"Celah Mana Fitnah, Nama Kau Dalam Dokumen, Jangan Buat Cerita Bodoh Beruk.."

"Celah Mana Fitnah, Nama Kau Dalam Dokumen, Jangan Buat Cerita Bodoh Beruk.."





Kes seorang wanita, Kak Zab mendakwa telah ditipu oleh Datuk Hattan telah mengejutkan ramai.

Wanita ini dan suaminya telah diisytiharkan muflis setelah berhutang hampir RM1 juta disebabkan kelicikan Datuk Hattan.

~Ini pendedahan mengejutkan wanita ini (LIHAT SINI)

Kemudian Datuk Hattan ada menafikan perkara itu dengan menyatakan pendedahan itu adalah fitnah semata-mata dan wanita itu hanya mahu melariskan jualan produknya sahaja.

~Ini kenyataan balas Hattan (BACA SINI)

Setelah dituduh fitnah, Kak Zab telah mengambil pendekatan lebih berani mendedahkan bukti dokumen syarikat.

Ia jelas mempamerkan nama sebenar Datuk Hattan iaitu, Mohd Shukri bin Shahabuddin beserta tanda tangannya.


Ini komen Kak Zab:

“Celah mana aku nak fitnah… nama kau memang terpampang dalam dokumen syarikat. Mohd Shukri bin Shahabuddin nama kau kan? Siap ada tanda tangan kau.

“Ni memang bukti-bukti syarikat tu memang dia yang punya dulu. Keluarkan nama dia, masukkan nama kami. Lepas tu dia buat pinjaman semua… Kata aku fitnah.. jangan buat cerita bodoh la beruk,”





Kes ini telah pun berlarutan sejak 15 tahun lalu.

Kak Zab membuat pendedahan mengatakan Hattan telah menggunakan namanya dan suami sebagai penjamin untuk pinjaman bank melalui sebuah syarikat.

Datuk Hattan didakwa telah melakukan beberapa pinjaman antaranya pinjaman rumah dan kereta berjumlah hampir RM1 juta atas nama syarikat.

0 comments:

Post a Comment