Friday, September 30, 2016

Pakaian Anak Lelaki Che Ta Dikecam Netizen

Pakaian Anak Lelaki Che Ta Dikecam Netizen


Baru-baru Rozita Che Wan sekeluarga telah bercuti ke Santorini yang terletak di Greece.

Memang cantik tempat tersebut dengan bangunan yang sememangnya amat unik.

Rozita Che Wan telah bercuti ke Santorini bersama Zain Saidin dan anak-anaknya iaitu Ammar Effendy, Aniq Ezra dan juga si kecil Aaisyah Dhia Rana.

Sepanjang percutian, Rozita Che Wan yang lebih mesra di sapa Che Ta sering berkongsi gambar percutian mereka ketika di sana.

Ada beberapa keping gambar anak lelakinya yang mendapat tumpuan kerana  agak terdedah. Ada yang nampak pusat dan ada yang hanya memakai tuala sahaja.

Ini sekaligus menyebabkan anak lelakinya dikecam teruk sehingga ada yang mengambil kesempitan menghina mereka.

Ini antara komen-komennya:


Pensyarah UiTM, Dr Ira Tegur Azizan Osman

Pensyarah UiTM, Dr Ira Tegur Azizan Osman


Kini nama Azizan Osman menjadi bualan hangat apabila didapati menggunakan ijazah kedoktoran yang palsu kononnya dari UM

Kes ini mendapat liputan meluas daripada media dan orang ramai yang tertunggu-tunggu apa reaksi Azizan Osman.


Kini 3 Universiti iaitu UM, UKM dan UniKL tampil menafikan memberi gelaran Doktor kepada Azizan Osman.

Beberapa pihak yang pernah menghadiri ceramahnya merasa tertipu dengan Azizan.

Ramai yang memberipendapat masing-masing berhubung perkara ini, tetapi pandangan seorang pensyarah di UiTM Shah Alam iaitu Dr Ira Normardiana Yusof amat mencuri perhatian ramai.

Pensyarah ini memiliki ijazah kedoktoran daripada University Of Salford, Manchester, United Kingdom.

Buat Dr Ira, Azizan telah menyebarkan satu budaya yang kurang elok dimana tidak apa untuk memalsukan sesuatu asalkan anda berjaya satu hari nanti. Kata orang, berjaya tanpa usaha.

Berikut kenyataan beliau:

“Fake it till you make it” Virus

First, I want to congratulate a certain someone for changing many Bumiputras’ entrepreneurs' fate,future or even fortune as what have been claimed in your renowned seminars and motivational talks.

I have never been to any of your session, hence I could not measure or research your methods, theories,strategies, your effectiveness nor any of your approaches.
Now the HARDEST PART.

U have dangerously advocated a virus called “Fake it till you make it”.

It is tremendously dangerous because all your supporters seemed to corner your ring and decided to defend you albeit it has appeared that you have committed a qualification fraud. A qualification fraud can take many forms, but usually it is when a person claims to have a qualification yet it was never awarded to them. In your case, it was your Ph.D.

Let me share with you on the fundamental Ph.D odyssey in order to gain the famous “Dr.” title. Does a Ph.D doctorate makes us feel smart?.Yes, indeed! Absolutely!

But before we or anybody else in the world could call us “Doctor”,
We have to learn, we have to learn research and fieldwork, we have to be excellent exemplars in all repertoire required in our Ph.D odyssey. We have to be bloody good at statistics and we even have to become expert at vital quantitative and qualitative softwares like the SPSS and Nvivo.

It normally takes us years to do massive literature review, comparative studies ,data collection and data analysis in our given field.We have to write and present our international papers at numerous international conferences and ought to do networking with as many renowned scholars and professors from all over the world.

All these are crucial processes to the finale of our viva voce(viva) where our 4-6 years of our Ph.D hard work can either bring us the ‘Dr.’ title or not.


I have many friends who have failed to gain their Ph.D/ Dr. title, but I have yet to find any of them who shamelessly use the title. Why?.
Because they know. IT WAS BLOODY HARD and u have to earn it.

But they took pride in the Ph.D journey even though they did not get the title ‘Dr.’

Bear in mind that these people who did not get their Ph.Ds and doctorate titles have “fought to the death” during the gruelling hours of their viva session.


And for you to advocate and implement this “Fake it till you make it” attitude and virus especially to the younger Gen Y in this country,
I would NOT say…

SHAME ON YOU like many others, but rather advise you to embark on the real Ph.D study at a real university.

Why?
Because “Fake it till you make it” virus as advocated and popularised by you is completely killing the our forte, profession and reputation by sending wrong message to the young Gen-Y in this country as well as my university students that I am currently teaching.

But most importantly, this “Fake it till you make it” virus is also denying all our 4-6 years of ‘Real’ Ph.D hard work. Last but not least, there’s nothing wrong using the title Mr. in any of your seminars or talks because if you are good, you’re good!!. It is better than using a fake title.


Best wishes,

Dr Ira Normardiana
Ph.D (UNIVERSITY OF SALFORD, MANCHESTER, UNITED KINGDOM)
MASTER (UNIVERSITY OF BEDFORDSHIRE, UNITED KINGDOM)
Thursday, September 29, 2016

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ketiga

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ketiga


Gegar Vaganza merupakan satu petandungan yang paling dinanti ramai. Kini Gegar Vaganza bakal masuk ke musim ketiga.

Pertandingan Gegar Vaganza musim yang pertama dimenangi oleh Ayai Ilusi manakala musim kedua dimenangi oleh Siti Nordiana.

Musim ketiga ini ramai yang tertanya-tanya siapakah bakal peserta-pesertanya.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial Facebook, satu senarai dikatakan senarai penuh peserta Gegar Vaganza musim ketiga telah tersebar.

Senarai peserta ini kini menjadi bualan hangat. Namun dikataan ini senarai awal sahaja, mungkin ada sedikit perubahan.

Ini senarai peserta:


Kalau dilihat Siti Sarah, isteri kepada Shuib jug a menyertai pertandingan musim ini. Mesti ramai tak sabar tunggu Gegar Vaganza musim ketiga.

Apapun kita tunggu pengumuman rasmi tentang senarai peserta. Mana tahu ada perubahan sikit nanti.

Zila Seeron Mengaku Salah

Zila Seeron Mengaku Salah


Bekas isteri Along Cham iaitu Zila Seeron mengaku bersalah kerana berdua-duaan dengan bukan mahram iaitu seorang pengurus syarikat, Mohd Khairul Azizi.

Pasangan ini masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada Khamis kerana berkhaIwat.

Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Syarie Azzeman Omar selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan yang dilakukan pada Ogos lalu.

Zila dan Mohd Khairul Azizi Burhanudin yang bukan suami-isteri ditangkap di rumah lelaki itu di Blok A-15-2,  Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil di sini, antara pukul 6.55 pagi sehingga 7.13 pagi, pada 13 Ogos 2016.

