Wednesday, August 31, 2016

Surat Terbuka Kisah Along Cham, Bekas Isteri & Drama TV, Kebodohan Apakah Ini ?

Surat Terbuka Kisah Along Cham, Bekas Isteri & Drama TV, Kebodohan Apakah Ini ?


Satu surat terbuka ditulis oleh seorang lelaki di laman sosial Facebook. Pengguna FB itu menggunakan nama Amir Hamzah Abdul Hamid.

Tulisannya ini memang padu dan  mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya itu.

Sehingga kini perkongsiannya ini mendapat lebih daripada 5 ribu share di laman Facebook. Memang viral habis.

Antara isikandungan perkongsian ini adalah pengaruh drama TV ke atas wanita dan para isteri yang terbuai-buai dengan fantasi sehingga terbawa ke alam realiti.

Ini surat terbka buat Along Cham, bekas isteri dan drama TV:

KEBODOHAN YANG SUKAR

Bila tengok kes Along Cham yang bercerai dengan isteri dia dek kerana bini dia di tangkap khalwat dengan lelaki lain. Aku harap ramai lelaki perlu buka mata untuk lebih faham apa yang melanda di Malaysia. Masalah besar yang sedang melanda di Malaysia yang perempuan nampak itu biasa-biasa, tetapi ramai lelaki sebelum ini sudah tahu.. semua ini hanya kebodohan yang tidak terkalahkan dan kedangkalan mutlak sehingga mampu memberi gegaran berskala 700 skala rikter.

Apa kebodohan ini?

Tidak habis menonton drama TV 3 sehingga terbawa-bawa pembawakan di dalam drama tersebut ke kehidupan. Tak habis terbayang lelaki romantik nak mampos yang duit dalam poket ada dua puluh juta, kereta besar macam bas. Dan macam-macam lagi adegan celaka yang membawa kepada derhaka. Paling sakit hati bila habis je tengok drama Suamiku Encik Saipul, mula sengih sorang-sorang terbayang tengah pakai crown. Ini semua petanda lelaki sedang didekati oleh malapetaka. Lelaki di ambang krisis terbesar di alam rumah tangga.

Terpengaruh dengan quotes-quotes bodoh yang di tulis oleh penulis-penulis yang tak pernah kena tapak di muka tentang perempuan. Contohnya, lelaki perlu tahu apa yang perempuan mahu? Kenapa perempuan mula untuk curang? Apa tanda-tanda perempuan sedang tiada mood? Lelaki perlu kaya untuk menjamin masa depan bahagia? Lelaki perlu bahlol demi kekuasaan wanita dan apa-apa je lah lagi yang buat perempuan rasa dunia ni syurga. Apa salahnya hati kau yang benak tu kau bukakan untuk feel pula apa keinginan suami yang kau tak pernah tertunaikan? Kau tahu tak suami tu jalan kau ke syurga? Kau tahu tak apa tugas isteri? Kau tahu tak? Ke kau hanya tahu yang kononnya kahwin ni lelaki sekadar mahu berjimak? Tepu ! Tugas isteri ialah melayan kehendak suami tu antaranya, bukannya asik gunakan skrip agama kononnya kemas rumah, basuh pinggan, jaga anak tu semua tugas suami.

Hilang malu memuji-muji artis itu hensem, artis ini hensem. Tergedik-gedik macam takde suami.. dok gila dengan artis lelaki korea. Terpengaruh kononnya artis korea ini lebih romantik bagai. Dia lupa Nabi kita dulu ada janggut. Bagi aku senang, perempuan yang dah hilang malu duduk share memuji-muji lelaki lain hensem di public padahal dia sudah berkahwin, kau tinggalkan je lah. Semak! Ini semua hanya memalukan kau lelaki kerana di lihat dayus dan hodoh. Padahal Nora Danish yang lagi kebabom pun kau tak pernah puji depan dia sebab depan dia kau terpaksa hipokrit mengaku dia paling cantik dalam dunia. Atleast tak sakitkan hati. Kan? Itu lebih baik. Sebab takkan kau nak cakap muka dia macam labu masam? Walaupun apa kau cakap tu memang betul? Kah kah.. Artis korea tu satu habuk pun takde jasa dengan dia, apatah lagi bantu si suami untuk halalkan kau. Kiranya kau ni memang takde perasaan. Kau tak tau azab kumpul duit nak halalkan kau tu. Nak azan kan dekat telinga karang takut badan dia berasap. Apa-apa je lah.

Kau tau tak hantaran yang tinggi hingga bebankan suami walaupun suami kata setuju tu nanti kau kena jawab dekat akhirat kelak? Haa, memang. Kau takkan tahu pun. Sebab yang kau tahu satu je.. Engkau perlu difahami, perlu di manjakan, hati kau perlu dijaga sama macam pasangan lain dapat. Dasar sellfish, fishball dan nugget ayam.

Terpengaruh dengan kata-kata kawan perempuan tentang kekayaan pasangan masing-masing, tentang masalah lelaki itu, masalah lelaki ini. Si suami dia cakap pulak satu habuk pun dia tak percaya. Sebab apa? Suami konon tak romantik, suami miskin. Ni semua spesis perempuan kepala bapak dia ni. Lepas tu share dekat FB tentang kejayaan lelaki lain, tentang kereta-kereta lelaki lain yang besar, lelaki lain yang belikan bas dekat isteri, dia lupa suami dia ada hati, ada perasaan. Kau kena tahu, lelaki sangat jarang bercerita keburukn psangan kawan dia dekat kawan dia tu. Paling tidak pun kerana sayangkan kawan, dia cuma nasihatkan untuk buat itu buat ini yang boleh menyatukan kembali. Hebat tak lelaki?

Dan macam-macam lagi. Ini semua barah teknologi yang kian menggila yang tengah merebak ke jiwa perempuan-perempuan tetapi takde seko pun yang mengaku.

Sudah lah hantaran makin mahal nak mampos, dengan perempuan sekarang ni yang hanya pakar share resepi di FB berbanding memasak. Yang hari-hari ambil gambar menyenget sampai nampak bentuk buah ciku tu lepas tu upload dekat fb bagi semua jantan terjelir lidah. Ciku okey lagi, ni yang buah anggur pun kemaruk.Kau perempuan makin lama makin penting diri. Kau fikir apa yang kau nak 24jam, tanpa sikit pun kau tengok apa yang lelaki mahukan..

Sebab tu kau boleh tengok bila lelaki mula kaya lepas kahwin tu apa jadi dengan dia. Selalunya yang bila mula kaya lepas tu jadi makin sayang dengan kau ni mungkin sebab dia feel kau punya setia, kau punya sama-sama susah dengan dia waktu dia susah dahulu. Kau punya taat, kau punya supportive dekat dia. Kau ingat lelaki tak pedendam? Time kaya lah kau akan rasa balik apa yang kau dah buat dekat dia selama ni.. yang kau hinakan dia, yang kau dok puji jantan lain 24jam, yang kau tekan dia takde tolak ansur langsung tu bagai. Dan yang kau tak habis ugut nak bercerai semua tu..

So untuk korang perempuan, nak bodoh jangan sampai libatkan hati. Sebab takut kebodohan kau nanti makan diri lepas tu baru kau acah-acah nak post video orang mengaji hari-hari kononnya baru tersedar dari lamunan yang terhenti. Kau wajib tahu, lelaki bila mula ada anak, cintanya pada keluarga tu dah bertambah beberapa percent. Dan kau pula dah boleh berhenti dengan kebodohan total tu. Kerana risau bila kau dah mula berubah ke baik, tapi waktu itu suami kau dah mula jelek. Haa, masa tu lah nanti kau akan cakap kononnya kau dah buat yang terbaik tapi suami kau tetap perangai macam setan. Kau terlupa tengok kesetanan kau sepanjang beberapa tahun sebelum ini sedangkan suami kau sebelum ini sangat sabar dan setia.

Selamat Pagi. Alahai, keras pulak status aku ni. Apapun, masih bersepah lagi lah perempuan yang baik, yang masih banyak rasa malu. Yang tak sellfish. Kan perempuan kan? Yang aku cerita ni pun kisah perempuan di Israel. Bukan Malaysia. Korang jangan sentap pulak, kalau kau bukan jenis macam ni tak payah nak menyentap lebih. No point.

Gua yang menulis,
Amir Danau yang sayang pasangan.

Aku tulis takde kena mengena dengan pengalaman aku. Kalau pengalaman, aku takkan tulis. Lebih baik aku conteng, sebab hanya dengan menconteng je dapat gambarkan pengalaman aku. Kah kah.

Kredit :
– Amir Hamzah Abdul Hamid


Memang padu setepek kena batang hidung. Haha.

Pelik Tiba-Tiba Mak Mertua Belikan Sarapan, Akhirnya Baru Aku Tahu Muslihat Sebenarnya

Pelik Tiba-Tiba Mak Mertua Belikan Sarapan, Akhirnya Baru Aku Tahu Muslihat Sebenarnya



Memang satu mimpi ngeri kepada semua menantu apabila mendapat ibu bapa mertua yang tidak menyukainya.

Ini merupakan antara satu kisah ibu mertua yang tidak menyukai menantu perempuannya.

Seorang wanita meluahkan perasaan di laman sosial FB tentang kisahnya dengan ibu mertuanya sehingga berlaku pergaduhan antara keluarga suami.

Paling teruk ibu mertuanya cuba menyihir anak menantunya itu.

Jom baca:

Bapa mertua penah marah n tak bagi jumpa dgn bomoh tu lagi,tapi yg mak mertua ni still degil dan dia akn jumpa secara senyap2.

Pagi kejadian bomoh tu datang rumah,sy ada dalam bilik dan bila sy turun mereka dh keluar.Maid yg ceritakn segalanya.Makanan yg mak mertua beli maid ambil buang,dia cakap jangan makan.Pelik jugak mak mertua mmg tak akan beli breakfast untuk sy pun.Tiba2 beli,dan banyak kali dia tanya maid, sy makan tak makanan yg dia beli tu.Wallahualam tak tahu la sbab apa.Punca ni la yg merisaukan sy,mungkin mak mertua bole baca kot dari raut wajah sy yg sy marah dgn perbuatan dia bawak balik bomoh.Dia kata sy buat muka dkat dia.

Ok..nak dijadikan cerita keesokkan harinya suami sy kena panggil masuk bilik parents dia untuk berbincang, tnpa pengetahuan sy.Mak mertua ckap yg sy ni dah buat black magic kat suami supaya suami tunduk dekat sy.Dia jugak cakap selalu nampak kelibat sy dalam rumah tu,padahal sy ada dalam bilik.Mcm2 lagi yg dia burukkan sy.Mungkin dia nak cuba pusing cerita,sebab dia dah terkantoi bwak balik bomoh dkat rumah.Suami sy pulak mcm biasa masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Suami dah lali dngan perangai mak dia sbenarnya,dah banyak kali berbincang dan asyik ckap benda yg sama. Parents dia pesan dkat suami jgn beritahu sy.Sy tak tahu apa2..

Esok harinya bermula kisah kami keluar terus dari rumah.Sy ada wassap mak mertua pagi2 cakap nak keluar.Mak kandung sy dtg jemput sy dirumah.Atas izin suami sy.Bila sy dah keluar mertua lari turun bawah terjerit2 dekat suami yg masa tu tngah panaskn enjin kereta nak pegi keja.Mak mertua ckap knp dia keluar rumah pagi2 tak mintak izin aku,nak bawak cucu aku pegi mana!!!.

Suami ckap dia dah wassap cakap nak keluar dgn mak dia,tengok la handfon.Yang dia bawak tu anak dia,biarla..Suami ckap yg dia dah izinkan.Dalam setengah jam jugak mak mertua tahan suami dari pegi keja.Suami cakap dia dah mcm kena rasuk menjerit2 tak puas hati.Mak mertua suruh jugak suami col sy supaya balik.Suami tnya untuk apa balik? Mak mertua cakap aku nak bagi dia, pukul.Suami cakap snang hati nak pukul anak org,dia isteri sy,tanggungjawab sy.Suami salam dn cium dahi mak dia dan terus pegi keja.Masa tu mak dia buat drama korea la terjelopok duduk tersandar kat kereta.
Sy yg keluar ni tak tahu cerita, smpai la adik ipar col suruh balik sekarang!! dgn nada yg kasar, tak sempat tanya sbb apa terus putus.Sy col suami tanya knp adik dia suruh balik suami jawap jgn balik.Suami dh balik keja baru sy balik.

Malam tu jugak suami suruh kemas semua baju2,ambil yg penting dulu..Suami dapat rumah sewa dan kami berpindah tanpa pengetahuan keluarga mertua.Rumah mertua besar jadi dia tak perasan yg kami keluar.Bermula la episod kami dibuang keluarga.Sampai skarang still tak berbaik.Suami sy pulak dah digelar anak derhaka.Cerita sy pulak dah mcm cerita artis.Semua org dh pndang serong dgn sy.

Dah cuba berbaik tapi ego keluarga mertua sgtLa tinggi..Dan sampai skarng jugak sy masih berubat dengan Al-Hidayah tuk buang sihir.Setelah kami pindah baru sy tahu slama ni sy dah terkena sihir pemisah.Sampai skarang masih tidak baik.Wallahualam sape yg buat sy berdoa agar dia cepat bertaubat.Cuma sy kesiankan suami,syurga dia bwah tapak kaki ibu dia..Jadi mcm ni serba salah dibuatnye.Sebabkan mak dia terlampau ganas, sbb tu suami bawak sy pindah.Dia takot pape jadi kalau dia pergi kerja tinggal sy berdua dgn mak dia kat rumah.

Ohhh..peranan bapak mertua sy dlam cerita ni,dia umpama dinding sahaja.Tak mampu buat apa2 keputusan.Bagi dia cakap isteri dia saja yg betol.

Terima kasih sudi baca yer,maaf panjang benar.
Tuesday, August 30, 2016

Ini Respon Dato Red Apabila Ditanya Bakal Bercerai Dengan Adira

Ini Respon Dato Red Apabila Ditanya Bakal Bercerai Dengan Adira


Satu lagi gosip sedang melanda keluarga Dato Red apabila ada pihak mengatakan rumah tangga nya dengan isteri kedua, Adira sedang bergolak.

Gosip ini telah tersebar dan hangat diperkatakan di laman forum popular di Malaysia yang mengatakan Adira akan diceraikan kerana Dato Red ingin berkahwin lai.

Dato Red atau nama sebenarnya Adnan Abu berkata dia tidak akan menceraikan isteri-isterinya semata-mata untuk berkahwin lain.

"Lawak betul, saya sayangkan Adira dan dia pun sedang mengandungkan anak saya, macam mana gosip keluar kami bercerai pula, sibuk betul orang bercakap tentang saya ya.

"Saya tidak akan buang isteri-isteri saya, tapi kalau tambah saya mahulah,"


Sementara itu, mengulas tentang keadaan Adira yang kini sudah memasuki kehamilan dua bulan, katanya, penyanyi popular itu masih mengalami alahan dan muntah-muntah.

"Dia sihat dan sekarang masih muntah-muntah. Saya suruh dia berehat tapi dia degil, sekarang sibuk dengan persiapan untuk persembahan di Festival Filem Malaysia 28 tidak lama lagi,"

Sementara itu, Dato Red kini sedang sibuk mencari nama yang sesuai untuk bayi anak pertama dengan Adira walaupun masih belum mengetahui jantinanya.

Monday, August 29, 2016

Tulis Surat Untuk Uqasha, Da'i Wan Pula Dikecam

Tulis Surat Untuk Uqasha, Da'i Wan Pula Dikecam




Semalam, seorang pendakwah muda iaitu Da'i Wan telah menulis satu surat khas buat Uqasha Senrose. (BACA SINI)


Namun, nampaknya tindakan Da'i Wan itu ada yang tidak bersetuju kerana dilihat seperti cuba mengurat Uqasha.


Seorang wanita bernama Khairunisa yang juga Ketua Beliawanis, telah membalas surat terbuka kepada Da'i Wan.


Ini suratnya:

SURAT TERBUKA KEPADA SAUDARA WAN DAZRIN

Lewat malam semalam saudara menulis sebuah karangan panjang mengenai satu luahan perasaan (bagi saya ia bukan mesej dakwah jika anda mendakwa begitu) yang kononnya mengajak wanita tersebut untuk istiqamah bertudung.

Oleh kerana saudara adalah public figure yang menjadi perhatian umum dan menggelar diri sebagai seorang Da'i (pendakwah), saya tuliskan surat terbuka ini bagi menyampaikan kekesalan atas tindakan saudara.

Saya keliru sebenarnya saudara cuba menyampaikan mesej dakwah pada wanita berkenaan atau sedang mengorat, memancing cinta wanita berkenaan atau mencari perhatian netizen.

Jika saudara ingin menyampaikan dakwah, mesej yang anda ingin sampaikan tidak mencapai maksud yang sebenar.

Kerana ia lebih kepada nada memujuk dan merayu kepada wanita yang bukan mahram, dengan kata-kata yang tidak matang dan ayat-ayat yang tidak sesuai sehingga mengundang fitnah yang sangat buruk. Fitnah bahawa pendakwah boleh mengambil pendekatan itu dengan tiket untuk berdakwah.

Netizen melihat ia sesuatu yang tidak salah, malah menggalakkan. Sedangkan di dalam Islam ada batasan akhlak dan syari'at yang memandu method dakwah yang suci dari kehendak nafsu atau manfaat peribadi.

Ia agak keterlaluan bila anda sampaikan di medium umum dan menyeru netizen untuk viralkan. Saudara boleh berfikir dengan matang apa yang saudara tuliskan itu sebenarnya menyampaikan maksud sebenar atau sekadar mencari perhatian netizen.

Saya kesal dengan akhlak dan tindakan saudara yang mencemarkan imej seorang Muslim yang ingin berdakwah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Matlamat untuk menyampaikan dakwah tidak menghalalkan anda menulis ayat-ayat sedemikian yang tidak layak bagi seorang Da'i.

Oleh yang demikian, dengan penuh rasa hormat saya menyeru saudara untuk DELETE semua surat cinta saudara yang bertopengkan agama tersebut di semua saluran Facebook, Twitter dan mana-mana medium agar fitnah ini tidak jauh tersebar.

Bertakwalah kepada Allah.

Semoga Allah mengampunkan dosa saya, saudara dan seluruh netizen.

#talbisiblis
#daimilenia

Khairunnisa binti Mazlan
Ketua Beliawanis
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)


Dilihat banyak juga yang menyokong surat dari Khairunnisa ini.

Komen Elfira Loy Apabila Uqasha Senrose Umum Buka Tudung

Komen Elfira Loy Apabila Uqasha Senrose Umum Buka Tudung



Isu Uqasha Senrose membuka tudung dan tidak lagi berhijab menjadi bahan bualan yang popular pada minggu ini.

Setelah tiga tahun berhijab, kini Uqasha Senrose tidak lagi menutup aurat dan gambar terbarunya menujukkan dia kini sudahpun mewarnakan rambutnya dengan warna perang. Ini gambarnya :(GAMBAR SINI)

Pelbagai komen di berikan  kepadanya dan boleh dikatakan hampir semua tidak menyukai tindakan Uqasha Senrose ini.

Di laman sosial instagram milik Uqasha Senrose, memang teruk pelakon jelita ini dihentam oleh para followernya.

Namun rakan artis, Elfira Loy memberi komen agar peminat tidak terus menghukum Uqasha dan berikannya sokongan.

Ini komen Elfira Loy:




Surat Buat Uqasha Senrose Dari Da'i Wan

Surat Buat Uqasha Senrose Dari Da'i Wan


Seorang pendakwa, Da'i Wan telah menulis surat buat pelakon Uqasha Senrose selepas pelakon itu mengumuman dirinya kini tidak lagi berhijab.

Da'i Wan telah menulis surat ini melalui laman media sosial dan mendapat lebih 9 ribu share di FB miliknya.

Rata-rata netizen berharap pelakon Uqasha Senrose dapat membaca surat yang ditulis buatnya itu kerana mengandungi nasihat yang baik.

Ini suratnya:

'Uqasha Senrose, ini hadiah dariku, seorang lelaki yang imannya turun naik sama sepertimu'

Dulu, sewaktu saya dijemput untuk sebuah event untuk bacakan doa, awak ada sama dalam majlis itu. Tetapi awak tiba lewat, awak bersama rakan-rakan artis yang lain.


Awak cantik sangat malam tu. Tak berkelip mata lelaki yang terlihat awak. Berpakaian cantik dan bertudung cantik. Kehijauan penuh. Tertutup dari atas sampai bawah. Warna2 syurga dapat saya perincikan kalau nak ikut hadis Nabi.


Saya terus sahaja tundukkan pandangan. Iyalah, ustazkan. Ececeh. Tapi hati saya kerap sahaja terasa nak terdongak melihat awak. Saya tahu saya salah. Sepatutnya saya beristighfar. Terbalik jadinya. Ha2. Itulah powernya wanita buat laki-laki.


Umur kita sama Uqasha. Tapi mungkin dunia kita berbeda, lagu Tetap Dalam Jiwa, Isyana Sarasvati.
Ya, hidup kita berbeda Uqasha. Saya jauh dibumi dan awak pula tinggi di langit.


Namun awak tahu apa?
Tak pernah sekali pun saya fikir yang kita takkan bertemu. Saya yakin kita pasti bertemu meskipun dunia kita berbeda kini.


Nak tahu sebab apa?
Sebab awak punyai agama yang sama saya miliki kini.


Uqasha, bila awak tercari-cari akan hidayah Allah swt disaat dulu awak diuji, itu mungkin sebenarnya 'The right time' yang mana kami seluruh rakyat Malaysia tahu, itu sepatutnya menjadi turning point untuk awak.


Awak berhijrah dengan mengenakan tudung. Meskipun sampai dinihari tak pernah sempurna, tapi awak kekal istiqomah.


Uqasha, baca ni.
'Saya berikan pujian dan penghormatan pada awak khas dari saya sendiri sebagai seorang lelaki apatah lagi seorang yang berstatus ustaz.'


Uqasha, terima kasih untuk hidayah Allah swt yang telah sampai pada hati awak dan awak terima baik dengannya.


3 tahun lebih, dan awak masih istiqomah.
Saya puji ni, Uqasha. Saya puji kerana kita telah sama kini.
Kita telah letakkan penganggungan syariat Allah swt dalam diri kita semata untuk tunaikan perintah Allah swt.


Kita sama kini Uqasha. Tiada beza saya seorang ustaz dan awak seorang selebriti, selagi kita dua tahu yang mana patut kita agungkan dalam hidup kita.


Syariat Allah swt, that's it. Itu yang patut kita agungkan sampai kita mati nanti Uqasha sebagai seorang Islam.
Namun saya faham.
Kehidupan awak jauh diufuk awanan nun tinggi dilangit sana. Awak hidup dilangit bersama bintang2 yang memagari hanya bulan. Makna kata kehidupan yang 'Exclusive'. Kehidupan awak serba cantik diatas sana. Kehidupan saya pula hanya sahaja membumi ditanah gersang ini. Kadang2 mendongak juga keatas melihat kehidupan awak dan bintang2 yang lain.


'Mungkin saya tidak punya apa-apa melainkan titipan sebuah doa untuk mereka-mereka yang diatas' berkata saya saat mendongak itu.


Alhamdulillah, Allah makbulkannya Uqasha dan salah seorang lagi yang terpilih ialah awak.
Hari ni, awak sudi memandang ke bumi, tempat saya melihat awak.


Saya sedang berbicara dengan awak kini,
maka dengarkanlah dan fahamkan ini:
1. Kecaman manusia
2. Fitnah manusia
3. Cakap belakang manusia
4. Dengki & cemburu manusia
Ni semua ujian Allah untuk kita, Uqasha.


Saya tahu awak perempuan, awak cepat rasa tak mampu menanganinya seorang diri walaupun Allah dah bagitahu yang dia uji takkan lebih dari kemampuan hamba Dia.


Saya hadir malam ini Uqasha, berikan awak satu harapan baru untuk ubah cara hidup awak sendiri. Bukan ubah siapa awak. Itu.
Cuma saya minta, awak tanamkanlah 'Tekad'. Itu sahaja Uqasha ya.
Pertama, untuk istiqomah ialah suasana. Awak tak nak dilabel munafik, pura-pura, dah lah pakai tudung tapi kerja berlakon, mungkin ada scene peluk sana dan sini, pegang sana sini, awak tak nak dikecam. Awak risaukan hal itu. Ya, saya faham. Jadi, malam ini saya minta awak ubah suasana awak berkawan. Jangan putus kawan dengan siapa2 kini, tapi buat tambahan baru. Saya syorkan, kenal dengan mereka ini, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Felixia Yeap, Irma Hasmie, Safiey Ilias, sertai usrah bersama dengan mereka dan ustazah seperti ustazah Norhafizah Musa atau ustazah Isfadiah contohnya.


Bukakan pintu hati awak untuk pergi usrah, at least 1 jam dalam 23 jam yang telah awak gunakan untuk kerja.


Kedua, awak perlu tegas dan kuat dengan pilihan awak untuk menutup aurat. Sebab itu saya 2-3 kali juga tweet Mira Filzah, mengingatkan dia yang dunia hiburan dengan perwatakan muslimah yang dia nak bawa adalah satu benda yang sangat susah dalam dunia hiburan sebenarnya, semuanya disebabkan 4 faktor yang saya sebutkan kat atas tu.


Ketiga, awak bersabarlah. Setiap cemuhan, fitnah, kecaman yang tidak bersudah itu adalah tanda Allah nak lihat, sejauh mana awak berani atau sanggup letakkan harapan pada Allah. Itu sahaja sebenarnya. Allah nak lihat. Awak bergantung tak betul2 pada-Nya. Awak bulat tak hati untuk-Nya. 


Awak betul tak bersungguh nak tutup aurat demi-Nya.
Nah, lihat, saya dah bukakan pintu fikiran awak dari sisi yang baru.
Renungkan dengan cuba jawabnya sendiri.
Kuasa ditangan awak Uqasha, Celcom-X Pax. #eh


Bila awak dah ada 'Suasana', kemudian awak 'Tegas' dengan pilihan awak. Awak pasti akan akan mampu 'Sabar' dengan sendirinya.
Nak tahu kenapa?
Kerana Allah swt telah berfirman:
'Sesungguhnya Dia bersama orang-orang yang bersabar.'
Surah Al Anfaal ayat 46. Dia bersama dengan Uqasha. Kalau Allah nak buka pintu rahmat Dia untuk Uqasha, tiada satu makhluk pun di alam semesta ini dapat menghalangnya. Ingat kata-kata saya ini.
Uqasha, selepas saya buat coretan ini, saya akan kembali sibuk memakmurkan manusia dibumi, saya tinggalkan nota ini untuk awak dan rakan-rakan yang dilangit.


Kita mungkin jarang atau takkan bertemu didunia ni sebab kita jauh antara satu sama lain, tapi saya tahu saya akan jumpa awak disyurga, mungkin rumah awak disebelah rumah isteri2 Nabi Muhammad saw sahaja.
Siapa tahu?


Saya mungkin akan tersenyum bila melihat awak saat itu, kerana dakwah saya hanya dari beberapa baris perkataan dari applikasi alam maya. Membuatkan awak terpanggil untuk jadi lebih baik dan cubalah untuk cari kunci pintu hati adik awak juga, ajak dia, bersama dengan dia, tunjukkan sayang awak sebagai seorang kakak yang nakkan adik dia turut sama2 ke syurga-Nya.


Sampaikan salam dan doa saya untuk dia, Nelydia Senrose, dengan lafaz 'Assalammu'alaikum'.
Malam ini, malam istimewa coretan khas saya untuk awak, ingat tarikh ni, Isnin, 29/8/2016, jam 10 malam.


Itu waktu untuk kita berdua imbas kembali disyurga nanti.
Ikhlas, Da'i Wan.

3 Gambar Terkini Uqasha Senrose Tak Lagi Berhijab

3 Gambar Terkini Uqasha Senrose Tak Lagi Berhijab


Uqasha Senrose baru-baru ini telah membuat pengumuman tidak lagi berhijab dan membuka tudungnya.

Dalam gambar terbaru, Uqasha Senrose ada bergambar bersama adik beradiknya Nelydia dan Rasya dan seorang lelaki.

Ternyata Uqasha Senrose tidak lagi bertudung dan rambutnya juga sudah diwarnakan perang.

Ketika ditemubual oleh wartawan BH, Uqasha Senrose mengenakan selendang dengan menampakkan sedikit rambutnya itu.

Dalam temubual sebelum ini, Uqasha mengatakan dia tidak mahu lagi terus hipokrit dan menjadi munafik dengan mengenakan tudung.

Malah pelakon ini bersedia untuk dikritik oleh orang ramai.

Ini komennya:

"Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik”

“Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang. Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup”

“Tetapi sebaliknya yang terjadi. Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai,”

“Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan"


Ini beberapa gambar terkininya:



Kedua-Dua Isteri Ashraf Muslim Persoal Hasratnya Ingin Kahwin Tiga

Kedua-Dua Isteri Ashraf Muslim Persoal Hasratnya Ingin Kahwin Tiga



Khabar angin mengatakan pelakon Ashraf Muslim menghubungi semula bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim telah menimbulkan pelbagai spekulasi.

Ini menyebabkan kedua-dua isteri Ashraf Muslim mempersoalkan keinginan dan hasrat suaminya itu untuk berkahwin lagi.

Ashraf sendiri mengakui isteri pertama Noor Dayana Lokman dan isteri kedua Wan Sakinah ada bertanyakan perkara sama selepas membaca gosip mengatakan mahu mengambil Sherry sebagai isteri ketiga.

Walaubagaimanapun, Ashraf Muslim tampil dengan tegas tiada niat untuk bersama dengan Sherry Ibrahim apatah lagi bernikah dengan bekas kekasihnya itu.

Namun beliau tidak menolak jika ditakdirkan berkahwin buat kali ketiga.


Ini komennya:

“Sejujurnya sudah lama tak jumpa Sherry apatah lagi menghubunginya sejak putus hubungan sekitar 2009. Gosip itu sama sekali tidak benar,”

“Perkara berkaitan jodoh dan takdir saya tidak boleh menidakkan. Mana tahu esok atau lusa saya bercerai dan berkahwin semuanya ketentuan Allah,”


Ashraf Muslim walaubagaimanapun bersyukur kerana isteri-isterinya tenang dengan gosip yang melanda Ahsraf Muslim.


Sunday, August 28, 2016

Ini Komen Along Cham Setelah Bercerai

Ini Komen Along Cham Setelah Bercerai


Pelawak Along Cham akhirnya sah bercerai dengan Zila Seeron yang juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia. Mereka bercerai talak satu.

Baca berita perceraian mereka berdua DI SINI.

Selepas bercerai Along telah dikerumuni wartawan dan membuat sedikit komen.

Along Cham selalu memilih untuk mendiamkan diri walaupun dilanda pelbagai kontroversi.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai gambar Smule bekas isterinya bersama seorang lelaki yang tersebar baru-baru ini, Along mengakui tidak mengenali individu tersebut.

Ini komen Along Cham:

JAGA AIB KETIKA MASIH ISTERI

"Saya mendiamkan diri sebelum ini kerana ibu saya selalu berpesan, bila sudah bergelar suami isteri aib rumah tangga perlu dijaga.

"Sudah tentu sebagai suami, saya wajib menjaga aib isteri saya walaupun macam-macam cerita dia buat terhadap saya,"

VIDEO SMULE

"Saya tidak kenal siapa lelaki itu. Cuma saya terkejut kerana melihat keadaan mereka dalam foto itu.

"Apapun saya ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka dan selepas ini Smule pakai baju pengantin mungkin lebih afdal,"

AstroGempak

Along Cham Lafaz Cerai Talak Satu Kepada Zila Seeron

Along Cham Lafaz Cerai Talak Satu Kepada Zila Seeron


Pelakon dan pelawak Along Cham akhirnya menceraikan isterinya setelah pelbagai kontrvoersi yang melanda pasangan ini.

Along sah bercerai talak satu dengan isterinya, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Zila Seeron di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari hari ini.

Selepas empat bulan tidak duduk sebumbung, pasangan Zila Seeron dan suaminya, Along Cham kembali bertemu muka di perkarangan Mahkamah.

Apabila bertemu, Zila cuba bersalam dengan Along namun ditolak oleh Along yang hanya membiarkan tangannya berada dalam poket jaketnya sahaja.

Along telah melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Along selaku plaintif, pagi ini.

Along memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Hakim memerintahkan Zila menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama daerah Petaling dan sijil nikah dibatalkan.

Pasangan itu bernikah pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial yang kini berumur 5 tahun.

Saturday, August 27, 2016

Pengakuan Pengantin Lelaki 18 Tahun Mengapa Nikahi Wanita 42 Tahun

Pengakuan Pengantin Lelaki 18 Tahun Mengapa Nikahi Wanita 42 Tahun


Satu  pengakuan dan pendedahan dari remaja 18 tahun Mohd. So­fi Mat Ali yang memilih Dayang Sopiah 42 tahun seba­gai isteri ternyata membuktikan cinta itu suci dan buta.

Mohd. Sofi memberitahu, kasih sayang dan sikap ber­tang­gungjawab serta me­n­­gam­bil berat Dayang So­­piah ber­jaya me­mikat hatinya.

Ini komennya:

“Saya jatuh cinta dengan kasih sa­yangnya. Sejak berkenalan, dia sentiasa mengambil berat tentang saya sehingga saya memberitahu keluarga mahu berkahwin dengannya.”

“Sejak berkenalan dia ba­n­yak menemani saya sebagai ra­kan, tidak kira susah atau senang malah ketika sakit pun dia datang ke hospital me­lawat dan menceriakan hari saya.

“Tidak kisahlah apa orang cakap asalkan ini jodoh yang ditentukan dan sudah pasti saya akan buat yang terbaik menjaga makan minum isteri saya,”

Jelas Mohd. Sofi memang ada ahli keluarga yang menentang pada mulanya namun selepas bertegas dan menetap­kan keputusan, ah­li ke­luar­­ga­nya ­akur dan mem­berikan sokongan.

Isterinya, Dayang So­­piah  mempunyai li­ma­­ anak berusia antara 7 hing­­ga 16 tahun hasil hubungan perkahwinan dengan suami terdahulu.

Dayang memberitahu perkenalan mereka bermula di gelanggang bola tampar sekitar bulan Mei yang lalu.

Sebelum ini dia tidak pernah berjumpa dengan Mohd. Sofi kerana suaminya itu bekerja dalam sektor pem­binaan di Labuan.

Ini komenya si isteri:

“Mohd. Sofi seorang yang agak nakal, namun mudah ber­kawan dengan sesiapa sa­haja tanpa mengira usia sehingga ra­kan-rakan lain amat me­nyenan­gi sikapnya,”

Selamat pengantin baru diucapkan.

Luahan Bapa Pengantin Lelaki 18 Tahun Nikahi Wanita 42 Tahun

Luahan Bapa Pengantin Lelaki 18 Tahun Nikahi Wanita 42 Tahun


Kini berita pernikahan remaja 18 tahun dengan seorang wanita 42 tahun telah tersebar di laman media sosial.

Berita ini sememangnya benar-benar berlaku di Sabah apabila Mohd Sufie bernikah dengan isterinya yang juga janda anak lima iaitu Dayang Sopiha Gusti.

Bapa kepada Moh Sufie iaitu kata Alin @ Matalin Utam, 52 tahun akui terkejut dengan pilihan anaknya itu namun merestui perkahwinan mereka berdua.

Tambahnya, dia hanya mengetahui hubungan Sufie dan Sopiah beberapa hari sebelum majlis pernikahan berlangsung.

 Ini komen dari bapa kepada pengantin lelaki.

"Mereka sudah cukup matang untuk membuat keputusan sendiri termasuk berkahwin,"

"Apa yang penting, Sufie tidak mengganggu isteri atau milik orang lain dan mereka mahu meneruskan hubungan dengan cara halal disisi Islam.

"Justeru, saya tidak mempunyai masalah dan menganggap Sopiah adalah jodoh yang ditetapkan Allah untuk Sufie,"

"Awalnya saya terkejut apabila dimaklumkan Sufie memilih Sopiah sebagai teman hidup, namun kami tidak mempunyai masalah kerana usia bukan penghalang.

"Saya sendiri sempat menasihatkan Sufie untuk menjadi seorang suami bertanggungjawab kerana dia bukan hanya isteri sebagai tanggungjawabnya, tetapi juga terhadap lima anak tirinya,"


Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan pengantin ini.
Friday, August 26, 2016

Kisah Sebenar Kereta Kena Clamp, Ini Komen Mazlan Pet Pet

Kisah Sebenar Kereta Kena Clamp, Ini Komen Mazlan Pet Pet


Baru-baru ini telah viral kes kereta pelawak Mazlan Pet Pet dikunci atau di clamp oleh pihak berkuasa MPSJ.

Lan Pet Pet kini tampil memberi kenyataan tentang hal ini dan akui ini sememangnya kesalahannya sendiri.

Lan Pet Pet juga memohon maaf terhadap video viral yang memaparkan dirinya mengamuk dan memarahi anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) apabila keretanya dikunci oleh pihak tersebut.

Ini komennya:

“Itu memang saya dan saya minta maaf. Saya janji takkan buat lagi. Pihak MPSJ sudah menjalankan tugas dan kewajipan mereka. 

"Saya sendiri jadi serba-salah apabila ramai yang menyalahkan penguatkuasa MPSJ apabila video itu menjadi ‘viral’ semalam, sedangkan saya sebenarnya yang melakukan kesalahan”

“Saya tidak menyalahkan mereka mengambil tindakan mengunci tayar kereta saya. Walaupun ketika itu isteri saya sedang menunggu dalam kereta lain di belakang kereta saya, ia tetap satu kesalahan,” 


Lan Pet Pet juga telah membayar saman dan  kompaun berjumlah RM80 kepada MPSJ.

Selain itu, menurut Lan kepada Harian Metro, kejadian tersebut menjadi pengajaran buat dirinya selain menyatakan bahawa menjadi seorang selebriti bukanlah alasan untuk tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Sementara itu, Lan juga mengakui terkilan kerana insiden tersebut dirakam tanpa kebenarannya. Apa pun, tahniah buat Lan kerana berani mengakui kesilapan dan tidak berselindung dengan seribu alasan.

(Kisah Sebenar) Gambar Viral Remaja 18 Tahun Nikahi Wanita 42 Tahun

(Kisah Sebenar) Gambar Viral Remaja 18 Tahun Nikahi Wanita 42 Tahun


Satu kisah viral tersebar hari ini tentang seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dilaporkan telah menikahi isterinya yang berusia 42 tahun.

Gambar pasangan pengantin berkenaan yang dimuat naik oleh beberapa laman Facebook popular di Malaysia.

Perkahwinan ini dilaporkan berlaku di Kuala Penyu, Sabah sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi dari pengguna FB.

Orang ramai dilihat memberi komen ucapan tahniah dan ramai mendoakan agar hubungan pasangan ini kekal lama, meskipun jarak usia seperti ibu dan anak.

Tetapi memang ada yang menjadikan kisah perkahwinan umur yang jauh ini sebagai bahan lawak dan menyindir pasangan ini.

Ini antara komen-komen dari orang ramai:

“Tak payah mengata. Dah jodoh diorang…”

“Kenapa ramai yg menghina. Yg masih bujang tu belum tentu jodoh kamu lagi macam mana orangnya…yg dah kahwin tu jaga pasangan kamu tu..”

“Jodoh itu rahsia Allah. Sekurang-kurangnya mereka tidak melakukan maksiat,”

“Kenapa kutuk atau perli? Sepatutnya ucapkanlah Alhamdulillah. Dek umpatan netizen yang tidak sayangkan mulut ini, pasangan ini beroleh pahala berganda-ganda,”

“Apa masalahnya wanita itu lebih berumur? Meluat baca komen netizen yang tidak boleh menerima jodoh orang.”

“Kalau ditakdirkan itu jodoh kita, maka itulah jodoh kita. Kun faya kun. Selamat pengantin baru kalau benar ceritanya,”

“Apa kisah nabi pun nikahi wanita 40 tahun..”

Pasangan pengatin ne org kampung saya..tak perlu la nak komen lebih2..ajal maut jodoh pertemuan allah da tentu kan...kita doa kan jak semoga berkekaln hingga k jannah... 

kenapa nak pertikaikan hubungan yang halal semua tu kuasa Allah . Allah dah aturkan segala galanya .doa kan yng baik2 untuk mereka dan untuk kita juga 


Thursday, August 25, 2016

"Saya Suka Orang Kecam Saya, Macam Hero Hindustan.." - Dato Red

"Saya Suka Orang Kecam Saya, Macam Hero Hindustan.." - Dato Red


Dato Red mungkin boleh dikatakan semakin famous ekoran pernikahannya dengan penyanyi Adira dan terlibat dengan beberapa kontroversi.

Dato Red memang seorang yang suka membuat kenyataan di akhbar tentang kontroversi yang melandanya.

Pelbagai kenyataan yang dibuat oleh suami si Adira ini malah pernah akui ingin berkahwin empat sebelum usia 40 tahun.

Yang terbaru, Dato Red akui seorang playboy sejak dari dulu lagi.

Ini komennya:

“Mungkin orang kata, saya bila kaya, (jadi) playboy. Tidak, saya bawa lori sayur pun saya sudah playboy.

“Perempuan bukan semua yang pandang harta. Pandai bercakap, pandai melayan saja. Perempuan ini lemah (apabila) dipuji. Tidak semestinya (lelaki) ada harta,”

“Saya suka orang kecam saya. Macam hero Hindustan, kalah dahulu tetapi penghujungnya menang. Saya akan ingat siapa kecam saya.

“Tetapi penghujung nanti mereka sukakan saya. Saya hendak begitu.”

“Lelaki memang tidak pernah puas. Macam perniagaan, saya tidak puas. Impian saya, saya hendak kahwin empat sebelum umur 40. Saya hendak buat versi baru (pelawak) Salih Yaacob.”

Skandal Di Maahad Tahfiz Miliknya, Ini Respon Ustaz Kazim Elias

Skandal Di Maahad Tahfiz Miliknya, Ini Respon Ustaz Kazim Elias 

Satu kes yang menajdi skandal telah berlaku di sebuah maahad tahfiz. Dikatakan satu kes cabul luar tabii yang berlaku sehingga satu laporan polis telah dibuat.

Maahad tahfiz yang terlibat dikatakan dimiliki oleh penceramah popular iaitu Dato Ustaz Kazim Elias. Sekolah tersebut ialah Maahad Tahfiz Darul Barakah.

Datuk Kazim Elias kini telah tampil untuk memberi respon tentang hal ini. Dia telah menafikan kejadi sedemikian berlaku di kalangan pelajarnya seperti yang viral di media sosial.

Siasatan dalaman pihaknya turut mendapati tiada sebarang kejadian seperti yang didakwa.

Kata UKE, maahad itu dilengkapi dengan CCTV di setiap kawasan dan sentiasa dalam pantau pihak sekolah.

Ini komennya:

"Kita sendiri ada pemantau di kalangan pelajar yang kita pilih untuk melihat, memerhati. 

Respon daripada sekolah, tahfiz kita ini sejak 2009 sampai sekarang 2016 tidak ada kejadian yang macam itu. 

Kemudian kalau ada pelajar-pelajar yang katakan ia berlaku, dibawa keluar (buktikan). 

Saya rasa tidak ada pelajar yang sebegitu melainkan mungkin ada orang tidak puas hati,"

Kini Ustaz Kazim Elias hanya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci tentang perkara berkenaan.

UKE  turut mengingatkan orang ramai agar tidak memviralkan cerita berkenaan tanpa usul periksa kerana ia boleh menjejaskan pelajar itu sendiri.

Inilah Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim JDT Yang Baru

Inilah Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim JDT Yang Baru


JDT kini diambang kejayaan menjuarai Liga Super buat kali ketiga berturut-turut setelah menumbangkan Felda semalam dengan jaringan 3-2.

Hari ini JDT telah memperkenalkan Presiden kelab itu yang baru. Presidennya ialah adik perempuan kepada TMJ iaitu Tunku Aminah.

MAJLIS PENGENALAN PRESIDEN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM

Sekitar majlis pengenalan Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim yang telah diadakan pada hari Khamis, 25hb Ogos 2016 bertempat di Bilik Sidang Media, Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin. Luaskan Kuasamu Johor.


Jom layan beberapa gambar:






Wednesday, August 24, 2016

Komen Ashraf Muslim Tentang Berita Dia Hubungi Bekas Kekasih

Komen Ashraf Muslim Tentang Berita Dia Hubungi Bekas Kekasih


Sebelum berkahwin, pelakon Ashraf Muslim pernah bercinta dengan Sherry Ibrahim.

Kini selepas berpisah, Ashraf Muslim telahpun settle down dan mempunyai dua orang isteri dan dua orang anak.

Namun secara tiba-tiba muncul berita mengatakan Ashraf Muslim ada cuba menghubungi  bekas kekasihnya Sherry Ibrahim selepas pelakon wanita itu putus cinta dengan pelakon Fattah Amin dua minggu lalu.

Ashraf yang terkejut menafikan perkara itu dan memberitahu dia sudah lama tidak berhubung dengan Sherry selepas mereka putus cinta beberapa tahun lalu.


Lebih mengejutkannya, berita ini tersebar dan Ashraf mendengar cerita ini dari isterinya sendiri melalui aplikasi whatsApp.

Menurut Ashraf, perkara yang tidak betul tidak perlu diperbesarkan kerana ia boleh menimbulkan fitnah.


Ini komen Ashraf:

"Saya terkejut apabila mendapat tahu cerita itu daripada isteri-isteri saya. Mereka berkongsi cerita itu dalam kumpulan WhatsApp kami. Memandangkan ia adalah gosip, jadi bukan satu masalah besar. Tidak ada apa perlu dibangkitkan.

"Tambahan pula cerita yang tersebar itu tidak betul sama sekali. Kalau nak tahu selepas kami berpisah beberapa tahun lalu, saya tidak pernah menghubunginya sehingga sekarang. Lagipun kalau difikir balik tidak ada kepentingan untuk saya berbuat sedemikian," katanya kepada Harian Metro.

"Saya tahu perkara ini sekadar gosip jadi saya buat tak tahu saja. Kalau dilayan semakin menjadi-jadi pula nanti.

"Paling penting apa yang berlaku antara mereka tidak ada kaitan dengan saya. Itu hal mereka dan begitu juga dengan saya yang sudah mempunyai kehidupan sendiri,"

Beberapa Lelaki Cuba Mengurat Fasha Sandha

Beberapa Lelaki Cuba Mengurat Fasha Sandha


Fasha Sandha memberitahu dia masih belum mahu mencari pengganti selepas bercerai dengan bekas suami Rizal Ashram Ramli pada 20 Januari lalu.

Fasha Sandha bagaimanapun mendedahkan memang ada dirinya didekati oleh beberapa lelaki setelah dirinya single.


Namun, dia mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada kerjaya dan kedua orang anaknya iaitu  Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

Tentang anak-anak, pelakon ini bersyukur anak-anaknya tidak menimbulkan banyak masalah dan meragam sepanjang dia keluar bekerja.

Ini komennya:

LELAKI CUBA DEKATI

"Ada beberapa lelaki yang cuba ingin berkawan dan saya selesa untuk berkawan sahaja dengan mereka,"


"Bukan mudah untuk cari pengganti pada ketika ini saya hanya mahu fokus kepada anak-anak yang sedang membesar sahaja kerana itu lebih penting.

ANAK JARANG SAKIT

"Alhamdulillah mereka jarang sakit dan seperti tahu ibunya sedang bekerja. Mereka juga tidak ada bertanya tentang bapanya, mungkin mereka lebih dekat dengan saya sejak kecil,"


Untuk pengetahuan, Fasha dan Rizal mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 dan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan pada 20 Januari lalu.
Tuesday, August 23, 2016

"Jangan Kaitkan Saya Dengan Shahir Lagi !!" - Erra Fazira

"Jangan Kaitkan Saya Dengan Shahir Lagi !!" - Erra Fazira


Pelakon popular  Erra Fazira menegaskan sekali lagi bahwa dia tidak mahu dikaitkan dengan penyanyi AF, Shahir.

Pendedahan mengejutkan Erra, kali terakhir dia bertemu dan bersua muka dengan penyanyi Shahir adalah hampir dua tahun lalu.

Erra berkata, sepanjang tempoh itu mereka hanya menggunakan WhatsApp untuk bertanya khabar dan mengetahui perkembangan masing-masing.


Sebelum ini Shahir memang ada mengakui sedang mengenal hati budi Erra Fazira namun nampaknya Erra seperti dah tawar hati dan menegaskan mereka hanyalah berkahwan sahaja.


Ini komennya:

"Banyak perkara yang diperkatakan tentang kami tidak benar malah kami kali terakhir bertemu pun setahun setengah yang lalu. Pada kebanyakan masanya kami bertanya khabar menerusi WhatsApp dan panggilan telefon,"

"Perkara tentang merisik dan berkahwin tidak pernah datang daripada mulut saya atau pun Shahir.

"Cuma dia hanya menjelaskan kami memang berkawan itu sahaja dan perancangan berkahwin seperti diperkatakan sama sekali tidak benar,"

"Saya sudah tidak tahu ingin cakap apa lagi kerana kami hanya berkawan sahaja dan berharap ia tidak lagi diperbesar-besarkan,"

8 Gambar Ika Syazwani, Gadis Mirip Dato Lee Chong Wei

8 Gambar Ika Syazwani, Gadis Mirip Dato Lee Chong Wei


Di laman media sosial, seorang gadis menjadi semakin popular ekoran wajahnya yang seakan-akan mirip Dato Lee Chong Wei.

Pemain badminton legenda dari Malaysia ini baru sahaja memenangi pingat perak ketiga peribadinya di dalam 3 sukan Olimpik berturut-turut.

Kemudian nama Ika Syazwani mula jadi sebutan kerana wajah yang hampir sama, cuma bertudung sahaja haha.

Ika Syazwani juga dengan selamba tutut melayan gurauan rakan-rakan menggelarkan Dato Lee Chong Wei sebagai kembarnya. Ternyata dia tidak ambil hati langsung.

Ini antara komennya:

Jangan lupa sokong kembar saya, Dato Lee Chong Wei

Tahniah kembar saya Dato Lee Chong Wei

Sementara itu, Ika pernah memberitahu dia semakin dikenali apabila terdapat banyak friend request dan juga ada yang meminta nombor telefonnya.









Monday, August 22, 2016

Kisah Sebenar Wanita Pukul Ibu Di Klinik

Kisah Sebenar Wanita Pukul Ibu Di Klinik


Baru-baru ini telah tersebar di laman sosial tentang video seorang wanita memukul seorang warga tua yang sedang duduk di kerusi roda di sebuah klinik kerajaan.

Video ini menjadi viral dengan sekelip mata dan orang ramai mengecam tindakan wanita yang memukul warga tua itu.

Setelah disiasat, kejadian berlaku di Klinik Kesihatan Pusat Transformasi UTC Sentul dan sememangnya wanita itu anak kepada warga tua tersebut.

Namun menurut saksi, wanita yang memukul ibunya itu sebenarnya mempunyai masalah mental namun dia seorang sahaja yang membawa ibunya ke hospital.

Perkara ini juga disahkan oleh jiran mereka yang mengatakan wanita itu sememangnya mempunyai masalah mental namun jarang bertindak memukul seperti itu.

Itulah sebenarnya yang berlaku. Seorang wanita kurang siuman / mempunyai masalah mental membawa ibunya ke hospital.

3 Gambar Terkini Anak Sulung TMJ

3 Gambar Terkini Anak Sulung TMJ


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam mempunyai seorang anak perempuan yang telah diberi nama Tunku Kalsom Aminah Sofiah.

Bayi perempuan yang cute itu dilahirkan di wad Diraja Hospital Sultanah Aminah pada 25 Jun 2016 yang lalu, dalam bulan Ramadhan.

Puteri comel itu merupakan cucu pertama kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Untuk pengetahuan, Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda telah berkahwin pada Oktober 2014 dan Tunku Kalsom Aminah adalah anak pertama mereka berdua.

Jom layan gambar terkini anak sulung TMJ dan Che Puan Khaleeda: