Sunday, July 31, 2016

Along Cham Tampil Dedah Sikap Isterinya

Along Cham Tampil Dedah Sikap Isterinya


Pelawak popular, Along Cham kini sedang mempunyai masalah rumah tangga. Isterinya Zila AF telah meluahkan perasaannya sebelum ini. BACA SINI

Katanya dia telah dihalau dari rumah dan amat merindui anak mereka. Kini tioba giliran Along pulang menceritakan kisahnya.

Bagi Along dia sememangnya tidak mahu hal rumahtangga diketahui umum kerana ingin menutup aib namun setelah Zila bersuara, Along terpaksa membuka mulut.

Jom baca:

IBU BAPA SAYA KEJAM?

"Malu keluarga saya apabila dia mendakwa kami tidak mengizinkannya menjenguk anak. Dia kena fikir ibu bapa saya menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan. Sepatutnya dia berterima kasih pada keluarga saya. 

"Apabila mendakwa kami tidak membenarkan dia menjenguk anak, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tidak kisah jika dia memburukkan saya, tetapi tolonglah jaga hati keluarga saya. 

MANA PERGI NALURI IBU?

"Hairannya, kenapa selepas berbulan-bulan baru ada perasaan rindu yang teramat sangat pada anak? Mana perginya naluri seorang ibu ketika rancak mencetuskan perbalahan dan minta saya menceraikannya setiap hari dalam perbualan telefon?"

TAK LARANG JUMPA ANAK

"Saya fikir tiada istilah melarang berjumpa anak kerana dia tahu di mana anak kami berada. Bukan dia tidak tahu jalan ke rumah keluarga mentuanya? 

"Lagi satu, tidak logik keluarga saya akan menghalaunya jika dia sudah berada di depan pintu rumah. Keluarga saya tidak pernah campur tangan dalam masalah rumah tangga kami. Mungkin jika dia datang dan menundukkan keegoannya, rumah tangga kami masih dapat diselamatkan. 
 
"Bagi saya, mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Sepanjang Syawal hingga hari ini, kami menantikan kedatangannya dengan keluarga tetapi batang hidung pun tidak nampak menjenguk anak kami,"

Along kini telah menfailkan saman nusyuz terhadap isterinya, Zila kerana tindakannya keluar tanpa meminta izin suami.


Thursday, July 28, 2016

Respon Adi Putra Apabila Isteri kedua Ditahan

Respon Adi Putra Apabila Isteri kedua Ditahan


Pelakon Adi Putra terpalit satu lagi kontroversi apabila isteri kedua yang baru dinikahinya dikatakan telah ditahan pihak Polis untuk siasatan kes penyeludupan.

Isterinya merupakan pegawai di Imigresen dan didakwa telah ditahan bersama beebrapa orang lagi untuk kes penyeludupan warga asing.

Ramai yang ingin tahu apa respon Adi tentang hal ini.

Ini komen pelakon ini:

"Saya tidak begitu pasti (butiran siasatan) tetapi biarkan pihak berkuasa menjalankan dulu kerja mereka. Apapun, saya akan maklumkan kemudian,"

Adi nampaknya masih belum bersedia menjawab dengan lebih lanjut.

Namun pihak polis telah mengesahkan penahanan isteri kedua Adi Putra ini. BERNAMA melaporkan, isteri seorang pelakon terkenal adalah antara 28 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen yang ditahan polis dalam operasi khas Selasa lalu di Putrajaya kerana dipercayai terbabit dengan sindiket penyeludupan manusia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata semua mereka, termasuk wanita berusia 33 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

"Mereka disyaki terbabit dalam pemalsuan dokumen dan memberi laluan segera kepada warga asing yang memasuki negara ini tanpa melalui prosedur yang sah," 

Sumber: BH

Punca Along Raja Lawak Halau Isterinya


Punca Along Raja Lawak Halau Isterinya


Kini hubungan pelawak Along Cham dan isterinya penyanyi Zila Seeron menjadi perhatian orang ramai.

Zila telah mengesahkan sudah tidak bersefahaman bersama suaminya itu dan mengakui tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya sejak 4 bulan yang lalu.

Malah Along telah membuat kes mahkamah tuntutan nusyuz ke atas isterinya itu.



Ini komen Zila:

DIHALAU RUMAH

"Saya pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz. Sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.

.“Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial). Tetapi selepas seminggu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan selepas itu saya tidak dibenarkan bertemu Danial lagi.

"Saya terlalu rindukan anak saya,"

AKAN DAPATKAN HAK JAGAAN ANAK

"Memang atas persetujuan bersama, anak dijaga oleh suami. Dan saya hanya dibenarkan bertemu Danial sebulan dua kali dan anak tidak boleh bermalam bersama saya.

"Saya mengaku memang tiada apa-apa sekarang untuk menuntut hak saya. Tetapi saya berjanji akan menuntut anak saya apabila saya sudah stabil nanti," katanya tegas.
 

PUNCA DIHALAU

Zila mengatakan puncanya dari sikap suaminya itu yang sering mencari salahnya tanpa alasan kukuh.

"Tiada apa lagi yang ingin saya katakan. Saya telah mencuba untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik selama enam tahun ini, tetapi di mata dia saya tidak pernah sempurna," 


Sumber: AstroGempak

Artis Popular Tayang Ketiak Bukti Tak Photoshop

Artis Popular Tayang Ketiak Bukti Tak Photoshop 


Pelakon hebat Bollywood yang kini sedang mencipta nama di holowood iaitu Priyanka Chopra telah menjadi tumpuan ramai.

Ini ekoran dia telah memuatnaik gambar ketiaknya di laman sosial baru-baru ini. Tindakannya ini adalah bertujuan untuk membuktikan gambar sebenar ketiaknya.

Untuk pengetahuan, Priyanka Chopra dikecam kerana gambar di muka depan majalah Maxim menunjukkan ketiaknya telah diedit dan amat licin.

Gambar itu mendapat perbalahan hebat dikalangan netizen dan Priyanka terus memuatnaik gambar ketika original tanpa edit itu.

Jom layan:


Wednesday, July 27, 2016

Adik Ipar Mengamuk Dengan Adi Putra

Adik Ipar Mengamuk Dengan Adi Putra


Seorang lelaki yang dikatakan adik ipar kepada pelakon Adi Putra telah meluah perasaan di laman sosial facebook.

Lelaki bernama Shah ini mengatakan Adi Putra seorang yang kaki pusing dan telah menipu di sidang akbar baru-baru ini.

Ini komennya:

1 Malaysia kau tipu dengan kenyataan kau di sidang akhbar dan di Metro. Dari dahulu lagi macam-macam hal kau buat memalukan family aku. Masa dah kantoi kahwin lain kau cakap semua itu jadi atas permintaan  ibu kau dan sebab zuriat . Lepas itu kau pusing.

Ingat dah pergi haji berubah tetapi tetap sama kaki penipu. Berani buat sidang akhbar dan statement di  Metro. Bercakap macam “gentleman” tetapi bapak mertua kau sendiri tak berani jumpa.


Bukan hendak masuk campur hal rumah tangga korang, tetapi hendak tegakkan maruah keluarga aku yang kau aibkan daripada dahulu. Apa “function”  kau   sebagai abang ipar dalam family pun aku tidak tahu tau, sejak dari mula kahwin sampai sekarang.


“Hope” dengan kenyataan ini rakyat Malaysia tahu siapa sebenar nya ADI PUTRA..!!! Agak-agak kau tak puas  hati dengan “statement” sebenar-benarnya ini kau boleh “face to face” dengan aku
Assalamualaikum …


Shah meluahkan perasaan kerana tidak lagi dapat tahan dengan perangai Adi Putra itu dan mahu rakyat Malaysua tahu siapa sebenarnya Adi Putra.



Tuesday, July 26, 2016

Kakak Adira Parah Ditetak

Kakak Adira Parah Ditetak


Kakak kepada penyanyi Adira kini sedang menerima rawatan apabila cedera ditetak dengan parang oleh seorang lelaki.

Emma Suhaimi yang juga bekas peserta AF bersama Adira, difahamkan telah ditetak di kepala dan beberapa bahagian badan hingga menyebabkan telinganya hampir putus.

Muka Emma juga telah ditendang oleh lelaki terbabit. Namun punca kejadian serangan ini masih lagi disiasat pihak polis.

Emma kini sudah mendapat rawatan di Hospital Queen Elisabeth 1 Kota Kinabalu, Sabah dan keadaannya stabil.

Ini beberapa keping gambar Emma:


Nyanyi Lagu "Madu Tiga", Dato Red Dikecam Hebat

Nyanyi Lagu "Madu Tiga", Dato Red Dikecam Hebat


Semalam video Dato Red sedang menyanyi lagu 'Madu Tiga' telah menjadi viral di laman sosial.

Dato Red berada di dalam kereta dan menyanyi lagu P Ramlee tersebut dengan wajah riak uka yang gembira.

Video tersebut telah dikecam oleh para pengguna facebook yang rata-rata tidak beberaap dengan telatah suami Adira itu.

Antara komen di FB ialah "Dato gila glamour".. "perangai macam budak-budak" .. "lelaki yang tak pernah bersyukur" dan banyak lagi.

Ini komennya:





Monday, July 25, 2016

Pengurus Dedah Perangai Pelik Emma Maembong

Pengurus Dedah Perangai Pelik Emma Maembong


Emma Maembong kini merupakan nama besar dalam industri hiburan tanah air. Namun ramai yang tak tahu perangai sebenar Emma ni.

Nana Rossham merupakan rakan paling rapat dan juga bertindak sebagai merangkap pengurus kepada pelakon ini telah mendedahkan peranagi Emma yang ramai tak tahu.

Berikut merupakan 5 tabiat dan perkara pelik tentang Emma Maembong:

1. Tak Pandai Makan Menggunakan Tangan
Emma daripada kecil tidak biasa  makan gunatangan. Dia hanya makan bila ada sudu dengan garfu sahaja. Bila dia cuba atau diminta makan menggunakan tangan dia pasti kekok dan paling kelakar posisi sikunya pasti akan naik ke atas secara automatiknya.

2. Tak Pakai Gincu Ketika Shooting
Ketika shooting dia lebih selesa menyolek sendiri wajahnya. Emma juga menggemari solekan yang ringkas. Paling penting tak mahu gincu. Emma tak suka gunakan gincu di bibir. Semuanya kerana dia sudah terbiasa menguruskan diri sendiri sejak awal pembabitannya dalam dunia lakonan sehingga sekarang.

3. Terjun Tengah Laut Tanpa Pelampung
Emma seorang yang hebat berenang dan merupakan seorang penyelam yang baik kerana dia sendiri mempunyai lesen menyelam. Dia seorang yang berani dan mampu terjun di tengah-tengah laut tanpa menggunakan pelampung serta jaket keselamatan.

4. Mudah Tertidur Di Dalam Kereta
Emma memang mudah tidur. Ketika dalam kereta, dia paling mudah tidur. Pernah naik kereta hanya untuk ke kedai di depan rumah sahaja tapi dia boleh bantai tidur walaupun hanya 5 minit perjalanan.

5. Suka Patung Yang Pelik dan Hodoh
Berbeza dengan perempuan yang lain, Emma menyukai patung yang rupanya hodoh dan pelik untuk dibeli dalam koleksinya. Baginya ianya sesuatu yang rare dan dia mahu jadi lain daripada yang lain.


Sumber: AstroGempak

Sidang Media Adi Putra Kecoh Dengan Kemunculan Nur Farah

Sidang Media Adi Putra Kecoh Dengan Kemunculan Nur Farah


Sidang media pelakon Adi Putra semalam agak kecoh apabila muncul bekas adik ipar Shahida, isteri kedua Adi Putra untuk bertanya soalan panas berkenaan abangnya.