Zila Seeron bagaimanapun telah merayu kepada mahkamah agar dikenakan hukuman ringan dengan alasan baru saja bekerja dan tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Ini rayuan Zila:

"Saya minta diringankan hukuman kerana saya baru sahaja bekerja dan gaji tidak mencukupi,"

Pasangan Zila, Khairul Azizi juga memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung anak dan menyesal dengan kesalahan yang dilakukan.

Akhirnya, kedua-dua mereka telah membayar denda.

Zila Seeron sebelum ini telah berceraidengan Along Cham setelah 6 tahun bersama sebagai suami isteri.

Mereka berdua dikurnaikan seorang anak lelaki iaitu Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.
Wednesday, September 28, 2016

(Rebut Anak) Bekas Isteri Datuk SM Faisal, Emilia Tampil Bela Diri

(Rebut Anak) Bekas Isteri Datuk SM Faisal, Emilia Tampil Bela Diri


Video viral SM Faisal Nasimuddin yang bergelut dengan bekas isterinya, Emilia Hanafi kerana berebut anak mereka ketika berada di mahkamah cukup hangat diperkatakan.

Pelbagai spekulasi tercetus dan SM Faisal telah tampil mempertahankan dirinya dengan memberi penjelasan perkara sebenar yang berlaku.

Baca penjelasan dari SM Faisal DI SINI.

Kini Emilia pula tampil menjelaskan perkara yang berlaku dari pihaknya.

Menurut Emilia, anak keduanya Faiz trauma dengan apa yang berlaku dan tidak mahu mengikut bapanya meskipun mahkamah membenarkan anak-anak mereka untuk bermalam dengan Faisal selama 1 malam.

Ini penjelasan Emilia:

Salam, baru-baru ini suatu video kejadian di mahkamah syariah yang melibatkan saya, bekas suami dan anak saya telah menjadi viral.

Di sini saya ingin meluahkan hati saya sebagai seorang ibu berkenaan dengan insiden tersebut dan tergerak hati untuk memberikan sedikit penjelasan berkenaan dengan kejadian yang berlaku pada masa itu.


Pada 20.9.2016, saya bersama ketiga-tiga anak saya iaitu Fawwaz, Faiz dan Farhan dan juga ahli-ahli keluarga yang lain telah menghadiri mahkamah syariah berkenaan dengan suatu prosiding yang dibawa terhadap saya.


Atas arahan mahkamah, saya membawa anak-anak saya ke mahkamah pada setiap kali. Sebagai ibu, mahkamah bukanlah tempat yang sesuai untuk anak-anak berada. Anak-anak saya sudah melihat sendiri saya di dalam kandang mahkamah disoal balas dan sebagainya. Apakan daya, saya tidak boleh berbuat apa-apa melainkan akur dengan arahan mahkamah dan tanpa gagal membawa anak-anak ke setiap prosiding mahkamah, walaupun berat hati saya untuk melihat anak-anak terpaksa melalui proses sedemikian.


Walaupun Mahkamah Syariah ada mengarahkan sementara untuk anak-anak saya bermalam selama 1 malam bersama bekas suami saya, namun, Mahkamah telah mengatakan bahawa anak-anak tersebut tidak boleh dipaksa sekiranya mereka tidak mahu.


Di dalam video yang kini telah tersebar online, anak kedua saya iaitu Faiz dengan jelas tidak mahu mengikut bekas suami saya untuk bermalam dengannya. Faiz dan anak-anak saya yang lain amat trauma dengan kejadian-kejadian dan peristiwa hitam yang telah pun berlaku sebelum ini terhadap saya di hadapan mata anak-anak sendiri.


Bekas suami saya kini sedang didakwa di Mahkamah Jenayah KL atas dakwaan mendatangkan kecederaan ke atas saya. Anak-anak trauma melihat kejadian yang menimpa ibu mereka yang sering berlaku dihadapan mereka. Sedih saya memikirkannya.

Ibu mana yang sanggup membiarkan anak-anak dipaksa, apabila jelas anak-anak itu tidak mahu. Video yang viral itu dgn jelas menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku. Suara-suara dan tangisan di dalam video tersebut jelas kedengaran. Ada pihak yg mendakwa bahawa saya yang bertindak 'ganas' atau kasar semasa berlakunya kejadian di dalam video itu. Benarkah? Ada pihak mengatakan bahawa ahli keluarga saya telah melemparkan kata-kata yang tidak elok terhadap pihak keluarga bekas suami. Benarkah? Terserahlah kepada orang yang melihat video itu untuk membuat penilaian masing-masing.


Biarlah mereka kata apa sahaja, sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui. Saya tetap redha bersabar, bahawa semua adalah dugaan Allah SWT. Dan saya yakin, di penghujung jalan, kebenaran dan keadilan akan ditegakkan, sama ada di dunia ataupun di akhirat. Yg paling penting bagi saya, anak-anak saya tahu bahawa saya amat sayangkan mereka dan sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi mereka setelah apa yg mereka lalui.


Dalam insiden video itu, Faiz menggenggam erat leher saya. Dia tidak mahu melepaskan saya. Dengan jelas dia tidak mahu mengikut bekas suami saya.


Akhirnya hanya Farhan anak saya yg ketiga diambil oleh bekas suami. Ya, utk tempoh sementara kami terpaksa berpisah dan untuk tempoh sementara saya tidak tidur memikirkan keadaan emosi anak saya. 


Untuk tempoh tersebut, saya merasakan diri saya kehilangan nyawa. Namun saya terpaksa kuatkan semangat dan diri saya, utk anak-anak yg lain. Saya redha percaya bahawa kebenaran itu akan muncul tiba.

Doa seorang ibu untuk anak tiada hijabnya. Dalam keadaan sendu esok harinya, Farhan berlari memeluk saya sekuat hati tanda lega, riak wajah gembira dan senyuman sayang di bibir apabila dia melihat wajah saya mengubati segala keseduan dan keperitan seorang ibu yang terpaksa melalui perkara sebegini.


Saya sekeluarga amat terkilan dgn segala tomahan serta tuduhan yg telah dilemparkan terhadap kami sekeluarga sedangkan apa yg berlaku adalah sebaliknya.


Terima kasih dari saya sekeluarga kpd semua netizen yg sehingga kini tidak putus memberikan kata semangat serta doa buat saya sekeluarga. 






Kontroversi Pelakon Utama Drama "Sayangku Kapten Mukhriz", Pelakon Baru Tiduri Rakan Artis?

Kontroversi Pelakon Drama "Sayangku Kapten Mukhriz", Pelakon Baru Tiduri Rakan Artis? 


Nampaknya pelakon drama bersiri berjudul Sayangku kapten Mukhriz dikejutkan dengan gosip mengatakan pelakon utama drama tersebut tidur bersama.

Pelakon Nina Baharun dan Raja Afiq dikatakan tidur bersama apabila berita tersebut tersebar melalui whatsapp group yang menjadi bualan ramai.

Melalui whatsapp group itu, Nina memberitahu Raja Afiq ada bersamanya.


Namun Nina Baharun pantas menafikan berita tersebut dan mengatakan perbualan whatsapp itu adalah palsu semata-mata.

Bagi Nina, ternyata perkara itu FITNAH besar dan dugaan buatnya.

Ini komen Nina:

"Saya tidak menjangka perkara ini akan berlaku, saya tidak pernah menyertai mana-mana grup WhatsApp bersama peminat-pemiant seperti yang tersebar itu melainkan grup berkaitan kerja yang dibuat oleh pihak produksi.

"Saya harap orang yang cuba fitnah saya itu diberi hidayah dengan apa yang telah dilakukan itu,"

"Saya tidak berani nak tuduh atau syak siapa-siapa, takut timbul fitnah lain pula. Saya berserah sahaja dan berharap peminat-peminat dan orang luar tidak mempercayainya,"

"Alhamdulillah perkara itu tidak menganggu saya untuk memberi fokus kepada kerja. Sekarang saya sedang sibuk dengan penggambaran dokumentari berjudul Ceritaku yang bakal bersiaran tidak lama lagi,"


Sumber: mStar

Pendedahan Mengejutkan Elly Mazlein, Bekas Suami Tak Pernah Jenguk Anak

Pendedahan Mengejutkan Elly Mazlein, Bekas Suami Tak Pernah Jenguk Anak


Penyanyi yang kini berstatus ibu tunggal iaitu Elly Mazlein telah mendedahkan bahawa bekas suaminya Azmi Hatta tidak pernah melawat anak kecilnya itu.


Sejak anaknya yang dinamakan Putri Sara dilahirkan 6 bulan yang lalu, bukan sahaja tidak pernah melawat, malah tanya khabar pun tidak pernah.


Kali terakhir bekas suaminya melawat adalah selepas Elly selamat melahirkan bayi tersebut, hari pertama kelahiran Putri Sara, selepas itu kelibat Azmi tiada lagi.


Ini komen Elly Mazlein:

"Mahkamah juga sudah memberi hak lawatan kepadanya, kalau dia tak datang itu bukan urusan saya.

"Kali terakhir dia berjumpa anak ketika mengiqomatkan Putri Sara sewaktu dilahirkan. Dalam masa sama dia turut mendapat hak lawatan seminggu sekali. Namun, apabila dia tidak berbuat sedemikian, saya tak ada masalah.

"Bagi saya dia datang atau tak, itu bukan urusan saya. Ini kerana dia sendiri sudah maklum tanggungjawab yang perlu dilakukan. Apabila dia gagal melaksanakan perkara itu, dia yang rugi dan bukan saya. Bukan itu saja, dia juga tidak pernah menghubungi atau menghantar mesej bertanyakan anak,"

"Sejak diceraikan ketika hamil tiga bulan, saya sentiasa memberikan yang terbaik kepada anak. Malah selepas bersalin, saya mencuba untuk memberikan sepenuh kasih sayang. Begitu juga dengan bapa saya yang terlalu menyayangi cucunya.

"Semua perkara berkaitan anak saya lakukan sendiri. Pendek kata saya memang berdikari. Disebabkan itu saya sudah terbiasa hidup sendirian,"


Sumber: Metro

Kisah Sebenar Yang Berlaku Tentang Video Viral Anak Dipisahkan Dengan Ibu

Kisah Sebenar Yang Berlaku Tentang Video Viral Anak Dipisahkan Dengan Ibu


Satu video telah menjadi viral yang menunjukkan anak dan ibu cuba dipisahkan di mahkamah.

Video yang dirakam menunjukkan ibu enggan melepaskan anaknya dibawa oleh si suami sehingga ibu dan anak terjatuh berdakapan di atas lantai.

Sekiranya kita menonton video tersebut, sudah pasti ramai yang menghentam si ayah kerana cuba memisahkan ibu dan anak.

Rupa-rupanya ini adalah kisah Datuk SM Faisal dan bekas isterinya. Datuk SM Faisal telahpun menjelaskan perkara sebenar dan tiada istilah untuk memisahkan anak dan bekas isterinya itu.

Ini penjelasan dari Datuk SM Faisal:

Saya bukanlah seorang individu yang gemar menghebahkan urusan peribadi dan keluarga saya di mata umum, namun selepas sebuah video dihebahkan dan mendapat pelbagai ulasan daripada netizens, saya terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam insiden tersebut.

Saya telah ke Mahkamah Syariah atas perintah penghinaan mahkamah (contempt matter) terhadap bekas isteri saya yang gagal hadir ke prosiding sebelumnya.


Saya pergi bersama ibu, adik lelaki dan adik perempuan saya, kerana ibu dan adik-adik saya mahu bertemu dengan cucu dan anak-anak saudara yang dirindui.


Terdapat ramai wakil daripada pihak bekas isteri saya yang turut hadir, termasuk beberapa orang individu yang merakamkan segala yang berlaku dalam kamar Mahkamah.

Pada penghujung prosiding, pihak Mahkamah memberi kebenaran kepada saya untuk membawa pulang tiga orang anak-anak saya selama satu hari sahaja.

Walaupun untuk sehari sahaja, saya amatlah gembira. Namun, disebabkan anak sulong saya tidak sihat, pihak mahkamah setuju membenarkan dia untuk tinggal bersama ibunya.

Keluarga pihak bekas isteri telah melaungkan kata-kata nista terhadap saya dan keluarga. 


Saya tidak bertindak berkata apa-apa kerana saya hadir ke mahkamah dengan tujuan untuk bertemu dengan ketiga-tiga orang anak saya yang sangat saya rindui...

Selesai prosiding, bekas isteri saya telah menunjukkan keengganan beliau melepaskan anak-anak. Kejadian ini telah menyebabkan anak-anak saya berasa bingung, keliru dan takut.

Dalam kejadian inilah bekas isteri saya tiba-tiba rebah ke lantai sambil mendakap anak saya dengan kuat. Kejadian yang disaksikan ramai orang di dalam mahkamah telah menyebabkan anak saya terus ketakutan.


Kejadian ini telah dirakam oleh individu tadi dari sudut belakang. Saya tidak bertindak ganas, sebaliknya saya telah merayu kepada bekas isteri saya untuk membenarkan saya berjumpa dengan anak saya itu sambil saya menghulurkan tangan untuk mendakap anak saya.

Melihat kepada riak wajah anak saya, saya tahu saya tidak akan dapat membawa pulang anak saya pada hari itu.


Saya hanya dapat membawa pulang anak bongsu saya, dan saya amat bersyukur. Saya sempat meluangkan masa bersamanya, membawanya berjumpa dengan sepupu-sepupunya dan melepaskan rindu saya yang teramat terhadap anak bongsu saya itu.


