalin hanya sebagai teman sesama industri.
Wednesday, May 25, 2016

Fasha Sandha Dedah Hubungannya Dengan Aedy Ashraf


Fasha Sandha Dedah Hubungannya Dengan Aedy Ashraf


Kini nama Aedy Ashraf, pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan, telah dikaitkan dengan pelakon  Fasha Sandha.

Ramai nak tahu apa sebenarnya status hubungan mereka yang sebenarnya. Sebelum ini Aedy menafikan mereka berdua mempunyai hubungan, kini Fasha pula dedah perkara sebenar.

Jelas Fasha, mereka sememangnya rapat disebabkan Fasha sudah mula bekerja dengan Aedy dengan terlibat dalam beberapa drama sejak dia kecil lagi.

Fasha dan Aedy kini sedang berlakon dalam drama Lara Aisyah yang mempunyai sebanyak 100 episod. Jadi, perjalanan penggambaran agak panjang dan sudah tentu akan sering kali bertemu di set penggambaran.

Ini komennya:

Sekarang pula saya dan Aedy berlakon sama di dalam drama Lara Aishah sebanyak 100 episod. Jadi, sudah tentu kami banyak berada di lokasi kerana penggambaran drama ini begitu panjang. Saya panggil dia adik. Kami dah macam adik dan kakak.

Sumber: EraFM

TAKZIAH: Jue Aziz Disahkan Keguguran


TAKZIAH: Jue Aziz Disahkan Keguguran


Pelakon Jue Aziz akui telah menerima berita yang menyedihkan apabila mengalami keguguran ketika usia kandungan yang masih baru.

Jue mula menyedari keguguran tersebut selepas diberitahu oleh seorang tukang urut yang bertanya tentang kandungannya.

Ini komen Jue:

"Saya keguguran tiga bulan lalu dan perkara itu disedari oleh orang yang mengurut saya kerana dia bertanya sama ada saya pernah keguguran atau tidak.

"Saya akui ada berlaku pendarahan dan saya sangkakan ia hanya ketulan darah haid sahaja dan tidak pun ke klinik namun ia adalah keguguran awal kandungannya,"


"Sudah tentu saya rasa sangat sedih bila dapat tahu saya sudah keguguran tapi nak buat macam mana terpaksa reda kerana ia adalah ujian daripada Allah.

"Saya akan terus berusaha untuk itu dan saya harap dapat mengandung sekali lagi dalam masa terdekat. Saya juga elakkan diri daripada rasa tertekan dan terlalu aktif,"


Untuk pengetahuan, Jue telah berkahwin dengan pemuzik Indonesia bernama Bayu pada tahun 2014 dan mengambil seorang anak angkat iaitu Dawrish Naufal yang kini berusia 4 tahun.

Sumber: mStar

Amy Search Respon Komen Awie


Amy Search Respon Komen Awie


Setelah ditegur oleh Awie (BACA SINI), Amy Search telah tampil memberi respon.

Ternyata Amy kecewa dengan kenyataan yang dibuat Awie Wings berkenaan hubungannya dengan Yazit Ahmad, pemain dram Search.

Bagi Amy, komen daripada vokalis Wings tersebut benar-benar melukakan hatinya.

Ini komennya:

"Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak," 

"Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja," 

Amy mengatakan Awie hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja sebab itu dia memberi komen demikian.

Baju Raya Koleksi Rozita Che Wan RM299 Sehelai Tetapi Kualitinya Teruk?


Baju Raya Koleksi Rozita Che Wan RM299 Sehelai Tetapi Kualitinya Teruk? 



Selebriti popular, Rozita Che Wan kini telah berkolaborasi dengan TESCO untuk memasarkan baju koleksi raya.

Harga ialah RM299 untuk sehelai. Memang harga standard untuk baju dari artis. Namun ada juga yang complaint tentang baju ini.

Melalui laporan dari Forum Cari dan juga MyMediaHub, baju dikatakan tidak berkualiti.

Jom baca aduan customer:

Siang tadi makcik bershopping barang rumah di Tesco. Sempat juga mencuba baju-baju raya Tesco, koleksi Rozita Che Wan atau Che Ta. Harga baju RM299 sehelai.

Ya ampun, kualiti teruk sangat. Kain panas dan murah, jahitan kelepet terbuka sana sini. Bukan satu design saja yang makcik cuba, semuanya termasuk dua design yang ditarik balik jualannya sebab ada masalah kualiti. Yang baju purple dengan yang satu lagi entah apa, lupa pula.