Wanita yang dikenali sebagai Nur Farah bangun bertanyakan mengapa Adi memburukkan abangnya selain mendedahkan nombor telefon bimbit lelaki dikenali sebagai Raziman itu di IG baru-baru ini.

Nur Farah turut menjelaskan abangnya itu tidak pernah memuat naik sebarang luahan perasaan yang mendakwa bekas isterinya itu meninggalkan dia kerana Adi.


Ini komen Farah:

"Kehadiran saya pada majlis ini cuma ingin menjelaskan abang saya tidak pernah membuat sebarang status untuk memviralkan luahan perasaan di Facebook mengenai rumah tangganya bagi mencari simpati atau publisiti seperti mana yang tersebar sebelum ini.

"Saya cuma ingin bertanya apakah motif Adi pula menyebarkan nombor telefon abang saya itu di Instagram? Tindakan itu telah memberi tekanan kepada abang saya kerana ramai yang menelefon dan menggangunya,"


Ini pula respon balas Adi Putra:

"Adik mungkin lebih kenal abang sendiri dan ia mungkin mengaibkan dia pula.

"Saya tidak menyalahkannya dan jika benar dia difitnah ia sepatutnya dijelaskan kerana dia tidak bersalah.

"Kehadiran saya pada hari ini juga bukan untuk berdebat tetapi ingin memberi penjelasan pihak saya sahaja,"


Nur Farah ketika ditemui selepas selesai sidang media berkenaan menjelaskan dia tidak berniat untuk membuat kecoh sebaliknya hanya ingin menjelaskan perkara sebenar tentang abangnya.

Pelakon ini meminta pihak media tidak terus temubual Nur Farah kerana wanita berkenaan tidak bersalah.


Adi Putra kemudian meminta Farah meninggalkan majlis.

"Saya Terguris, Beremosi.." - Adira Luah Perasaan

"Saya Terguris, Beremosi.." - Adira Luah Perasaan


Penyanyi popular tanah air, Adira kini membuat kenyataan di pihak media tentang insiden yang melanda keluarganya.

Kes Ruhainies masih menjadi bualan umum apabila isteri pertama, Datin Red telah tampil meluahkan perasaan (BACA SINI) dan kini tiba giliran Adira pula.

Jom baca komennya:

Hati Terguris

"Hati isteri mana yang tidak emosi berhadapan insiden sebegini. Sejujurnya saya terguris dan meminta ruang untuk menenangkan fikiran. Saya tidak mahu membuat kenyataan dalam keadaan marah. Apa pun saya tidak menyimpan dendam terhadap Ruhainies kerana dia sudah menjelaskan perkara sebenar. Mengenai video itu, biarlah mereka menyelesaikannya sendiri.

"Cuma diharap jangan kaitkan video berkenaan dengan rumah tangga saya. Cukup-cukuplah dengan kenyataan demi kenyataan. Sepatutnya hal dalaman keluarga diselesaikan secara berbincang. Tidak perlu dihebahkan kepada orang luar,"

Kini Hamil

"Memang benar saya kini hamil dua minggu. Tetapi saya belum dapat pengesahan doktor sebaliknya hanya mengagak usia kehamilan berdasarkan kiraan sendiri. Ujian pun saya buat sendiri selepas membeli kit kehamilan.

"Masih terlalu awal sebenarnya untuk saya kongsikan dengan umum tetapi suami sudah maklumkan dulu. Buat masa ini paling penting adalah kandungan, perkara lain saya tolak tepi,"

Sumber: BH
Sunday, July 24, 2016

Luahan Hati Madu Adira, Datin Red

Luahan Hati Madu Adira, Datin Red


Nama Dato Red kini semakin menjadi sebutan ramai ekoran kisahnya dengan pelakon Ruhainies menjadi viral.

Dato Red kini sudah berkahwin dua iaitu isteri pertama bernama Syarifah atau Datin Red manakala isteri keduanya ialah Adira.

Ini komen dari Datin Red:


BIAR SUAMI YANG SELESAIKAN

“Apa yang berlaku di luar sana biarlah suami saya sahaja selesaikan, dia yang mula cari masalah. Mengapa saya perlu pening kepala fikirkan masalah dia?

“Saya tidak tahu pasal orang luar mengecam atau marah dia, yang pasti hubungan saya dengan dia bahagia,”


HATI SEPERTI BATU, TAPI BOLEH PECAH JUGA

“Entahlah, mahu kata hati ini seperti batu, batu juga boleh pecah. Cukuplah saya kata saya sudah lali, sebab masak benar dengan perangainya.

“Apa yang kuatkan saya adalah anak-anak, dan satu tip untuk hidup bersama suami saya ini. Jangan bebankan dia dengan masalah di rumah. Sebab itu sehari dua yang lalu, ketika satu Malaysia kecoh mengenai kisah Datuk Red dengan artis Ruhainies, bila dia pulang ke rumah sepatah pun saya tidak bertanya soalan yang sama,”


KAHWIN UMUR 19 TAHUN

“Saya berkahwin ketika berumur 19 tahun, memang selepas 10 tahun tiada apa yang saya dapat rasakan selain sayang kepada dirinya mungkin juga sebab anak-anak.

“Kami mula mengalami kehidupan yang lebih senang sejak tiga tahun yang lalu, apabila perniagaan suami semakin baik,”

“Saya percaya kepada jodoh, selagi ada jodoh saya akan bersama dia. Soal bermadu, saya rasa mana-mana wanita juga sama. Macam mana hancurnya hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini.

“Cumanya selagi dia suami, saya akan pastikan menjadi isteri yang baik buat dirinya,”


Ini beberapa gambar dimuatnaik oleh Datin Red:


Ini Kisah Sebenar Adlin Aman Ramli Ditahan Polis

Ini Kisah Sebenar Adlin Aman Ramli Ditahan Polis


Pelakon Adlin Aman Ramlie tampil membuat satu sidang media setelah berita dirinya ditahan polis tersebar meluas.

Adlin tidak menolak dirinya terperangkap dan telah eksploitasi oleh sindiket pelaburan haram sehingga ditahan pihak polis pada Rabu lalu.

Adlin menegaskan  tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seperti diperkatakan dan dijadikan 'kambing hitam' bagi kepentingan pihak tidak bertanggungjawab.

Menjelaskan situasi sebenar, Adlin mengakui dia banyak terlibat dalam program MLM namun hanya sebagai penampilan khas ataupun memberi ceramah motivasi.

Jelasnya lagi, dia langsung tidak terlibat dalam mempromosikan sebarang bentuk agenda sesebuah syarikat MLM dan kali terakhir hadir sebagai penceramah pada Disember tahun lalu.

Ini komennya:

Kambing Hitam

"Saya ingin tegaskan di sini saya langsung tidak terlibat dalam sebarang urusan pelaburan tidak sah melibatkan syarikat berkenaan.

"Saya secara peribadi merasakan diperangkap, dieksploitasi selain rangkaian sindiket ini telah menjadikan saya sebagai kambing hitam,"
 

Ditahan 24 Jam Bukan Direman

"Alhamdulillah siasatan berjalan dengan lancar dan saya memberikan kerjasama baik kepada pihak polis. Cuma saya tidak direman seperti dilaporkan sebaliknya ditahan dan dilepaskan atas jaminan polis,"

Sertai MLM Sebagai Profesional

"Saya tidak menafikan mengenali ramai individu dalam rangkaian ini termasuk yang ditahan pihak polis baru-baru ini.

"Bagaimanapun saya tidak mempromosikan apa juga yang mereka lakukan kerana kehadiran saya sama ada sebagai seorang profesional iaitu tetamu atau memberi ceramah motivasi.

"Malah kali terakhir saya muncul dalam program sedemikian adalah pada Disember tahun lalu,"

Jadi Pengajaran

"Saya belajar daripada pengalaman ini dan akan lebih berhati-hati dalam setiap acara atau majlis yang akan saya hadiri.

"Kejadian ini juga diharap dapat memberi pengajaran kepada orang ramai malah rakan selebriti agar tidak mudah terpengaruh dengan rangkaian seperti ini.

"Saya akan berikan kerjasama sepenuhnya sekiranya dipanggil untuk berbuat demikian bagi memastikan sindiket seperti ini dapat dihapuskan,"


Sementara itu, tuduhan yang mengatakan Adlin turut bertindak sebagai 'mastermind' dan melindungi pihak tertentu adalah khabar angin yang masih dalam siasatan pihak polis.
Saturday, July 23, 2016

Pengumuman Dato Red Tentang Status Terkini Adira

Pengumuman Dato Red Tentang Status Terkini Adira


Dato Red atau nama sebenarnya Adnan Abu telah membuat satu pengumuman terbaru tentang status kehamilan terkini isteri keduanya iaitu Adira.

Dato Red memberitahu dan mengesahkan bahawa penyanyi popular tersebut kini sedang hamil anak pertama mereka.

Melalui akhbar BHarian, Dato Red mengatakan Adira telah membuat pemeriksaan di rumah dan ujian kehamilan nya positif.

Namun Dato Red masih belum membawa Adira ke hospital untuk pengesahan dari doktor.

Apapun tahniah diucapkan kepada Dato Red dan juga Adira.
Friday, July 22, 2016

Komen Dato Red Tentang Ruhainies

Komen Dato Red Tentang Ruhainies


Kini isu baru yang melanda industri hiburan Malaysia tentunya kes 'dating' Ruhainies dan juga suami Adira iaitu Dato Red.

Ruhainies mengatakan itu semua perangkap dari suami Adira tersebut. (BACA SINI)

Dato Red atau nama sebenarnya Adnan yang dihubungi berkata, dia mengesyaki gambar dan video tersebut dirakam oleh individu yang mempunyai niat buruk terhadap dia dan keluarga.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon Hello Mr Perfect  kecuali berkaitan kerja namun memang menyukai Ruhainies.

Tambahnya lagi, dia juga tidak mempunyai masalah untuk berkahwin buat kali ketiga jika ada jodoh.

Ini komennya:

SUKAKAN RUHAINIES

Saya akui sukakan dia. Apabila saya merangkul pinggang dan kami berpegangan tangan, saya anggap dia juga mempunyai perasaan sama. Nak buat macam mana, tangan saya seperti 'automatik' pula. 

"Ini namanya saya sendiri yang mencari 'bala'. Tetapi, saya berasakan kisah ini seperti dalam cerita P Ramlee (Madu Tiga) versi zaman sekarang pula,"

JUMPA KERANA KERJA

 "Kami berjumpa atas dasar kerja sahaja tapi bagaimana pula orang boleh ambil gambar seperti itu. Saya juga tidak ada masa untuk merancang perkara-perkara begini seperti yang dituduh Ruhainies.

"Saya syak ada orang atau musuh yang sengaja ambil gambar begitu semata-mata untuk burukkan nama saya,"

DIA BUJANG, SAYA DUA SLOT KOSONG

"Secara jujurnya saya memang mahu berkawan dengan dia dan tidak salah rasanya kerana dia juga bujang. Saya pula masih ada dua kekosongan lagi.

"Isteri pertama tidak ada masalah kalau ingin berkahwin lagi, cuma dengan Adira sahajalah sukar untuk berbincang kerana kena ikut 'angin' dia dahulu,"

HUBUNGAN DENGAN ADIRA

Ditanya mengenai hubungan dia dengan Adira setakat ini Adnan bagaimanapun enggan memberi ulasan panjang mengenainya.

"Awak tulis okey je (hubungan mereka),"kata Dato Red.

ADIRA TAHU, DATIN RED BELUM

"Saya seorang yang jujur dan akan meminta izin kepada isteri-isteri jika mahu berkahwin lagi. Lagipun bukannya saya buat perkara yang tidak elok. 

"Cuma dalam hal ini, Adira sudah mengetahui tentang hal ini kerana beberapa wartawan sudah menghubunginya. Cuma Datin Red yang belum tahu. Risau juga apa reaksinya," 

Di instagram Adira pula, penyanyi ini telah memadamkan semua gambar suaminya itu namun tidak diketahui jika ianya mempunyai kaitan.

Ini Gambar Ruhainies Dan Dato Red Yang Jadi Viral

Ini Gambar Ruhainies Dan Dato Red Yang Jadi Viral


Pelakon baru, Ruhainies akui keluar bersama ahli perniagaan bernama Adnan atau nama gelarannya, Datuk Red yang juga suami kepada penyanyi Adira.

Kata Ruhainies mereka pergi berjumap di Bukit Bintang bukan berdua tetapi bersama beberapa lagi yang lain.

Pelakon ini berasa kesal apabila menjadi mangsa dan mendakwa telah diperangkap oleh suami Adira itu.

Tambahnya lagi, dia tidak tahu niat sebenar Adnan (Dato Red) yang cuba meraih populariti dengan mencetuskan kontroversi.

Ini komennya:

AKUI GAMBARNYA

"Ya, itu memang saya, kami ada berjumpa pada Khamis lalu atas urusan kerja dan saya ditemani oleh adik, pembantu peribadi serta beberapa kawan yang lain.


TERPERANGKAP
 

"Namun demi Allah, kami tiada sebarang hubungan istimewa, dia mahu berjumpa saya untuk berbincang tentang tawaran kerja, cuma saya rasa telah diperangkap kerana gambar peluk di bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun ia berlaku dan kenapa ada orang merekamkannya jika bukan tujuan untuk perangkap,"

"Ramadan lalu saya ada berlakon untuk video kormersial iklan Hari Raya Aidilfitri syarikat dia selepas itu kami ada berbuka puasa dengan Datuk dan isteri pertamanya.



SERING MESEJ AJAK KELUAR

"Selepas daripada projek itu saya tidak berhubung cuma dia sahaja yang sering mesej-mesej ajak keluar, secara jujur saya menolak keras dan memaklumkan kepadanya yang saya tidak melayan hal tidak berkaitan kerja.


JUMPA UNTUK KERJA

"Sehingga pada Khamis saya setuju berjumpa dengannya kerana dia beritahu untuk berbincang tentang satu projek lain,"

"Sekali lagi saya tegaskan saya tidak ada hubungan istimewa dengannya dan saya seperti diperangkap oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular dengan cara yang salah.


AMAT MENYESAL

"Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini. Saya percaya ada orang lain yang diupah untuk ambil gambar kami seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum,"


Itulah penjelasan panjang lebar dari pihak Ruhainies.

Sumber: mStar

Ini gambarnya:


Thursday, July 21, 2016

Adi Putra Dedah Wajah Bekas Suami Isteri Keduanya

Adi Putra Dedah Wajah Bekas Suami Isteri Keduanya


Pelakon Adi Putra telah memuatnaik gambar wajah bekas suami kepada isteri kedua nya di laman sosial Instagram semalam.

~Baca Juga: 3 koleksi Gambar Isteri kedua Adi (KLIK SINI)

Adi Putra juga memuatnaik nombor telefon lelaki tersebut yang dikatakan bernama Raziman atau Rahizam dan bekerja di Kastam.

Adi berkata sesiapa yang ingin menemubual lelaki terbabit boleh hubungi nombor yang didedahkannya.

Adi Putra mendedahkan lelaki terbabit bekerja di Putrajaya dan berasal dari Raub, Pahang.

Sebelum ini lelaki terbabit sudah dua kali gagal, dalam perkahwinannya dan merasa pelik didakwa sebagai punca keruntuhan rumah tangga mereka.

Ini gambarnya:


Adlin Aman Ramli Ditahan Polis Kerana Kes Tipu

Adlin Aman Ramli Ditahan Polis Kerana Kes Tipu



Ini merupakan satu berita yang mengejutkan ramai.

Melalui laporan Harian Metro, seorang pelakon telah dicekup polis dan ditahan reman selepas disyaki terbabit dalam kes penipuan hartanah membabitkan kerugian hampir RM500,000.

Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid telah mengesahkan berita terbabit.

Pihak polis memberitahu artis terbabit ditahan di kediamannya di Cyberjaya pada 2 petang dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut laporan mStar Online pula, ibu kepada Adlin Aman Ramli, Ruminah Sidek tidak mengetahui perkara berkenaan malah isterinya, Emelda juga gagal dihubungi kerana tidak mengaktifkan telefon bimbit.

Apa pun, pastinya pihak pelakon tersebut akan tampil menjelaskan perkara sebenar yang terjadi setelah semuanya selesai nanti.

Kahwin Dua: Adi Putra Tampil Beri Kenyataan

 Kahwin Dua: Adi Putra Tampil Beri Kenyataan


Adi Putra kini tampil memberi komen komen tentang perkahwinan keduanya. Ini merupakan komen pelakon ini tentang isu yang melanda dirinya

Jom baca:

KENYATAAN ADI

Dengan lafaz Bismillah,  I'M BACK. I luv my family...i luv my fans...but dun step my family teritory as i won't step people's personal life.

My faith is still with Allah Taat pada yang Satu. People likes, people dislikes, its their choice and we can't force them. Juz comment on ur room wall. Not on my wall. Back to the basic of Islam.

Aku hal aku kau hal kau. Halal lebih baik dariZina. Yang  suka dieratkan, yang benci pergilah tanpa kenyataan. Berkahwin lebih dariZina, berdiam lebih baik dari mengumpat

Manusia hanya berani dijari untuk tulisan..bila diajak bersemuka jadi diam...lumrah.

ISU KERATAN AKHBAR

Sementara itu, Adi juga sempat memberi komen tentang keratan akhbar berjudul "Kami restu" yang mana kononnya seorang ahli keluarga pihak wanita isteri kedua membuat kenyataan.

Ini keratan akhbarnya:


Jom baca komen Adi:

Salam, saya akan adakan sidang media utk penjelasan. Dan saya tetap kotakan janji saya. Cuma saya ingin kenal pasti sumber mana yg memberi keterangan kepada Sudirman tahir (wartawan) sedangkan ada baiknya ia datang dari mulut saya sendiri.

Dan sumber memberi tak perlu campur urusan rumahtangga saya dan meletakkan sebagai kesian. Diizinkan Allah saya tak ragu ragu mengambil tindakan. Kepada semua sahabat rakan media saya akan maklumkan utk sidang media utk perkongsian dan bukan penjelasan sbab apa yg berlaku bukan satu dosa. Trima kasih.

Koleksi Gambar Kekasih Siti Saleha

Koleksi Gambar Kekasih Siti Saleha 



Pelakon jelita, Siti Saleha akhirnya buat pertama kali memuatnaik gambar kekasihnya yang dikenali dengan nama "L".

Beberapa keping gambar lelaki ini di muatnaik di laman sosial instagram milik Siti Saleha.

Yang terbaru, Siti Saleha juga dikatakan sudah di lamar lelaki tersebut ketika bercuti di negara Mexico baru-baru ini.

Siti Saleha yang mesra disapa Sally, menerima pelbagai komen di IGnya terutama ucapan tahniah di atas berita lamarannya itu.

Jom lihat wajah kekasih Siti Saleha ini:







Gambar Raya Maria Farida Dengan Suami Baru

Gambar Raya Maria Farida Dengan Suami Baru


Pelakon jelita, Maria Farida kini menyambut hari raya Aidil Fitri dengan penuh bermakna apabila bersama dengan suami baru dan juga anak-anak.

Beberapa keping gambar raya telah dimuatnaik oleh Maria Farida di laman sosial miliknya yang ternyata mencuri perhatian ramai.

Memang cantik betul Maria Farida ini. Baju merah yang digayakannya ternyata mengancam. Untunglah suaminya.

Jom layan gambar raya Maria Farida: