Gambar Terkini Mengejutkan Akibat Terkena Sihir, Ini Komen Saharul Ridzwan

Gambar Terkini Mengejutkan Akibat Terkena Sihir, Ini Komen Saharul Ridzwan


Pelakon Saharul Ridzwan kini sedang bahagia bersama isterinya yang cantik jelita, Deena Amir.

Pasangan ini juga sedang menanti cahaya mata apabila isterinya disahkan hamil dan kini sudah masuk 5 bulan.

Isterinya ada juga mengidam, ini komen Saharul:

“Isteri ada juga alahan apabila dia minta lepok durian. Saya pula nak makan ikan patin,” 

Sementara itu, yang terbaru, gambar Saharul Ridzwan yang kelihatan amat kurus telah mengejutkan ramai terutama para peminat.

Ini sehinggakan ada ura-ura mengatakan dia terkena sihir buatan orang yang dengki sehingga jadi kurus.

Malah Saharul ada juga memuatnaik status tentang sihir.

Ini statusnya:



Apabila ditanya adakah dia terkena buatan orang sampai kurus? Ini jawapannya:

"Tak adalah benda-benda macam itu minta dijauhkan, kadang-kadang bila selalu sangat bercakap itu akan jadi satu doa."

"Jadi bagi saya apa yang terjadi adalah dugaan Allah dan maknanya kita perlu dekatkan diri pada Allah"

"Saya ada diet sikit dari 85kg ke 77kg dan sebab kurang rehat,"


Saharul Ridzwan menafikan dia terkena sihir dan harap perkara itu dijauhkan darinya.


0 comments:

Post a Comment