AKHIRNYA, King Coco Buat Pendedahan, Sahkan Hamil Anak Pertama, Mahu Bersalin Di Luar Negara

AKHIRNYA, King Coco Buat Pendedahan, Akui Sedang Hamil Anak Pertama, Mahu Bersalin Di Luar Negara



Wanita yang famous dengan celoteh dan slanga 'mat salleh' iiatu King Coco akhirnya membuat pengumuman yang ditunggu ramai.

King Coco akhirnya akui kini sedang hamil anak pertama setelah bernkah dengan Kapten Azrin sebagai isteri kedua.

Coco akui amat sukakan kanak-kanak dan tak sangka dikurniakan anak secepat ini.

King Coco juga merancang untuk bersalin di luar negara.

Ini pendedahan King Coco:
 

"Rasa macam mimpi pula, tak sangka secepat ini saya mengandung. Pada mulanya saya merancang untuk mengambil anak angkat sebagai peneman kerana suami selalu tiada di rumah.

"Apabila saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan saya, segera saya membuat pemeriksaan sendiri dan alangkah gembiranya apabila mendapat tahu saya sudah mengandung. Macam tidak percaya!

"Tapi yang kelakarnya saya sentiasa terbayang-bayang kesakitan apabila melahirkan anak kelak, sampaikan termimpi-mimpi dibuatnya,”

"Sebenarnya kalau tidak mengandung, saya memang bercadang untuk mengambil anak angkat. Saya sukakan budak-budak. Sekurang-kurangnya saya tidak berasa sunyi apabila suami tiada di rumah. 

"Saya lakukan tiga pemeriksaan bagi memastikan saya betul-betul mengandung termasuk pemeriksaan di klinik. 

"Mengikut perancangan asal, saya hanya akan bersedia untuk mengandung selepas dua tahun berkahwin. Barangkali saya kurang bersedia tetapi InsyaAllah, rezeki yang telah diberikan ini mungkin adalah yang terbaik untuk saya dan suami.

"Segalanya bergantung kepada rezeki tetapi dua cahaya mata memadai untuk kami. Saya juga merancang untuk melahirkan anak di luar negara. Keputusan itu dibuat kerana kami mahu mencipta kenangan untuk anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

Semoga urusan mengandung dan bersalin dipermudahkan.

0 comments:

Post a Comment