29 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Julia Ziegler, Memang Kacak Suaminya

29 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Julia Ziegler


Pelakon jelita, Julia Ziegler akhirnya sah bergelar isteri kepada Johan, seorang jurutera mekanikal.

Mereka berdua dikatakan telah berkenalan selama setahun dan mengambil keputusan untuk hidup bersama.

Julia Zigler kini berumur 32 tahun manakala pasangannya Johan tua setahun iaitu 33 tahun.

Pasangan ini bernikah kira kira jam 11 pagi di rumah keluarga pengantin perempuan di Kampung Baru dengan disaksikan keluarga terdekat.

Julia menerima mas kahwin RM80 dan tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pasangan ini seterusnya diraikan dalam majlis keraian serba ringkas di lokasi sama pada sebelah petang.

Mengenai suaminya yang juga berdarah campuran, Julia  menyifatkan lelaki itu hampir sempurna untuk dirinya.

Ini komennya:

"Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Terima kasih dan semoga fasa baharu ini akan terus memberi keindahan berpanjangan," 


"Beliau lelaki yang satu kepala dengan saya dan antara kami pula memang cepat serasi. Mungkin kerana masing-masing berdarah campuran dan berfikiran terbuka, jadi senang untuk kami saling memahami.

"Saya percaya, beliau jodoh terbaik untuk saya dan memang membuatkan saya amat gembira saat ini. Muka kami pun hampir sama, sehinggakan ada yang menyangka beliau abang saya," 


Tambah Julia, Johan banyak mengubah kehidupannya sejak mereka saling mengenali.






























0 comments:

Post a Comment