Sedang Tertekan: Pelakon Shafiq Kyle Kini Alami Tekanan

Sedang Tertekan: Pelakon Shafiq Kyle Kini Alami Tekanan


Pelakon Syafiq Kyle kini dilihat amat kurus berbanding di awal penampilannya sebelum ini.

Shafiq tampil mengakui sedang tertekan dengan masalah yang dihadapi sehingga menyebabkan berat badannya susut.

Bercerita tentang tekanan tersebut, dia memberitahu mengalami tekanan untuk menghidupkan watak sebagai seorang Photographer dalam drama, Mencintaimu Mr. Photographer.


Ini komennya:

"Saya sekarang sedang menjalani penggambaran sebuah drama dan watak kali ini  agak berat dari segi penghayatan malah memerlukan saya untuk bermain dengan emosi.

"Saya akui mengalami tekanan kerana karakter kali ini amat berbeza daripada lakonan saya sebelum ini dan mungkin disebabkan itu saya nampak kurus.

"Apabila ditayangkan nanti, penonton mungkin hanya tengok saya dalam tempoh sebulan tetapi sebenarnya saya perlu menjiwai karakter itu selama tiga bulan ketika menjalani penggambaran.

"Sebagai pelakon saya harus untuk menghayati karakter ini juga dan sememangnya saya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada penonton,"


Menerusi drama Mencintaimu Mr. Photographer, Syafiq Kyle akan bergandingan dengan pelakon baru, Hanna Delisha. 

Drama ini akan disiarkan menerusi slot Mega Drama Astro Ria menggantikan Hero Seorang Cinderella bermula 3 Julai depan.

0 comments:

Post a Comment