Wednesday, June 29, 2016

Dugaan Buat Anzalna Dan Suami Tatkala Hari Raya Semakin Tiba

Dugaan Buat Anzalna Dan Suami Tatkala Hari Raya Semakin Tiba


Nampaknya pelakon Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki menerima sedikit dugaan dikala hari raya bakal menjelang.

Selepas beberapa hari mengalami sakit perut, suami kepada pelakon jelita, Anzalna telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta berdekatan pagi tadi akibat gastrik.

Menurut Anzalna lagi, suaminya itu mengalami luka di dalam perut dan dijadualkan berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut dari doktor.


Ini komen Anzalna:

“Sejak minggu lalu suami saya sudah mengadu sakit perut, namun tak berjumpa doktor. Saya membawanya ke hospital setelah dia mengadu sakit, pagi tadi. Tak sangka pula keadaannya makin teruk hingga dimasukkan ke wad. Saya kurang pasti faktor utama penyakitnya itu, sebelum ini dia tidak mengalami gastrik,”

Setelah berkahwin, Anzalna akui kehidupan selepas bergelar isteri kepada ahli perniagaan itu lebih bahagia berbanding ketika dirinya masih solo dahulu.

Anzalna juga teruja apabila tahun ini pertama kali berpuasa dan juga menyambut hari raya bersama suami tersayang.

Semoga cepat sembuh ye Hanif Zaki !!

Erra Fazira Tak Boleh Tolak Cinta Shahir

Erra Fazira Tak Boleh Tolak Cinta Shahir




Erra Fazira kini berumur 42 tahun sedang bercinta dengan penyanyiShahir yang berumur 28 tahun, 14 tahun perbezaan umur mereka berdua.

Bagi Erra perbezaan 14 tahun bukan penghalang untuknya menerima juara Akademi Fantasia musim kelapan sebagai calon jodohnya.

Erra juga berharap orang ramai melihat perbezaan umur itu daripada sudut positif.

Ini komennya:

“Saya pernah berniat untuk mencari orang yang lebih tua dan macam-macam lagi, tetapi bila hati terima ciri-ciri (lelaki muda) begini, sukar untuk saya menidakkannya.

“Kita masih tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan, saya serahkan soal jodoh ini kepada takdir sahaja, sebab Allah sahaja yang mempunyai kuasa terhadap hati saya,”

“Memang saya lega, bila akhirnya Shahir membuka mulut, dalam masa yang sama mengurangkan beban saya untuk berhadapan perkara ini seorang diri.

“Ternyata tidak banyak yang boleh saya kongsi, tetapi ketika ini fasa hubungan kami masih lagi mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain,”


Sumber: Rotikaya
Tuesday, June 28, 2016

Benarkan Ajak Kahwin Lain: Orang Ramai Sekolahkan Isteri Ajak

Benarkan Ajak Kahwin Lain: Orang Ramai Sekolahkan Isteri Ajak


Baru-baru ini telah kecoh di laman sosial apabila isteri kepada pelawak Ajak Shiro telah memberi kebenaran kepadanya untuk berkahwin lain (BACA SINI)

Kenyataan yang viral itu ternyata mengejutkan orag ramai dan para netizen. Kisah tersebut juga mendapat liputan di media hiburan tanah air.

Ternyata ada pihak yang tidak bersetuju dengan kenyataan dari isteri Ajak bernama Afifah itu dan telah memberi nasihat kepada nya.

"Jangan tunjuk sangat macam tu, dah lalui nanti baru tahu macam mana" - antara nasihat dari orang ramai di laman sosial apabila membaca kisah tersebut.

" Perempuan mana sanggu bermadu, kat mulut sahaja cakap bergitu" - ini pula antara beberapa komen yang ditulis oleh pengguna FB.

Jom baca komen orang ramai:





Sunday, June 26, 2016

Baju Raya Gagal Siap, Syatilla & Shaheizy Sam Tak Bertanggungjawab


Baju Raya Gagal Siap, Syatilla & Shaheizy Sam Tak Bertanggungjawab


Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana pelanggan yang gagal mendapat pakaian dari butik Elle Zada meskipun mereka adalah duta kepada produk syarikat itu.

Syatilla Melvin berkata, perkara tersebut perlu dijelaskan sendiri oleh pihak Elle Zada yang lebih mengetahui perjalanan operasi butik berkenaan.

Ini komen Syatilla tentang amukan dari pelanggan di butik Elle Zada akibat tidak menerima pakaian yang ditempah sejak beberapa bulan lalu:

"Saya tidak tahu nak komen apa-apa kerana saya dan Sam seperti orang lain juga tiada jawapan.

"Apa yang saya boleh katakan perkara yang berlaku itu di luar bidang kuasa dan kawalan kami. Kami hanya duta kepada kempen raya butik berkenaan sahaja dan hanya bertanggungjawab untuk menjalankan promosi sahaja," 

Owner butik Elle Zada akhirnya tampil dan meminta orang ramai tidak menyalahkan selebriti berkenaan atas masalah yang berlaku.

Katanya, kedua-dua selebriti itu sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dalam mempromosi produk keluarannya sempena Aidilfitri ini.

Ini komen owner butik:

Sam Tilla Tak Salah

"Sam dan Syatilla tidak bersalah dalam hal ini kerana ia ada masalah kelewatan ini berpunca daripada pihak pembekal.

"Saya harap orang ramai tidak mengaitkan nama mereka dalam hal ini. Saya juga meminta maaf kepada Sam dan Syatilla kerana perkara ini telah menjejaskan nama mereka yang bersih," 
  
"Sam sangat ambil berat tentang hal ini terutama sekali apabila melibatkan peminat-peminatnya. Dia juga ada beri cadangan untuk selesaikan masalah ini.

"Malah, dia minta kami keluarkan kenyataan secepat mungkin agar pelanggan dapat mengetahui masalah tersebut dan bersabar," 

Punca Masalah

"Pembekal tidak dapat menyiapkan pakaian-pakaian yang kami tempah pada tarikh yang ditetapkan, kami cuba untuk cari alternatif lain, namun terdapat beberapa masalah lain pula.

"Namun, Insya-Allah ia akan diselesaikan sebelum Aidilfitri ini, masalah ini memang di luar jangkaan kami," 

Sumber: mStar

Ayahnya Orang Terkaya Di Malaysia, Namun Pekerjaan Anaknya Mengejutkan


Ayahnya Orang Terkaya Di Malaysia, Namun Pekerjaan Anaknya Mengejutkan


Yen anak kepada raja gula, Robert Kuok yang merupakan orang terkaya di Malaysia, berkata ahli keluarganya tidak pernah melayannya seperti anak manja ataupun puteri sebaliknya melatihnya secara tegas.

"Cara keluarga saya sangat ketat malahan saya tidak diberikan wang saku. Semasa di sekolah, wang saku kawan saya juga jauh lebih banyak berbanding saya," antara kata dari wanita berumur 26 tahun ini.

Kerana minat, Yen dengan usaha sendiri telah menubuhkan laman web Guiltless.com yang menjual pakaian-pakaian dan produk berjenama terpakai.

Dia berniaga secara dalam talian dan mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaan itu kerana sering membeli pakaian terpakai ketika melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.

Menurut Yen, dia hanya memiliki pakaian berjenama sendiri ketika berumur 17 tahun apabila menerima hadia dari rakan abangnya.

Nampaknya kisah ini semakin menjadi viral dan turut disiarkan di berita HK.

Robert Kuok, 91 tahun diikhtiraf individu paling kaya untuk 10 tahun berturut-turut dengan memiliki kekayaan AS$11.3 bilion atau RM40.8 bilion.

Terkenal dengan gelaran Raja Gula Malaysia, Kuok menjalankan perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan.
Saturday, June 25, 2016

Isteri Benarkan Ajak Shiro Kahwin Satu Lagi


Isteri Benarkan Ajak Shiro Kahwin Satu Lagi


Isteri Ajak Shiro membuat kejutan apabila memberi kebenaran suaminya Ajak Shiro untuk berkahwin satu lagi. Perkara ini diakui sendiri oleh Ajak.

Ajak memang gembira dengan perkara tersebut namun setelah diberi kebenaran keinginan untuk berkahwin seorang lagi hilang pula.

Ini komen Ajak:

“Orang rumah (isteri) pernah menyuarakan hasrat memberikan kebenaran kepada saya menambah cawangan (isteri), namun saya berpendapat, kesempurnaan yang dicari pada seorang wanita sudah saya temui. Jadi, saya rasa tidak perlu untuk berkahwin satu lagi”

“Tipulah sekiranya saya tidak punya keinginan untuk berkahwin lain, namun saya perlu berhati-hati, adakah wanita yang bakal saya kahwini itu menyayangi seikhlas hati seperti isteri dan bukan bersandarkan populariti semata-mata”

"Sudah menjadi lumrah, apabila dilarang, kita terasa seperti ingin melanggar perkara itu. Jadi apabila diberikan lampu hijau, keinginan itu hilang pula,” 

Isteri Ajak, Nur Afifah merupakan kekasih sejak zaman sekolah dan memang popular sebagai pasangan yang bahagia.

Sumber: BH
Friday, June 24, 2016

Gambar Bayi TMJ Dan Che Puan Khaleeda


Gambar Bayi TMJ Dan Che Puan Khaleeda


TMJ dan Che Puan Khaleeda kini bergelar ibu dan bapa setelah menerima cahahamata pertama mereka semalam.

Pasangan Diraja ini selamat menerima anak perempuan, puteri sulung mereka semalam, 25 Jun.

Sebelum ini gambar Che Puan Khaleeda sedang mengandung hangat diperkatakan setelah beberapa keping gambar memperlihatkan seperti baby bump. Gambar boleh dilihat di SINI

Ini komen di FB rasmi:

Merafak syukur kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi tahniah kepada DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua iaitu seorang puteri pada 25hb Jun 2016 di Wad DiRaja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. YM Che Puan Khaleeda Bustamam dan puterinya kini berada dalam keadaan sihat walafiat. Allah Peliharakan Sultan.
-----
Praise be to Allah SWT and utmost congratulations to HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, and HH Che Puan Khaleeda Bustamam following the birth of their first child, a princess on June 25th 2016 in the royal ward of the Sultan Aminah Hospital, Johor Bahru. HH Che Puan Khaleeda Bustamam and her princess are now in good health. Allah Peliharakan Sultan.
Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor

Jom layan gambar:


Ini Respon Balas Erra Fazira Terhadap Kenyataan Shahir AF


Ini Respon Balas Erra Fazira Terhadap Kenyataan Shahir AF


Baru-baru ini Shahir akhirnya mengaku bercinta dengan Erra FAzira malah mula bercwerita bagaimana dia mula mejalin hubungan dengan pelakon popular itu. (BACA SINI)

Kini ramai yang mahu mendengar apa pula kata Erra Fazira. Pelakon ini akhirnya tampil dan mengaku sedang bercinta dengan penyanyi tersebut dan hubungan cinta mereka itu turut mendapat restu dari pihak keluarga Shahir.

Kata Erra Fazira, sebelum ini dia hanya berdiam diri kerana Shahir yang perlu buka mulut dahulu kerana dia adalah pihak lelaki.

Ini komennya:

“Sebenarnya, dia yang patut membuka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Tetapi, setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius.

"Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana ianya masih terlalu awal buat kami dan belum lagi memasuki fasa seterusnya”

“Saya belum lagi memberitahu ibu saya mengenai perhubungan ini. Insya-Allah, kalau ada jodoh dengan dia, saya juga mengharapkan perkahwinan kali ini adalah yang terakhir dan akan kekal selamanya,” 

Kini Erra Fazira merasa lega kerana tak perlu lagi menjawap pertanyaan orang ramai setelah Shahir mengaku hubungan mereka berdua yang menjadi rahsia sekian lama.
Thursday, June 23, 2016

Tangisan Anak Sebelum Meninggal Dunia - Mangsa Kemalangan Kongsi Detik Sayu

Tangisan Anak Sebelum Meninggal Dunia


"Umaira, Umaira anak ayah," itu antara kata-kata akhir Mohd Hasnun kepada anaknya dalam satu kemalangan maut membabitkan 16 kenderaan di KM406 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Tanjung Malim, yang menghala ke pusat bandar‎.

Biarpun masih bersedih dengan peristiwa hitam itu, Hasnun kuatkan diri untuk menceritakan detik-detik kemalangan yang meragut nyawa anak serta isterinya.

Mohd Hasnun berkata kejadian berlaku ketika kereta Suzuki Swift yang dipandunya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia.

Ini komennya:

"Masa tu jalan sesak disebabkan ada kemalangan di hadapan, kereta memang tidak bergerak.

"Seingat saya, saya sedang mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran, manakala anak dan isteri saya sedang tidur,"

“Tiba-tiba saya melihat treler yang berada dari arah belakang meluru laju kemudian merempuh dan menyebabkan kereta saya berpusing ke laluan tengah sebelum dirempuh sebuah lagi treler dari arah kiri.

"Keadaan masa tu berlaku dengan pantas, badan saya terhentak ke stereng kereta, namun saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

"Saya ingat setiap detik masa tu. Paling menghibakan saya lihat arwah isteri berlumuran dengan darah dan tidak lagi bernyawa, saya lihat anak saya, saya panggil namanya Umaira berulang kali, kali pertama dia menangis dan terus senyap, ALLAH sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu,"

"Dia ada berkata kepada saya yang dia teringin nak menunaikan solat tarawih bersama saya di Masjid Biru (masjid negeri Shah Alam).

"Saya berjanji untuk membawanya, namun ini sudah tertulis yang dia akan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya,"

"Sebelum ini saya tinggal di Kuala Lumpur, tapi memandangkan isteri bekerja di sini, jadi  saya pindah ke sini.

"Pada saya arwah seorang isteri yang amat sempurna, dia terbaik buat saya, namun ketentuan ALLAH melebihi segalanya saya redha dengan apa yang berlaku ini,"

Hasnun sebenarnya baru sahajaberpindah dan tinggal bersama isteri serta anaknya di Pulau Pinang selama setahun.

Jenazah isterinya Nurul Syazeila Iryani Suhaimi dan anak Hanna Humaira dibawa pulang ke Kampung Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang.

Sumber: SinarHarian

Farid Kamil Menakutkan - Diana Danielle


Farid Kamil Menakutkan - Diana Danielle


Farid Kamil merupakan pelakon dan pengarah popular yang juga suami kepada pelakon jelita iaitu Diana Danielle.

Baru- baru ini, ketika berlakon bersama suaminya, Diana Danielle akui merasa amat kekok dan segan beserta perasaan takut.

Ini komennya:

“Sangat ‘menakutkan’ berkerja dengan dia (sambil tertawa). Kita semua tahu dia pelakon yang bagus dan sebenarnya saya mula meminati dia sejak lakonannya dalam filem Anak Halal lagi. Bukan hanya dia malah masa tu saya minat Bront Palarae dan Maya Karin. Saya sangat mengagumi lakonan mereka”

“Dan untuk drama ini, kali pertama kami digandingkan bersama. Selama ini memang saya tak pernah lagi bersama dia dalam mood bekerja. 

Jadi memang ketika pengambaran saya rasa kekok, takut, segan, malu dan rasa macam saya tak pandai berlakon apabila berada di depan dia. Saya nak cuba kongsi idea saya untuk lakonan drama ni pun, saya rasa takut.

“Setiap apa dialog yang dia cakap, tak semena-mena saya rasa sentap (terasa) padahal saya faham itu skrip bahkan saya selalu ingatkan diri saya yang kami sedang bekerja. Tapi saya pula yang terlebih sensitif (gelak),” 

Sebenarnya memang susah juga berlakon bersama suami atau isteri. Sebelum ini, Aeril Zafrel juga dikatakan mengurangkan berlakon bersama isterinya Wawa Zainal.
Wednesday, June 22, 2016

Shahir Buka Cerita Bagaimana Mula Bercinta Dengan Erra Fazira



Shahir Buka Cerita Bagaimana Mula Bercinta Dengan Erra Fazira


Penyanyi Shahir akhirnya membuka cerita kisah perkenalannya dengan Erra Fazira yang usianya berbeza 14 tahun.

Buat Shahir jarak usia 14 tahun antara mereka berdua bukan penghalang untuk pasangan selebriti ini saling berkenalan. 

Shahir yang mula mencipta nama menerusi Akademi Fantasia, menyifatkan Erra Fazira seorang yang mempunyai ciri wanita sempurna dan matang.

Ditanya adakah mereka berdua bakal bertunang dan berkahwin dalam masa terdekat, Shahir menyerahkan hal berkenaan kepada ketentuan takdir.

Ini komen Shahir:

Mula Berkawan, Akhirnya Jatuh Cinta


Memang benar, kami mula berkawan sejak dua tahun lalu tetapi tidak mempunyai sebarang perancangan serius seperti berumah tangga dalam tempoh terdekat ini. Pada awalnya kami saling berhubung disebabkan atas dasar kerja. Saya mula menghantar khidmat pesanan ringkas kepadanya dan bermula dari detik itu, kami saling berbalas mesej.

Beza Umur 14 Tahun

Ia hanya satu angka dan tidak memberi sebarang kesan atau menggambarkan kematangan dan personaliti individu tersebut. Dalam rukun perkahwinan turut tidak meletakkan sebarang syarat atau garis panduan mengatakan pasangan perlu berkahwin dengan pasangan seusia. Selain itu, pasangan yang berkahwin seusia belum tentu menjamin kebahagiaan.

Dia merupakan seorang wanita yang matang, penuh dengan sikap keibuan dan berdikari. Selain itu, Erra juga mempunyai ciri sempurna sebagai seorang wanita.

Bertunang?

Semuanya bergantung kepada ketentuan Ilahi kerana ini semua urusan Tuhan dan biarlah takdir menentukan. Umum hanya perlu tunggu dan lihat serta doakan yang baik-baik buat kami.

Sumber: Kosmo

Komen Zahirah McWilson Tentang Bapanya Kahwin Tanpa Pengetahuannya


Komen Zahirah McWilson Tentang Bapanya Kahwin Tanpa Pengetahuannya


Zahirah McWilson merupakan pelakon yang semakin meningkat naik di Malaysia. Dia merupakan anak kepada Zainol McWilson, pelakon dan juga bekas penyampai berita.

Zainol McWilson kini menjadi tumpuan apabila berkahwin secara rahsia dengan seorang wanita baru-baru ini dan pelbagai spekulasi yang timbul.

Turut terkejut dengan berita ini ialah anaknya iaitu Zahirah McWilson yang sememangnya tidak tahu menahu tentang perkahwinan ayahnya itu sehingga ibunya memberitahu hal itu kepada nya.

“Apabila ibu memaklumkan perkara itu kepada saya, saya yakin majlis itu memang sah diadakan. Tetapi sebagai anak, saya hanya doakan yang terbaik untuknya,” 

Sumber: Metro



Gambar Terkini Mirsad Hassan Kulasic Pada Tahun 2016

Gambar Terkini Mirsad Hassan Kulasic Pada Tahun 2016


Mirsad Hassan Kulasic merupakan nama yang kurang dikenali ramai namun jika disebut Diari Ramadhan Rafique hampir semua orang tahu.

Ini kerana drama ini menjadi peneman ramai penonton ketika di bulan Ramadhan. Rancangan ini memperlihat kan Mirsad Hassan sebagai pelakon utama iaitu Rafique. Rafique kali pertama berpuasa di Malaysia.

Drama bersiri ini menjadi hit dan bualan ramai kerana ramai terhibur dengan telatah dan juga kisah teladan did alam rancangan ini.

Rancangan ini mula ditayangkan pada tahun 2007 dan sehingga tahun ini masih ditayangkan.

Kini Mirsad pun dah besar dan dewasa. Jom lihat wajah terkininya:





Tuesday, June 21, 2016

Gambar Terkini Yahaira Leanne Pada Usia 9 Bulan

Gambar Terkini Yahaira Leanne Pada Usia 9 Bulan


Sempena hari kelahiran Yusry KRU atau nama penuhnya Yusry Abdul Halim, penyanyi hebat ini telah memberi para peminatnya menatap wajah anaknya Yahaira Leanne.

Sebelum ini, peminat dapat tatap gambar anak kepada pasangan ini ketika kecil sahaja. Lihat gambar Yahaira Leanne ketika baru lahir (DISINI)

Pada hari ini, Yahaira Leanne telah berumur 9 bulan, memang comel dan cute anak Lisa Surihani dan Yusry KRU ini.

Gambar ini dimuatnaik sempena sambutan hari lahir Yusry KRU yang ke 43 tahun.

Ini ucapan Yusry:

It was just another birthday for me. But this time it falls on the same day- 9 month old baby girl and 516th month daddy. Thanks syg Lisa Surihani for making this birthday a memorable one. Thank you everyone for the kind wishes

Ramai yang nak tengok wajay anak Lisa dan Yusry kan? jom layan gambar di bawah:



Suami Raya Rumah Isteri Pertama, Ini Komen Adira


Suami Raya Rumah Isteri Pertama, Ini Komen Adira


Adira AF kali pertama menyambut hari raya sejak bergelar suami isteri pada tahun ini setelah berkahwin Oktober yang lalu.

Ramai tertanya-tanya bagaimanakah Adira akan menyambut hari raya pada tahun ini sebagai isteri kedua Dato Red.

Dalam satu kenyataan, Adira reda dan akur apabila suaminya itu akan menyambut Aidilfitri bersama isteri pertama terlebih dahulu.

Ini komennya:

“Sebagai isteri kedua saya memahami situasi suami. Ia bukan masalah besar buat saya kerana masih dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Ranau, Sabah. Walaupun ini tahun pertama kami beraya sebagai pasangan suami isteri, saya reda dan akur”

“Tambahan pula beberapa hari selepas itu suami akan pulang ke Sabah dan meraikannya dengan saya dan keluarga pula,” 

Tambah Adira yang mengakui tidak pandai memasak, dia kini sangat teruja menyediakan juadah sahur dan berbuka untuk suami. Tidak menjadikan isu tidak memasak sebagai halangan, Adira menyatakan perkara tersebut bukan alasan untuk dia tidak ke dapur.

Sumber: Rotikaya
Monday, June 20, 2016

Teguran Pedas Buat Pasangan "Limousine" Hafiz Dan Kekasihnya Syafiqah

Teguran Pedas Buat Pasangan "Limousine" Hafiz Dan Kekasihnya Syafiqah 


Baru-baru ini pasangan kekasih yang menjadi viral apabila si lelaki memanja kan kekasih hatinya dengan kereta limo dan kemewahan.

Gambar-gambar pasangan ini menjadi viral dan bualan ramai di laman sosial.

Namun satu nukilan teguran buat pasangan ini ternyata amat pedas dan mempunyai kandungan yang tepat. Rata-rata pengguna bersetuju dengan padangan ini.

Jom baca teguran dari Syahr Musafir:

RAIKAN AWEK DENGAN LIMOUSINE BAGAI?

Setelah ramai orang memperkatakan dan bercerita, jadi saya telah lihat video Hafiz Mahamad meraikan hari lahir kekasih hatinya, Syafiqah Aina dengan limusin and what not, yang telah viral dan menjadi sebutan satu Malaysia.

Saya berasa sangat marah dan kecewa dengan atitud dan video tersebut. Saya tidak dapat lihat satu apa pun kebaikan daripada video tersebut, melainkan perkara-perkara negatif semata-mata.

Meraikan hari lahir tidak salah. Bahkan kalaulah seorang suami meraikan seorang isteri amat digalakkan. Namun seorang boyfriend meraikan seorang girlfriend tanpa ikatan nikah adalah haram. Hukumnya berdosa.

Berdua-duaan lelaki dan perempuan bukan mahram dalam satu limusin (atau ruang tertutup) adalah haram. Dan berdua-duaan lelaki dan perempuan dalam limusin 'ditemani' seorang fotografer/cameraman langsung tidak sweet.

Walaupun si gadis bertudung dan berpakaian bertutup (saya tak nak komen berkenaan ketat atau nampak lengan bla bla bla), maruah seorang muslimah dicalar-balarkan dengan aksi bersentuhan bahkan berpegangan tangan secara sengaja dengan si lelaki yang kononnya gentleman. Haram dan berdosa. Langsung tidak lady-like, langsung tidak gentlemen, bahkan dayus semata-mata, penuh maksiat.

Saya bertambah kecewa kerana pasangan ini meraikan dan berbangga dengan dosa dan maksiat yang telah dilakukan, bahkan menyebar-luaskan dosa, maksiat dan keaiban ini kepada seluruh dunia untuk melihat dan menontonnya.

Cinta yang haram itu tetap haram. Selagi mana belum nikah, lelaki dan gadis ini adalah bukan mahram, dan haram berduaan, haram bersentuhan. Saya sebut sebegini sebab anda berdua adalah orang Islam. Muslim dan Muslimah. Ada faham?

Tiada alasan kita perlu bersangka baik si lelaki dan si gadis ini tidak reti agama. Si lelaki dan si gadis tahu 'agama' tetapi sengaja merendah-rendahkan martabat Islam dengan berkelakuan sebegitu.

Sekalipun mahu bercinta, janganlah jadi manusia yang jahil dan ignorant. Saya paling marah dan kecewa kerana maksiat ini dibangga-banggakan, disebar luaskan dan dilakukan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Respek, Bro. Mana engkau punya sifat hormat?

Saya nasihatkan Hafiz dan Syafiqah, tarik baliklah video yang telah disebarkan dan bertaubatlah. Jika desperate, bernikahlah sesegera mungkin. Umur gadis 22 tahun sudah 'tua' untuk menikah. Atau si lelaki tidak boleh nak meminang dan akad nikah kerana belum bersunat?

Inilah masalah orang kita sekarang. Terikut sangat dengan budaya Barat, budaya sosial melampau, drama dan filem Melayu yang tidak menjaga ikhtilat bahkan melampaui batas, zina, rogol, sentuh sikit sentuh banyak tak mengapa, bla bla bla, menjadi normal dan kebiasaan, sehingga dosa dan maksiat dirasakan seperti 'pahala' dan populariti.

Hang ingat sweet buat gitu-gitu? KEPALA HOTAK HANG!

Kepada wartawan dan jurnalis pun, cerita-cerita macam ni tak payahlah nak tulis macam cerita syurga. Adoi!

p/s: Tak pasal-pasal rasa marah pagi ni. Tolong share biar sampai Hafiz dan Syafiqah baca dan ambil iktibar. Terima kasih.

Itulah teguran mantap dari lelaki ini, harap dijadikan pengajaran.

Awie Bertunang Dengan Ladyana


Awie Bertunang Dengan Ladyana


Dunia hiburan dikejutkan pula dengan berita pertunangan Awie bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Syarifah Ladyana.

Ini ekoran beberapa keping gambar majlis pertunangan Awie dan Sharifah Ladyana yang diadakan secara tertutup telah tersebar.

Gambar Ladyana diapit oleh kedua anak Awie, Putri Leeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha didalam sebuah majlis pertunangan bagaikan menjawab persoalan yang timbul.

Dikatakan majlis pertunangan secara tertutup itu dikatakan telah diadakan di Hotel Vistana Pulau Pinang, Bukit Jambut pada 3 Jun lalu.

Majlis yang berlangsung itu juga dimaklumkan hanya dihadiri oleh beberapa ahli keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak termasuk ahli anggota kumpulan Wings sahaja.

Ada dakwaan mengatakan bahawa Awie dan Ladyana bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

Buat masa ini, Awie masih belum memberikan sebarang komen balas mengenai perkara ini.



Sunday, June 19, 2016

Pendedahan Bakal Isteri Zamani Slam


Pendedahan Bakal Isteri Zamani


Zamani Slam merupakan penyanyi bersuara lunak yang baru-baru ini menjadi tumpuan media. Kini cerita terbarunya ialah Zamani dikataakn sedang mengenali hati budi seseorang dan bakal berkahwin.

Mengakui mereka sudah lama berkawan, Zamani Slam tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut apatah lagi untuk mendedahkan bakal isterinya.

Sebelum ini, Zamani memang pernah menyatakan bahawa dia berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya.


Bagi Zamani, dia tidak mahu memperbesarkan kisah perancangan perkahwinanannya kerana bimbang tidak menjadi pula. Selain itu, dia mahu menghormati keluarga kedua belah pihak.


Ini komennya:

“Asalnya dia ialah peminat saya dan Slam, seterusnya membantu menguruskan kelab peminat saya. Bermula dari situ, kami berkawan rapat malah dia juga banyak menyokong jatuh bangun saya dalam industri ini,” 

“Saya perlu menghormati keluarga kedua-dua belah pihak dan enggan membelakangkan mereka. Saya perlu dahulukan mereka sebelum memberi apa-apa kenyataan kepada pihak media mengenai perkara ini. Lagipun saya baru saja berbaik-baik dengan keluarga”

“Jadi, saya tidak mahu mengeruhkan kembali hubungan yang kembali terjalin dengan berita seperti ini. 

“Sekiranya perkahwinan itu menjadi kenyataan, saya tidak akan sorok. Saya akan akan beritahu pihak media dan juga peminat,” 

Sumber: BH
Saturday, June 18, 2016

Komen Peminat Buat Sharnaaz Dan Kekasih

Komen Peminat Buat Sharnaaz Dan Kekasih


Sharnaaz Ahmad kini sedang bercinta dengan kakak kepada Neelofa iaitu Nabila. baru-baru ini Sharnaaz Ahmad ada memuatnaik video mesra bersama kekasihnya itu.

Video dimuatnaik selepas bebuka tersebut mendapat perhatian para followernya dan memberi komen yang positif kepada pasangan ini.

Kebanyakkan komen yang diberikan berharap pasangan ini cepat bernikah selain amat sweet dan comel bersama.

Ramai yang mengatakan walaupun Sharnaaz Ahmad seorang yang keras dan berbadan sasa tapi hatinya cair kepada Nabila.

Harap-harap pasangan ini cepat cepatlah bernikah ye.

Jom lihat komen dari orang ramai:






Tapi ada juga yang tak merasakan video ini romantik malah merasa geli pula. Ini komennya..


Friday, June 17, 2016

8 Koleksi Gambar Gadis Cari Jodoh Di Facebook


8 Koleksi Gambar Gadis Cari Jodoh Di Facebook


Seorang gadis menjadi popular sekelip mata apabila status yang ditulisnya menjadi viral di laman sosial facebook.

gadis ini dikataakn mencari jodoh di laman sosial facebook.

Ini statusnya:

Assalamualaikum.. tak pernah tulis macam ni..
(Siyes malu tp mahu)hikhikss

tapi..
Mak ayah tak tanya pn..tp jodoh tak dtg bergolek klu tak berusaha kn..

>> izinkan sy perkenalkan diri dlu yaa...

Nama: Nor Amirah
Umur: 25 Tahun
Asal: Batu 16, Melaka
Anak keempat
Diploma pengurusan rumah tangga,USA (Universiti Suka Ati)
Bukan graduan US, bkn UK, semua.. Last sekolah ekonomi rumah tangga je..
Akan sambung pengajian Master rumah tangga dgn somi.. Sebab tu nak kahwin cpt..kikikihh
Kerjaya Part Time : Conteng2 muka org & online business
Cita cita: Nk jd bidadari syurga
.
.
Skrg cuma kerja cuci tingkap bangunan saja
Boleh memasak apa saja tp mst ade buku resepi
Boleh menjahit & bertukang juga
Sedia mendirikan rumah tangga, hujung tahun ni atau awal tahun depan InshaAllah..
Sebab nak mendirikan rumah tangga?
Nk cari org yg boleh membimbing sy ke arah yg lebih baik dgn KONSISTEN (sbb sy kdg2 betul kdg2 tak)
.
Ciri yang dicari:
Umur 26 ~ 32 (umur atas sy bwh2 tak mau)
Tak blaja tggi tak pe janji RAJIN
Sedia nikah & pikul tanggujawab
Seorg yg tinggi sifat sabar
Seorg yg tak panas baran (tp jgn lurus bendul sgt)
Klu xkaya xdpt bg hantaran MINI COOPER pn xpe..nk mntak RANGE ROVER evoque kang kata melampau nau plak tp tak pe itu semua duniaa (janji jgn susahkn hidup sy lpas kwen sudah cukup)
Orang lua melaka dialu-alukan.
(sbb sy suka jauh, raya nanti bleh balik kg, sbb kg sy blakang rumah jr, tapi kalau dkt takperr sy okay jerr)
.
Boleh terima saya baik,buruk, hodoh, gile, otak senget, angin monsun kdg2 dan sama sama perbaiki diri kearah lebih baik.. sy sedia jadi makmum awak..
.
Mak ayah saya sedia jumpa awk..
.
Kalau nak kenal lebih lanjut, boleh jumpa tp isi borang dlu leh download file mntak kt wsap mak sy.. Nti tgk watak sy tu serasi ke tak...
Baru lah boleh ke next step...
Kalau tak nak berhubungan terus dengan saya..Ni mak saya:
>> Maznah Md Sayed

Nanti sy suh mak sy kenalkan bg pihak sy yaa.

Semoga Allah permudahkan..

P/s: selebihnya istikharah & sy bg mak sy pilih.. mana yg kenan =)
P/s : sy juga sertakan gmb sy tanpa makeup..nti kata gmb 360 pulak

Sekian,terima kasih

Ini pula koleksi gambar gadis tersebut. Jom layan:








Faye Kusairi Bikin Status Panas


Faye Kusairi Bikin Status Panas


Pelakon Faye Kusairi telah mencuri perhatian apabila memuatnaik status yang agak panas di laman sosial miliknya baru-baru ini.

Ini tulisnya:

Janganlah kamu berlagak diatas muka bumi ini seakan akan segalanya adalah milik kamu. Perbuatan jahat, segala fitnah yang dilontarkan dari mulut kamu itu haruslah kamu sadar ianya dilaknat Allah. Semoga hati hitam kamu itu mampu dilunturkan perlahan lahan. Sudah sudahlah ya.

Ini pula komen Faye Kusairi apabila ditanya tentang status yang dinaikkan itu:

Status itu sebenarnya saya teringat akan perasaan saya apabila tercetusnya kontroversi lalu. Saya ingat lagi, isu itu betul-betul buat saya terkejut.

Saya ni dulu seorang blogger, suka menulis. Jadi dah biasa kadang-kadang tu tiba-tiba rasa nak menulis berkongsi mengenai perasaan saya. Bukan niat saya tujukan pada mana-mana pihak. Ia sebenarnya sekadar peringatan pada diri saya sendiri.

Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tidak suka jika orang bercakap perkara yang tidak betul mengenai diri kita. Kalau saya dah cakap saya tak buat, jangan lah cakap saya buat. Sesiapa pun kalau berada di tempat saya tentu marah.

Itulah jawapan dari Faye Kusairi yang sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi rumahtangga Elly Mazlein.

Fauziah Latiff Dedah Punca Tangguh Perkahwinan


Fauziah Latiff Dedah Punca Tangguh Perkahwinan


Ppenyanyi Fauziah Latiff terus menjadi bualan hangat para peminatnya berikutan penyanyi itu sebelum ini mendedahkan bakal berkahwin dengan seseorang namun sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi tentangnya.

Fauziah Latiff sebelum ini pernah memberitahu media akan melangsungkan perkahwinannya sekitar tahun lalu selepas beberapa kali tertangguh.

Tentang perkembangan terbaru perkahwinannya, Fauziah kaui mereka masih belum tetapkan tarikh kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Ini komennya:

“Memang kami sepatutnya berkahwin, namun apa daya kerana belum menemui masa sesuai. Saya tidak mahu terburu-buru dan kami masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing,” 

Sebelum ini, Fauziah pernah dua kali mendirikan berkahwin namun berkahir dengan penceraian.

Perkahwinan pertamanya dengan Syed Budriz Putra berlangsung pada 1992, namun mereka berpisah selepas tiga tahun.

Fauziah kemudian berkahwin dengan ahli perniagaan, Johan Indot, di London dan bercerai juga.

"Keluarga Dah Setuju"- Shahir Tampil Jelas Hubungan Dengan Erra Fazira

"Keluarga Dah Setuju"- Shahir Tampil Jelas Hubungan Dengan Erra Fazira


Penyanyi kelahiran rancangan Akademi Fantasia, Shahir kini tampil menjelaskan perkara sebenar tentang hubungannya dengan selberiti popular Erra Fazira.

Menerusi BH, Shahir akui kini memang rapat dengan Erra Fazira malah hubungan mereka diketahui keluarga dan telahpun mendapat restu keluarga.

Ini komen Shahir:

BELUM TETAP TARIKH

"Kami belum tetapkan tarikh. Cerita yang bertebaran itu bukan daripada kami berdua. Kita tak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Doa yang baik-baik sahaja... Insya-Allah. Selama inipun, saya kasihankan Erra kerana selalu menjawab setiap spekulasi yang timbul kerana saya tidak ada di ibu kota, 

KELUARGA DAH SETUJU

"Selama ini, saya bukan mahu mengelak. Mungkin kini sudah sampai masanya untuk saya sedikit terbuka mengenai hubungan kami. Lagipun keluarga kami sudah bersetuju secara lisan. 

"Jadi memang tak ada halangan dan masalah untuk saya sendiri mengambil peranan memikirkan ke fasa yang lebih serius ,"

Sumber: BH
Wednesday, June 15, 2016

Bertunang Dengan Shahir Lepas Raya, Ini Kenyataan Rasmi Erra Fazira

Bertunang Dengan Shahir Lepas Raya, Ini Kenyataan Rasmi Erra Fazira


Erra Fazira sekali lagi mencuri perhatian ramai ekoran hubungannya dengan penyanyi Shahir AF. Satu gosip timbul mengatakaan Shahir dan Erra Fazira bakal bertunang selepas raya.

Akhirnya, Erra Fazira terpaksa tampil menceritakan hal sebenar dan memberi kenyataan rasmi.

Ini komennya:

Bertunang Lepas Raya

"Hujung tahun lalu pernah tersebar gosip Shahir dikatakan bakal menghantar rombongan meminang, tetapi tiada apa yang berlaku. Kali ini, sekali lagi perkara yang sama dibangkitkan kononnya kami akan bertunang selepas raya nanti. Jawapan saya masih sama iaitu tidak benar. 

Status Terkini

"Saya masih berkawan baik dengan Shahir, tetapi tidak pernah mengetahui mengenai urusan peminangan seperti yang diperkatakan. Jika benar kami akan bertunang, sudah pasti saya akan tahu segala perancangan Shahir," 

Saya Tak Halang

"Shahir sudah memperlahankan aktiviti seninya sebelum saya mengenalinya. Gosip mengatakan saya menghalangnya daripada aktif tidak benar sama sekali. Saya tidak pernah mencampuri sebarang urusan berkaitan kerjaya atau masa depannya,"

Erra tidak menolak sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dengan penyanyi terbabit, namun enggan bercerita lanjut mengenainya.

Respon Liyana Jasmay Suami Diganggu Artis Wanita


Respon Liyana Jasmay Suami Diganggu Artis Wanita


Nampaknya rumah tangga  Liyana Jasmay menjadi bualan ramai apabila timbul dakwaan dan gosip mengatakan suaminya diganggu rakan artis wanita.

Liyana mengakui terkejut kerana tidak tahu-menahu apabila ditanya tentang hal tersebut. Bagi Liyana perkara ini tidak perlu diperbesarkan.

Ini komennya:

“Saya tak tahu nak komen macam mana. Sejujurnya, saya terkejut macam mana cerita ini boleh timbul. Apa boleh saya katakan, ia dakwaan palsu.

“Kalau nak tahu, saya dan suami akan keluar bersama beberapa rakan seperti Lisa Surihani, Intan Ladiyana dan Fazura. Mustahil mereka berkelakuan sedemikian. Lagipun, suami sentiasa ada bersama saya,” 

“Saya rasa cukup setakat ini berkongsi kisah peribadi. Bukan apa, terlalu banyak perkara yang boleh menimbulkan persepsi negatif. Kalau membabitkan anak saya okey lagi,” 

“Berkenaan suami pula, ia adalah privasi saya. Setiap apa yang ditulis mereka di laman sosial, saya anggap sekadar cakap-cakap kosong. Lagipun, saya sudah meminta maaf kepada mereka. Saya tidak pernah bermaksud negatif seperti difikirkan mereka,” 

Sumber: Harian Metro

Raja Farah Sensitif Terhadap Suami


Raja Farah Sensitif Terhadap Suami


Selebriti Raja Farah kini  sedang hamil 7 bulan, dia memberitahu sejak hamil anak pertama sikapnya lebih sensitif serta manja terhadap suaminya, Iskandar Ismail.

Raja Farah akui sentiasa mahukan perhatian daripada suaminya

Sensitif Sampai Suami Tak Kerja

"Saya tidak menafikan sejak mengandung saya banyak bergantung harap kepada suami sehingga ada ketikanya dia tidak pergi bekerja kerana menemani saya.

"Sikap saya jadi sensitif dan manja tetapi memandangkan kami diberi rezeki awal untuk mendapatkan anak selepas dua bulan berkahwin jadi saya anggap perubahan ini sebagai pengikat kasih di antara kami,"

Tiada Alahan, Mengidam

"Saya pun pelik juga tidak mengidam seperti mana wanita hamil lain dan teringin juga rasanya hendak rasa perasaan mengidam itu.

"Paling penting saya dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan tidak sabar rasanya untuk menunggu kelahirannya,"

Ambil Tips Dari Ibu Dan Adik Beradik

"Saya cuba dapat info sebanyak mungkin tetapi orang kata selagi tidak lalui sendiri kita tidak akan tahu bagaimana untuk menguruskan situasi tersebut.

"Tetapi Alhamdulillah setakat ini banyak info berguna yang saya dapat,"

Sumber: mStar
Tuesday, June 14, 2016

Ini Komen Wak Doyok Tentang Azrinaz


Ini Komen Wak Doyok Tentang Azrinaz


Wak Doyok akhirnya tampil memebri komen tentang hubungannya dengan bekas isteri kepada Sultan Brunei iaitu AZrinaz.

Wak Doyok akui dia kini sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi Azrinaz Mazhar Hakim yang juga pernah menjadi personaliti TV3.


Wak Doyok diminta mengulas tentang hubungan istimewanya dengan Azrinaz Mazhar Hakim apabila dilihat sering menghadiri majlis bersama.

Dia memberitahu dia selesa berkawan dengan wanita itu dan tidak menolak jika ditakdirkan untuk hidup bersama jika ada jodoh.


Walaubagaimanapun, Wak Doyok mengakui terdapat jurang antara dia dan wanita itu kerana Azrinaz adalah daripada golongan kenamaan.


Ini komennya:

"Kalau ditanya tentang status saya dengan dia kami masih berkawan, cukuplah saya katakan dia kawan paling rapat dan paling baik dengan saya.

"Tidak salah kami berkawan kerana masing-masing tidak berpunya, kalau ada jodoh kami, sampailah kad jemputan kepada anda semua (media)," 


"Dia bukan orang sembarangan dan saya pula hanya orang kampung sahaja, rasa macam tidak padan pula. Tapi bagi saya untuk memikat seorang wanita perlu memikat kedua-dua ibu bapanya dahulu," 


Sumber: mStar