Wednesday, May 31, 2017

"Hati-Hati Dengan Kata-Kata Dan Tingkah Laku.." - Ini Respon Fattah Amin Yang Padu

"Hati-Hati Dengan Kata-Kata Dan Tingkah Laku.." - Ini Respon Fattah Amin Yang Padu



Pada bulan Ramadhan yang indah ini, secara tiba-tiba timbul sedikit isu tentang fenomena "Lofattah".

Ini ekoran isu Fattah Amin tidak hadirkan diri ke set MeleTop untuk mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella.

Neelofa kata artis yang cancel tapi Fattah pula berkata dia tidak ada arahan untuk hadir ke set MeleTop.

Baca kisah tersebut DISINI.

Namun satu status telah dimuatnaik oleh Fattah Amin yang benar-benar padu.

Jom baca:

 
Kejap je dah 5 hari kita berpuasa. Saya harap Ramadhan kali ini membawa lebih berkat dariNya.
Memandangkan kita di bulan Ramadhan ni, saya harap kita akan lebih hati-hati dengan kata-kata dan tingkahlaku kita. Sebenarnye, setiap masa pun kene #buatyangbaikbaik, tapi bulan puasa ni, kene la alert lagi dengan apa yang kita cakap dan buat.

Untuk fans saya, saya harap kita tak perlulah bertikam lidah lagi dah mengenai apa yang lepas. Kita support je sapa kita nak dan terus bagi sokongan untuk artis kesayangan kita. Tak perlu dah nak compare ke, nak laga-laga kan ke, semua tu tak memberi apa-apa manfaat pun.

Setiap situasi tak perlu ada reaksi dari kita. Biar orang buat kita, tapi jangan sesekali kita buat orang. Kita buat yang baik, Insya Allah orang akan buat yang baik balik kat kita satu hari nanti.

#sincerelyFattah #QalifModen #inspireFattah #doayangbaikbaik #fikiryangbaikbaik #cakapyangbaikbaik #Ramadhan2017 #Ramadhan1438 #Fattah1438


Memang bagus juga ayat Fattah Amin ini, Semoga peminat semua chill dan tidak berperang di laman media sosial.

Penyanyi Baru Wany Hasrita Terima Dugaan Menakutkan, Kena Ugut Bunuh

Penyanyi Baru Wany Hasrita Terima Dugaan, Kena Ugut Bunuh



Nama penyanyi Wany Hasrita kini sedang meningkat naik. Malah Wany juga tercalon sebagai artisd baru dan penyanyi popular di ABPBH baru-baru ini.

Lagu nyanyian Wany iaitu "Menahan Rindu" ternyaat diterima dengan baik oleh para pendengar dan video klipnya di YouTube sudah mencecah 15 juta tontonan.

Namun baru-baru ini, ada kisah yang kurang enak didengar terkena kepada Wany Hasrita.

Wany menerima ugutan bunuh menerusi laman IG miliknya. Memang menakutkan.

Ini perkongsian dari Wany Hasrita sedniri tentang hal ini:

“Kejadian ini berlaku tiga minggu lepas. Saya diganggu oleh seorang peminat fanatik menerusi mesej dan komen di laman Instagram.

“Dia menghantarkan komen dan mesej yang berbunyi seperti, ‘jangan sampai aku jumpa kau perempuan miang, aku bunuh kau nanti’.

“Hampir tiga kali saya menyekatnya di laman Instagram dan dia tetap akan muncul dengan nama yang lebih kurang sama dan mengganggu saya.

“Sebagai solusi, saya mengambil tindakan dengan menyimpan segala ‘screen shot’ komen dan mesej yang dia hantar kepada saya. Saya juga memberi amaran kepada dirinya. Saya katakan kepadanya, negara kita ada undang-undang dan pihak berkuasa pasti akan dapat mencari siapakah dia,"


Ugutan ini satu perkara yang amat serius dan kes ini boleh menjadi kes polis jika berlarutan. Nasib baik peminat berkenaan sudah berhenti mengganggu Wany Hasrita.

Sweetnya...Video Mesra Sharnaaz Ahmad Layan Aksi Manja Isteri

Sweetnya...Video Mesra Sharnaaz Ahmad Layan Aksi Manja Isteri



Semalam, pelakon popular Sharnaaz Ahmad telah memuatnaik satu video romantik bersama isterinya di laman Instagram miliknya.

Video pasangan pengantin yang baru 2 bulan berkahwin itu terus menjadi viral dan mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh kemesraan mereka berdua itu DISINI.

Sharnaaz menulis ini sebagai captionnya:

"Abaikan perbualan itu.. itu namanya perbualan org belagak belagak dan taman megah.. tapi yg kongkang dok peluk tu.. haih lah isteri ku sayang @noornabila"

Di ruang komen, ramai peminat yang mengatakan Sharnaaz dan nabila amat comel dan adorable buat sebegitu. Amat jelas hubungan mereka sedang berbunga-bunga.

Selain itu, ramai follower yang tag pasangan masing-masing di ruang komen. Mungkin untuk dijadikan contoh keromantisan pasangan suami isteri.

Untuk pengetahuan, Sharnaaz Ahmad telah berkahwin dengan kakak kepada Neelofa iaitu Nabila.

Memang pasangan ini amat secocok dan romantis sekali.

Lihat video penuh kemesraan mereka berdua itu DISINI.

Ini beberapa keping gambarnya:




Ini videonya:

Fizo Omar Dedah Mawar Fareeda Ada Ketumbuhan, Punca Sukar Mengandung Sebelum Ini

Fizo Omar Dedah Mawar Fareeda Ada Ketumbuhan, Punca Sukar Mengandung Sebelum Ini



Fizo Omar dan isteri Mawar Abdul Karim telah menerima khabar gembira apabila kini bakal meninang cahaya mata pertama.

Kini Fizo berkongsi cerita bahawa siterinya pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kecil pada tahun lalu.

Ketumbuhan itu antara punca mengapa isterinya sukar hamil sebelum ini ditambah lagi dengan faktor persekitaran seperti pemakanan dan tekanan kerja.

Ini komennya:


PUNCA SUKAR MENGANDUNG

"Paling tepat untuk saya katakan, ia berkait-rapat dengan rezeki Allah namun saya percaya beberapa faktor lain turut menyumbang kepada permasalahan itu seperti pemakanan dan tekanan kerja kerana kami memang dikenali sebagai pasangan aktif bekerja.


"Tapi itulah, kalau Allah dah nak bagi... selepas setahun lebih menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan tersebut, akhirnya kami terima berita gembira ini,"


NASIHAT KEPADA PASANGAN LAIN

"Terus berdoa, jangan berputus asa dan harus percaya rezeki Allah itu luas. Kalau Dia belum beri kita rezeki anak, mungkin dia beri dulu rezeki kesihatan dan kebahagian yang kita sendiri tidak sedar," katanya.


ADA HIKMAH LAMBAT DAPAT ANAK


"Bayangkan kalau Dia bagi rezeki itu serentak! Mana nak jaga anak, mana nak tumpukan pada perniagaan dan pasti ini akan menjadi lebih complicated! Sebab itu saya kata perancangan-Nya Maha hebat... buktinya, kami capai target dalam perniagaan dan tepat waktunya, berita ini pula kami terima," katanya dengan syukur.


NALURI DAPAT ANAK


"Betul! Naluri dan keyakinan itu dapat saya rasa sehingga setiapkali melintasi premis menjual pakaian dan permainan bayi, saya dan Mawar pasti akan spontan mengeluarkan dialog;
"Sayang, ni mungkin sesuai untuk baby (sambil mereka-reka nama bayi) dan kalau ada orang tengok, pasti ingat kami dah tak betul...,"


Tahniah diucapkan kepada Fizo dan juga Mawar. Semoga dipermudahkan urusan.
Tuesday, May 30, 2017

(SENTAP) Neelofa Perli Perangai Fattah Amin?? Gaduh Besar Di Laman Sosial Semalam



(SENTAP) Neelofa Perli Perangai Fattah Amin?? Gaduh Besar Di Laman Sosial Semalam



Ini satu lagi episod tentang pasangan popular Neelofa dan Fattah Amin. Dikatakan telah tercetus sedikit salah faham dan perselisihan antara kedua artis popular ini.

Kisah bermula apabila pelakon utama drama Hero Seorang Cinderella iaitu Fattah Amin dan Fazura tidak dapat datang di rancangan MeleTOP! baru baru ini.

Menurut pengarah drama Hero Seorang Cinderella iaitu Micheal Ang, memang ada rancangan untuk menampilkan Fattah Amin dan Fazura.

Michael membuat komen ini setelah Neelofa dikatakan jadi punca bahawa Fattah Amin tidak datang ke set MeleTop.

Kenyataan Michael tersebut dibuat sebelum rancangan ke udara.

Kemudian ketika secara langsung, Neelofa menyatakan bahawa ketidakhadiran Fattah dan Fazura pada malam tersebut adalah berpunca dari pembatalan saat akhir oleh artis.

Ini komen Neelofa:

"Kalau diorang cancel last minute nak buat macam mana. Kita terima je tetamu, kalau takanak datang tak pe. Kita alu-alukan.."

Berpunca daripada kenyataan Neelofa tersebut, Fattah Amin kemudiannya muncul secara live di Instagram, menerangkan hal sebenar yang terjadi sambil menyatakan agar jangan membuat kenyataan yang bukan bukan tanpa mengetahui perkara sebenar.

Ini komen Fattah:

"Saya tiada arahan untuk datang MeleTop malam ni. Yang ada Michael Ang, Uqasha dan Zizie Izzete. Jangan buat assumption bukan-bukan okey."

Kemudian secara tiba-tiba Neelofa turut membuat kenyataan balas di Instagram Stories dengan mengatakan dia ada bukti tentang perkara berkenaan.

Ini tulis Neelofa:


Nampaknya hubungan mereka berdua ini dilihat kurang baik.

Berita Gembira, Fizo Omar Sahkan Isterinya, Mawar Fareeda Kini Sah Hamil..TAHNIAH!!

Berita Gembira, Fizo Omar Sahkan Isterinya, Mawar Fareeda Kini Sah Hamil..TAHNIAH!!


Di bulan Ramadhan tahun ini, pelakon Fizo Omar dan isteri telah menerima berita yang amat menggembirakan.

Mawar kini disahkan sedang hamil anak pertama mereka setelah 4 tahun berkahwin.

Berita ini disampaikan oleh Fizo melalui laman media sosial miliknya sebentar tadi.

Ini komennya:

Alhamdulillah..Rezeki Ramadhan.setelah hampir 4 tahun mendirikan rumah tangga dan sabar menanti rezeki zuriat dari Allah SWT.

Secara rasminya disahkan oleh Prof Datuk Doctor Hamid Arshad yg kini kandungan Mawar baru sahaja berusia 2bulan (may 2017).Semoga berita baik di bulan baik ini diiringi oleh doa kalian semua dan dimakbul oleh NYA..ameen YRA..

Sementara itu, doktor berkenaan iaitu Hamid Arshad turut memberi komen tentang kehamilan Mawar Fareeda.

Dr Hamid juga telah memberi nasihat yang berguna kepada pasangan ini.

Ini kenyataan dari doktor berkenaan:

ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH KPD MAWAR DAN FIZO.

Setelah menjalani pembedahan dan berbagai rawatan susulan akhirnya dengan izin dan rahmat Allah SWT Mawar hamil.


Sekarang dalam peringkat awal kehamilan. Dalam kaedaan biasa, risiko gugur sebelum 12 minggu kehamilan adalah dalam lingkongan 10 %. Risiko ini meningkat bagi mereka yg mengalami masalah kesuburan dan khususnya yang menjalani pembedahan pada peranakkannya.


Mari kita doakan agar kehamilan Mawar akan terus tumbuh dan berkembang secara normal sehingga cukup bulan ( 37 - 40 minggu). Aamin.


Nasihat saya kpd Mawar dan Fizo.


1. Banyakkan amal ibadah, solat, baca quran, zikir, selawat dan berdoa terus menerus.
Banyakkan bersedekah dan menolong orang2 miskin, tua dan dhaif khususnya dibulan ramadan yg mendatang
2. Senyum selulu dan bercakap lunak. Bila jumpa orang islam ucapkan 'assalamualaikum'
Hubungkan dan kukuhkan silaturrahim
3. Rehat banyak2, tenangkan fikiran dan kurangkan kerja2 berat serta perjalanan jauh dan tangguhkan penerbangan. Pada asasnya kurangkan stress kerana ia bolih mencetuskan kuncupan rahim dan seterusnya mengancam untuk gugur.
Lakukan 'deep breathing exercise' berulang2 bila ada peluang untuk kurangkan stress dan meningkatkan bekalan oksijen kesemua tubuh badan khususnya rahim yg sedang hamil.
4. Makan bahan2 berzat dan berkhasiat, yang segar dan mentah. Lebihkan buah2 dan sayur2, jus buah2 dan salad.
Imbangkan makanan dengan lauk2 yg jadi sumber perotin serta makanan2 pembekal karbohaidret dan lemak.
5. Jangan lupa makan multivitamins, folic, vitC, vit E dan fish oil untuk menampong pertumbuhan janin dalam rahim.
6. Dalam tiga bulan pertama penting rahim diperkuatkan dengan hormon progesterone. Ini bolih diberi sebagai suntikkan - inj proluton atau tablet 'duphaston'
6. Tentukan cukup tidur , 7-8 jam setiap hari. Hubungan intim suami isteri perlu dikurangkan atau dikawal dalam peringkat awal kehamilan.
7. Kita semua tumpang gembira dan mendoakan agar kehamilannya akan berjalan lancar dan seterusnya mendapat zuriat terbaik. Aamin Ya Robbal Alamin.


Tahniah buat Fizo dan Mawar.


Monday, May 29, 2017

Insiden Kuali Meletop Secara Live, Pihak GO SHOP Tampil Dedah Kisah Sebenar

Insiden Kuali Meletop Secara Live, Pihak Go Shop Tampil Dedah Kisah Sebenar



Baru-baru ini kecoh apabila ada video klip menunjukkan kuali yang dijual oleh Go Shop telah meletop dan pecah secara live.

Perkara berkenaan telah mengujutkan ramai dan terus menjadi viral di laman media sosial.

Hal ini mula diperkatakan ramai pihak dan para penonton yang ragu dengan produk dari Go Shop.

Dengan itu, Go Shop telah tampil membuat kenyataan rasmi tentang insiden ini.

Mari baca:

KENYATAAN PERTAMA

Go Shop would like to apologise for an incident during our live show on Saturday. We are pleased to inform that no one was hurt during the product demonstration for the Cuoco Volcanic Rock cookware set. 

The incident was caused by incorrect assembly of the product and the Principal for the product has apologised for the error. While we have been assured that the incident is not due to a product quality issue, we are working with the Principal to identify the root cause to prevent any future recurrence. 

Go Shop has stopped the sale of the product temporarily on our TV channels, website and mobile app. We assure all our loyal customers that we remain committed to ensuring that our customers always come first and the products that we sell are of the highest quality. 

Customers who bought the product may contact us via e-mail at wecare@goshop.com.my or call our 24-hour line 1-800-82-0088.

KENYATAAN KEDUA

Following an investigation, Go Shop would like to announce that the incident which took place during our LIVE show on Cuoco Volcanic Rock Cookware last Saturday 27 May 2017 on Channel 118, was an isolated occurrence. We wish to assure all our loyal customers that the said product is of good quality and is safe to use.

To ensure the added safety and proper use of the Product, we are currently working with the authorized distributor of the Product to provide pre-assembled glass lids for all orders moving forward. In addition, for the benefit of our valued customers, we have also included on ShopAtGoShop Facebook and YouTube pages this instructional video to take customers through the step-by-step guide on proper product assembly.

We apologize again for any inconvenience caused and assure all that we remain committed in providing an exceptional shopping experience at Go Shop.
....................................

Translation Bahasa Malaysia:

Go Shop ingin meminta maaf di atas insiden yang berlaku semasa siaran langsung kami pada hari Sabtu lalu. Kami bersyukur kerana tiada sesiapa yang tercedera semasa demonstrasi produk set alat memasak Cuoco Volcanic Rock. 

Insiden tersebut disebabkan oleh kesilapan pemasangan produk dan “Principal” untuk barangan tersebut telah memohon maaf di atas kesilapan ini. Walaupun kami telah difahamkan bahawa insiden ini tidak disebabkan oleh isu kualiti produk, kami sedang bekerjasama dengan pihak “Principal" untuk menyiasat punca isu ini agar tidak berulang lagi. 

Go Shop telah menghentikan jualan produk tersebut melalui saluran TV, laman web dan aplikasi mudah alih kami untuk sementara waktu. Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan setia kami bahawa kami sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman yang terbaik bila membeli-belah di Go Shop serta memastikan bahawa kami menawarkan hanya barangan yang bermutu tinggi. 

Pelanggan yang telah membeli produk tersebut boleh menghubungi kami menerusi e-mel di wecare@goshop.com.my atau menelefon talian 24-jam kami 1-800-82-0088.
 
Berikutan siasatan, Go Shop ingin mengumumkan bahawa insiden yang berlaku ketika tayangan LIVE kami mempromosikan alat memasak Cuoco Volcanic Rock pada 27 May 2017 di Saluran 118, merupakan kejadian terpencil. Kami ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan setia kami bahawa produk tersebut berkualiti tinggi dan selamat untuk digunakan.

Bagi memastikan keselamatan pelanggan serta penggunaan produk yang betul, kami sedang bekerjasama dengan pengedar produk untuk menyediakan penutup kaca siap dipasang untuk semua pesanan. Di samping itu, untuk manfaat pelanggan kami, kami juga telah menyediakan video tutorial panduan langkah-langkah pemasangan produk yang betul di laman ShopAtGoShop Facebook dan YouTube.

Kami memohon maaf sekali lagi atas sebarang kesulitan yang timbul dan memberi jaminan bahawa kami akan terus beriltizam dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang terbaik di Go Shop.

Itulah kenyataan dan penddahan dari pihak Go Shop sendiri.

Penyanyi Ezlynn Failkan Penceraian, Tapi Apa Yang Dilakukan Suaminya Mengejutkan Ramai

(TERKINI) Penyanyi Ezlynn Sah Failkan Penceraian   



Pada bulan ramadhan ini, akhirnya segalanya terjawab.

Kisah rumah tangga penyanyi popular Ezlynn sememangnya mempunyai isu dan alami dugaan apabila Ezlynn sahkan failkan penceraian.

SAH FAILKAN PENCERAIAN

Ezlynn menfailkan cerai terhadap suaminya, Adam Fahmy Shamsudin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Sebenarnya penyanyi ini telah memfailkan permohonan itu pada Januari lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

TINDAKAN SUAMI

Namun apa yang mengejutkan, Adam Fahmy selaku defendan tidak bersetuju dengan perceraian itu, mahkamah telah memerintahkan kedua-dua pihak untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kalangan ahli keluarga mereka.

WAKIL PENDAMAI

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada ahli keluarga yang rapat dengan plaintif dan defendan bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Pada prosiding hari ini, Ezlynn telah melantik kakak kandungnya manakala Adam Fahmy yang juga pengurus artis itu melantik adik kandungnya sebagai wakil JKP dalam kes perceraian mereka.

Hakim telah menetapkan tarikh 11 Julai ini untuk wakil-wakil JKP membentangkan laporan mereka terhadap pasangan ini.

Untuk pengetahuan, Ezlynn dan Adam Fahmy mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan tidak ada anak bersama.

Semoga pasangan ini mempunyai kata putus tentang hal ini.

Kenyataan Rasmi Tentang Kekasih, Akhirnya Sajat Tampil Dedah Perkara Sebenar Yang Mengejutkan

Isu Ada Kekasih, Akhirnya Sajat Tampil Dedah Perkara Sebenar Yang Ternyata Mengejutkan



Melalui perkongsian di IG, usahawan popular Sajat ada menunjukkan seperti dirinya sedang di lamun cinta.

Sajat beberapa kali berkongsi gambar dengan seorang lelaki dengan caption yang menunjukkan dia sedang berbahagia.

Namun Sajat membuat teka taki apabila menutup wajah gambar lelaki berkenaan dan berahsia tentang identiti lelaki terbabit.

Para peminat dan follower ada membuat spekulasi tentang identiti lelaki berkenaan yang ternyata berbadan sasa dan sado.

Ada yang menyatakan lelaki itu merupakan seorang coach fitness dan bina badan.

Timbul pelbagai spekulasi mengenai identiti jejaka sasa tersebut apabila netizen meneka beberapa nama di ruangan komen.

Apabila semakin viral, Sajat akhirnya tampil membuat kenyataan rasmi tentang hal ini.


KENYATAAN RASMI DARI SAJAT

Sajat yang kini berumur 32 tahun berkata gambar berkenaan sebenarnya hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran rangkaian produknya 'let's cantik' dan 'jangan mengata'.

Ini komennya yang mengejutkan ramai:

"Apa-apa yang berlaku pada saya sebagai 'public figure', orang kenal jadi macam-macam orang buat ramalan.

"Saya hanya buat strategi pemasaran untuk melariskan produk dan bisnes,"


"Saya sebenarnya bahagia bersama keluarga, anak-anak dan kawan-kawan,"


"Itu sebahagian daripada strategi pemasaran... bila kita berpasangan, apakah yang kita perlu ada pada diri kita? Antaranya kecantikan, rupa paras dan kasih sayang.


"Jadi, semua kapsyen termasuk beberapa gambar di Instagram sebelum ini semuanya melibatkan produk-produk saya,"


"Diharap penjelasan saya ini dapat menjawab segala persoalan dan salah faham semua. Saya berharap anda semua terus menyokong produk-produk kecantikan dan penjagaan diri saya. Terima kasih kerana memberi sokongan," 



Itulah penjelasan dari Sajat sendiri tentang hal ini. Semuanya hanyalah propa/agenda untuk iklan sahaja katanya.

Justeru, Nur Sajat sekali lagi menjelaskan bahawa  lelaki berbadan sasa tersebut bukanlah kekasihnya.

"Saya Baca Seolah Tak Percaya!!" - Isu Seorang Wanita Persoal Mia Sara Bertudung, Ini Respon Balas

"Harap Ini Akan Menjadi Yang Pertama & Terakhir" - Isu Seorang Wanita Pertikai Mia Sara Bertudung, Ini Respon Balas


Seorang wanita bernama Azira sebelum ini mempersoalkan tindakan pelakon cilik Mia Sara yang berhijrah dan memakai tudung untuk menutup aurat.

Wanita ini mengecam tindakan pelakon berumur 11 tahun itu yang dikatakan tidak patut memikirkan soal aurat ketika masih kanak-kanak.

Baca komen dari wanita tentang hal ini (DI SINI)

Apabila komen dan pendapat wanita ini menjadi viral, seorang ilmuan bernama Prof Madya Dr Rafidahtampil memberi komen balas.

Ternyata prof ini terkejut ada seorang dewasa membuat komen sebegitu, apatah lagi kanak-kanak itu melakukan perkara yang baik dan positif.

Ini komen dari Prof:

I read with disbelief. Who's more mature?

While Mia, the 11 year old was talking about what she understood of hijab as the requirement of Islam, and how she related it to 'rezq', a remembrance and a reflection to all of us now that Ramadhan is coming....a much older adult who is supposed to be protective, and minding her words, managed to reduce it all to merely a theme of "an object".

I hope this will be the first and the last time, that Miss Azira uses children in propagating whatever values she believes in, in such an ungodly manner.

It's Mia's choice. And my respect to her parents who have successfully instilled the right values in her.

.................................

Saya baca seolah tidak percaya. Siapa lebih matang? Walaupun Mia, yang berumur 11 tahun itu bercakap tentang apa yang dia faham hijab sebagai keperluan Islam, dan bagaimana dia kaitkan dengan rezeki, ingat dan renungkan untuk kita semua sekarang bahawa Ramadhan akan datang. 

Yang dewasa atau lebih tua yang sepatutnya menjadi pelindung, dan sepatutnya beringat dalam berkata..boleh menidakkan semua ini hanya kerana konsep ‘objek’

Saya berharap ini akan menjadi yang pertama dan kali terakhir, bahawa Cik Azira menggunakan kanak-kanak dalam menyebarkan apa sahaja nilai dia percaya, dalam apa-apa cara yang tak beriman. Ia adalah pilihan Mia. Saya hormat kepada kedua ibu bapa Mia yang memberi memberi nilai yang baik buat diri Mia.



Sememangnya tindakan Mia Sara ini patut dijadikan contoh anak-anak kecil diluar sana.

Mia sebelum ini berkata dia lebih mementingkan aurat dari dunia lakonan. Salute!

"Kain Layak Lap Punggung.. "- Baju Raya Che Ta Dituduh Low Class, Ini Respon Balas Rozita Che Wan

"Kain Layak Lap Punggung.. "- Baju Raya Che Ta Dituduh Low Class, Ini Respon Balas Rozita Che Wan



Apabila tiba hari raya, pelakon popular, Rozita Che Wan atau Che Ta selalu tampil dengan koleksi baju raya.

Tahun ini, Che Ta tampil berkolarborasi dengan Minaz menghasilkan koleksi baju raya.

Memang cantik jika dilihat dari gambar.

Namun ada komen dari seorang wanta yang menuduh baju raya Che Ta low class dan low quality malah menghina kainnya.

Ini tulis wanita berkenaan:

"Baju low class dan low quality dari Che Ta. Patut dijual di pasar. Bukan di Tesco macam tahun lepas. Kain layak lap punggong. Sudah-sudahlah Che Ta..."

Komen ini menarik perhatian ramai termasuk dari Che Ta sendiri.

Selebriti yang juga isteri kepada Zain Saidin ini tampil memberi komen balas kepada wanita berkenaan.

Komen Che Ta ini ditulis di laman media Instagram miliknya kerana geram dengan wanita itu yang menuduhnya dengan tuduhan tidak baik.

Ini komen Che Ta

"Kalau tak pandai menari jangan mengata lantai jongkang- jongkit.. Mungkin baju kita ni letak kt badan dia nampak macam kain lap punggong Tapi kita pakai letup je.."

Ini gambarnya:



Menerusi ruang komen, dilihat para peminat meminta Che Ta melupakan wanita itu yang dikatakan iri hati dan dengki dengan pelakon berkenaan/
Sunday, May 28, 2017

Ini Komen Aaron Aziz Apabila Fattah Amin Semakin Popular Sampai Menang ABPBH

Ini Komen Aaron Aziz Apabila Fattah Amin Semakin Popular Sampai Menang ABPBH


Anugerah Bintang Popular telah melabuhkan tiraian. Pemenang utama pada tahun ini ialah pelakon Fattah Amin.

Populariti Fattah Amin melonjak naik apabila terjebak dengan fenomena "Lofattah" pada tahun lalu menerusi drama Suri Hati Mr Pilot.

Pelbagai gosip dan kontroversi melanda pasangan ini sehinggakan nama mereka berdua amat popular.

Apabila Fattah Amin ebrgelar Bintang Paling Popular, Aaron Aziz telah memebri pandangannya telah hal ini.

Jom baca komen Aaron Aziz:

"Ini adalah rezeki dia dan tiada siapa pun boleh mempertikaikannya. 

"Bagi saya jika orang kata dia tidak bagus dalam lakonan dia boleh belajar lagi. 

"Susah untuk mengukur potensi seseorang pelakon kerana ada yang boleh berlakon romantik tapi tidak boleh buat aksi. 

"Ia sesuatu yang subjektif.

Betullah apa yang dikatakan oleh Aaron Aziz, bekas Bintang Paling Popular untuk 2 tahun iaitu 2011 dan 2013.

Lakonan Fattah Amin sering dikecam dan disamakan seperti kayu.

Sehigga jika di 'google' kayu paling popular, wajah Fattah Amin akan terpapar.

"Ia Disebar Pihak Tertentu.." Nabil Ahmad, Lisa Surihani Terima Dugaan..Jom Baca Pendedahan Nabil

"Ia Disebar Pihak Tertentu.." Nabil Ahmad, Lisa Surihani Terima Dugaan..Jom Baca Pendedahan Nabil



Pelawak popular Nabil Ahmad telah diduga ketika ini.

Nabil yang kini hebat sebagai pengacara telah diceroboh privasinya.

Dia selalu menerima panggilan dan gangguan daripada individu tidak dikenali melalui telefonnya.

Akhirnya mengambil keputusan untuk menukar nombor telefon peribadinya.

Menurut Nabil, nombor telefonnya serta beberapa rakan artis lain telah disebarkan oleh pihak tertentu di internet.

Antara selebriti lain yang turut terkena ialah Lisa Surihani.

Nabil berkata, dia sudah memaklumkan nombor telefon abrunya kepada semua klien dan rakan media secara peribadi. 

Ini pendedahan dari Nabil:

"Saya syak nombor telefon saya sudah diketahui umum dan ia disebarkan oleh pihak tertentu di internet sejak beberapa bulan lalu.

"Saya sayang untuk tukar kerana ia adalah nombor telefon untuk kerja dan semua klien saya tahu nombor ini. Dalam pada itu, saya juga tidak tahan sering menerima panggilan daripada kanak-kanak.


"Mereka juga masukkan saya dalam grup WhatsApp tertentu, bukan saya sahaja, ada beberapa artis lain termasuk Lisa Surihani juga mengalami perkara sama,"


"Saya sudah hantar mesej kepada semua kenalan saya dan beritahu tentang nombor yang baru ini. Saya harap kerja saya berjalan lancar.


"Kalau tidak tukar macam-macam gangguan datang terutamanya pada waktu malam,"


Kesian Nabil dan rakan artis lain. Memang teruk perangai orang yang dedah nombor selebriti ni.

Ibu Bapa Akhirnya Setuju, Restu Hubungan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

Ibu Bapa Akhirnya Setuju, Restu Hubungan Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi


Hubungan antara Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy bukan lagi perkara baru. Semua peminat dan penggiat tahu ada hubungan yang mesra antara mereka berdua.


Apatah lagi mereka berdua meraikan hari lahir pasangan masing-masing. Sudah tentu ramai beranggapan hubungan lebih dari sekadar rakan sahaja.

Yang terbaru, kedua dua mereka memberitahu bahawa keluarga amsing-masing merestui hubungan mereka.

Namun apabila ditanya lebih lanjut, kedua-duanya berat hendak berbicara tentang cinta, masing-masing belum declare bahwa mereka sedang di fasa percintaan, katanya sekadar teman rapat.

Sufian akui hubungan dengan Elfira Loy mendapat perhatian kerana kedua-dua adalah artis.


Ini kata Sufian:

“Bukan hanya peminat, media juga turut memperkatakan mengenai hubungan kami. Saya pula memang jenis tidak pernah hendak menunjuk atau menguar-uarkan mengenai cerita peribadi.

“Cuma kali ini hubungan kami mendapat perhatian dan saya pula tidak mahu berselindung. Andai ada yang bertanya, saya akan menjelaskan kedudukan sebenar,”


Sebelum ini timbul kontroversi mengatakan Sufian Suhaimi sanggup meninggalkan kekasih kerana mahu mengejar cinta Elfira Loy.

Memang teruk Sufan Suhaimi dikecam orang ramai. Berkata tentang hal ini, Elfira Loy mempertahankan Sufian.

Ini komen Elfira:

TENTANG SUFIAN TINGGALKAN KEKASIH

“Bagaimanapun, mereka tetap memperkatakan mengenainya. Bagi saya mereka memperkatakan mengenainya bukan kerana membenci atau mahu memburukkan Sufian mahupun saya tetapi lebih kepada mahu bercerita yang kononnya mereka juga tahu,”



Elfira Loy akui hanya mahu mengatakan hubungan mereka atas nama persahabatan dan bukan membabitkan soal cinta.

Dia tidak mahu mengtakan bahawa mereka sedang bercinta kerana ia akan meletakkan tekanan terhadap mereka berdua.


Ini komen Elfira Loy:

TENTANG HUBUNGAN DENGAN SUFIAN, TAKUT DECLARE

“Bukan saja takut tetapi saya kurang yakin. Situasi persahabatan saya dengan Sufian pula berbeza kerana keluarga kami memberi restu. Malah adik-beradik saya sendiri baik dengan Sufian.

“Sufian sendiri datang dengan cara baik untuk bertemu dengan ibu dan ayah. Melihat situasi itu, ibu sendiri berasa positif dengan sikapnya dan membenarkan kami berkawan.

“Pada saya, kalau ibu dan ayah memberi restu membuatkan saya ada keyakinan dengan hubungan kami,”

“Saya senang andai kami membiarkan hubungan ini sendiri menentukan apa yang akan berlaku selepas ini. Bayangkan kalau hari ini kami kata kami sedang bercinta, pastinya selepas ini antara kami akan cuba mendesak apakah keputusan yang mahu diambil selepas itu.

“Sebab itu saya sendiri berasakan biarlah kami terus berkawan saja kerana apabila kami berada dalam situasi begini, apa yang berlaku kita akan lebih ikhlas.

“Kalau kami akui kami sedang bercinta, bimbang kalau apa yang diharapkan tidak menjadi kelak, apa yang berlaku akan membuatkan hubungan kami berada dalam situasi yang buruk.

“Macam sekarang, kalau ia tidak menjadi seperti apa yang diharapkan kami masih lagi berkawan baik sampai bila-bila,”


Sumber: HarianMetro

Shahz Jaszle Akui Malu Bila Gemuk

Shahz Jaszle Akui Malu Jadi Gemuk


Pelakon Shah Jaszle sebelum ini pernah tampil dnegan bentuk badan yang agak gempal.

Dikatakan dia mula naik berat badan apabila telah berkahwin beberapa tahun yang lalu.

Shahz Jaszle langsung tidak menjaga makan dan tidak bersenam ketika itu.

Ini komennya:

"Saya beritahu isteri, kalau saya bukan selebriti, saya pasti seronok kerana tidak perlu berfikir mengenai penjagaan makanan atau senaman. 

"Bahagia sungguh apabila dapat menikmati segala jenis makanan yang ada. Sehinggakan berat badan naik mendadak,"

Kini pelakon ini berusaha menurunkan berat badan apabila perlu kurus untuk menjadi watak utama.

Malah dalam masa yang sama, dia turut ditegur pengarah dan penerbit kerana bentuk fizikal yang agak gempal.

Ini komennya:

“Satu sebab (kurus) memang nak diet dan satu sebab lagi everytime kalau pergi event, first word yang akan keluar dari mulut orang – gemuk eh sekarang. Aduh. Kalau dah 40 orang cakap macam tu?”

“Memang nak kurus sebab watak dan juga permintaan penerbit yang nak offer saya job, mereka mahukan saya kurus. Ambil masa juga nak kurus dalam setahun lebih, tak makan nasi,”


Shahz Jasle akui turut malu dan segan untuk melihat kembali babak lakonannya ketika gemuk.

Ini anatar sebab Shah Jaszle mengambil keputusan untuk mendapatkan bentuk badan sihat.

Tertekan Dengan Isu Masalah Rumah Tangga Goyah, Kini Ezlynn Jatuh Sakit

Tertekan Dengan Isu Masalah Rumah Tangga Goyah, Kini Ezlynn Jatuh Sakit


Penyanyi terkenal, Ezlynn kini sedang dirawat di hospital kerana jatuh sakit.

Akibat demam yang teruk, Ezlynn menjalani pemeriksaan rapi dan doktor telah mengesahkan dia dijangkiti demam virus.

Tambah Ezlynn, badannya menjadi tidak bermaya setelah pulang mendaki Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia bersama rakan-rakannya.

Ditambah dengan kisah peribadi kegoyahan rumah tangga, dia menjadi lebih tertekan dan akhirnya jatuh sakit.

Ini komennya:

KISAH DEMAM VIRUS

“Sehari sebelum itu, badan saya rasa lemah dan demam. Memandangkan saya alah dengan ubat penahan sakit, jadi saya tak berani ambil. Bila sudah tak terdaya, saya minta kakak hantarkan saya ke hospital.

“Di hospital, doktor buat pemeriksaan dan mendapati saya dijangkiti demam virus dan pada waktu yang sama asma saya datang balik. Sejak pagi semalam, sudah lima botol air dimasukkan ke dalam badan saya. Tak pasti pula bila boleh keluar,”

“Tiga daripada rakan yang pergi ke Lombok sebelum ini sudah demam dan mungkin ini waktu saya pula. Bila sudah masuk wad ni, pelbagai penyakit pula dikesan. Ditambah pula dengan cerita yang saya tak jangka ini, jadi selain badan lemah, fikirannya tertekan.