Makcik ada snap gambar-gambar posing makcik dan rakan teladan yang sengaja meninggalkan bau ketiak pada baju itu. Kain sudahlah tak sama warna, macam lain-lain tailor yang beli kain













"Dulu Dapat Gaji RM100 000 Sebulan, Tetapi...." - Pendedahan Shamsul Ghau Ghau


"Dulu Dapat Gaji RM100 000 Sebulan, Tetapi...." - Pendedahan Shamsul Ghau Ghau



Shamsul Ghau-Ghau merupakan pelawak di zaman Sinaran Pasport Kegemilangan seangkatan dengan kumpualan Senario menjadi popular.

Shamsul akui pernah hidup mewah pada waktu itu, namun hatinya agak jauh dari tuhan. Menurutnya, beliau tidak menganggap kesilapan lalu adalah detik hitam, sebaliknya ia adalah pembuka jalan baginya untuk memperbaiki dirinya sekarang.

Enggan menoleh ke belakang, beliau kini giat berdakwah berkongsi pengalaman hidupnya bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Jom baca sedikit luahan dan perkongsian dari Shamsul Ghau Ghau:


Gaji RM100 000 Sebulan

“ALLAH SWT mudahkan rezeki saya, bermula gaji RM300 sebulan semasa kerja sebagai polis sehingga pernah mendapat RM100,000 sebulan sebagai artis walaupun hanya ada SPM, tapi hati saya jauh dari-Nya,” 


“Saya khatam al-Quran masa umur 12 tahun tapi tak mampu nak bacanya depan Kaabah ketika menunaikan umrah pertama pada 2001,” 

“Saya fikirkan apa akan terjadi sekiranya saya mati nanti atau sekiranya ibu saya sakit, mampukah saya membacakan al-Quran buatnya?


Tunai Umrah

“Saya berpeluang menunaikan umrah pertama pada 2001 bersama rakan-rakan dan berdoa empat benda yang tak mungkin saya lupakan.

“Doa pertama saya nak kahwin, kemudian ada anak, ketiganya mahu ada rumah depan masjid dan keempat dibuka hati untuk mengaji serta mendekatkan diri dengan ALLAH SWT.

“Alhamdulillah, pada 2003 saya berkahwin dan dikurniakan anak setahun kemudiannya. Pada 2006 semasa beli rumah ditakdirkan lokasinya betul-betul depan masjid,” 

Dengar Bacaan Al-Quran

“Setiap hari saya dengar rakaman surah Ar-Rahman yang dipasang di masjid sebelum masuknya waktu Maghrib sampai sudah menghafalnya serba sedikit tapi tak tahu maksudnya.

“Ditakdirkan pada satu hari saya pergi ke kedai buku dan semasa membelek buku tafsir al-Quran, bukaan saya betul-betul pada surah Ar-Rahman yang salah satu maksudnya berbunyi, ‘nikmat mana satu yang engkau dustakan’,” 

Mula Berhijrah, Dekati Agama

“Sekarang saya berguru dengan tiga ustaz yang mengajar tajwid, taranum dan tafsir. Kita hidup sudah berpuluh tahun tapi kita tak tahu maksud bacaan dalam solat kita.

“Saya berharap perubahan ini dapat melapangkan kubur mak ayah saya yang sudah tiada. Saya tak menolak perubahan saya hari ini adalah hasil doa arwah mak saya yang tak jemu memberi nasihat semasa hayatnya,” 

“Al-Quran itu perlu dibaca, difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Cuba tanya diri kita dalam sehari berapa banyak kita pegang al-Quran berbanding telefon pintar?

“Saya bukan mahu buka aib diri saya, sebaliknya mahu mengajak lebih ramai orang Islam mendekati ALLAH dan memberikan pahala kepada mak ayah saya yang sudah tiada,” 

Syukur dengan penghijrahan Shasul Ghau Ghau yang juga merupakan pengacara kepada rancangan Pencetus Ummah musim yang lalu.

Sumber: Sinar

Awie Wings Tegur Amy Search


Awie Wings Tegur Amy Search


Awie dari kumpulan Wings telah menasihati Amy Search setelah kisah mengenai pergaduhan dengan Yazit menjadi tumpuan umum.

Bagi Awie, Amy perlu memberi lebih perhatian kepada rakan sekumpulannya Yazit Ahmad yang sakit bertahun-tahun.

Awie berkata tidak wajar Amy Search mengabaikan Yazit, pemain dram kumpulan Search.

Ini komen Awie:

“Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja.

“Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini,” 

“Mereka perlu ambil iktibar dan muhasabah diri kerana sahabat saya (Yazit) sakit, jadi tolak ke tepi soal ego,” 

“Kita perlu tolong kerana ini membawa kepada saham akhirat. Kalau kawan kita yang sedang sakit ini, kita nak kenakan dia lagi, ini bukan kawan.

“Tidak kira siapa salah sekarang ini. Yazit sakit, bila dia sakit, dia perlukan wang. Mata pencariannya hanya bermain muzik,”

Sumber: MMO


Tuesday, May 24, 2016

Inilah Gambar Sharnaaz Ahmad Peluk Kekasihnya Yang Jadi Viral

Inilah Gambar Sharnaaz Ahmad Peluk Kekasihnya Yang Jadi Viral


Sharnaaz Ahmad kini sedang berbahagia dengan kekasihnya Nabila yang juga kakak kepada Bintang Paling Popular iaitu Neelofa.

Memang kemesraan mereka berdua ini sering menjadi tatapan umum di laman sosial dengan kedua dua mereka selalu berkongsi gambar di laman sosial.

Namun satu gambar berpelukan menjadi perbualan ramai di laman sosial. Ada yang menegur berpelukan sebagai kekasih agak keterlaluan.

Nabila sendiri telah tampil memberi respon tentang hal ini:

Jom baca:



Fasha Sandha Dedah Punca Buat Report Polis


Fasha Sandha Dedah Punca Buat Report Polis


Pelakon Fasha Sandha menjadi tumpuan setelah membuat laporan polis ke atas Jejai, bekas suaminya.

Ramai tertanya-tanya kenapa berbuat demikian. Sebenarnya, Fasha sendiri menjelaskan bahawa apa yang dilakukannya itu sudah difikirkan sebaiknya dan hanya untuk melindungi dirinya.

Ini komen Fasha:

“Sebelum membuat sesuatu perkara, saya sudah memikirkan semasak-masaknya keputusan saya, pro dan kontranya. Malah bagi mana-mana rakyat Malaysia yang rasa tak selamat atau terganggu dari apa-apa ancaman, mereka boleh membuat laporan polis dan perkara itu juga dicadangkan oleh peguam saya”

“Jadi saya tak fikir apa lagi orang nak kata dan saya sedar, sebagai seorang selebriti apa yang kita buat pasti jadi perhatian. Tapi atas sebab perlindungan untuk diri sendiri, saya perlu buat laporan itu dan saya tak peduli lagi apa orang nak kata,” 

Walaubagaimanapun, pelakon ini enggan mendedahkan isi kandungan laporan tersebut kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa. Kata aktres ini lagi, sekiranya keadaan memaksa dia bersedia menjelaskannya.

Sumbe: Rotikaya

Zizan Razak Teman Mira Filzah Buat Report Polis


Zizan Razak Teman Mira Filzah Buat Report Polis


Zizan Razak kini dikatakan sedang rapat dengan seorang pelakon wanita yang semakin popular iaitu Mira Filzah.

Melalui satu laporan dari Utusan menerusi ruangan PokLip, dikatakan ada yang ternampak kelibat Zizan Razak menemani Mira Filzah membuat laporan polis.

Ini setelah Mira Fizlah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya abru-baru ini.

Ini laporan dari poklip Utusan:


Khabar angin ini masih belum diberi respon balas oleh kedua-dua belah pihak, tunggu lah jawapan mereka berdua ini nanti.

Gambar Anak Safiq Rahim

Gambar Anak Safiq Rahim


Safiq Rahim merupakan pemain bola sepak popular di Malaysia. Safiq merupakan kapten pasukan kebangsaan Malaysia dan juga Johor Darul Takzim.

Safiq sememangnya hebat mengendali bahagian tengah dan memainkan peranan penting untuk menyerang dan menjaringkan gol. Safiq juga hebat mengambil sepakan percuma dan juga penalti.

Selain hebat di padang, populariti Safiq menyebabkannya menjadi duta kepada beberapa produk seperti Power Cat dan juga minuman kultur Calpis.

Dari segi peribadi pula, Safiq berkahwin dengan pemain boling kebangsaan iaitu Zandra Aziela dan mempunyai seorang anak yang comel.

Jom layan gambarnya:





Monday, May 23, 2016

Wajah Terkini "Budak Meme" Yang Popular


Wajah Terkini "Budak Meme"


Satu meme ‘success kid’ sememangnya amat popular suatu ketika dahulu. Sehingga kini gambar meme tersebut masih lagi digunakan jika ingin troll seseorang.

Budak meme ini bernama Sammy Griner dan gambar itu diambil ketika dia berumur 11 bulan. Gambar Sammey Griner mula popular sekitar tahun 2010.

Gambar trsebut menjadi viral setelah ibunya memuat naik di laman Flickr dan terus mencuit hati orang ramai.


Untuk pengetahuan anda, gambar Griner yang mula viral pada tahun 2010 telah membantu keluarganya dalam meminta bantuan sumbangan untuk menyara kos pembedahan pemindahan buah pinggang ayah Griner.

Pembedahan itu telah berjaya dilakukan pada tahun 2015 dan kesihatan ayah Griner kini telah kembali pulih. 

Sammy Griner kini berusia 10 tahun, jom lihat wajah terkini kanak-kanak ini