Alamak..Ini Pengakuan Mengejutkan Ruhainies Yang Ternyata Telah 'Friend Zone' Azrel Ismail

"Saya Anggap Kawan" - Alamak..Ini Pengakuan Mengejutkan Ruhainies 'Friend Zone' Azrel Ismail



Banyak kisah telah mengaitkan pelakon jelita Ruhainies dengan seorang lagi pelakon iaitu Azrel Ismail.

Memang banyak gambar mereka bersama dan gosip semakin hangat diperkatakan.

Namun menerusi satu temu bual, Ruhainies telah membuat satu kenyataan yang mana dia akui bahawa Azre dalam kelompok 'friend zone' sahaja.

Pelakon yang juga adik kepada Risteena ini sukar untuk menerima Azrel sebagai kekasih atau pasangan hidup.

Ini komen dari Ruhainies:

"Sejujurnya kalau saya bercinta (dengan Azrel) saya akan beritahu... tapi sebenarnya tidak.


"Dia dalam friend zone saya sebab dah anggap kawan. Dia juga sudah tahu (perasaan saya). Saya dah cakap pada dia,"


"Azrel mempunyai perilaku yang baik, dia juga seorang yang gentleman.


"Dia sangat baik, jadi dia layak dapat wanita yang lebih baik,"


"Saya risau gosip sekarang, entah nanti saya kahwin dengan orang lain macam mana?


"Tapi sejujurnya saya tak sedia lagi untuk berkahwin sebab nak fokus kepada kerjaya.  Bulan Julai nanti baru genap dua tahun saya berada dalam industri... baru sangat,"


Ruhainies mengenali Azrel sejak 2015 apabila digandingkan menerusi drama Si Montel.

0 comments:

Post a Comment