Erra Fazira Buat Pendedahan Dihalang Berlakon Drama

Erra Fazira Buat Pendedahan Dihalang Berlakon Drama



Ketika di kemuncak dulu, Erra Fazira hanya muncul dalam filem saja terutamanya filem terbitan Skop Productions.

Rupa-rupanya pelakon ini mendedahkan ketika itu, sekitar tahun 90-an, dia telah dihalang daripada berlakon telefilem ataupun drama bersiri.

Halangan ini adalah sebagai langkah menjaga jenama dirinya dalam industri perfileman.

Ini komennya:

"Kalau diikutkan saya tidak ada masalah berlakon drama atau pun filem malah ada saja tawaran cuma dihalang daripada berbuat demikian.

"Bukannya apa ketika itu ingin menjaga jenama saya sebagai pelakon filem.


"Tetapi itu dahulu, sekarang Alhamdulillah tiada halangan dan banyak juga telefilem dan drama bersiri yang sudah saya jayakan,"


Kini Erra Fazira akui sudah tiada halangan dan dia boleh berlakon dalam filem dan juga drama bersiri.

Erra dilihat mula berlakon drama bersiri dan antara yang menjadi tumpuan adalah gandingan bersama Hisyam Hamid dalam drama "Dia Biadadariku".

Perkembangan terbarunya, Erra Fazira bakal muncul dalam filem Polis Evo 2 dan bakal mempunyai lagu single terbarunya tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan, Erra Fazira merupakan pelakon filem popular pada tahun 90-an.

Antara filem popularnya ialah Sembilu, Maria Mariana, Tragedi Oktober, Pasrah dan Soalnya Hati.

0 comments:

Post a Comment