Pada keesokan harinya, seperti yang diarahkan oleh pihak Mahkamah, saya telah menyerahkan semula anak saya itu kepada penjagaan bekas isteri saya.

Saya merayu agar pihak media atau masyarakat tidak menggembar-gemburkan perkara ini kerana ia adalah urusan peribadi dan keluarga saya.


Walaupun ada pihak yang sengaja membesar-besarkan perkara ini demi publisiti atau apa pun niat yang lain, saya bersama keluarga saya akan terus tabah dan akur kepada keputusan pihak Mahkamah.

Sebagai seorang bapa, saya hanya mahukan penyelesaian yang cepat dan adil demi kebajikan dan masa depan anak-anak saya

Itu Perkara Biasa.. - Tiz Zaqyah

Itu Perkara Biasa.. - Tiz Zaqyah


Pelakon jelita Tiz Zaqyah sering dikecam di laman sosial Instagram miliknya kerana sering memuatnaik gambar yang agak terdedah.

Pelakon ini malas layan pandangan negatif segelintir pihak terhadap gambar-gambarnya yang dikatakan agak 'terdedah' sepeti menampakkan peha.

Tiz berkata, apa yang dilihat di IG miliknya itu adalah dirinya yang sebenar dan dia bukanlah seorang yang suka bersikap hipokrit.

Ini komennya:

"Sejak dulu lagi saya memang suka berkongsi apa saja gambar aktiviti harian serta karier di Instagram.."

"Ada di antara gambar itu mungkin nampak keterlaluan pada pandangan orang lain tetapi ia perkara biasa bagi saya."

"Saya bukan melakukan aktiviti yang salah dan mereka yang berada dalam gambar-gambar itu adalah rakan-rakan saya. Ibu bapa saya juga mengenali mereka dan tahu aktiviti yang kami lakukan,"


Menerusi Instagram miliknya, Tiz sering memuat naik gambar aktiviti santainya bersama rakan-rakan selain turut memuat naik gambarnya yang berpakaian agak terdedah.

Ini antara gambarnya:






Tuesday, September 27, 2016

Kak Ogy Marah Peserta AF, Tak Faham Kenapa Pengetua Keluar Dewan

Kak Ogy Marah Peserta AF, Tak Faham Kenapa Pengetua Keluar Dewan


Akademi Fantasia sekali lagi diselubungi kontroversi apabila Datuk Shake secara tiba-tiba keluar dari dewan ketika Konsert AF dan juga juri, Kak Ogy yang memarahi peserta AF bernama Asha.

Ini komen Ogy Ahmad Daud:

Tak Faham Pengetua Keluar

"Saya tegur perkara yang betul dan tahu tahu kenapa pengetua (Datuk Shake) keluar dari dewan. Saya hanya sentuh bab persembahan dan bukannya vokal,"

Tegur Kerana Ingin Betulkan

Ogy berkata, dia menegur dan mahu memperbetulkan persembahan Asha.

"Dia menyanyikan lagu Elergi Sepi dendangan asal Azharina Azhar tetapi persembahannya macam Mulan Jamela.

"Melodi Elergi Sepi digubah dengan cukup menarik oleh Edry Abdul Halim tetapi di manakah letaknya kebijaksanaan dan kreativiti Asha ketika menyanyikan lagu itu.

"Saya mesti berkata benar. Lirik Elergi Sepi menceritakan kesilapan yang dilakukan seorang wanita dan dia meminta maaf. Mood lagu itu sepatutnya sedih tetapi Asha jadikannya gembira.

"Mereka berada dalam akademi untuk belajar dan jangan hanya mengharapkan menang undi. Cuba tengok kembali peserta yang menang kerana undi. Kebanyakannya tidak berjaya dalam industri,”


Berang Senyum Dikritik

Ogy semakin berang apabila ada peserta yang bersikap sambil lewa dan tersenyum ketika dikritik.

"Ketika saya belajar berlakon dulu nak tengok muka cikgu pun takut. Inikan pula nak tersenyum-senyum memang nak cari nahas. Bagi saya mereka tak serius belajar.

"Apabila ditanya, mereka tak faham apa itu seni. Saya memang tak boleh tahan dengan orang yang mempermain-mainkan seni"

(GAMBAR) Wanita Cantik Yang Dikatakan Bakal Isteri Zamani Slam

(GAMBAR) Wanita Cantik Yang Dikatakan Bakal Isteri Zamani Slam


Zamani Slam merupakan penyanyi yang mempunyai suara cukup merdu di Malaysia ini.

Walaupun pelbagai kontroversi melanda dirinya, kini Zamani Slam mula bertapak semula di dalam industri seni dan kariernya semakin baik.

Sementara itu, terdapat sedikit gosip tentang kisah kehidupan peribadi Zamani.

Jika sebelum ini, Zamani pernah akui rapat dengan seorang wanita  namun penyanyi ini masih merahsiakan identiti wanita terbabit (BACA INI)

Kini wartawan mStar Online ada menunjukkan gambar wanita terbabit yang juga peminatnya.

Memang cantik orangnya.

Jom lihat:


Inivideo temubual:

Monday, September 26, 2016

Reaksi Abby Abadi Apabila Mas Idayu Mengamuk

Reaksi Abby Abadi Apabila Mas Idayu Mengamuk


Kisah Mas Idayu memeluk pelajar Akademi Fantasia kini hangat diperkatakan apabila ramai yang tak bersetuju dengan tindakan terbabit.

Malah Abby Abadi, seorang selebriti yang telah berhijrah ada memberi teguran kepada Mas Idayu tentang hal terbabit (BACA  DI SINI)

Setelah ditegur oleh orang ramai termasuk Abby, Mas Idayu dilihat mengamuk dan memarahi Abby Abadi  di laman sosial IG miliknya (LIHAT SINI)

Kini Abby Abadi memberi responnya tentang hal ini.

Jom baca:

Jangan seronok sangat kak

Awalnya Saya taktahu pun
Yg Mami tu Akak


Saya memang tak tengokpun
Buleh tanya anak2

Adik beradik
Mak Ayah Saya
Sahabat2 terdekat Saya


Saya memang tak heran dah
Dengan hiburan2 ni


Nak tumpang popular jauh sekali


Sebab Sy faham la
Saya tegur kak


Jangan seronok sangat
Tak selamanya kita akan di atas


Itu jelah adik nk pesan


JAGA DIRI YE KAK
Semoga Hidayah ALLAH
Milik kita bersama
Fi Hifzillah



Semoga kedua-dua nya berdamai lah ye. Ambil yang jernih buang yang keruh. Muhasabah diri masing-masing dan ambil ikhtibar perkara yang baik.

Respon Balas Mas Idayu Apabila Ditegur Abby Abadi

Respon Balas Mas Idayu Apabila Ditegur Abby Abadi




Selepas kisah Mas Idayu memeluk pelajar Akademi Fantasia menjadi bualan hangat, Abby Abadi telah memberi teguran melalui laman sosial FB miliknya.


Baca teguran dari Abby Abadi kepada Mas Idayu DISINI.

Selepas teguran tersebut menjadi viral, kini Mas Idayu telah memberi respon balas. Ternyata penyanyi dangdut ini kurang senang dengan teguran tersebut.

Jom baca komen penuh dari Mas Idayu:

Tumpang Popular Ker??

Dgr2 cerita byk btl stalkers,haters yang konon nya x tgk program reality tapi komen nya seperti tgk semua episode ko rase?????????

#kesiannumpangpopular meraih simpati kat fb . sebab ada lagu #TRAUMA terus feeling nak komen.... #kesian hidup tak suka program atau tak suka saya itu soal kedua, soal pertama cara ko tegur org nasihat org ko rasa org nak ikut ke? Takut org nak berhijrah tgk cara kau ni .... kesian takde #SIVIKMINDED utk semua haters stalkers org sblh umah aku jiran aku..mata je nampak,,, tapi dia punya hormat aku sebagai jiran.... aku yang jadi malu,, malu tu kita nak!!!


Jangan Tengok!!

Ni tidak ko yg over mcm nak join segala setan kat dunia ni.... haters stalkers ingat! Kalau dah tau itu program reality ko jgn tgk! Nnt dosa ko bertambah dgn mengumpat... JGN KAU FIKIR HIDUPMUSEKARANG INI, FIKIRKAN BAGAIMANA PENGAKHIRAN HIDUP MU... ORANG JAHAT BELUM TENTU PENGAKHIRAN NYA JAHAT.... INGAT MENGINGATI TIDAK SALAH ,, TAPI HARUS BAGUS CARANYA

Seorang pelacur kesyurga kerana seekor anjing yg dia beri minum ..... jgn smp anjing tu pulak bagi ko minum sbb mulut kamu yg #jahanam .... lumrah hidup baru jadi baik setahun jagung dah riuh sekampung ... #malukandirisendiri anyway tq jadi haters stalkers sbb rating lagi naik!  #af2016 #1001team #astro #riahd


TQ Buat kami Popular

Apapun tq #dairiaf kerana membawa pelajar Amal dtg minta maaf dgn mmy,,, jika tidak mmy mmg tak kan mengajar dia dalam program ini .... itu mmg jadi isu dan viral kerana pelajar dtg mohon maaf . Acting????? Aku bukan pelakun! Tq la buat kami popular! Comment lah lagi? #lusapa? #numpangpopularke anyway aku takde twitter fb tak peduli.... meraung la ko smp penat aku dgr khabar je KESIANNNNN AKK TAK BACA DIK !!! Adik trauma and lain2 nya BETUL KE DAH BERTAUBAT? Ceciter

Trauma

TRAUMA YANG MELANDA MENIKAM NIKAM JIWA SELEMAH KAU LEMAH AKU TAK MENYERAH  #adabrani? Wei trauma nak #numpangpopularke kalau nak tutup,, tutup semua dik mulut pun tutup mata tutup #jangantgktv program yang ko tak suka ko buka #pahal???? Ko tak suka #astro sbb astro tak panggil ko ke dik? TRAUMA YA DIK ... busukkkkk
Akk anggap angin lalu je dikkk..


Biasala BILA POHON SEMAKIN MENINGGI ANGIN JUGA SEMAKIN KENCANG BERTIUP ... ko paham tak dik? Tak paham tanya


Itulah yang diluahkan oleh Mas Idayu kepada Abby Abadi dan juga para hatersnya. Memang marah betul nampaknya.
Sunday, September 25, 2016

Abby Abadi TEGUR Mas Idayu Berpelukkan Dengan Peserta Akademi Fantasia

Abby Abadi TEGUR Mas Idayu Berpelukkan Dengan Peserta Akademi Fantasia


Dalam satu perkongsian di laman sosial Facebook, Abby Abadi dilihat tidak bersetuju tindakan tenaga pengajar Akademi Fantasia yang berpeluk dengan peserta bukan mahram.

Ini teguran panas dari Abby Abadi:

Apeni? Apeni?
.
Maksiat besar besaran depan mata, apa yg seronok sangat tu? Org kena tangkap basah bukan main dihukum begitu begini, yg terang2an berzina sambil direcordkan? Berapa pasang mata yg menonton? Tak terkait dgn dosa pahalakah? Sampai bila nk dibiarkan?
.
Sejujurnya Sy dah lama tak tengok TV, Astro bertahun dah takde... jadi Sy taktahu siapa yg dimaksudkan dlm tulisan ini, agak2 pun salah 


Sy cuma ada chanel biasa je kt rumah ni. Sebab dah lama tak ambil peduli pasal telebisyen, pasal dunia hiburan ni semua. Punyalah tak ambil tahu, sampai nk bukak TV pun tak reti dah 

Tapi terrrr tahu juga pasal retis2 ni sbb tertengok2 juga di laman sosial dsb... kadang ada org dtg rumah, buka tv sndiri, gi rumah org, tv terbuka sepanjang masa, kt kedai makan, kt hotel.. jadi bila tertengok layankan aje cuma tak fokuslah...
.
Berbalik pada apa yg ditulis di FB ni, Sy pun rajin tulis berkaitan dunia hiburan sebelum ni.. sbb dlm drama, filem, aksi2 begini dah biasa sangat dah sebab sy pun buat dulu 


Memang perlu ada teguran & dakwah kepada 'industri hiburan' supaya mereka 'bangun dari lena yang panjang' kerana byk yg perlu diperbaiki. Jauh sangat dah perginya kawan2 sy dlm dunia itu bila 'ISLAM' langsung tidak disebut dalam kontrak kerja kami.
.
Sy berada dalam dunia itu berbelas tahun, pernah merasa apa itu 'popular' (walau tak popular manapun) berlakon, menyanyi, melawak, apa lagi.. semua sy buat dah. Tapi mmg tiada siapa yg peduli. Nak peluk siapa pun buleh. Nak pegang tangan suami org/isteri org, tidur baring tiada siapa yg larang. Skrg nilah baru nmpk ramai yg bersuara utk bg kesedaran pada yg dah jauh sgt dari ALLAH tu. Syukur utk itu.
.
Cumanya bila ada yg nak main peranan, usaha utk jalankan tanggungjawab sbg hamba ALLAH ikut kemampuan masing2, ada pulak yg berbunyi: "Gunakan saluran yg betul..." "Jangan aibkan org bla bla bla" Tegurlah dgn hikmah" katanya walhal dia sendiripun tak buat apapun. Terang2an bermaksiat, tegur terang2an jugalah. Dimana silapnya?
.
Malaysia nk terbalik dah Sahabat dgn rasuah, salah guna kuasa disetiap peringkat. Apa nk jadi dgn kita yg masih leka dgn hiburan 24/7 ni? Tak takut mati ka? 



Mengejutkan! Pelakon Evolusi KL Drift Ditahan Polis

Mengejutkan! Pelakon Evolusi KL Drift Ditahan Polis


Seorang pelakon drama dan filem telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memiliki barang terlarang.

Pelakon ini ialah Aidil Aziz yang eprnah membintangi filem Evolusi KL Drift 2 beberapa tahun yang lalu.

Pelakon ini juga sering membintangi drama bersiri sebagai pelakon pembantu.

Pelakon ini ditahan bersama dua lagi rakan iaitu Omar Sayeed dan pekerja pengurusan IT warganegara Fillipina, R.Guevara Cortez di sebuah rumah di Jalan Ampang pada jam 12.40 tengahari, Ahad.

Mereka telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju untuk siasatan.

Pasukan risikan telah merampas beberapa pokok yang ditanam dalam pasu dan dedaun kering dalam bekas kaca yang disyaki bahan terlarang serta satu bekas pengisar mengandungi dedaun kering.

Antara barangan lain yang turut ditemui ialah lampu spotlight, baja, penyembur air, biji benih pokok serta beberapa senjata berbahaya.

Antaranya ialah 7 bilah pedang samurai, 21 bilah pisau, 3 buku lima, 4 pucuk pistol angin, 2 laras senapang angin, sebilah kapak serta sehelai vest Polis Diraja Malaysia turut dirampas.

Nilai rampasan di kediaman itu dianggarkan bernilai hampir RM25,000.

Kini kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 6B AKta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).



Friday, September 23, 2016

Izreen Azminda Tak Akan Berlakon Dengan Amar Baharin Lagi, Tak Boleh Bersemuka!!

Izreen Azminda Tak Akan Berlakon Dengan Amar Baharin Lagi, Tak Boleh Bersemuka!!


Pelakon jelita Izreen Azminda kini telah tampil membuat pengumuman bahawa dia tidak akan berlakon bersama Amar Baharin lagi selepas ini.

Izreen dan Amar yang sebelum ini pernah dikaitkan bersama  dan pernah berganding dalam drama popular berjudul Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Kini Izreen akui tidak akan berganding lagi dengan Amar Baharin namun tidak mempunyai masalah dengan bakal isteri Amar iaitu Amyra Rosly.

Ini komennya:

Kalau Amar Saya Tolak

"Saya memang dah tak mahu berlakon dengan Amar Baharin. Setiap tawaran saya akan tanya produser dahulu siapakah pelakon lelakinya, kalau Amar memang saya tolak.

"Saya tak suka nak propa atau menipu diri sendiri. Saya cakap terus terang kerana saya tak boleh berdepan dengan lelaki yang pernah beri impak dalam hidup saya,”

Tak Boleh Bersemuka

"Saya rasa Amar pun tahu prinsip dan pendirian ini. Saya tiada masalah dengan bakal isteri dia. Hanya dengan Amar sahaja saya dah tak boleh bersemuka. Orang akan cakap saya tak profesional tetapi ini pendirian saya.

"Saya bukan berdendam cuma dah tak mahu ada kaitan dengan Amar lagi,”

Lelaki Muda Cuba Dekati

“Ada yang lebih muda cuba mendekati saya, cuma kalau boleh saya ingin lelaki yang ikhlas menerima saya seadanya di samping menyayangi saya dan anak sepenuh hati,” 

Thursday, September 22, 2016

Kenyataan Dari Dato' Hans Isaac Tentang Status Terkini Agamanya

Kenyataan Dari Dato' Hans Isaac Tentang Status Terkini Agamanya


Selebriti popular Datuk Hans Issac yang kini berumur 45 tahun telah memebri respon tentang isu dakwaan kononnya dia kini telah memeluk agama Islam.

Ini kenyataan rasmi dari mulut Hans Isaac sendiri:

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah memeluk agama Islam,"

"Semua itu tidak betul. Siapalah orang yang pandai-pandai mengatakan saya sudah masuk Islam. Saya masih beragama Kristian (Roman Katolik).

"Saya sedang sibuk dan baru balik dari luar negeri untuk urusan kerja, timbul pula cerita ini,"

Oleh itu, kini sudah jelaslah bahawa Hans Isaac tidak memeluk agama Islam seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Laporan dari portal Astro Gempak sebelum ini melaporkan bahawa wartawan Miss K mendengar cerita Hans Isaac sudah memeluk Islam di sebuah negeri Pantai Timur pada awal tahun ini.

Baca laporan tersebut DI SINI.

Kata Hans lagi, sebarang hal mengenai dirinya haruslah melalui kenyataan daripada mulutnya sendiri atau dikeluarkan dalam media sosial rasminya.

Kehidupan Farah Lee Selepas Bercerai Dengan Ally Iskandar

Kehidupan Farah Lee Selepas Bercerai Dengan Ally Iskandar


Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli merupakan bekas isteri kepada Ally Iskandar.

Pasangan ini mengejutkan industri hiburan tanah air apabila bercerai talak satu dengan Ally pada 17 Ogos lalu.

Sejak bercerai, Farah Lee dilihat sering memuatnaik kata-kata luahan hatinya di laman sosial.

"Sekeping omma membawa diri," - itu antara luahannya. Omma merupakan panggilan buatnya.

Jom baca beberapa luahan Farah Lee:

Luahan Pertama

Aku eja setiap huruf
Setiap huruf itu menyembuh
Basah hati, basahlah pipi
Hairan
Banyaknya sayang dari asing yang datang
Rupanya nak sayang tak perlu mengenali
Hanya perlu hati yang suci

Salah magnet, menolak
Betul susun, menarik
Tapi yang Berkuasa itu Tuhan
Dia yang menolak
Dia yang menarik
Sebab yang memegang yang merah di dalam
Itu Tuhan

Setiap dahan yang dipatahkan
Pasti tumbuh semula yang cantik
Kadang masih tumbuh di sama
Kadang pula tumbuh di baru
Tapi pasti ianya lebih cantik
Sembuh

Huruf tadi aku dah eja
Maka aku tulis pula huruf yang baru
Untuk kau yang sayang
Moga kau juga di sayang Tuhan
Kerana hebat kau mendoakan


Luahan Kedua

Reading my fav book for countless times, and today, by the pool

Stay blessed everyone. Kita je yang dapat tentukan kita nak happy ke tak nak. Tak boleh salahkan orang, sebab kita dan Allah je yang mampu kawal hati kita. Doa kena banyak.

I received tons of PMs DMs and emails, ramai yang sedang melalui dan berkongsi saat-saat sukar dalam hidup. Saya belum sempat reply semua. InshaAllah one by one ya..

Tapi here in bulk, for those who is in misery, ingat macam ni je, life is short and so dunya is temporary. Don't grieve over things so bad, sometimes we have to let go to give space for a better thing to get in. Maybe the same thing but in a better form, or just an other better thing.

Does not mean no more effort, effort is effort. But at the same time, be content of what we have. Dengan bersyukur Allah akan bagi lebih lagi.

Janji Allah pasti, be happy



Luahan Ketiga

Awan hujan
Bukan awan tak redha
Awan berat
Tak larat lagi nak tampung
Jadi dia mendung dan turun

Mentari terang
Bukan mentari tak sedih
Mentari paksa
Sebab mentari dia
Kena selalu kuat bernyala

Dan yang Atas
Tak pernah zalim
Kalau hujan pun Dia Rahman
Kalau terang pun Dia Rahim

Sebab yang merah di dalam
Hanya yang Alim faham
Yang kau perlukan jam
Untuk kembali cantum dan aman

Tapi
Kalau hujan sentiasa
Boleh banjir
Lemas

Dan tapi
Kalau terang sentiasa
Boleh kemarau
Kontang

Selain yang merah
Di dalam juga ada lagi seketul yang gah
Fikir
Guna yang gah itu
Fikir

Bangun, berlari lagi
Ini, bukan mati



Untuk pengetahuan, Farah Lee dan Ally Iskandar mempunyai seorang anak perempuan bernama Maream Esabel yang amat comel.

Wednesday, September 21, 2016

Komen Dato Red Di Foto Atikah Suhaime Jadi Perhatian

Komen Dato Red Di Foto Atikah Suhaime Jadi Perhatian


Isu foto kontroversi Atikah Suhaime masih belum lagi redha. Ramai yang tertanya-tanya keaslian foto tersebut.

Atikah Suhaime yang baru sahaja kembali ke Malaysia, telahpun menafikan perkara tersebut. Baca kenyataan Atikah DISINI.

Di instagram Media Hiburan, foto terkini Atikah Suhaime telah dimuatnaik ketika menghadiri majlis tayangan filem terbarunya.

Yang menariknya, Dato Red suami kepada Adira telah memberi komen di foto tersebut dengan menulis ringkas "huhuhu"

Komen yang ringkas itu pun boleh menjadi tumpuan ramai. Ada yang mengatakan Dato Red sedang usha Atikah Suhaime.

Hahaha ada-ada je Dato Red ni.

Jom lihat: (gambar :forum cari)





Penjelasan Mia Ahmad Tak Hadir Majlis Perkahwinan Saharul Ridzwan

Penjelasan Mia Ahmad Tak Hadir Majlis Perkahwinan Saharul Ridzwan



Pelakon, Mia Ahmad tidak  ada di majlis perkahwinan rakan artis Saharul Ridzwan dan juga isteri Deena Emir.

Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan pernah berganding sebagai pelakon utama dalam drama Hati Perempuan sehingga dikaitkan mempunyai hubungan.

Mia akhirnya mendedahkan dia tiada di majlis perkahwinan Saharul Ridzwan disebabkan tidak mendapat jemputan, bukan kerana isu peribadi seperti disebarkan individu tertentu.

Pelakon ini terpaksa tampil menceritakan hal sebenar setelah orang ramai dan peminatnya mempersoalkan ketiadaannya di majlis itu.

Ini penjelasan Mia Ahmad:

"Saya tidak mahu orang lain fikir bukan-bukan. Sampai ada antara komen (dalam laman sosial) yang saya rasa patut ditujukan kepada pengantin lelaki saja. 

Memang saya tidak dijemput malah saya tidak kisah pun. Kalau tiada jemputan, macam mana kita hendak hadir?

"Inilah jawapan paling tepat untuk merungkai persoalan sinis netizen yang bertanya kenapa saya tidak pergi ke majlis kahwinnya. Kemudian timbul pula perbandingan mengapa pelakon lain ada, saya tiada.

"Siap mendakwa kalau sudah kata kawan baik mengapa kenapa tidak hadiri majlis itu. Komen lain pula berbunyi, kata profesional, kenapa mengelak? Mulalah 'naik' pula nama Mira Filzah yang tidak pernah berlakon dengan Saharul pun nampak kelibat," 


Itulah penjelasan dari pihak Mia Ahamd tentang hal ini. Bukan tak nak datang, tapi sebenarnya tak dijemput.

Atikah Suhaime Diserbu, Akhirnya Jawab Isu Gambar Viral

Atikah Suhaime Diserbu, Jawab Isu Gambar Viral



Pelakon jelita, Atikah Suhaime telah diserbu oleh para wartawan ketika di majlis tayangan filem terbaru lakonannya.

Atikah menghadiri majlis tersebut untuk mempromosikan filem terbaru MIG berjudul Volkswagen Kuning dan yang mana kemudiannya diserbu wartawan untuk bertanya soalan panas.

Ini kali pertama Atikah membuka mulut untuk menjawab kontroversi yang sedang melandanya ini.

Komen Atikah

Dalam sesi temubual itu, Atikah telah menafikan dakwaan bahawa foto yang tersebar itu adalah dirinya.

Ini kenyataannya:

"Tidak, bukan saya. Saya tidak melihat gambar tersebut tetapi ibu saya ada melihatnya. Ibu menasihati agar saya bersabar,"

"Saya minta maaf kerana saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut. Perkara ini saya telah serahkan kepada pihak pengurusan (MIG) untuk sebarang tindakan selanjutnya,"

"Setakat ini, pihak pengurusan sedang mengumpulkan maklumat berkenaan dengan perkara tersebut. Semuanya akan diuruskan oleh pihak MIG, termasuklah membuat laporan polis,"


Komen David Teoh

Sementara itu, bos Atikah iaitu David Teoh berkata dia mengetahui siapa dalang yang menyebarkan gambar-gambar terbabit dan mempunyai beberapa bukti yang kukuh.

Ini komennya:

"Saya beri amaran jangan keluarkan lagi apa-apa gambar yang boleh mencetuskan kontroversi, saya tahu anda siapa dan tidak lama lagi saya akan ambil tindakan.

"Sekarang saya sudah ada banyak bukti kukuh untuk mendakwa individu tersebut. Dia tidak akan terlepas,"


Sumber: AstroGempak

Hans Isaac Masuk Islam??

Hans Isaac Masuk Islam??



Ini satu laporan terbaru dari portal hiburan Astro Gempak yang mengatakan bahawa selebriti popular, Datuk Hans Isaac telahpun memeluk agama Islam.

Jom baca laporan AstroGempak:

Terkejut Miss K apabila menerima berita tentang penerbit dan pelakon lelaki tinggi lampai Datuk Hans Issac yang didakwa telah memeluk Agama Islam.

Menurut sumber, Hans memeluk agama Islam di sebuah negeri pantai timur pada awal tahun ini.

Miss K pun tidak berapa pasti siapa individu yang berkait rapat dalam urusan hal-hal berkaitan dalam penukaran agama Hans kerana ia masih samar.

Sekiranya ia benar, Miss K menadah tangan syukur kerana sebelum ini pun ada khabar angin mengatakan Hans sedang mendalami agama Islam.

Apa-apa pun hanya Hans ada jawapannya tersendiri sama ada khabar angin ini betul atau pun tidak.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada 6 Februari lalu.





Kita tunggu kenyataan dari Hans Isaac nanti

Tersingkir Begini Sangat Kejam!! - Pelajar AF2016

Tersingkir Begini Sangat Kejam!! - Pelajar AF2016



Salah seorang peserta Akademi Fantasia musim 2016 iaitu Riana telah tersingkir pada minggu kelima AF2016.

Menerusi temubual selepas tersingkir, Riana akui terkilan tidak dapat meneruskan persembahan apabila disingkirkan di awal siaran minggu kelima.

Selalunya penyingkiran dibuat diakhir rancangan namun pada minggu itu, Riana disingkirkan di awal siaran.

Ini komennya:

Sangat Kejam

“Tipulah kalau saya tidak terkilan kerana saya memang sudah bersedia mahu membuat persembahan minggu ini.

“Lagipun menurut tenaga pengajar, saya banyak menunjukkan perubahan positif dari minggu ke minggu dan apabila nama saya disebut pada awal program sebagai pelajar tersingkir, saya kecewa.

“Saya rasa tersingkir dengan cara yang sebegini sangat kejam, bila kita dah dicantikkan dan berlatih untuk buat persembahan tapi lain pula jadinya.

“Saya tak marah dengan mereka yang masih kekal, cuma saya tertanya-tanya kena kenapa tak buat penyingkiran selepas persembahan.

“Sebab cikgu-cikgu pun banyak habiskan tenaga untuk ajar kami. Tapi nak buat macam mana, tak apalah rezeki saya sampai sini saja,”

Nafi Tak Serius

“Sebenarnya saya suka bergurau dengan kawan-kawan tapi tak tahulah kalau gurauan itu dah disalah ertikan oleh penonton di luar sana.

“Mungkin mereka nampak saya macam main-main tapi sebenarnya segala ajaran yang diberikan oleh tenaga pengajar memang saya ambil serius.

“Saya pun tahu peluang sebegini tak hanya datang sekali jadi tak mungkinlah saya nak sia-siakan begitu saja,”

Kenyataan Pengurus Astro

Sementara itu, pengurus saluran Astro Ria Raqim Ahmad berkata pihak mereka telah memberikan banyak peluang kepada pelajar untuk menyerlahkan bakat mereka menerusi pentas AF di minggu sebelumnya.

“Kita membuat keputusan untuk membuang tiga peserta kerana kami merasakan telah memberi peserta pada kali ini banyak ruang dan masa untuk menyerlahkan bakat mereka dan mempelajari bidang ini menerusi AF.

“Masa yang diberikan kepada peserta dan peminat yang mengundi wajar untuk digunakan sebaik mungkin.

“Penyingkiran yang berlaku adalah berdasarkan keputusan undian peminat dan kami akur dengan keputusan tersebut,”

Konsert AF 2016 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Tuesday, September 20, 2016

RM8 Ribu Sahaja Dalam Poket, Alhamdulillah Mizz Nina Terima Pinangan - Noh Hujan

RM8 Ribu Sahaja Dalam Poket, Alhamdulillah Mizz Nina Terima Pinangan - Noh Hujan



Pasangan selebriti Noh Hujan dan Mizz Nina merupakan antara pasangan paling merendah diri di Malaysia.

Mereka berdua juga amat rapat dan serasi bersama dan dapat dilihat kemesraan mereka berdua di laman sosial.

Bagi peminat mereka berdua ini amat sweet.

Dalam satu perkongsian di laman FB oleh seorang lelaki bernama Azfar Mohd, Noh Hujan ada memberitahu dia tidak mempunyai wang yang banyak ketika melamar Mizz Nina.

Dalam poketnya hanya ada RM8 ribu sahaja, dan Mizz Nina menerima pinangannya.

Jom baca kisah ini yang dikongsi oleh Noh Hujan:

TAMAT SPM, JADI PENYANYI

“Saya tak berpeluang belajar di ipta.. tamat spm, saya memilih untuk cebur bidang nyanyian..

“Rezeki ikut musim..ada permintaan,ada duit..ada hari,hanya makan nasik lemak pagi.. tengahari dan malam ” berpuasa”

PINANGAN DITOLAK SEBAB TAK ADA DUIT

“Pernah pinangan ditolak..sebab takda duit..

“Kemudian niat dalam hati.”ya Allah aku x kutip harta yg haram,aku nyanyi sekadar utk cari rezeki halal,aku tidak buat benda² haram,mudahkanlah urusan aku”..kemudian Allah bukak pintu rezeki..masih merangkak..

PINANG MIZZ NINA

“kemudian saya berjumpa misz nina,.saya pinang dia..alhamdulillah dia tak tolak padahal dia orang hebat,anak org hebat..dalam poket hanya ada 8ribu genap.sya ulang, 8ribu genap sahaja dalam akaun utk menikah..

“Saya katakan pada Nina, “girl,if u want to marry me, I’m a nothing .. I have nothing .. I could not promise wealth, but If you looking for someone to take care of you, be the real husband, guide you to Allah, inshaAllah I’m able to do it” .. dan Nina terima..

Sekarang alhamdulillah, dari niat yg baik, dan niat Nina yg baik, menikah dgn saya hanya utk kenal Allah, Nina berubah.. berhijab, sudah tidak make up,baju nya semua besar2 , dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian..

Semuanya, LILLAHITA’ALAA..

so ladies,if you found a man who can increase you level of iman and taqwa and through him ,he guides you to practise Islam,do not let him go,marry him… -Noh hujan-

Semoga Mizz Nina dan Noh Hujan berbahagia selalu. 

Respon Ekin, Azza Elite Dan Emylia Ac Mizal Apabila Zila Seeron Berjumpa Anaknya

Respon Ekin, Azza Elite Dan Emylia Ac Mizal Apabila Zila Seeron Berjumpa Anaknya


Hari ini Zila Seeron memberikan perkhabaran gembira apabila telahpun berjumpa dengan anak lelakinya, Danial.

Bekas isteri Along Cham ini telah memuatnaik gambar mendukung Danial di laman sosial Instagram miliknya semalam. (LIHAT SINI)

Gambar tersebut menimbulkan rasa sayu dikalangan follower Zila Seron dan bersyukur kerana mereka berdua disatukan semula.

Rata-rata memberi komen yang positif dan memberi sokongan kepada bekas peserta Aakdemi Fantasia ini.

Ini termasuk beberapa rakan artis yang memebri kata-kata semangat buat Zila Seeron. Antaranya ialah Ekin, Azza Elite Dan Emylia Ac Mizal.

Jom baca komen mereka:





Ini respon dari para follower Zila Seeron: