TERKINI: Pembantu Rumah Aliff Syukri Bernama Fitri Akhirnya Berjaya Ditangkap Orang Awam

TERKINI: Pembantu Rumah Aliff Syukri Akhirnya Berjaya Ditangkap Orang Awam


Suspek pencuri yang merupakan bibik kepada Aliff Syukri berjaya ditangkap oleh orang awam.

Nama pembantu rumah tersebut ialah Fitri.

Wajah suspek pencuri bernama Fitri yang diviralkan oleh Aliff Syukri menjadi tumpuan ramai dengan share hampir 50 ribu kali.

Dengan kuasa viral itu, ada orang awam yang ternampak Fitri sedang bekerja menjual tudung di satu kedai.

Fitri dikesan oleh seorang wanita yang baru menonton rakaman video Aliff Syukri  dan mengesyaki penjual tudung itu ialah Fitri.

Keesokkan harinya, wanita berkenaan meminta bantuan dua adik beradik lelakinya untuk membantu menahan Fitri.

Fitri berjaya ditangkap dan dibawa ke pejabat Aliff Syukri. Kemudian pihak polis datang mengambil Fitri untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam video live di FB, Fitri akui lari dari rumah Aliff Syukri.

Yang memeranjatkan, sepanjang bekerja di rumah Aliff Syukri, pembantu rumah ini langsung tidak bekerja dan hanya curi tulang makan gaji buta.

Selepas Aliff Syukri keluar bekerja pada waktu, Fitri akan keluar menjadi pengemis di luar dan tidak mengemas rumah Aliff Syukri.

Apabila dia lari dari rumah Aliff Syukri, dia menjual tudung pula.

Ketiga-tiga adik beradik yang menjumpai Fitri itu diberi ganjaran oleh Aliff Syukri.

Inilah kuasa viral, syukur dapat tangkap pencuri!!

0 comments:

Post a Comment