Hati Ibarat Dirobek - Luahan Jalaluddin Hassan

Hati Ibarat Dirobek - Luahan Jalaluddin Hassan   


Dato Jalaluddin Hassan telah kehilangan insan tersayang iaitu isterinya pada November 2016.

isterinya, Datin Hashimah telah meninggal dunia akibat komplikasi pembedahan jantung pada usia 64 tahun.

Untuk ramadhan dan Syawal yang menjelang tiba, ini kali pertama Dato Jalaluddin Hassan menyambut tanpa kehadiran isteri di sisi.

Sememangnya Dato Jalaluddin Hassan berasa sayu hati apabila menyambut hari raya tanpa isterinya di sisi.

Malah dia menyifatkan hatinya bagaikan dirobek-robek umpama tidak bermakna apabila ketiadaan isteri.

Pelakon popular ini  juga akui amat sunyi selepas pemergian arwah isterinya.

Ini komennya:

"Saya redha, terima kenyataan isteri saya sudah tiada lagi. Saya redha ini ketentuan Allah. Kalau tak redha saya sombong dengan Allah, saya redha kalau tidak nanti saya gila.

"Saya cuba bergembira hidup seperti biasa, saya cuba bergembira tapi sebenarnya saya tipu diri sendiri.

"Bila balik rumah saya masih merasa seolah isteri baru tinggalkan saya semalam, perasaan saya begitu menebal sekali.

"Tidak semudah itu untuk menerima seadaany tetapi tetap redha.

"Menjelang Ramadhan tanpa isteri buat kali pertama, hati macam dirobek-robek, hati macam ksosong, macam tak ada makna lagi.

Itulah luahan hati dari Dato Jalaluddin Hassan. Semoga tabah hadapi dugaan ini.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment