Friday, June 23, 2017

Pengumuman Mengejutkan Zizie Ezette Setelah Tamat Berlakon "Hero Seorang Cinderella", Buat Ramai Kecewa

Pengumuman Mengejutkan Zizie Ezette Setelah Tamat Berlakon Drama "Hero Seorang Cinderella"



Zizie Ezette telah berehat selama 8 tahun sebelum membuat kemunculan semula pada tahun ini apabila tampil melalui drama hebat, Hero Seorang Cinderella.

SYUKUR LAKONAN DAPAT PERHATIAN

Bercerita tentang lakonannya dalam Hero Seorang Cinderella, Zizie Ezette berkata, dia amat bersyukur kerana karakternya itu mendapat perhatian dan respon yang baik daripada para penonton.

Ini komennya:

“Saya sendiri terkejut apabila karakter Puan Sri Mawar dalam drama HSC menjadi perhatian. Apa pun saya bersyukur kerana keputusan saya untuk menerima tawaran daripada Michael Ang untuk berlakon drama ini sangat tepat.

“Bayangkan selepas lapan tahun tak berlakon, tiba-tiba dapat karakter Puan Sri Mawar. Saya gembira kerana dapat menghayati watak itu seperti mana yang dikehendaki oleh pengarah,” 

PENGUMUMAN MENGEJUTKAN

Biarpun lakonannya dalam HSC menjadi fenomena, Zizie Ezette bagaimanapun telah membuat pengumuman yang agak mengejutkan.

Pelakon yang juga kakak Shaheizy Sam ini mengumumkan, dia akan berhenti berlakon untuk tempoh antara dua hingga tahun selepas berakhirnya drama itu.

Menurut Zizie, dia tidak berhajat untuk menerima apa-apa tawaran buat sementara waktu.

Bagaimanapun, Zizie enggan menjelaskan sebab mengapa dia mahu berehat seketika.

Ini komennya:

“Saya ingin berehat seketika. Nanti saya umumkan kenapa saya ambil keputusan (berhenti berlakon) ini,”

Zizie Ezette berkahwin dengan Bung Mokhtar pada 2009,dan terus berehat dari induistri seni sebelum muncul semula dalam drama Hero Seorang Cinderella (HSC).

Genap 45 Hari, Akhirnya Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Dedah Wajah Anak Buat Pertama Kali


Genap 45 Hari, Akhirnya Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin Dedah Wajah Anak Buat Pertama Kali


Semalam genap 45 hari umur anak kepada Shaheizy Sam dan juga Syatilla Melvin yang diberi nama Syeriv Samheizy.

Penjelasan maksud nama anak Shaheizy Sam (BACA SINI)

Setelah genap 45 hari, akhirnya pasangan suami isteri popular ini buat pertama kalinya mendedahkan wajah anak lelakinya itu.

Sekeping gambar telah dimuatnaik di laman sosial Instagram milik Syeriv.

Ini captionnya:

Assalamualaikum semua!!!  Im Home!!!

Nama saya Syeriv Samheizy Bin Shaheizy Sam. Syatilla Melvin pulak nama Ibu 


Saya lahir pakai kaedah c-section pada 9 May 2017 kat KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Selangor. 

Hari ni umur saya 46 hari . Kalau rasa susah nak sebut nama saya, Bapak selalu panggil Bebiboi aje.

 Syeriv ni Bapak cakap ejaan yang lain untuk Sherif, Syarif, Sharif atau Sarip. 

Alaa, bunyinye sama aje. Macam Ahmad/Ahmet/Ahmed, eja lain tapi bunyi dan maksud tetap sama.

Tapi Samheizy ni saya tak tau maksud apa. Bapak cakap nama tu melambangkan seorang yang Handsome, Bergaya, Macho tapi Comel dan Berbau Wangi. Tapi saya tak percaya. Ibu pun tak percaya. Ibu cakap yang Bapak tak macam tu pun  *Sigh*. 

Nanti saya post lagi gambar saya manyak-manyak kat sini, ok?!

Ibu cakap ada manyak lagi gambar yang handsome2 Ibu nak share dari 1st day saya keluar. Ok, bye

P/S : BAPAK SAYA COOL!


Ini wajah Sheriv:

Nama Anak Diejek, Ini Reaksi Balas Syatilla Melvin Dan Shaheizy Sam

Nama Anak Diejek, Ini Reaksi Balas Syatilla Melvin



Pasangan suami isteri Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah selamat menimang cahaya mata pertamanya baru-baru ini.

Nama anak yang dipilih ialah Syeriv Samheizy, memang unik dan lain dari yang lain.

Apabila nama anaknya diumumkan, ada orang ramai yang mempertikaikan dan mengejek nama tersebut.

Pelakon Syatilla Melvin telah memberi resopn tentang hal ini.

Baginya, dia tidak menganggap perbuatan orang ramai di laman sosial mempertikaikan nama anak lelakinya itu sebagai perkara yang serius.

Syatilla percaya ia hanyalah gurauan daripada orang ramai yang mengikuti aktiviti mereka di laman sosial.


Ini komennya:

"Saya dan suami menganggap perbuatan mereka itu lucu.Kenapa mereka perlu bertelagah pendapat mengenai nama anak kami?

"Sebagai ibu bapa kandung, kami ada hak untuk menamakan anak kami dengan nama apa pun yang kami mahu,” katanya.

"Sebenarnya, nama Syeriv itu sama dengan ejaan Syerif tetapi kami mengubah sedikit ejaannya dengan menukar huruf F kepada V supaya ada kelainan,"



Syatilla berkata, mereka sepakat menamakan anak sulung mereka itu dengan nama Syeriv Samheizy yang membawa maksud ‘Yang Mulia’.

Ditanya reaksi suaminya Shaheizy Sam tentang perkara itu, Syatilla berkata, suaminya juga tidak tahu-menahu tentang perkara berkenaan kerana jarang membaca komen dari followernya.

Mereka sekeluarga lebih suka perkara yang positif sahaja.

Syeriv Samheizy dilahirkan pada 9 Mei lalu dan kini berusia 45 hari.

Akhirnya Ini Pengakuan Mira Filzah Tentang Status Hubungan Dengan Zizan Razak

Akhirnya Ini Pengakuan Mira Filzah Tentang Status Hubungan Dengan Zizan Razak



Memang hubungan rapat antara Mira Filzah dan pelawak Zizan Razak diketahui umum.

Mereka berdua sering dilihat mesra bersama dan adakala sering tampil secara live melalui laman media Instagram.

Malah pernah sekali ketika Mira Filzah sedang live di Insta, Zizan razak meluahkan rasa cinta secara terbuka (LIHAT SINI )

Baru-baru ini, Mira Filzah akhirnya tampil memberitahu status terkini hubungan mereka berdua.

Mira dengan jelas mengatakan Zizan bukanlah insan yang dia cinta pada masa kini.

Ini komen Mira Filzah:

“Maaf, cinta saya pada waktu ini bukan pada Zizan, bukan juga pada lelaki lain. Tak mungkin saya bercinta pada waktu ini kerana saya lebih selesa solo. Lagipun, saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk bercinta”

“Masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja semata-mata. Selebihnya bersama keluarga tersayang,”


Tambah Mira lagi, dia hanya lebih selesa berkawan sahaja dengan Zizan Razak.

Nampaknya pengakuan ini membuat ramai peminat Zizan dan Mira kecewa besar.

Sebelum ini ada peminat Zizan dan Mira yang menyatakan suka melihat pasanagn ini bersama dan berharap mereka mejalin hubungan cinta yang serius.

Semoga doa yang baik-baik sahaja buat mereka berdua.

Patutlah Anak-Anak Tirinya Sayang Lisdawati.. Lihatlah Apa Yang Lisdawati Buat..

Patutlah Anak-Anak Tirinya Sayang Lisdawati.. Lihatlah Apa Yang Lisdawati Buat..




Lisdawati merupakan isteri kepada aktor Fauzi Nawawi yang mempunyai anak-anak bersama bekas isterinya.

Sering dilihat anak-anak tiri amat rapat juga dengan Lisdawati dan ternyata ianya benar sama sekali.

Ramai yang menyukai hubungan Lisdawati dengan anak-anak tirinya dan layanan yang diberi oleh pelakon cantik ini memang dipuji ramai.

~Lihat kecantikan anak tiri Lisdawati (DISINI)


Ini komen Lisdawati:

“Saya bersyukur kerana anak-anak hasil perkahwinan terdahulu suami, Fauzi Nawawi dapat menerima kehadiran saya. 

DEKATI DENGAN KAISH SAYANG

“Ketika mula-mula berkahwin dahulu, mereka masih kecil. Saya banyak mendekati mereka menggunakan pendekatan kasih sayang dan sikap prihatin. Saya akan menasihati mereka jika mereka membuat kesilapan. Alhamdulillah, semakin lama hubungan kami semakin baik.

TEGAS DIDIK ANAK

“Keempat-empat anak tiri saya iaitu Fatihah, 21, Faris, 20, Farisha, 18 dan Fikri, 15 akan tinggal dengan saya setiap kali musim cuti sekolah atau setiap kali mereka berada di Kuala Lumpur. Dalam mendidik anak-anak, saya tetap tegas sama ada dengan anak kandung mahu pun anak tiri. Saya selalu memberitahu mereka, saya marah atau tegur kerana sayang. Bukan kerana benci. Saya lakukan semua itu dengan tujuan nak didik mereka. Saya juga mama mereka, selain ibu kandung mereka. Saya dah anggap seperti anak. Jadi, takkan saya tak boleh tegur atau marah anak sendiri? Biasanya saya akan terangkan apa sebabnya saya marah. Saya takkan marah tanpa sebab.

“Kalau di rumah, saya akan ajar anak-anak untuk buat kerja-kerja rumah sama-sama terutama anak-anak perempuan. Bagi saya anak perempuan kena tahu dan rajin buat kerja rumah. Saya perhatikan anak remaja sekarang terlalu asyik dengan telefon bimbit hingga jadi malas. Bila disuruh buat kerja rumah pun tak diendahkan. Saya tak nak anak-anak saya macam itu.”


LAYAN ANAK MACAM RAKAN

“Ada juga yang tak percaya saya boleh baik dengan anak-anak tiri. Tapi saya tak kisah apa orang nak cakap. Saya juga akan layan anak-anak tiri macam kawan-kawan. Ada masa kami bersembang dan keluar bersama seperti menonton wayang. Saya nak mereka rasa mereka boleh berkongsi apa saja dengan kami, berbanding rakan-rakan. Saya juga selalu tekankan pada mereka, hubungan kekeluargaan dan sesama adik-beradik kena sentiasa dijaga.

“Dan si ayah pun kena faham jika kita marah anak-anak dia. Jangan pula sokong mereka jika mereka buat salah. Itu pun penting juga agar tidak timbul konflik. Selebihnya, kena banyak berdoa agar hubungan itu kekal harmoni,”


BAWA ANAK  BERCUTI BERSAMA

Lis juga dikatakan tidak pernah meminggirkan anak-anak tirinya jika hendak pergi bercuti. Lis dan Fauzi akan membawa semua anak bersama-sama.

“Jika tidak sibuk, saya akan aturkan percutian untuk keluarga besar kami. Saya bahagikan kepada dua jenis percutian. Ada percutian yang melibatkan saya, suami dan semua anak termasuk anak-anak tiri. Sebaliknya jika suami sibuk, saya akan pergi bercuti bersama emak dan adik-beradik sebelah saya sahaja. Saya seorang yang sangat menjaga hubungan kekeluargaan. Hubungan saya dengan adik-beradik saya rapat.”

KOMEN ANAK TIRI

Salah seorang anak tirinya ialah Farisha yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

Farisha memberitahu dia dan Lisdawati memang amat rapat.

Ini komennya:

“Ketika baba kahwin dengan mama dulu, saya berumur enam tahun. Mama pandai ambil hati kami. Tapi sebelum itu baba dah kenalkan mama kepada saya empat beradik. Bila mereka kahwin, tak ada masalah kerana kami dah rapat dengan mama.”

Untuk pengetahuan, Farisha mendapat keputusan 10A dalam SPM. Cantik dan bijak orangnya.

Sumber: Mingguan Wanita
Thursday, June 22, 2017

“Ramai kecam, jahat, ahli neraka…” - Sheila Mambo Tak Rasa Bersalah

“Ramai kecam, berperwatakan jahat, ahli neraka…” - Sheila Mambo Tak Rasa Bersalah



Drama bersiri Andainya Takdir telah berjaya menajdi trending dan berjaya  mencipta satu fenomena baru dalam industri drama.

Drama ini diangkat dari kisah benar tentang individu yang menghidapi penyakit Mental Othello, yang berkait rapat dengan perasaan cemburu yang melampau hingga boleh menyebabkan berlakunya keganasan.


Ternyata drama ini mendapat pujian ramai apatah lagi dengan lakonan mantap dari para pelakonnya.

Antara yang menajdi perhatian ialah watak yang dibawakan oleh Sheila Mambo, sebagai ibu kepada watak utama.

Kerana wataknya yang antagonis, ibu yang jahat dan suka menjadi batu api, ada penonton yang terkesan dan mengecam watak "Normah" lakonan Sheila Mambo.


Ini komen Sheila Mambo tentang hal ini:


WATAK TERUK DIKECAM

“Memang ramai komen dan kecam saya, tetapi cerita ini ada moral yang sangat tinggi serta punyai mesej yang bertepatan dengan keadaaan.


“Masa saya dapat skrip ini, pengarah suruh saya baca dulu, bila saya dah baca saya cakap pada pengarah ini watak jahat, ahli neraka… tetapi saya tetap terima cabaran sebagai Normah. Lagi pula ini bukanlah kali pertama saya bawa watak antagonis, malah dah beberapa kali dalam drama lain,”


TAK RISAUKAH DIBENCI PENONTON


“Risau? Saya tak risau. Sebab watak yang diberi sangat ketara 380 darjah dari cerita-cerita lain yang pernah saya lakonkan. Lagi pula zaman sekarang penonton sudah bijak,”


“Setakat ini tidak ada yang memarahi saya. Tetapi mereka memuji dan kata syabas kerana berjaya membuatkan penonton benci pada saya adalah.


“Tetapi kalau di sosial media seperti Twitter, Facebook, dan Instagram memang saya teruk dikecam oleh mereka. Tetapi saya terima dengan positif. Alhamdulillah itu bermakna watak lakonan saya berkesan dan telah berjaya meyakinkan mereka,”


Sheila Mambo juga tidak rasa bersalah melakonkan watak jahat sehingga nampak benar-benar keterlaluan kerana sebagai pelakon adalah tanggungjawab mereka untuk membawa watak itu sebaik yang mungkin, tidak kira benar mahupun tidak.

Katanya lagi, sewaktu di set pengambaran dia terpaksa keluar dari zon selesanya. Tambahnya, memang dia ada rasa dirinya sangat jahat ketika membawa watak Normah namun semua itu hanyalah lakonan semata-mata.

Katanya lagi, dia mahu drama Andainya Takdir ini dijadikan sebagai teladan dan terima sebagai ihktibar hidup buat semua para penonton.

Kisah Sultan Kelantan Tak Dapat Makan Di Sebuah Restoran Kerana Penuh..Apa Berlaku Selepas Itu??

Kisah Sultan Kelantan Tak Dapat Masuk Restoran Kerana Penuh



Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan terkenal dengan sikap keperibadiannya yang merendah diri.

Seri Paduka Baginda juga selalunya tidak terlalu berprotokol dan ternyata memikat  menyentuh hati rakyat jelata.

KISAH TAK DAPAT MAKAN DI RESTOREN

Ada satu kisah Sultan Kelantan dalam satu peristiwa kunjungan baginda ke sebuah restoran di Kota Bharu, satu ketika dahulu.

Sewaktu itu, Baginda masih bergelar Tengku Mahkota Kelantan, dan telah keluar untuk menjamu selera di Restoran Four Seasons.

Apabila tibda di sana, baginda telah diberitahu restoran itu penuh sehingga tidak dapat menunaikan permintaannya menjamu selera di sana.

Tanpa banyak bicara, walaupun bertaraf VVIP, baginda pun berlalu dari situ. Malah baginda pula yang meminta maaf.

Perkara ini didedahkan oleh pemilik restoren berkenaan.

KOMEN PEMILIK RESTOREN

Pemilik restoran itu merupakan Chan Khek Jun, dan dia telah meluahkan rasa kesal kerana tidak dapat melayani seorang VVIP!

Terkenang kembali peristiwa itu, Chan berkata kegagalannya menyediakan meja makan untuk baginda, menjadi kenangan yang paling dikesalkannya sejak restorannya mula beroperasi pada 1998.

Lebih mengejutkan, baginda pula yang memohon maaf kepadanya yang berasa serba salah kerana berkunjung ke restorannya ketika dipenuhi pelanggan tanpa membuat tempahan awal.

Ini komen dari Chan:

“Pada hari itu, restoran ini menerima pelanggan yang terlalu ramai sehingga bilik VVIP turut digunakan.

“Selepas mendapat tahu restoran penuh, baginda terus berlalu dan meminta maaf kepada saya kerana tidak membuat tempahan awal,” 


Chan berkata baginda mengunjungi restorannya selalunya tanpa protokol, tanpa membuat tempahan awal, dan tanpa menitahkan sebarang meja khusus.

“Selalunya baginda akan datang usai solat Isyak bersama Tengku Bendahara Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra (kini pemangku Raja Kelantan), kerabat serta beberapa rakan baginda,”

MAKANAN KEGEMARAN

Chan menceritakan pengalamannya, baginda biasanya berpakaian jubah putih setiap kali ke restorannya, dan akan bertanya khabar serta bersalaman dengan pelanggan lain di restoran itu.

Pengusaha ini berkata lagi, di restoren itu makanan kegemaran baginda ialah pelbagai jenis ikan seperti kod, kerapu dan siakap yang dimasak stim kicap.

Hidangan lain digemari baginda ialah burung unta masak lada hitam, rusa “sizzling”, udang dimasak dengan susu segar, mantou (bun mini), penkek tiram, dan sayur bayam telur masin.

Air halia pula merupakan minuman kegemaran baginda.

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.

Sumber: MSN

Pengakuan Mengejutkan, Mark Adam Dah Tiga Tahun Tak Jumpa Keluarga

Pendedahan Mengejutkan, Mark Adam Dah Tiga Tahun Tak Jumpa Keluarga



Nama penyanyi Mark Adam kini semakin kukuh di industri hiburan tanah air.

Selain menyanyi, Mark Adam juga mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan selain pernah menajdi artis jemputan rancangan komedi.

Apabila nama semakin popular, mark Adam semakin busy dan sibuk menyebabkan dia sudah tiga tahun tidak pulang ke kampung halamannya di Cebu City, Filipina.

Kata Mark lagi, dia bukannya sengaja tidak mahu pulang tetapi karier seninya yang mendadak naik beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk pulang ke Filipina.


Ini pendedahan dari Mark Adam:

"Memang saya sudah tiga tahun tidak pulang dan memang rindu kepada keluarga terutamanya ibu saya.

"Dia pula memang takut menaiki kapal terbang jadi susah untuknya datang ke Kuala Lumpur melawat saya.


"Saya tak dapat pulang kerana terlalu sibuk dengan kerja namun saya tidak merungut kerana itu adalah rezeki,"


Untuk pengetahuan semua, Mark Adam sudah 15 tahun menetap di Malaysia.

Dia telah berkahwin dengan warga negara Malaysia bernama Norazah.

Lihat wajah isterinya itu (DISINI)

Selalunya dia akan pulang ke kampungnya di Filipina pada bulan Januari kerana pada ketika itu semua saudara-mara dan rakan terdekatnya akan pulang ke Cebu City.

Januari merupakan bulan  berlangsungnya Festival Sinulog iaitu sebuah acara kebudayaan yang diadakan pada minggu ketiga bulan tersebut.

Ini komennya lagi:

"Saya memang tidak akan balik ke Filipina pada bulan lain kerana kebiasaannya memang tidak ramai saudara atau rakan yang ada di Cebu City.

"Jika saya hendak bertemu dengan semua orang, Januari adalah masa terbaik untuk pulang,"


Penyanyi ini juga memberitahu dia tidak pernah beraya di Filipina dan setiap hari raya akan diluangkan bersama keluarga isterinya, Norazah.

Mark akui tidak sabar untuk menikmati juadah seperti lemang dan rendang.

Ini komennya lagi:

"Suasana pada hari raya paling saya nantikan kerana ketika itu kita akan berkumpul dengan keluarga selain bermaaf-maafan.

"Saya juga bertuah kerana saya sangat rapat dengan bapa mertua dan kami kebiasaannya akan lebih banyak menghabiskan masa bersama,"


Sumber: mStar
Wednesday, June 21, 2017

Hilang Di MeleTop Ketika Fattah Amin & Fazura Jadi Undangan, Ini Penjelasan Dari Pihak Neelofa

Tak Muncul Di MeleTop Ketika "FattZura" Jadi Undangan, Ini Penjelasan Dari Pihak Neelofa


Selasa lalu, ramai tertanya di mana kah Neelofa yang tidak muncul di program MeleTop.

Artis undangan untuk rancangan tersebut ialah pelakon Hero Seorang Cinderella iaitu Fattah Amin dan juga Fazura.

TAMPIL BERI JAWAPAN

Pihak pengurusan Neelofa akhirnya tampil memberi jawapannya.

Melalui laporan portal hiburan mStar, Neelofa telah diberikan cuti oleh pihak produksi program MeleTop.

Jadi pada hari Selasa itu, Neelofa memang sudah diberi pelepasan bercuti.

CUTI UNTUK UMRAH TAPI MASIH DI MALAYSIA?

Pada mulanya, Neelofa meminta cuti untuk persiapan ke Mekah untuk mengerjakan umrah ketika bulan Ramadhan.

Namun sayangnya, terdapat masalah mahram menyebabkan hasrat Neelofa untuk menunaikan ibadah itu terpaksa ditunda buat masa ini.

Sebab itulah Neelofa masih di Malaysia pada hari Selasa yang lalu.

BUKTI DIBERI CUTI

Ini paparan mesej dari satu lagi sumber mengesahkan Neelofa diberi cuti pada hari Selasa yang lalu walaupun tidak jadi ke Mekah.


Fattah Amin dan Fazura hadir sebagai tetamu undangan program MeleTOP Selasa lalu untuk mempromosikan drama Gero Seorang Cinderella.

Pengacara pada malam itu ialah Siti Nordiana, dan Imam Muda Asyraf yang menggantikan Nabil Ahmad yang sedang menegrjakan umrah.

Salahkah Nora Danish Beraya Di Rumah Bekas Mertua

Salahkah Nora Danish Beraya Di Rumah Bekas Mertua


Pelakon Nora Danish setiap tahun pada hati raya akan menziarahi rumah bekas mertuanya, ibu bapa Jejai iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora

Bagi pelakon ini, dia tidak sesekali memutuskan silaturahim dengan bekas mertuanya malah telah menganggap mereka sebagai keluarga.

Anak Nora hasil perkahwinan dengan Jejai iaitu Putra Rayqal Ramli sangat rapat dengan datuk dan neneknya itu.

BERAYA RUMAH BEKAS MERTUA PERKARA YANG HARUS

Walaupun telah berkahwin dengan Nedim, Nora memberitahu dia akan tetap menziarahi rumah bekas mertuanya itu.

Ini  komennya:

"Menziarahi bekas mertua adalah perkara harus dibuat setiap tahun kerana saya sudah anggap mereka seperti keluarga sendiri.

"Rayqal pula memang rapat dengan mereka jadi tiada sebab kenapa saya tidak boleh melawat walaupun saya sudah berpisah dengan anak mereka,"


Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nora kemudian berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu.


SAMBUTAN RAYA DENGAN NEDIM

Sebagai pasangan suami isteri baru, Nora akan menyambut hari raya dengan suaminya terlebih dulu pada tahun ini.

"Seperti kebiasaan saya akan sambut hari raya secara sederhana tetapi tahun ini ia akan jadi meriah kerana akan meraikan bersama suami.

"Kami akan berhari raya di rumah keluarga Nedim terlebih dahulu dan keluarga saya sebelum membawa Rayqal berjumpa dengan bapanya,"


Nora dan Nedim juga akan membuat open house untuk sahabat handai dan keluarga.

"Zizie Ezette, Jangan Jahat Sangat" - Datuk Seri Bung Mokhtar

"Zizie Ezette, Jangan Jahat Sangat" - Datuk Seri Bung Mokhtar



Umum mengetahui,  Zizie Ezette merupakan isteri kepada  Datuk Seri Bung Mokhtar, ahli politik dari Sabah.

Kini nama Zizie Ezette meningkat naik apabila membuat comeback di dalam drama Hero Seorang Cinderella yang sedang ditayangkan di Astro.

Drama Hero Seorang Cinderella sedang meletup-letup ratingnya apatah lagi dengan gandingan mantap Fazura dan juga Fattah Amin.

Zizie Ezette  telah berlakon sebagai watak antagonis, atau watak jahat bernama Puan Sri Mawar yang merupakan ibu tiri kepada Fazura.

Oleh kerana watak jahatnya amat menjadi, suaminya telah memberi respon yang agak melucukan dengan mengatakan supaya Zizie Ezette jangan jadi jahat sangat.

Menurut Zizie, suaminya seperti tidak percaya kenapa dia boleh menjadi ‘sejahat’ itu dalam drama.

Ini komen dari Zizie Ezette : (Utusan)

"Setiap hari saya akan menghantar mesej pada suami bercerita mengenai penggambaran drama ini dan setiap hari jugalah dia akan cakap “jangan jahat sangat bah”. 

"Rupa-rupanya suami saya sendiri terkejut dengan lakonan saya.

"Apa-apapun dia adalah suami yang sangat penyayang dan selalu memberi sokongan tidak berbelah bagi pada saya,”

Sememangnya hubungan Zizie Ezette dan suaminya amat mesra dan sweet sekali.

Untuk pengetahuan, sudah lapan tahun Zizie tidak berlakon setelah bergelar isteri dan ini merupakan drama pertamanya setelah jangka masa yang lama berehat.

Semeamangnya lakonan Zizie Ezette amat mantap dalam drama ini.

Drama Hero Seorang Cinderella kini hangat ditayangkan di Astro. Jom ramai-ramai tengok!

Takziah Diucapkan...Dugaan Buat Raja Farah, Alami Pendarahan Disahkan Keguguran Semalam

Takziah Diucapkan...Dugaan Buat Raja Farah, Disahkan Keguguran Semalam


Pelakon Raja Farah menerima berita yang menduka citakan apabila mengesahkan dirinya mengalami keguguran semalam.

Perkara berkenaan telah disedari Raja Farah selepas berbuka puasa semalam dengan usia kandungan berusia dua bulan.

Selepas disahkan gugurm Raja Farah amat bersedih dan sudah tidak terlalu memikirkan tentang hari raya.


Ini komennya:

“Emosi saya memang tidak stabil ketika berdepan ujian berkenaan. Kini saya berusaha mendapatkan semula semangat yang hilang. Maklum saja, inilah pengalaman pertama saya berdepan kesedihan sedemikian. Jika diikutkan, sejak awal kehamilan lagi saya mengalami pendarahan tanpa henti”

“Doktor turut memaklumkan, saya mungkin berdepan keguguran menerusi kehamilan kedua ini. Boleh dikatakan, saya juga seperti sudah bersedia sebenarnya. Cuma, tidak sangka pula saya mengalaminya pada ketika kita semua hendak menyambut sambutan Hari Raya tak lama lagi”

“Malam tadi, sejurus mendapat tahu keguguran, saya terpaksa menutup gerai jualan lebih awal. Selepas menghubungi doktor, beliau menyarankan saya ke hospital di Petaling Jaya untuk mendapatkan rawatan,” 


Walaupun menerima takdir dan ketentuan Allah, Raja Farah masih dalam proses bersedih.

Apapun, semoga Raja Farah dan suami tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.

Sumber: BH

Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Dedah Perkara Sebenar, 2 Kali Tolak Surat Rujukan..Bil Pula Dibayar Oleh..

Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Dedah Perkara Sebenar, Dua Kali Tolak Surat Rujukan..Bil Pula Dibayar Oleh..



Doktor klinik yang pernah merawat Zulfarhan Osman Zulkarnain tealh diambil kenyataannya.

Pegawai perubatan itu memberitahu pernah dua kali menawarkan surat rujukan ke hospital dan bantuan ambulans tetapi enggan diterima oleh pesakit.

Surat rujukan itu ditawarkan apabila Zulfarhan datang kali pertama.

Pada kali kedua ketika dia datang membuat rawatan cuci luka kali kedua 5 hari kemudian, sekali lagi referal letter ditawarkan untuk ke hospital namun ditolak.

Mangsa mendakwa beliau tidak ke hospital kerana menjaga reputasi sebagai tentera dalam latihan, selain keadaan luka yang semakin pulih.

Melalui laporan dari portal MalaysiaGazette, kali pertama mangsa datang untuk mendapatkan rawatan cuci luka diiringi oleh empat rakannya yang mengaku dari Kem Tentera Port Dickson.

Mangsa yang berjalan sendiri ke klinik berkenaan mendakwa beliau terkena wap panas ketika menjalani latihan dan dakwa terkena letupan.

Zulfarhan telah meminta bantuan doktor berkenaan untuk mencuci lukannya (buat dressing) bagi memudahkan pergerakan ke hospital.

Apabila ditanya, mangsa memaklumkan sudah membuat rawatan susulan di Klinik Kesihatan Port Dickson tetapi tidak ada rujukan hospital kerana protokol tentera.

Pegawai perubatan di klinik itu tiada prasangka buruk kerana mendapati luka-luka pada badan mangsa menunjukkan telah dirawat sebelum ini.

Doktor juga mahu menghubungi keluarganya tetapi dilarang Zulfarhan atas alasan ibunya sedang dirawat di hospital.

Arwah tidak mahu kesihatan ibunya terganggu nanti.

Doktor yang merawat Zulfarhan tidak mengesyaki apa-apa kerana kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh mangsa dan rakan-rakannya tidak bercanggah.

Dalam pada yang lain, kesemua bil rawatan Zulfarhan di klinik berkenaan dibayar oleh rakan-rakannya.
Tuesday, June 20, 2017

Kecoh Di Set MeleTop, Neelofa Hilang Apabila Fattah Amin Dan Fazura Hadir Sebagai Tetamu

Kecoh Di Set MeleTop, Neelofa Hilang Apabila Fattah Amin Dan Fazura Hadir Sebagai Tetamu


Semalam Fattah Amin dan Fazura muncul di program hiburan MeleTop untuk mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella.

Program ini kebiasaannya diacarakan oleh Neelofa dan juga Nabil.

Namun apabila Fattah Amin dan Fazura hadir sebagai tetamu, Neelofa dan Nabil langsung tidak kelihatan.

Pengacara program MeleTop semalam ialah Siti Nordiana dan juga Imam Muda Asyraf.

Umum mengetahui Nabil telah berangkat ke Mekah menunaikan umrah, namun punca Neelofa tidak hadir tidak diketahui.

Ramai bertanya dimanakah Neelofa, ke mana menghilang?

Tindakannya itu yang tidak muncul dalam program hiburan popular MeleTOP dikecam orang ramai yang menganggap dia tidak profesional.

Geng-geng "FattZura" terus mengecam tindakan Neelofa itu dan memberi komen negatif di laman media Instagram.

Sehingga kini Neelofa masih lagi tidak memberi sebarang respon dan ulasan tentang isu ini.

Dikatakan mereka berdua memang ada merancang bercuti pada minggu ini.

Ada mengatakan Neelofa pergi ke umrah, namun sehingga kini ada mendakwa dia masih di Malaysia.

Bukti Neelofa masih di Malaysia adalah melalui "update insta story" nya yang menunjukkan dia ada bersama Nabila dan berada di tanah air.

Apapun, gandingan pertama kali Siti Nordiana dan Imam Muda Asyraf turut menjadi perhatian penonton.

Mereka berdia amat hebat sebagai pengacara dan dikatakan lebih tenang dan segar untuk mengendalikan program hiburan berkenaan.


Ini Respon Dari Bekas Suami, Jejai Apabila Fasha Sandha Luah Rasa Terkilan Anak Luka

"Jejai Akui Kesilapan, Cui Ketika Jaga Anak..Kau Mind Your Own Business.." - Fasha Sandha


Semalam kecoh apabila pelakon popular Fasha Sandha mendedahkan anak perempuannya luka di sebelah mata.

Luka itu dialami anaknya ketika dalam jagaan bekas suaminya Jejai.

Ternyata Fasha Sandha kecewa apabila anaknya dapat luka bahkan badannya juga ada lebam-lebam.

Baca luahan kekecewaan Fasha Sandha DISINI.

Hari ini, Fasha Sandha ada membuat insta story mengatakan bekas suaminya iaitu Jejai akui kesilapan ketika menjaga anaknya itu.

Ini tulis Fasha di laman insta story:

"Bekas suami aku pun mengaku kesilapan dia cuai, dia terlepas pandang ketika jaga anak-anak aku.."

Sementara itu Fasha Sandha menyelar pihak yang menyibuk dengan urusannya itu. Fasha menyaran orang itu supaya mind your own business.

Ini tulis Fasha Sandha

"Kau yang tiada kena mengena dalam isu aku, nak masuk campur apa hal?

"Mind Your own business"

Sumber: IG Fasha Sandha



TERKINI: Pembantu Rumah Aliff Syukri Bernama Fitri Akhirnya Berjaya Ditangkap Orang Awam

TERKINI: Pembantu Rumah Aliff Syukri Akhirnya Berjaya Ditangkap Orang Awam


Suspek pencuri yang merupakan bibik kepada Aliff Syukri berjaya ditangkap oleh orang awam.

Nama pembantu rumah tersebut ialah Fitri.

Wajah suspek pencuri bernama Fitri yang diviralkan oleh Aliff Syukri menjadi tumpuan ramai dengan share hampir 50 ribu kali.

Dengan kuasa viral itu, ada orang awam yang ternampak Fitri sedang bekerja menjual tudung di satu kedai.

Fitri dikesan oleh seorang wanita yang baru menonton rakaman video Aliff Syukri  dan mengesyaki penjual tudung itu ialah Fitri.

Keesokkan harinya, wanita berkenaan meminta bantuan dua adik beradik lelakinya untuk membantu menahan Fitri.

Fitri berjaya ditangkap dan dibawa ke pejabat Aliff Syukri. Kemudian pihak polis datang mengambil Fitri untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam video live di FB, Fitri akui lari dari rumah Aliff Syukri.

Yang memeranjatkan, sepanjang bekerja di rumah Aliff Syukri, pembantu rumah ini langsung tidak bekerja dan hanya curi tulang makan gaji buta.

Selepas Aliff Syukri keluar bekerja pada waktu, Fitri akan keluar menjadi pengemis di luar dan tidak mengemas rumah Aliff Syukri.

Apabila dia lari dari rumah Aliff Syukri, dia menjual tudung pula.

Ketiga-tiga adik beradik yang menjumpai Fitri itu diberi ganjaran oleh Aliff Syukri.

Inilah kuasa viral, syukur dapat tangkap pencuri!!
Monday, June 19, 2017

Ini Baru Betul, Reaksi Norman Hakim Apabila Isterinya Memey Suhaiza Berpurdah

Ini Baru Betul, Reaksi Norman Hakim Apabila Isterinya Memey Suhaiza Berpurdah


Pasangan suami isteri pelakon popular Norman Hakim dan Memey Suhaiza kini sedang berbahagia melayari bahtera besama.

Baru-baru ini, pelakon berkenaan memuat naik gambar Memey Suhaiza dengan imej baru.

Memey Suhaiza dilihat mengenakan purdah (niqab) dan menerima pujian serta sokongan dari Norman Hakim..

Ini tulis Norman Hakim:

"Ni baru betul" 


"Renungan Maut Biniku Ninja 

"Pelan-pelan kayuh ye sayang..jalan-jalan jom!

Diruangan komen ramai follower yang memuji pasangan berkenaan. Ada mengatakan penghijarahan Memey Suhaiza amat baik dan berharap Memey beristiqamah.

Ini gambarnya:



"Hanya Ibu Mithali Yang Faham.." - Ini Luahan Fasha Sandha Apabila Anak Luka Ketika Dijaga Jejai

"Hanya Ibu Mithali Yang Faham.." - Ini Komen Fasha Sandha Anak Luka Ketika Dalam Jagaan Jejai


Semalam menerusi laman Instagram, pelakon popular Fasha Sandha ada berkongsi gambar dan video anak perempuannya yang luka di sebelah mata.

Luka itu dikatakan dialami anaknya itu ketika dalam jagaan bekas suaminya, Jejai.

Ternyata Fasha Sandha terkesan dan terguris hati melihat luka di wajah anaknya itu dan menulis rasa hatinya di laman Instagram miliknya.

Ini komen Fasha Sandha:

PERKARA MENGGURIS HATI

Ini adalah kesan luka dan sedikit lebam. Ya, to some people maybe ia kelihatan kecil, but to me, ini satu perkara yang sangat mengguriskan hati saya.

Untuk melepaskan anak, bukan satu perkara yang mudah. Hanya ibu yang benar-benar ibu yang akan memahami perasaan ini.

TAK PERNAH LUKA SEUMUR HIDUP

Saya paksa diri demi kebaikan anak-anak, bila balik ada lebam luka begini, apa patut saya rasa sebagai seorang ibu? Yes accidents happen, but sebagai ibu saya berhak untuk tahu kenapa jadi begini pada anak perempuan saya yang tak pernah luka seumur hidup.

BUKAN BESARKAN HAL

Saya menulis, kerana saya sgt terguris hati, saya bukan marah,bukan juga membesarkan hal, tapi sy menulis kerana saya berhak untuk menulis tentang apa yg saya lalui. Adakah kerana saya seorang artis, saya tidak berhak menulis?

Adakah sy hanya boleh menulis perkara yang MANIS-MANIS dan BAIK sahaja? .

HANYA IBU MITHALI FAHAM

Saya seorang ibu, hanya ibu mithali saja yang akan memahami perasaan saya. Semoga Allah sentiasa melindungi anak2 saya apabila saya tiada disisi. Ini adalah luka pertama dan luka tu dimuka pula. Saya berasa kecewa sangat kecewa

Saya yang mengandungkan dan saya yang melahirkan anak saya. Bila anak saya sakit saya turut merasakan kesakitan. Tidak berniat memburukkan sesiapa, hanya berkongsi, dan saya tetap akan menulis di IG saya sampai bila-bila, pahit atau manis.

Its my IG, remember that always. 

NUKILAN BUAT ANAK

I am your protector
I will always defend you
I will get angry
I will get frustrated
I will be proud of you
I will be your confidant
I will love you unconditionally
Because forever and always
I am your Ibu. 

Itulah luahan hati dari Fasha Sandha apabila anak mempunyai luka dan lebam.

Ini gambar luka anaknya itu


Pendedahan Mengejutkan Tentang Pemilik Sebenar Laptop Hilang Sehingga Zulfarhan Didera Kejam

Ini Pendedahan Pemilik Laptop Yang Hilang Sehingga Zulfarhan Didera Dengan Kejam


Kes pembunuhan kadet Zulfarhan menjadi isu hangat di Malaysia.

Sistem pembelajaran di asrama yang penuh dengan kes buli amat menduka citakan.

Kes buli yang melampau sememangnya masih wujud dan belum dibanteras dengan baik. Dari sekolah sehinggalah universiti kes buli masih ada.

Dalam kes Zulfarhan, kehilangan laptop dikatakan menjadi punca kadet malang ini dituduh mencuri lantas para pelajar lain 'menghukumnya'.

Akhirnya Zulfarhan maut apabila didera dengan kejam oleh pelajar lain dan kini menjadi kes bunuh kerana kecederaan Zulfarhan amatlah teruk!

Dalam ada itu, ramai tertanya-tanya tentang status laptop itu, siapa punya sebenarnya.

Menerusi perbualan di twitter, dua gadis ada berbual tentang hal ini dan salah seorang dari nya menceritakan bahawa pemilik laptop yang hilang itu milik seorang perempuan.

Katanya pemilik laptop itu sedang trauma kerana laptopnya menjadi punca kematian Zulfarhan.

Betulkah cerita ini?

Jom baca: (Sumber: Twitter)



"Padan Muka Kau Adira.." - Ini Komen Yang Buatkan Adira Terkilan..Apa Kes??

"Padan Muka Adira.." - Adira Luah Rasa Terkilan, Macam Jahat Sangat



Baru-baru ini telah tersebar satu perbualan suami Adira iaitu Dato Red yang dikatakan ada menggatal dengan seorang wanita lain.

Dato Red akui perkara berkenaan namun memberitahu dia kemudian tidak berminat dengan wanita itu setelah melihat gambarnya.

Kemudian ada pihak yang menyatakan 'padan muka' kepada Adira kerana suaminya menggatal dengan wanita lain.

Ini adalah ekoran status Adira sebagai isteri nmbor kepada Dato Red.

Ini komen Adira:

“Apabila kejadian seperti itu berlaku, kesannya adalah kepada saya. Orang akan kata padan muka dan gelak kepada saya. Saya bukan nak salahkan suami. Bukan saya tidak percaya, saya percaya dia boleh jaga diri,cuma apabila berlaku begini, nama saya yang dikaitkan sama”

“Apa yang negatif semua pergi kepada saya, itu yang buat saya sedikit terkilan. Memang tidak mati kalau kena kata-kata negatif sebegitu, tetapi saya masih ada keluarga dan masih ada mak. Apabila mereka kata bukan-bukan, seolah-olah saya ini jahat sangat,” 


Penyanyi ini  menjelaskan bahawa hubungannya bersama suami langsung tiada masalah.

Sumber: Kosmo

Aliff Syukri Dedah Wajah Pencuri Yang Larikan Wang Sejumlah RM100 Ribu, Kini Diburu

Aliff Syukri Dedah Wajah Pencuri Yang Larikan Wang Sejumlah RM100 Ribu, Kini Diburu


Memang tidak boleh dibagi muka lagi dengan pembantu rumah Aliff Syukri apabila dilayan dengan baik namun mereka menjadi pencuri pula.

Apabila kantoi dan setelah membuat report polis, kini Aliff Syukri mendedahkan wajah tiga orang oembantu rumahnya yang dikatakan melarikan banyak barang Aliff Syukri termasuk wang tunai.

Nilainya dianggarkan lebih seratus ribu ringgit. Memang melampau!!

Ini bukan soal membuka aib, namun ini adalah untuk membenteras penjenayah yang semakin menular. Jika tidak dicari dan diburu, mungkin anda atau keluarga anda pula akan terkena.

Ini kata Aliff Syukri:

"Saya bukan buka aib siapa, cuma saya hanya nak orang lain tak terkena macam saya. Saya mohon untuk anda rakyat Malaysia untuk sokong saya. Saya berharap mereka ini dibenteras.

Perkongsian Aliff Syukri mendapat sokongan penuh dari orang ramai yang mengatakan pembantu rumah tersebut pijak kepala dan harus dikenakan tindakan sepatutnya.

Aliff Syukri juga ada menyatakan akan memberi reward jika ada pihak yang membantu siasatan.

Ini tulisnya di FB:


"Attention guys!! This is the special message..this is THE MOST WANTED PERSON in Malaysia and the world...

"If you guys can share and help me to catch this people I will give you guys special REWARDS


"This people stole my thousand Dollar watch, my beautiful rings and the most important things they took my Infiniti value of money..

"Please, please help me.. !!! And please contact my manager 0103636494 for further details!!! Thank you for your kindness!!!!
 

"Kerjasama dari anda yg share kan gambar mereka ini amat saya hargai
 

"Jangan biarkan penjenayah berlegar dikawasan anda dan melakukan perkara yg sama. Nombor baru ni hp sy juga di curi..

Diharapkan penjenayah ini semua berjaya ditangkap pihak polis dengan bantuan rakyat Malaysia dan dikenakan hukuman setimpal.
Sunday, June 18, 2017

"Kau Patut Kena Pecat!!" - Datuk Ramli MS Mengamuk

"Kau Patut Kena Pecat!!" - Datuk Ramli MS Mengamuk


Pemuzik popular Datuk Ramli MS sekali lagi mencuri perhatian baru-baru ini.

Ramli MS yang merupakan juri Gegar Vaganza telah meluahkan rasa tidak puashatinya kepada seorang produser.

Ini kerana bayaran yang ditawarkan untuk satu program televisyen amatlah rendah dan dikatakan tidak berpatutan.

Ramli MS mendedahkan produser untuk satu program raya hanya menawarkan wang sebanyak RM300 kepada artis.

Memang angin satu badan Ramli MS dan mengharapkan sepatutnya orang yang menawarkan itu dibuang kerja.

Suami kepada Alyah ini juga memberi tips kepada para artis supaya tidak mengambil job tersebut dengan cara sinikal.

Ini komen dari Ramli MS di facebooknya:

300henget artis di bayar untuk malam raya tv program?ni tahun 1972 ke?

kau sgt bangsat!!!ko patut di buang kerja or amik je bhangla2 kat pudu tu nyanyi untuk tv program ko!!!! 

Tip dari sya utk artis2 ...klu ada offer camni jawab kat produser tu.aku bagi ko 300 henget ko jgn call aku lagi ok.tq

Sementara itu, dilihat ada artis yang bersetuju dengan pemuzik hebat ini dan antaranya ialah penyanyi Nurul.

Ini komen dari Nurul:

This is the reason why i don't appear much in certain tv station. Our time is money too. Just to share with you all the public. 

This is what we getting some time. But I always got good payment from Astro and Rtm so far.

Susah kan nak hidup untuk artis.. nasib baik i have herbalife and working on my new French album project. Not to bad mouth about tv station that used to support me... tapi sudah-sudah la bayar ciput.

Artis pun nak hidup and ada bill nak bayar.

Nah.. today the truth has revealed from yours truly Dato Ramli MS. This one i like

Rakan Dedah Perangai Suspek Memang Suka Membuli, Kaki Pukul Sejak Sekolah Menengah

Rakan Dedah Perangai Suspek Memang Suka Membuli, Kaki Pukul Sejak Sekolah Menengah


Seorang lelaki bernama Am telah membuat pendedahan tentang kes bunuh kadet Zulfarhan di laman Twitter baru-baru ini.

Am merupakan rakan sekolah bersama salah seorang suspek iaitu Hairi. Dari komen-komen, Am memberitahu mereka berdua merupakan bekas sekolah STAR.

Hairi merupakan antara suspek yang dituduh membunuh kadet Zulfarhan setelah mendera dengan menggunakan sterika wap.

Am memberitahu bahawa Hairi merupakan juniornya di sekolah berkenaan dan memang gemar membuli dan memukul pelajar lain ketika di sekolah menengah.

Ini antara komen dari Am:

"Walaupun kau junior aku kat sekolah dulu, aku tetap kecewa sebab kau bawak perangai gangster sekolah tu masa kt universiti. Kecewa bro... 

"Sekolah elite, tapi otak kau macam baru lepas keluar dari neraka. Dari sekolah sampai sekarang, tau nak guna kekerasan je. Bodoh 

"Anggaplah ini karma, dan balasan dari doa insan2 teraniaya yg pernah kau pukul masa kat STAR dulu. Tuhan bayar cash sekarang. 

"Aku takkan sesekali kasihankan kau. Aku cuma bersimpati pada family kau. Kesian mak & ayah. Kesian dowww... Kau mesti tak pernah fikir kan?

Ini thread dari Am:



Aeril Zafrel Disihir Kerana Dengki Perniagaan, Dedah Gambar Yang Amat Mengejutkan

Aeril Zafrel Disihir Kerana Dengki Perniagaan, Dedah Bukti Mengejutkan


Kini sudah menjadi trend para artis berniaga untuk menambah dan menjana wang sampingan.

Para artis kini bergiat berniaga dan menyertai expo serta tapak bazaar untuk menjual barang-barang mereka sambil bertemu para peminat.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal antara yang aktif berniaga. Pasangan ini juga telah mengeluarkan baju raya meeka sendiri pada tahun ini.

Namun, nampaknya ada perkara yang kurang enak menimpa pelakon Aeril Zafril di booth perniagaannya.

Dikatakan Aeril Zafrel telah 'disihir' apabila menemui satu objek pelik di booth perniagaannya ketika di Kuala Lumpur dan juga di Johor.

Malah Aeril juga mendakwa telah berjumpa mereka yang pakar tentang perkara ghaib seperti ini dan mengesahkannya.

Pelakon ini juga memberi hint bahawa tahu siapa yang menghantar sihir berkenaan.

Ini komen Aeril Zafrel:

“Jumpa bendala ni kat booth masa meniaga malam tadi kat PWTC. Apalah niat sebenarnya? Astaghfirullah. Bulan Ramadhan pun nak buat macam ni. Bukan booth kat KL je, booth kami kat Johor pun sama, staf jumpa benda yg sama”

“Zaman sekarang ada lagi orang percaya benda benda ni. Dah bawa pergi jumpa pakar dalam bidang ni, ternyata benda ni sihir! Cukup cukup la. Percaya pada rezeki masing masing. Hasbunallahhu wani’malwaqil ni’malmaula wani’malnaseer. #iknowwhouare,”


Perkongsian Aeril di IG miliknya itu memang mengejutkan ramai.

Ini gambarnya:

Bibik Aliff Syukri Makin Melampau, Kantoi Mencuri Lagi...Kali Ini Lagi Banyak, Ratusan Ribu

Bibik Aliff Syukri Makin Melampau, Kantoi Mencuri Lagi...Kali Ini Lebih Banyak, Berjumlah Ratusan Ribu


Datuk Aliff Syukri mengamuk sekali lagi kerana pembantu rumahnya mencuri sekali lagi.

Kali ini pembantu rumahnya yang lain pula mencuri dan baru kantoi hari ini.

Melalui media sosial miliknya, Aliff Syukri sekali lagi membongkar kes curi pembantu rumahnya dan memuatnaik di FB untuk tontontan orang ramai:

Video Pembongkaran Berkenaan Lihat (DI SINI)

Ini tulis Aliff Syukri:

"Bibik yang dianggap malaikat rupanya sebaliknya bibik dan tukang kebun 4 penjenayah sedang berlegar dimalaysia..saya harap anda berhati-hati.."

Yang terbaru, Aliff bersemuka dengan seorang pembantu rumahnya selepas dikesan mengirimkan sejumlah wang kira-kira RM7,500 dipercayai kepada keluarganya di kampung.

 Ini antara kata-kata Aliff Syukri:

“Ada bukti pengirimannya yang kamu curi duit saya,”

Orang gaji Aliff Syukri itu akui dapat duit berkenaan dari seorang lagi orang gaji yang selalu mengambil duit Aliff Syukri.

Duit itu disyaki diambil dari Aliff Syukri dan dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit.

Menurut pembantu rumah itu lagi, ia bukanlah kiriman wang yang pertama kerana pernah dibuat sebelum ini.

Aliff bersama isterinya mendedahkan tindakan pembantu rumahnya terbongkar apabila mereka mengemas bilik sehingga membawa kepada penemuan resit kiriman wang.

Kali ini isteri Aliff Syukri juga dilihat marah apabila perkara berkenaan terbongkar.

Datin Shahida menyesal dan terkilan orang gaji yang dijaga dengan baik akhirnya tergamak melakukan perkara berkenaan.

Ini komennya:

“Sebenarnya kami tak periksa pun tapi terjumpa semasa kemas jumpa seluar di dalam plastik yang ada resit. Bukan mencari, tapi mungkin Tuhan nak tunjukkan pada bulan puasa ini mengenai perangai mereka (pembantu rumah) yang sebenar,”

Sepanjang video berdurasi kira-kira 40 minit itu, pembantu rumah Aliff tidak henti-henti meminta maaf dan merayu sambil menjelaskan dia tidak mencuri wang berkenaan dengan niat dan hanya menjadi mangsa keadaan.

Dikatakan banyak barang yang hilang dicuri oleh para pembantu rumah Aliff Syukri. Antaranya telefon bimbit, cincin, beg, jam dan banyak lagi.

Selain itu dompetnya juga hilang. Dikatakan pembantu rumah mencuri RM15 ribu baru-baru ini dan berkongsi tiga. Seorang dapat RM5 ribu.

Selain itu, pembantu rumah itu juga mencuri wang Australia ketika Aliff Syukri baru pulang dari negara Australia.

Aliff Syukri telah membawa pembantu rumah itu ke balai polis.

Video Pembongkaran Berkenaan Lihat (DI SINI)

(7 FOTO) Inilah Wajah Anak Perempuan Ayu Raudhah Yang Comel..Namanya Pun Memang Sedap!!

(7 FOTO) Inilah Wajah Anak Perempuan Ayu Raudhah Yang Comel, Namanya Pun Memang Sedap!!



Kini sudah seminggu Ayu Raudhah dan suami, Zaqwan Adha menimang anak ketiga mereka.

Selepas mempunyai dua orang anak lelaki, pasangan sama cantik sama padan ini akhirnya dikurniakan seorang anak perempuan.

Nama anaknya juga amat sedap iaitu Laura Zuleykha.

Ini komen dari Zaqwan AAdha yang mengumumkan nama anaknya pada hari ini.

Jom baca:

"Bismillahhirahmanirahhim..Alhamdulillah penantian daddy untuk mendapat babby girl akhirnya Allah kurniakan..Tq Allah.

"Semakin besar tanggungjawab daddy selepas ni..selagi belum sah kamu menjadi isteri orang selagi itu segala tanggungjawab mu berada di atas bahu ku.

"Insyaallah daddy akan membimbing mu ke syurga wahai anakku LAURA ZULEYKHA BINTI MOHAMAD ZAQUAN ADHA.

Di laman media sosial, Zaqwan Adha juga ada berkongsi beberapa keping gambar anaknya yang teramatlah comel.

Jom sama-sama kita lihat wajah anak Ayu Raudhah yang cute ini: