(VIDEO) King Coco Buat Hal Lagi... Bergaduh, Berebut Meja Di Kedai Makan

(VIDEO) King Coco Bergaduh, Berebut Meja Di Kedai Makan


Instafamous Malaysia, King Coco telah menjadi viral sekali lagi hari ini.

Ini ekoran tersebarnya satu video King Coco sedang bergaduh di sebuah kedai makan.

Kejadian itu berlaku di restaurant Bason yang terletak di Shah Alam.

King Coco dilihat berebut meja dengan seorang pelanggan lain di kedai tersebut kerana meja itu amat strategik kerana terdapat perkataan 'Bason' di latar belakangnya.

King Coco dan lelaki berkenaan telah bertekak tentang hal berkenaan. Lelaki itu mengatakan dia sudah sampai dulu.

Ini antara kata Coco:

"Saya mahu meja ini, saya nak duduk sini, saya datang dari jauh nak duduk sini.

"Awak dari KL saya datang dari luar negara nak makan kat Bason sini.."

"Awak duduk tempat lain"

"Awak tak kenal saya takpe, saya pelanggan VIP kat sini.."

Seorang lelaki telah disimbah air dalam insiden tersebut dan pekerja kedai makan itu cuba menenangkan kedua-dua pihak.

Lelaki berkenaan kemudian mengalah dan King Coco berjaya duduk di tempat yang dia mahu itu.

Untuk siapa yang tak kenal, Coco ni popular kerana mempunyai pelat yang unik.

~Ini gambar adik Coco (LIHAT SINI)

Ini videonya: (VIDEO PENUH: KLIK SINI)

0 comments:

Post a Comment