Friday, March 31, 2017

Ini Respon Balas Dari Nedim Kepada Ucapan Jejai Yang Buat Ramai Tersenyum

Ini Respon Balas Dari Nedim Kepada Jejai Yang Buat Ramai Tersenyum



Pernikahan Nora Danish dan Nedim Nazri masih lagi hangat diperkatakan.

Antara yang menjadi bahan bualan ialah kehadiran bekas suami Nora Danish iaitu Jejai (Rizal Ashram) di majlis pernikahan tersebut.

Turut hadir ialah bekas ibu dan bapa mertua Nora Danish iaitu ibu bapa Jejai.

Walaupun telah bercerai, hubungan mereka masih lagi amat baik.

Ketika majlis itu berlangsung, Jejai juga telah membuat insta live dan mendapat pujian ramai.

Beberapa keping fotonya bersama pengantin turut menjadi viral.

Jejai juga ada memuatnaik gambarnya bersama pengantin dengan ucapan selamat pengantin baru kepada Nedim dan Nora.

Baca ucapan penuh Jejai DI SINI.

Nedim juga telah memberi respon balas kepada ucapan Jejai itu.

Bagi Nedim, gambar bersama Jejai merupakan antara yang paling 'cool' di majlis tersebut.

Ini respon balas Nedim:

"Who agrees with me ? this is probably the coolest picture of the night Thanks for coming Yop Rizal Ashram, we are officially stuck to each other

"Thanks you so much for the kind words bro! Much love for you, uncle aunty for being there on our special ocassion.



TAHNIAH!! Sharnaaz Ahmad Selamat Bergelar Suami Kepada Noor Nabila, Kakak Neelofa

TAHNIAH!! Sharnaaz Ahmad Selamat Bergelar Suami Kepada Noor Nabila, Kakak Neelofa


Pelakon Sharnaaz Ahmad kini bergelar suami kepada Noor Nabila setelah mereka berdua selamat diijabkabulkan pada tepat jam 9.15 malam dengan sekali lafaz.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Masjid Damansara Perdana, Ustaz Hj. Syamsul Firdaus selaku wakil wali.

Sharnaaz Ahmad telah menyerahkan 5 dulang hantaran berbalas 7 dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan, Nabila.

Mas kahwin sebanyak RM 1000 manakala jumlah wang hantaran telah dirahsiakan.

Sharnaaz Ahmad mengenakan baju melayu serba putih hasil rekaan Putra Cosry manakala Noor Nabila pula kelihatan anggun dan menawan mengenakan busana pengantin yang direka khas oleh Datuk Radzwan Radzwil.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu berlangsung dalam suasana meriah.

Seperti yang dirancang, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada 2 April 2017 bertempat di Royal Chulan Damansara.

Sementara itu, majlis resepsi Sharnaaz bertempat di Straits Quay Convention Centre, Penang.

Noor Nabila merupakan kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa.

Mereka berdua telah bercinta selama 2 tahun sebelum membuat keputusan untuk berumah tangga.

Tahniah diucapkan.






"Menyintaimu, Membimbingmu Ke Jannah.." Ini Ucapan Khas Nedim Nazri Buat Isteri Tercinta, Nora Danish

Ini Ucapan Nedim Buat Isteri Tercinta, Nora Danish



Thursday, March 30, 2017

Ustaz Haslin Tegur Tindakan Pengantin Baru, Nora Danish Dan Nedim Nazri

Ustaz Haslin Tegur Tindakan Pengantin Baru, Nora Danish Dan Nedim Nazri



Semalam majlis pernikahan Nora Danish dan Nedim Nazri menjadi agak kontroversi apabila Nedim mengucup bibir Nora setelah selesai akad nikah.

Orang ramai berpandangan perbuatanpengantin itu tidak manis dipertontonkan buat tatapan umum apatah lagi ia menyerupai perkahwinan di gereja.

Pendakwah popular Ustaz Haslin ada memberi pandangannya tentang hal ini.

Tindakan pengantin itu memang tidak bagus dipertontonkan di khalayak ramai walaupun sudah sah bergelar sebagai suami isteri.

“Kita ni sebagai orang Islam, bukannya orang Kristian yang memang adatnya si pengantin lelaki akan cium mulut pasangan selepas mereka berkahwin di gereja. Itu mereka bukan bagi kita yang beragama Islam ni.

Sebenarnya, mencium dahi isteri juga adalah lebih baik jika dilakukan secara bersendirian, dan bukan langsung terbuka depan orang ramai sambil ditayangkan pula kepada umum,”

Apatah lagi Nora Danish sebagai artis popular, perkara berkenaan mungkin menjadi ikutan dan trend kepada mereka yang meminatinya terutama golongan remaja.

Ustaz Haslin juga menegur pemakaian Nora Danish yang tidak mematuhi syriat agama Islam.

Semua keterangan dari Ustaz Haslin ini dibuat setelah beliau dihubungi oleh blogger MynewsHub utnuk mengulas tentang perkara ini yang kini menjadi viral.

Ucapan Mengejutkan Jejai Setelah Bekas Isteri Nora Danish Bernikah Dengan Rakannya, Nedim

Komen Mengejutkan Jejai Setelah Bekas Isteri Nora Danish Bernikah Dengan Rakannya, Nedim


Dalam majlis pernikahan Nora Danish dan juga Nedim semalam, antara yang menarik perhatian ramai ialah kehadiran Jejai.

Jejai merupakan rakan Nedim dan bekas suami kepada Nora Danish.

Sepanjang perkahwinan Jejai dan Nora mempunyai seorang cahaya mata iaitu Rayqal.

Semalam Jejai sempat membuat "instalive" ketika majlis pernikahan bekas isterinya itu.

Instalive itu mendapat sambutan hangat dengan hampir 2 ribu live viewers yang menonton video tersebut.

Jejai juga telah bergambar bersama Nora dan Nedim di atas pelamin bersama anaknya.

Tindakan matang dan gentleman Jejai ini membuatkan orang ramai memujinya dan menyatakan respect kepadanya.

Ini komen Jejai kepada pasangan baru berkahwin ini:

"Ned many congratulations to you. I am very happy for you and Nora. Wishing you many happy years ahead and a passion that grows stronger everyday between u and nora. Semoga kekal ke akhir hayat InsyaAllah.

"Nora, wishing you every bit of happiness on this very special day. Honestly i am very happy that both of you have committed on tying the knot. Congratulations! May your lives together will be full of love and happiness, and your wedding be everything you imagined. I'm sure Rayqal and Dre will be excited and happy on this joyous occasion between you and Ned.


Tahniah kepada Nora dan Nedim. Tak lupa juga dengan sikap matang Jejai, amatlah berharga.

AKHIRNYA Ini Komen Nora Danish Setelah Sehari Bergelar Isteri Kepada Nedim


Komen Nora Danish Setelah Bergelar Isteri Kepada Nedim



Nora Danish selamat bernikah dengan kekasihnya, Nedim Nazri malam semalam.

Sememangnya majlis pernikahan berlangsung dengan sederhana tetapi amat eksklusif dan meriah.

Majlis ini dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja.

Lihat 35 koleksi foto majlis pernikahan Nora ( DI SINI )

Bergelar isteri kepada Nedim, ini komen dari Nora Danish:

"Saat yang saya impikan sudah jadi kenyataan dengan terjadinya penyatuan ini. Sudah lama saya tunggu saat-saat untuk disatukan dengan Nedim. 

"Saya berharap semua pihak dapat mendoakan kebahagiaan saya dan suami,” 

"Saya dan Nedim pernah merasai majlis pernikahan yang dibuat secara besar-besaran, namun untuk kali kedua ini biarlah kami bersederhana.
 

"Tidak semestinya majlis sederhana itu tidak meriah. Kami memilih cara ini kerana ia lebih peribadi dan intim,"
 

"Ia seperti impian jadi nyata dengan penyatuan ini. Sudah lama saya tunggu momen ini untuk disatukan dengan belahan jiwa.

"Harap semua dapat doakan kebahagiaan saya dan suami,"

Ini perkahwinan kali kedua buat kedua-dua mereka. Semoga berbahagia selalu.

(35 Koleksi Foto) Sekitar Kemeriahan Majlis Pernikahan Nora Danish Dan Nedim Nazri

35 Koleksi Gambar Sekitar Kemeriahan Majlis Pernikahan Nora Danish Dan Nedim Nazri


Akhirnya pasangan secocok Nora Danish dan Nedim selamat disatukan sebagai suami isteri pada hari ini.

Satu majlis nikah yang eksklusif telah berlangsung dengan amat meriah sekali.

Lokasinya ialah di Glassouse, Seputeh Petaling Jaya.

Dengan dua kali lafaz Nora Danish selamat bernikah dengan Nedim Nazri tepat jam 8.37 malam tadi.

Untuk pengetahuan semua, jumlah hantaran serta mas kahwin telah dirahsiakan.

Jom lihat beberapa keping gambar sekitar kemeriahan majlis pernikahan Nora Danish dan Nedim Nazri.

Tahniah guys!!