KISAH PERIBADI, MASALAH RUMAH TANGGA

"Setakat ini saya tidak akan memberi sebarang komen tentang perkara itu. Apa-apa tanya pengurus saya, Poji Samad. Saya tak mahu bercerita tentang peribadi kerana itu bukan perkara yang elok untuk diuar-uarkan,” 

"Saya tidak mahu komen tentang itu, ia akan buat saya lebih tertekan. 

"Saya mahu fokus kepada kesihatan saya dahulu. Apa-apa boleh hubungi pengurus saya untuk yang lain. 

"Saya harap awak dapat memahami keadaan saya," 

"Kalah juga akhirnya, tak sangka, my body and my mind terperanjat, too stressful with what happened last night.

"Thanks atas doa semua dan kekuatan yang diberikan. InsyaAllah semuanyer akan okey

Ezlynn dan suami, Adam Fahmy mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata. 

Ini Punca Sebenar Shaheizy Sam Tak Dedah Wajah dan Nama Anaknya

Ini Punca Sebenar Shaheizy Sam Tak Dedah Wajah dan Nama Anaknya


Pelakon popular Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata sulung mereka awal bulan ini.

Walaupun sudah beberap minggu menimang anak, namun ramai masih belum melihat wajah bayi tersebut.

Malahan, nama anak Shaheizy Sam itu juga tidak didedahkan oleh kedua ibu bapanya kepada umum.

Apabila ditanya kepada Shaheizy Sam, dia akui masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah dan nama anak lelakinya itu.

Shaheizy hanya berkata nama anaknya itu tetap mengekalkan 'Sam' seperti mana namanya.

tambahnya lagi, dia tidak mendedahkan nama kerana ikut 'nasihat orang-orang tua'.


Ini komennya:

"Rasanya belum tiba masa saya umumkan namanya selepas mendengar nasihat orang tua-tua. Insya-Allah apabila tiba masa sesuai saya akan beritahu."

"Tetapi apa yang boleh saya dedahkan saya mengekalkan 'Sam' seperti mana nama saya,"


Isteri Shaheizy Sam, Syatilla kini berada di sebuah pusat jagaan berpantang bagi memastikan dia dan anaknya dijaga baik.

Pelakon Polis Evo in berkata, bayinya itu mendapat banyak hadiah bersempena kelahirannya.

Malahan hadiah diberikan lebih daripada mencukupi utnuk keperluan anaknya. Itulah namanya rezeki.


Saturday, May 27, 2017

TAHNIAH!! Ramona Zam Zam Buat Pengumuman, Kini Sedang Hamil

TAHNIAH!! Ramona Zam Zam Buat Pengumuman, Kini Sedang Hamil


Pelakon Ramona Zam Zam telah membuat pengumuman satu berita yang baik pada bulan Ramadhan kali ini.

Setelah setahun berkahwin dengan warga Palestine, Rami Alashkar, kini Ramona Zam Zam akhirnya mengesahkan dirinya sudah hamil.

Di laman media Instagram, Ramona Zam Zam memuatnaik gambar ultrasound scan baby nya dan mengesahkan kini sedang hamil anak pertama.

Dari komen Ramona, dia kini sedang hamil 14 minggu.

Yang menariknya, Ramona menyamakan baby di dalam perutnya itu seperti 'teddy bear'.

Ini komen Ramona:

I feel bad for the comparison (teddy bear) but i cannot contain this excitement anymore and whaaaaaaaat am I having a baby cartoon growing up in me. Yeppp it is official now, hello second trimester, selamat berbuka and salam ramadhan everyone ❤️ #14weekspregnant 

Setelah membuat pengumuman itu, ramai para peminat dan follower mengucapkan ucapan tahniah kepada Ramona Zam Zam dan suami.

Ternyata ramai yang tak sabar nak lihat anak Ramona nanti.

Tahniah diucapkan kepada Ramona Zam Zam dan suaminya. Semoga segala urusan dipermudahkan.



Kerana Anak, Sharifah Sakinah Mengamuk..Apa Yang Berlaku Memang Dah Melampau!!

Kerana Anak, Sharifah Sakinah Mengamuk


Pelakon Sharifah Sakinah baru sahaja menimang cahaya mata pertamanya baru-baru ini.

Sharifah Sakinah telah menjalani pembedahan kerana anaknya overdue selama 2 minggu dari tarikh dijangka bersalin.

Anaknya dilahirkan selamat selepas menjalani pembedahan Caesarean pada 9 pagi dengan berat 3 kg.

Selepas selang beberapa hari anaknya bersalin, Sharifah Sakinah meluahkan rasa marah tentang apa yang berlaku kepada anaknya.

Ternyata, nama anaknya telah menjadi mangsa akaun palsu di Instagram.

Sehingga kini sudah ada 3-4 akaun palsu di atas nama anak Sharifah Sakinah ini iaitu Anais Adha.

Ibu mana yang tak marah kalau anak jadi mangsa manipulasi pihak tak bertanggungjawab kan.

Oleh itu, Sharifah Sakinah telah membuat akaun official anaknya itu.

Akaun yang rasmi ialah "Anais.Adha" dan akaun IG yang lain disahkan oleh Sharifah Sakinah sebagai fake akaun.

Semoga Sharifah Sakinah dan suami bersabar dengan apa yang berlaku.

Apapun selamat menjadi ibu bapa kepada Sharifah Sakinah dan suaminya, selamat berbahagia bersama kehadiran ahli keluarga baru.


Pelakon Aidil Aziz Akhirnya Luah Perasaan, Dedah Kehidupan Di Penjara

Pelakon Aidil Aziz Akhirnya Luah Perasaan Di Penjara



Umum mengetahui pelakon Aidil Aziz telah dimasukkan ke penjara kerana kes bahan terlarang.

Aidil masuk penjara selama 2 bulan dan dibebaskan 7 bulan yang lalu.

Selepas 7 bulan dibebaskan, Aidil kini mahu memulakan hidup baharu.

Jelas Aidil, kehidupannya di dalam penjara selama dua bulan telah mengubah dirinya.

Pelakon ini akui kini telah insaf.

Ini komennya:

"Dua bulan saya di Penjara Sungai Buloh, hanya Allah sahaja yang tahu isi hati saya. Menangis pun sampai tak keluar air mata,"

"Apa yang terjadi ini mungkin hikmah atas khilaf yang salah lakukan sebelum ini.

"Macam-macam perkara yang saya pelajari, saya lebih menghargai keluar dan mendekatkan diri kepada Allah.

"Saya tahu mana intan mana permata, mana kaca dan mana duri. Untuk menjadi lebih matang saya perlu berhati-hati memilih kawan,"

"Berkali-kali menangis tetapi saya tidak bertemu jawapan. Saya menangis sebab rindukan keluarga dan saya menangis sebab saya tak tahu apa silap saya. Saya rasa teraniaya!

"Sampailah tiba-tiba saya dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang datang tanpa saya tanya.

"Dia minta saya bertenang. Katanya nak jaga hati semua orang memang tidak mampu jadi kau jaga Allah dan jaga keluarga.

"Jika pandang dari luar memang itu tempat yang kita tidak sanggup masuk tetapi di situlah pintu muhasabah diri terbuka luas,"


Ketika dipenjarakan, Aidil tidak pernah sekali pun dia dianiaya oleh sesiapa.

Dalam perkembangan terkini, Aidil bakal ke set penggambaran sebuah drama bersiri 40 episod.
Friday, May 26, 2017

Faye Kusairi Dedah Punca Rancang Kehamilan Anak Dengan Azmi Hatta

Faye Kusairi Dedah Punca Rancang Kehamilan Anak Dengan Azmi Hatta



Faye Kusairi dan Azmi Hatta selamat bernikah dalam satu majlis yang agak rahsia baru-baru ini.

Setelah berkahwin, Faye Kusairi ada mendedahkan bahaya dia dan suami membuat perancangan kehamilan anak.

Ini pendedahannya:

"Alhamdulillah, kehidupan semuanya baik-baik saja. Soal cahaya mata, apa yang boleh saya katakan kami masih merancang ke arah itu, mungkin tahun depan!


"Ini kerana salah seorang anak Azmi Hatta iaitu Aqif akan menghadapi peperiksaan penting tahun ini. Justeru saya mahu dia memberi tumpuan kepada pelajaran Aqif terlebih dahulu," 


Pun begitu kata Faye, dia dan suami tidak pula menolak seandainya rezeki anak hadir lebih awal dari apa yang dirancang kerana percaya pada ketentuan Allah.

Selain itu Faye mendedahkan dia suka memasak untuk suaminya. Pelakon ini tidak sabar untuk masak apatah lagi sudah puasa.

"Sejak bujang saya memang seorang yang suka memasak dan bila dah bersuami, keterujaan untuk ke dapur semakin membuak-buak apalagi dah nak puasa ni kan...


"Tapi itulah, abang pula seorang yang tidak cerewet soal makan dan kalau boleh hari-hari dia mahukan sambal kentang je dan kita yang masak ni pun rasa bosan juga dengan yang sama,"



Sumber: mStar

Jarang Lihat Bersama Suami, Perkahwinan Sedang Bergolak, Nabila Huda Tampil Buat Kenyataan

Jarang Lihat Bersama Suami, Ada Kata Perkahwinan Sedang Bergolak, Nabila Huda Tampil Beri Respon



Jika dilihat di laman media sosial Nabila Huda, memang jarang dilihat wajah suaminya.

Oleh krana kurang berkongsikan gambar suami di laman sosial, ada pihak mendakwa rumah tangga Nabila Huda sedang bergolak.

Pelakon filem Munafik itu tampil memberi kenyataan tentang hal ini.

Nabila Huda telah menafikannya dakwaan itu dan menjelaskan mengapa kurang upload gambar suaminya.

Katanya, dia tidak mahu peminat muak kalau asyik menayang kebahagiaan di laman sosial.


Ini komennya:

“Tak mahulah sering berkongsi gambar bersama suami nanti ada pihak yang naik ‘muak’ kerana sering menayang kebahagiaan, namun ia bukan bermakna saya menyembunyikan apa-apa. Sekiranya ada masa indah atau saya rasa hendak bergambar bersama suami, jadi adalah”

“Kalau tidak, saya lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya dan teman rapat. Kalau diikutkan, saya juga kini lebih gemar meluangkan masa kualiti bersama keluarga dan suami di rumah. Lagipun, memang sejak dulu lagi saya lebih suka berkongsi mengenai kerjaya,”


Itulah komen dari Nabila Huda.

Di Instagram miliknya, Nabila lebih banyak kongsikan gambar beliau bersama dengan anaknya, Keisha.

Semoga Nabila Huda dan suami serta keluarga bahagia selalu.

...........................................


If you look at Nabila Huda's instagram, its  rarely to see his husband.

Because of that, there is a gossip about her marriage.

Nabila Huda denied all the allegations and gives an explanation, why she does not upload photo of her husband.
 

She said, she did not want her fans to disgust or get bored if she project happiness on social media.

On Instagram, Nabila uploaded more photos of her daughter, Keisha.

Hopefully Nabila Huda and her husband and family always happy.

Luahan Hati Nora Sambut Ramadhan Tanpa Suami Buat Orang Ramai Sebak

Luahan Hati Nora Sambut Ramadhan Tanpa Suami Buat Orang Ramai Sebak


Kini sudah hampir tiga bulan suami kepada penyanyi Nora iaitu Allahyarham Johan Nawawi meninggal dunia.

Apabila suamiya meninggal dunia, Nora dilihat selalu meluahkan rasa hati dan perasaannya melalui laman media Instagram miliknya.

Yang terbaru, Nora telah meluahkan perasaannnya apabila menyambut kedatangan Ramadhan buat pertama kalinya tanpa suami disisi.

Ini luahan hatinya:

LUAHAN PERTAMA

Bismillahirahmanirahim
Jumaat ke 10.
Esok ramadhan pertama tanpa abang.
Hidup adalah sebuah perjalanan.
Terselit hikmah & rahsiaNya dlm setiap perkara yg tak mungkin akn terungkap.
Pemergian abang telah mendewasakan I.
Hanya Allah yg tahu..
Hanya Allah tempat mengadu.
Hanya Allah yg maha mengetahui segalanya.
Tiada sedetik waktu pun I tidak mengingati abang.
Tiada sesaat waktu pun yg lebih indah dari bersama abang.
Setiap nafas hela, ada abang.
Setiap mata berkelip, nampak abang.
Setiap kaki melangkah terasa abang bersama.
Tapi I tahu, kita semua milik Allah begitu juga abang...abang milik Allah swt.
bukan milik I selamanya.
Abang hanyalah pinjaman sementara.
Apa saja yg kita miliki juga sementara.
Tiada yg kekal.
Satu hari kita semua juga akn kembali kpd pencipta.
Sementara hidup, I berjanji akn meneruskan hidup ini dgn penuh kesabaran,kekuatan & ketaqwaan hanya kepada Allah tempat bergantung.
Yang pergi hanya jasad abang.
Namun jiwa, kasih sayang, cinta & pengorbanan abang tetap bersemadi dihati ini sampai ke akhir hayat.
I tidak mahu menangis lagi.
I nak jumpa abang lagi.
I berdoa agar kita dipertemukan semula dan dpt menjadi BIDADARI abang dijannah nanti.
Moga Allah kabulkan doa kita selama ini.

Terima kasih kpd semua sahabat diatas segala doa, dorongan, nasihat,sokongan & pertolongan yg telah diberikan pada saya.
Kepada FANORATIK, korang byk bg kekuatan.Terima kasih diatas semangat yg diberi.#ikhlasbersama
Alhamduliah
Nora sayang semua.
Yessss!!! I'm a strong single mom
And I choose to be happy.
Allahuakbar. Allahuakbar!!! Hanya redhaMu yg ku cari.
Amat sayu melihat wajah anak2 kita pertama kali akn berterawih, berpuasa & bersahur tanpa ayah tersayang.
Semoga ramadhan ini lebih baik dari yg lalu.
Hiasilah diri dgn amal ibadah & taqwa.
Ramadhan kareem buat semua.
Al- Fatihah
JOHAN NAWAWI 1966-2017
#johannawawi



LUAHAN KEDUA

Selamat menyambut Ramadhan..
Saya sedang mencuba sedaya upaya utk tidak menitiskan airmata...
Tapi Allah saja yg tahu....
Waktu terawih, tiba2 Putri ckp...mama...I miss papa
Berdoalah sayang...moga kita bertemu papa dijannah nanti...
In Shaa Allah.
Ya Allah berikanlah kekuatan kpd kami sekeluarga.
Selamat buat semua.


Itulah rasa hati Nora yang telah kehilangan suami tercinta.

Aaisyah Dhia Rana Kini Terpaksa Dijaga Bodyguard Untuk Keselamatan, Baca Pengakuan Zain Saidin

Aaisyah Dhia Rana Kini Terpaksa Dijaga Bodyguard Untuk Keselamatan


Siapa yang tak kenal dengan Aaisyah Dhia Rana, puteri kesayangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Kanak-kanak popular ini mula mendapat perhatian ramai sejak dari lahir lagi.

Kini Aaisyah Dhia Rana boleh dikatakan amat popular dan lebih menjadi tumpuan sekiranya ada event yang menampilkan ibu bapanya.

Oleh kerana itu, apabila bulan Ramadhan dan Syawal yang menjelang tiba, Aaisyah Dhia Rana ini akan dijaga oleh bodyguard ketika mengikuti ibu bapanya.

Jom baca komen dari bapanya, Zain Saidin tentang body guard Aaisyah:

"Kita akan banyak travel, bulan ni kita akan pergi ke empat venues Mood Replubik, Aaisyah akan ikut, jadi kitorang tengok macam mana, mungkin Aaisyah akan ikut ke booth sebab tak nak duduk terperap dalam bilik sahaja"

"Yang penting kita nak pastikan keselamatan Aaisyah. Akan ada bodyguard sendiri untuk jaga Aaisyah. jadi tak ada orang pegang, kerumun Aaisyah tanpa kebenaran"

Itulah komen dari Zain Saidin tentang hal ini. Memang baiknya juga buat seperti ini. jadi keselamatan Aaisyah lebih terjamin.

Kerja Gila.. Peminat Wanita Geram Sampai Mahu Gigit Peha Zul Ariffin

Kerja Gila.. Peminat Wanita Geram Sampai Mahu Gigit Peha Zul Ariffin  


Zul Ariffin merupakan pelakon kacak yang mempunyai ramai peminat.

Hero filem J Revolusi ini ada memuatnaik fotonya yang jelas menampakkan peha yang agak sado.

Ini menyebabkan ramai peminat wanita yang memberi komen yang agak 'merenyam'.

Ada dua keping gambar Zul yang sedang bercuti di Ibiza, Sepanyol.

Satu di dalam boat manakala satu lagi gambar bersebelahan dengan kereta mewah.
Gambar ini ternyata mengundang komen pelik dari peminat yang tidak keruan.

Ini antara komennya:

fayy**na: "S3ksi ye"

widawa**rose: "Aummm"

wher**eee: "tople3s please"

aish**yyah: "Weeii..peha ayam"

hun**yah: "Kete dah segak, tapi dengan adanya awak posing cenggitu, saya mengalami depression sampai tahun depan"

prv**drxs: "Geramnya paha tu nak gigit je"

ki**kun: "Wow...nak jadi tukang cuci kereta dan cuci baju pun jadi lah..@zul_ariffin .. tak payah gaji ... free setahun"

tash**karia: "Too hot to handle.. Auchhhhhh"

za**fril: "Terlalu mngoda"

she**eth: "Bikin melting"

san**9: "Cekcii nyaa abanggg"


Sementara itu, ada juga yang menghentam tindakan komen-komen ini yang dikatakan menunjukkan wanita agak gatal sama seperti lelaki.

Lihat foto dan lagi komen (DISINI)
Thursday, May 25, 2017

Penyanyi Baru, Wany Hasrita Akui Kini Semakin Takut..Kenapa Takut?? Apa Yang Berlaku??

Penyanyi Baru, Wany Hasrita Akui Kini Semakin Takut



Setelah tercalon sebagai artis baru dan penyanyi wanta popualr di ABPBH, nama Wany Hasrita semakin melonjak naik.

Lagu dendangannya berjudul Menahan Rindu memang menjadi kegilaan ramai dan di laman Youtube sudah mencecah 14 juta kali dimainkan.


Memang amat hebat penangan lagu itu.

Kerana lagu tersebut, Wany Hasrita atau nama penuhnya Nursyazwany Hasrita kini semakin glamour dan popular.

Apabila semakin popular Wany akui memang gembira tetapi takut dengan keadaan yang sedang berlaku.


KENAPA TAKUT?

Penyanyi ini sebenarnya amat risau jika skala populariti itu hanya akan memakan diri sendiri.


Ini komennya:

“Alhamdulillah, lagu Menahan Rindu memberi langkah kanan buat saya masuk industri seni. Terima kasih buat semua yang memberikan sokongan. Apa pun, saya agak terkejut dengan perkembangan ini. Sekelip mata peminat sudah kenal.

“Bagaimanapun saya sedar, sebagai orang baru saya masih lagi kena belajar untuk memberikan yang terbaik buat peminat pada masa depan.

“Tidak boleh mengharapkan magis single sulung semata-mata,”

“Saya pernah cakap padanya, saya takut kerana cepat sangat naik. Bila ingatkan balik, tiba-tiba rasa down. Tapi ibu naikkan semangat saya kembali. Katanya, saya kena percaya pada rezeki.

“Setiap individu itu sudah ditentukan rezekinya. Kalau saya tiada lagi rezeki dalam seni, mungkin ada tuah di tempat lain.

“Jadi saya pegang kata-kata itu dan hanya fokus untuk terus konsisten dan berikan yang terbaik untuk semua,”


DATO SITI NYANYI LAGUNYA

Wany hasrita akui amat gembira apabila lagu "Menahan Rindu" telah dinyanyikan oleh  Datuk Siti Nurhaliza.

Penyanyi bertaraf legenda itu menyanyikan lagu Wany Hasrita di majlis album terbarunya, SimetriSiti seterusnya menjadi viral di laman media sosial.

Ini komen Wany hasrita:

"Mula-mula saya dapat tahu Datuk Siti nyanyi lagu Menahan Rindu bila ramai kawan dan wartawan yang mesej. Malah, saya ada juga menonton video tersebut menerusi Instagram pengurusnya.
 

"Saya sangat berbesar hati sebab she is one of my idol.
 

"Memang saya kena akui, dia nyanyi lagu tersebut sangat sedap. Rasa bangga pun ada dan sebab itulah saya repost video tersebut di Instagram.

"Baru-baru ini kami ada bersua di sebuah majlis dan saya ucapkan terima kasih padanya. Pesan Datuk Siti, all the best dan good luck dalam kerjaya seni"


Oleh kerana sudah popular, Wany kini berusaha untuk menaik taraf mutu vokalnya dan sedang belajar vokal dengan Ernie Zakri.

Dalam perkembangan lain, Wany juga teruja untuk menantikan single kedua solonya  yang bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat.

11 FOTO Sekitar Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Anak Sulung Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah

11 FOTO Sekitar Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Anak Sulung Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah



Pasangan selebriti pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah menerima anak sulungnya pada awal bulan yang lalu.

Pasangan popular ini selamat menimang cahaya mata lelaki seberat 3.5 kilogram di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, kira-kira jam 6.30 pagi pada 19 April.

Semalam, Syamsul dan Puteri Sarah telah mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul untuk anak mereka.

Majlis dibuat di kediaman mereka dan berlangsung secara sederhana dengan tema pakaian berwarna putih.

Antara yang turut hadir ialah  bapa Syamsul iaitu pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam dan isteri.

Rata-rata peminat telah memuji kecomelan Syaikhul Islam.

Jom layan beberapa keping foto sekitar majlis aqiqah dan cukur jambul anak Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah Liyana.

Ini gambarnya: