Sunday, June 11, 2017

Kalau Curang, Biarlah Wanita Lebih Cantik Dari Isteri - Shukri Yahaya

Kalau Curang, Biarlah Wanita Lebih Cantik Dari Isteri - Shukri Yahaya



Pelakon Shukri Yahaya telah membuat kenyataan apabila namanya dikaitkan oleh seorang wanita bernama Sarah Danielle kononnya cuba menggodanya dengan ayat-ayat tidak senonoh.

Kata Shukri Yahaya kepada wartawan Utusan, jika dia betullah curang, lebih baik cari wanita yang lebih cantik dari isterinya iaitu Tya Adnan.

Gambar Sarah Danielle boleh dilihat DISINI.

Ini komen dari Shukri Yahaya:

“Kalau betullah saya nak curang, biarlah wanita itu lebih cantik daripada isteri saya.

“Terus terang saya katakan, saya tak faham kenapa wanita itu sengaja nak memburukkan nama saya. Mungkin dia nak popular dengan cepat jadi dia sengaja gunakan nama saya.

“Saya tak tahu nak cakap apa sebab masih lagi terkejut dengan berita palsu”


Sementaar itu, Shukri Yahaya tidak mengambil tindakan seperti menyaman atau buat rport polis kerana baginya ianya hanyalag perkara kecil.

Namun, jika perkara ini berterusan dan melibatkan keluarganya, barulah Shukri Yahaya akan mengambil tindakan tegas.

Ini komennya:

“Saya kalau boleh memang tak nak ambil tahu pun benda-benda macam ini sebab lelaki itu bukan saya. Zaman sekarang ini orang boleh gunakan nama dan gambar saya untuk dijadikan bahan fitnah.

“Saya hanya akan ambil tindakan jika ia membabitkan keluarga saya dan berlebih-lebihan. Saya anggap ini adalah dugaan untuk saya di bulan puasa dan mendapat pahala lebih besar buat saya,”


Itulah kenyataan dari Shukri Yahaya.

Sumber: Utusan

0 comments:

Post a Comment