Pendedahan Pendapatan Lumayan Yang Mengejutkan Dari King Coco, Kini Kaya Raya Hasil Popularitinya

Pendedahan Pendapatan Lumayan Yang Mengejutkan Dari King Coco, Kini Kaya Raya Hasil Popularitinya


Nama King Coco merupakan antara yang mendapat perhatian pada tahun 2017.

Cara pertuturannya yang dikatakan dibuat-buat dengan slang yang pelik menjadikannya popular sekelip mata.

King Coco mula menjadi famous di laman media Instagram.

Apabila semakin dikenali, kini Coco mula membuat duit dari popularitinya itu.

Jom baca pendedahannya: (Sumber: Nona)

"Keturunan saya mempunyai kacukan Cina, Pakistan dan Serani. Sedikit sebanyak, slang di rumah turut mempengaruhi gaya percakapan kami. Apabila saya muat naik video di Instagram, ramai yang mentertawakan perkara ini. Mereka rasa tak senang hati dan minta ibu bapa saya tunjukkan surat beranak saya.

"Tapi kalau dilihat dari sisi positif, populariti sekelip mata ini juga membuka pintu rezeki untuk saya sekeluarga. Perniagaan melalui media sosial sememangnya banyak bergantung pada populariti, lebih-lebih lagi yang berlandaskan paid review kerana iklan kita seharusnya dapat dilihat oleh ramai orang. 


"Konsep inilah yang menentukan pulangan terhadap produk yang diiklankan. Ditambah hobi saya yang suka merakam video, jadi apa salahnya kalau saya cuba menjana pendapatan dengan perkara yang disukai.

"Bermula dengan suka-suka, alhamdulilah sekarang saya mampu menjana sekitar RM20,000 sebulan. Buat masa ini saya belum terikat dengan mana-mana pengurusan tapi demi kelangsungan kerjaya, saya fikir ada baiknya jika ia diuruskan oleh pihak yang mahir dan berpengalaman tentangnya. 


"Dalam bidang ini, banyak cabaran datang daripada aspek kreativiti dan kerenah klien yang pelbagai. Ada yang kurang sabar dan ada yang minta refund apabila hasilnya tak mendapat sambutan. Apa pun saya cuba bersikap profesional"

Itulah pendedahan dari King Coco tentang pendapatannya sekarang. Memang Masyuk!!!

Tahniah King Coco..semoga sukses selalu.

0 comments:

Post a Comment