"Nak Hentam Saya, Hentamlah..." - Zed Zaidi Tak Hairan Kutukan, Tolak Tawaran Bergelar Datuk

"Nak Hentam Saya, Hentamlah..." - Zed Zaidi Tak Hairan Kutukan, Tolak Tawaran Bergelar Datuk


Zed Zaidi merupakan seorang individu yang lantang dalam dunia industri seni dan juga sebagai Presiden Persatuan Seniman.

Zed kini berjuang sehabisnya untuk mempertahankan dan memperkasakan indstri seni tanah air.

Namun bukan semua yang menyokongnya. Malah ramai orang di luar sana yang mengecamnya termasuk ada juga dari rakan artis sendiri.

Ini komen Zed Zaidi:
 
Semua Salah

"Buat macam ni salah, buat macam tu salah, habis apa yang betul, jadi kena percaya diri sendiri, kalau rasa benda ni betul, betullah dia.

Rakan Artis Kritik Zed:

 "Masing-masing boleh cakap, saya ni memang terbuka untuk orang suka dan orang tak suka. Itu yang dilihat dari pandangan dorang, bagi diorang itu salah, tapi apabila saya duduk dalam pentadbiran, saya rasa itu betul. Kalau nak debat untuk keputusan yang betul, saya takde masalah"

"Sape nak hentam saya saya tak kesah yang penting saya tahu apa saya buat"

Tak Ada Job

"Dah nama pun presiden persatuan, saya tak ada gaji.Yang kita buat ni amal. Dalam pada masa yang sama kita ni jiwa NGO, bila tengok orang susah kita tolong guna duit sendiri"

"Cara saya tolong tu terpulang dan ikut cara saya"

"Orang nak hentam saya, saya tak peduli pun, saya ni kalau orang kata tak ada job, saya ada perniagaan sendiri"

"Saya sanggup jadi lilin yang membakar untuk orang lain"

Kebenaran Gilakan Title / Datuk

"Offer (pangkat Datuk) tu banyak, saya tak pun ambik. kalau saya gila pangkat saya dah lama ambik tapi saya tak fikir benda tu. Sekarang ni saya fikir tanggungjawab saya sebab orang dah ambik kita jadi Presiden.

"Kalau masuk NGO nak pangkat Datuk better tak payah jadi NGO dah, sebab tak ikhlas"

Itulah sedikit komen dari Zed Zaidi tentang dirinya.

0 comments:

Post a Comment