Monday, July 31, 2017

Selepas Teruk Dikecam Kerana Gelar Bella Meroyan, Akhirnya Anzalna Nasir Tampil Beri Respon Balas

Selepas Teruk Dikecam, Akhirnya Anzalna Nasir Tampil Buka Mulut



Anzalna Nasir turut terpalit dengan kontroversi adiknya Afifah Nasir dengan Aliff Aziz.

Ini setelah pelakon ini menggelar Bella Astillah sebagai wanita yang sedang meroyan kerana baru melahirkan cahaya mata. (BACA SINI)

Memang teruk Anzalna dikecam orang ramai kerana komennya itu.

Akhirnya Anzalna telah tampil memberi kenyataaan dan memohon maaf atas keterlanjuran katanya kepada Bella Astillah.

Ini kenyataan Anzalna:

DIKECAM TERUK
"Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?

AKUI AYAT ITU TAK PATUT KELUAR
"Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.

MOHON MAAF
"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana,"

TUTUP RUANG KOMEN
"Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.

GEMBIRA LIHAT ALIFF DAN BELLA BERBAIK
"Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.

APA KATA AFIFAH?
"Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya,"

Semalam dalam satu sidag media, Bella akui terkejut dengan ayat 'meroyan' yang ditulis Anzalna kepadanya. (BACA SINI)

"Kau Memang Cemar Imej Artis Malaysia!!" - Ini Komen Panas Presiden Seniman, Zed Zaidi Kepada Aliff Aziz

Ini Komen Presiden Seniman, Zed Zaidi Tentang Kes Aliff Aziz



Kes panas Aliff Aziz memang menjadi viral pada minggu lepas dan minggu ini.

Akhirnya hari ini Aliff Aziz telah bersuara tentang kontroversi yang melanda dirinya.

Aliff Aziz telah pun memohon maaf (BACA SINI)

Memang banyak komen dan pandangan dari orang ramai tentang hal ini.

Kali ini presiden Seniman iaitu Zed Zaidi tampil memberi pandangannya tentang isu panas ini.

Memang padu komen dari Zed Zaidi kali ini sampai beri warning kepada Aliff Aziz.

Ini komen dari Zed Zaidi: (Sumber: Rotikaya)

PANDANGAN SENIMAN

"Pertamanya dalam industri seni, kita bawa imej.

"Kedua ia melibatkan rumahtangga, jadi kita tak boleh nak kacau sangat, cuma saya boleh bagi pandangan dari sudut pandangan saya

PANDANGAN ZED ZAIDI

"Bagi saya, lu Aliff memang tak gentleman. Sebab sebagai lelaki kena hormati wanita lebih lebih lagi isteri kita yang sentiasa dibelakang kita.

ALIFF  CEMAR IMEJ ARTIS MALAYSIA

"Jujur bagi aku, Aliff dah cemarkan imej artis Malaysia walaupun kau bukan artis Malaysia. Kau kena respek artis Malaysia

"Bila kau (Aliff) buat macam ini, imej artis Malaysia tercalar sedangkan kau artis luar.

"Aku tak nak kacau rumah tangga kau, itu kau jawab dengan Tuhan

KALAU LIBATKAN INDUSTRI, DAH PERGI IMEGRESEN

"Kalau libatkan industri, aku bukan habis kat balai polis, aku akan bawa kau ke Imegresen, sampai kau tak boleh masuk Malaysia lagi.

"Tapi aku teringat kata-kata isteri kau yang masih sayangkan kau, so aku respect

"Dari segi industri lu memang tak respek artis Malaysia.

"Inilah masalah artis luar. Ini perjuangan saya dari dulu lagi sampai sekarang. 

INI MASALAH ARTIS LUAR

"Sekarang rakyat Malaysia dah tahu, kenapa kita perlu kawal kemasukkan artis luar ke Malaysia disebabkan benda benda buruk

"Kalau kita nak bawa, biar bawa yang berkualiti dan membantu industri kita terutama dari sudut cukai, hiburan

TENTANG AFIFAH

"Dia macam nilah, benda itu berlaku bukan dalam penggambaran, ini diluar penggambaran bermakna ini hal personal

"Jadi saya tak kacau personal, masing masing pandailah jawab

NASIHAT KEPADA ARTIS MUDA

"Apa yang saya boleh nasihat kepada artis artis Malaysia dan juga artis luar, terutama artis artis muda, tolong jaga kelakuan, aatitude dan apa saja perangai anda supaya jangan mencemar lagi imej negatif artis Malaysia

"Salah satu tugas Seniman ialah menjaga imej artis Malaysia

SENIMAN ADA RANCANGAN BUAT KURSUS KHAS

"Seniman dan pihak Finas akan kerjasama untuk buat kursus khas menolong mereka sebelum masuk industri ini. 

"Ianya macam kahwin. Sebelum kahwin kena pergi kursus dulu.

"Dah ada sijil tu baru boleh layak masuk industri ini.

ALIFF AZIZ ADA APPLY SENIMAN?

"Tak pasti kena check dengan pejabat.

MEMANG SENIMAN TAK ADA TINDAKAN TERHADAP ALIFF?

"Ini hal personal kalau masuk campur kita pula tak gentleman.

"Tapi apa boleh saya bagitahu adalah pandangan saya sebagai Zed Zaidi yang mewakili rakyat Malaysia

"Rakyat Malaysia tak buat benda benda macam ni bro. Kau kena ingat ini Malaysia bukan negara kau

"kalau ada apa apa berlaku, memang gua kasi hentam sama lu la sebab ini negara aku tau

"Aku tahan sabar sebab aku masih respek kau lagi sebab isteri kau. Isteri yang kau pukul tu rakyat Malaysia tau

"Aku boleh macam macam dengan kau aku boleh buat complain dengan Imegeren sampai kau tak boleh masuk Malaysia.

"Jadi jaga perangai kau, kalau kali kedua kau buat kau jaga lah bro, gua cari lu sampai dapat!"

Sumber: Rotikaya

(FULL STATEMENT) Ini Isi Kandungan Penuh Press Conference Aliff Aziz Yang Berlangsung Sebentar Tadi

Ini Inipati Press Conference Aliff Aziz Yang Berlangsung Sebentar Tadi


Sebentar tadi telah berlangsung press conference dari Aliff Aziz dan juga isterinya tentang kontroversi yang melanda rumah tangganya.

Ini isi kandungan press conference tersebut.

Tak Pukul/ Belasah
-Aliff Aziz menegaskan dia tidak memukul atau membelasah isterinya, Bella Astillah.
-Aliff akui ada berlaku pergelutan.

Isteri Tarik Balik Repot Polis 
-Bella mengesahkan bahawa dia telah menarik balik laporan polis terhadap suaminya dan suaminya dibebaskan dengan jaminan polis.

Akui Ke Karoke Bukan Atas Dasar Kerja
-Aliff  Aziz akui bahawa dia ke pusat hiburan itu bersama Afifah bukan atas dasar kerja

Buka Mata Ketika Dalam Lokap
- Aliff akui terbuka matanya ketika berada di dalam lokap. Di dalam sana tiada siapa yang boleh bantunya. Ketika itu dia memahami keadaannya. Aliff muhasabah diri ketika dalam lokap.

Bella Isteri Yang Baik
- Aliff akui Bella seorang isteri yang baik, tak pernah buat kesalahan.
- Bella digelar isteri yang tabah.
- Aliff akui kesilapan diri dan memohon maaf.

Dakwaan Bella Kuat Control Aliff
- Aliff Aziz menafikan isterinya seorang yang kuat control.
- Aliff mempersoalkan mereka yang mengeluarkan kenyataan sesuka hati.
- Aliff Aziz dilihat marah dengan mereka yang suka masuk campur urusan keluarganya.
- Penyanyi ini terkilan dengan pihak yang kononnya mendedahkan sikap sebenar isterinya

Apa Jadi Dengan Penggambaran?
- Aliff Aziz memberitahu dia belum habis shooting drama terbabit.
- Afifah tidak datang ke set kerana masalah kesihatan dan ada surat doktor.
- Aliff Aziz datang ke set untuk berjumpa pihak produksi pada hari Ahad.
- Aliff Aziz akan sambung semula kerja dan mahu habiskan cepat kerjanya.
- Dia akui ada etika kerja.
- Tinggal lagi 4-5 hari lagi untuk shooting.
- Aliff doakan Afifah cepat sembuh
- Aliff berasa amat kesal apa yang berlaku tehadap team productionnya yang dikatakan amat baik.
- Aliff mohon maaf terhadap crew dan pihak produksi.

Pokok Tak Bergoyang Kalau Takde Angin
- Aliff berkata kalau ada pihak yang bersalah, lebih  baik mengaku kesalahan dan meminta maaf.
- Akui bersalah keluar dengan perempuan lain.

Apa Perasaan Dengan Afifah Dan Kenapa Keluar Dengannya
- Kalau perkara ini tak jadi tular, ini hal rumahtangga yang perlu saya jawab kepada isteri saya.
- Saya merendah hati mengaku salah.
- Tapi saya tak mahu mengulas hal yang kurang signifikasi seperti ini.

Complicated Matter
- Kepada mana-mana pihak yang bersalah, janganlah tegakkan benang yang basah.
- Orang akan dapat tahu akhirnya
- Jangan complicatedkan lagi
- Come forward and talk about it.
- I know what happen, she knows what happen

Terima Kasih Kerana Masih Terima 
- Syukur kerana isteri masih menerimanya.
- Aliff Aziz harap tuhan dapat lembutkan hati kepada semua orang yang marah kepada Aliff.
- Harap dapat pulihkan reputasi saya semula.

Apa Komen Bella Tentang "Meroyan"
- Bella terkejut digelar begitu dan bukanlah sedang meroyan.
- Bella datang ke pusat hiburan itu sebenarnya untuk berbincang.
- Perkataan itu amat menyakitkan dan tidak harus dikatakan.

Kenapa Ibu, Ayah Dan Adik Aliff Aziz Tak Pernah Beri Benyataan?
- Kerana itu adalah masalah Aliff.
- Oleh itu keluarga Aliff tidak akan membuat kenyataan.

Adakah Kisah Sebenar Akhirnya Akan Keluar?
- Aliff berkata lebih baik kisah aib ini tidak disebarkan
- Apa yang tahu perkara sebenar hanyalah Aliff Aziz dan dia (Afifah).
- Bella pula berkata lebih baik berdiam.
- Bella masih lagi belum terawat lukanya.
- Kepada yang teribat harap jauhkan diri dari Bella dan suami
- Aliff berharap pihak satu lagi membuat kenyataan untuk memendekkan perkara ini.
- Aliff juga meminta maaf kepada Afifah dan juga keluarag Afifah serta satu rakyat Malaysia.

Akaun Twitter Aliff Telah Digodam
- Aliff Aziz telah sahkan bahawa akaun twitternya telah digodam.

Aliff Aziz Bukan Salah Sendirian
- Bella mengatakan walaupun Aliff Aziz salah tapi dia bukan salah berseorangan.
- Sebaiknya keluar kenyataan daripada saling bertukar-tukar "bukti"
- Help me to help you

Curang Ada Macam Makna
- Ayat curang nanti buat orang buat lebih speculate

Kalau Berlakon Lagi Drama Lain, Takkan Terlibat Dengan Pelakon Lain
- Aliff Aziz akan mengambil langkah berhati-hati untuk elak perkara ini berulang lagi

Aliff Suruh Bella Ikut Selepas Ini
- Aliff suruh Bella untuk mengikutnya selepas ini ketika bekerja

Akhir Kata
- Bella berharap semua wanita jaga diri, jangan sampai tak boleh percaya sesama wanita
- Aliff harap selepas ini tiada lagi info yang akan menjejaskan kes ini menjadi lebih teruk
- Manusia semua buat kesilapan.
- Harap pihak Afifah dapat faham apa yang Aliff cuba sampaikan dan berfikiran macamnya.
- Hal rumahtangga Aliff jadi ikhtibar.
- Doakan baik baik buat kami.
- Aliff Aziz mohon maaf sekali lagi.

Sidang media ini diadakan di Crystal Hall, Roff Garden, Bukit Jelutong bermula kira kira pukul 2.45 dan berakhir jam 4.20 petang.
 
Sunday, July 30, 2017

Itu Semua Palsu, Afifah Nasir Sendiri Mengaku Dan Sahkannya


Itu Semua Palsu, Afifah Nasir Sendiri Mengaku Dan Sahkannya


Apabila nama Afifah Nasir sedang rancak menjadi bahan bualan orang ramai, memang banyak orang mengambil kesempatan.

PENDEDAHAN 

Satu laporan dari portal mStar mendedahkan apabila isu ini menjadi viral, ada pihak telah mewujudkan akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Afifah Nasir.

Melalui laporan dari portal mStar Online, akaun tersebut diwujudkan sejak bermula kontroversi ini melanda iaitu hari Jumaat lalu dan akaun FB ini memang mendapat tumpuan ramai.

Beberapa gambar Afifah yang dimuatnaik memang menjadi viral dan menerima banyak komen-komen dari orang ramai.

Di FB tersebut, rata-rata pengikut juga mengambil kesempatan meluahkan perasaan tidak berpuas hati terhadap adik kepada Anzalna Nasir itu.

PENGESAHAN AFIFAH

Pihak mStar mengatakan mereka ada menghubungi Afifah Nasir dan pelakon baru itu sendiri mengesahkan dia tiada akaun Facebook.

Oleh itu semua post tersebut dibuat oleh akaun palsu Afifah Nasir. ianya sah akaun palsu!

Sumber: mStar



Baca juga:
~Komen dari Rozita Che Wan (BACA SINI)

"Jangan Rembat Laki Orang, Janganlah Siapa-siapa Rembat Zain" - Rozita Che Wan Bagi Warning

"Jangan Rembat Laki Orang, Janganlah Siapa-siapa Rembat Zain" - Rozita Che Wan


Rozita Che Wan antara selebriti popular di Malaysia.

Akhbar Metro ada mengeluarkan cover muka depan bahagia bersuami muda dan Rozita Che Wan berserta suaminya menjadi muka depan.

Rozita Che Wan telah membuat kenyataan dengan mengatakan janganlah sesiapa cuba merampas Zain Saidin.

Ini komennya:


Tiba tiba kluaq pulak cover topik ni
Muda atau tua tk penting.. yang penting jangan rembat laki oqang .. betui dak?
kita memang la jaga laki kita,tapi syaiton jgk berleluasa.. 

haqap2 jgn la sapa plk dok rembat laki kami oiiiiii
#harianmetro #zsrcw #saparembatlakikamikenasagatmukakatjalanoiiiiii


Harap janganlah cuba mengurat Zain Saidin, itulah kata kata sinis Che Ta.

Ketika ini telah menjadi viral kisah rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah yang mana adik Anzalna iaitu Afifah Nasir dikatakan menjadi orang ketiga.

Buat Pertama Kalinya..Aliff Aziz Buka Mulut Tentang Kontroversi Yang Melanda

Buat Pertama Kalinya..Ini Komen Aliff Aziz Tentang Kontroversi Yang Melanda



Aliff Aziz kini menjadi tumpuan ramai tentang kontroversi yang melandanya.

Ramai yang tertunggu-tunggu komen dari selebriti dari Singapura ini.

~Baca komen Che Ta (BACA SINI)

Akhirnya Aliff Aziz yang telah dibebaskan dari pihak polis telah membuat komen tentang isu rumah tangganya.

Aliff Aziz mengesahkan sudah berdamai dengan isterinya Bella Astillah.

Sebaik sahaja dibebaskan atas jaminan polis semalam Aliff Aziz terus berjumpa Bella Astillah dan keluarga mertua.

Aliff menjelaskan dia sudah pulang ke rumah sejak semalam untuk bertemu isteri, anak dan keluarga mentuanya dan terus meminta maaf.

Bella sekeluarga telah menerima permohonan maaf dari Aliff Aziz.

Ini komen Aliff:

SAYA MINTA MAAF

"Apa saya boleh katakan, ini membabitkan hal rumah tangga kami. Tidak semua yang tular itu betul. Sebagai lelaki, saya berani akui kesilapan diri. Apa saya buat silap, saya mengaku.

"Setiap manusia pasti buat salah. Saya dah mulakan hidup baru. Apa orang nak cakap sekalipun, saya terima dan kena hadap,"

"Ketika berjumpa Bella, saya terus minta maaf. Alhamdulillah dia memaafkan saya. Macam mana sekali pun saya tetap suaminya.


BUKAN KAKI PUKUL

"Ingin dijelaskan juga saya bukan kaki pukul seperti dihebohkan. Saya tak memukul Bella pun. Malah dalam laporan polis, Bella tak cakap pun perkara itu. Bergelut dan belasah dua perkara berbeza.

"Memang betul saya buat salah, tapi dia tahu saya takkan sampai ke tahap itu. Berita tak betul seperti itu membuatkan Bella terkilan,"


BUAT SIDANG MEDIA ESOK

"Saya berharap apabila berjumpa rakan media esok semua orang akan jelas dan faham. Tidak ada lagi cerita yang bukan-bukan diperbesar-besarkan. Saya pun kalau boleh tak nak isu ini berpanjangan.

"Saya yakin akan ada soalan yang menyentuh pihak lain. Saya nak maklumkan awal-awal, perkara itu memang takkan diperkatakan. Bagi saya perkara ini membahayakan.



TAK HUBUNGI AFIFAH

"Saya pun tak berhubung dengan pihak sana dan tak tahu apa tindakan mereka. Apa yang penting adalah rumah tangga dan keluarga saya sekarang,"


Maka mari kita sama tunggu penjelasan lebih lanjut dari Aliff Aziz tentang kontroversi ini pada hari esok.

Sumber: HarianMetro
Saturday, July 29, 2017

AKHIRNYA Boyfriend Afifah Nasir Tampil Buka Mulut, Beri Respon Setelah Afifah Kantoi Bersama Aliff Aziz

Ini Respon Kekasih Afifah Nasir Setelah Kantoi Bersama Aliff Aziz



Pelakon baru Afifah Nasir kini terbabit dengan kontroversi yang amat panas.

Adik Anzalna ini dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah.

~ Komen Panas Adik Neelofa Hentam Afifah (SINI)
~ Pendedahan Kawan Baik Afifah (BACA SINI)

Untuk yang tidak tahu, Afifah Nasir pernah menyatakan bahawa dia mempunyai kekasih dan boyfriendnya itu bernama Wan Ariff.

Setelah pelbagai artikel dan gosip yang melibatkan Afifah Nasir, akhirnya pemuda ini tampil memberi respon.

Nampaknya Wan Arif merupakan kekasih yang amatbaik. Pemuda ini masih setia dengan Afifah walaupun pelbagai kecaman dan siap ada bukti CCTV kekasihnya berpegang tangan dengan Aliff Aziz di pusat hiburan itu.

Wan Arif akui sudah menonton video CCTV itu namun masih lagi setia dengan Afifah Nasir.

Ini komennya:

"Ya saya sudah tengok CCTV, malah sebelum artikel dan video tersebar. Tapi saya masih bersama dia (Afifah).

"Ia pasti ada alasan kan? Sabar,"

Wan Ariff membuat kenyataan tersebut setelah teruk diasak pertanyaan tentang status percintaan mereka berdua selepas kontroversi berkenaan menjadi viral.

Dalam pada itu, menerusi 'Instagram Story' Wan Ariff turut memuat naik videonya yang kini bersama Afifah.

Ini ditulis oleh Wan Arif:


Memang setia betul Wan Arif terhadap Afifah Nasir.

Afifah Nasir menjalinkan hubungan dengan Wan Arif sejak dua tahun yang lalu.

Baca Juga:
~ Komen Panas Adik Neelofa Hentam Afifah (SINI)
~ Pendedahan Kawan Baik Afifah (BACA SINI)

WOW!! Komen Adik Neelofa, Ameera Khan Gelar Afifah Nasir Sebagai Penipu, Mata Duitan

WOW!! Komen Adik Neelofa, Ameera Khan Gelar Afifah Nasir Sebagai Penipu, Mata Duitan



Isu melibatkan Aliff Aziz dan Afifah Nasir semakin panas apabila ramai yang memebri komen komen menghentam mereka berdua.

Memang agak teruk Aliff Aziz dan Afifah Nasir dihentam orang ramai ketika ini.

~Baca komen Che Ta (BACA SINI)

Tetapi ada satu komen mengejutkan yang ditulis oleh adik Neelofa iaitu Ameera Khan.

Remaja berumur 15 tahun yang juga instafamous ini dilihat telah mengecam dan menyelar Afifah Khan.

Dalam satu kemaskini melalui Twitter,  Ameera Khan telah menyelar Afifah Nasir sebagai seorang mata duitan dan juga penipu.

Kemudian, Afifah Nasir telah memberi respon balas dengan menyatakan Ameera Nasir masih 15 tahun dan perlu buat kerja sekolah.

Selepas itu, satu gelaran paling teruk  yang agak pedas buat Afifah Nasir diberikan oleh Amera

Sila baca:


Sumber: Rotikaya

Rakan Afifah Nasir Dedah Perkara Sebenar, Termasuk Dedah Perangai Isteri Aliff Aziz

Rakan Afifah Nasir Dedah Perkara Sebenar, Termasuk Dedah Perangai Isteri Aliff Aziz


Kisah kontroversi antara Aliff Aziz, isterinya Bella Astillah dan juga Afifah Nasir kini semakin hangat.

Selepas pelbagai kenyataan dibuat, kini ada satu lagi pendedahan telah menjadi buah mulut orang ramai.

~Baca komen Che Ta (BACA SINI)

Satu perbualan telah dimuatnaik oleh rakan kepada Afifah Nasir di laman FB.

Rakan Afifah Nasir itu bernama Allana Amir yang juga merupakan pelakon baru.

Allana telah memuatnaik gambar perbualan dengan seorang wanita bernama Nadiah.

Menerusi perbualan itu, ada beberapa kenyataan tentang kes ini.

Antara kenyataannya ialah:

- Aliff Aziz tak pukul isterinya, Bella.
- Bella sendiri akui Aliff tak pukul
- Aliff Aziz baling telefon ke sofa
- Bella control habis Aliff Aziz

Ini gambar perbualan tersebut.






Pendedahan ini menjadi viral dan tanda tanya orang ramai yang menyokong Bella Astilla.

Namun di ruang komen, rata-rata memberi sokongan penuh kepada Bella.

Sumber: FB Allana Amir
 

Friday, July 28, 2017

Aliff Syukri Tampil Buka Mulut Setelah Video Makan Tepi Jalan Di Switzerland Dikritik Chef Wan

Aliff Syukri Tampil Buka Mulut Setelah Video Makan Tepi Jalan Di Switzerland Dikritik Chef Wan



Semalam Chef Wan telah menegur Aliff Syukri kerana makan di tepi jalan ketika berada di Switzerland.

Baca teguran pedas dari Chef Wan kepada Aliff Syukri (DISINI)

Hari ini Aliff Syukri telah memberi respon tentang hal ini.

Usahawan hebat ini telah muatnaik gambarnya bersama keluarga sedang menikmati juadah di atas meja di sebuah kedai makan .

Ini komen Aliff Syukri 

Gara-gara video makan di tepi jalan jadi heboh semua satu malaysia...

Ramai yang kecam kata kenapa tak makan dekat hotel la senang....sebenarnya travel kami kali ni menyusuri perkampungan indah di switzerland....jadi bila banyak berada di luar bandar agak payah nak cari restoran halal kalau ada pun terpaksa drive jauh semata mata untuk makan....

Kat sana kami berpindah rumah tumpangan sebanyak 4 kali termasuk travel ke itali dan kembali ke switzerland semula....jadi disebabkan tu kami memang dah masak siap siap dan rombongan kami sebanyak 2 kereta makan bersama...tak ada apa yang memalukan dan saya bukan kedekut tapi saya rasa lebih rapat bila masak dan makan bersama...

Buat idola saya dalam bidang masakan dato @chefwan58 (i love cook and i alwas watching u at tv) terima kasih atas teguran ini dan saya terima dengan fikiran yang terbuka dan saya uploadkan khas untuk dato chef wan ni kedai kebab yang saya makan secara beradab dan juga anda semua yang komen negatif mahupun positif sekiranya tindakan saya ni memalukan rakyat dan negara malaysia..


Cuma saya puji org tempatan sana yg sangat ramah bila beberapa kali kami berhenti makan mereka boleh bergurau dan bersembang dgn kami dengan baik....org malaysia di sana juga baik dan ramah



Itulah respon dari Aliff Syukri yang dutulis di laman IG miliknya.

'You Need To Stop This' - Ini Teguran Panjang Lebar Chef Wan Sekolahkan Aliff Syukri Makan Tepi Jalan

"You Need To Stop This!!' - Ini Teguran Panjang Lebar Chef Wan Sekolahkan Aliff Syukri



Aliff Syukri kini sedang melancong di negara eropah Switzerland bersama keluarganya.

Memang menajdi kebiasaan Aliff Syukri akan berkongsi gambar ketika bercuti.

Yang terbaru, Aliff Syukri memuatnaik video sedang makan lauk pauk masakan sendiri di tepi jalan.

Video ini mencuri perhatian orang ramai.

Antara yang melihat video ini ialah chef popular, Chef Wan.

Setelah menonton video tersebut, Chef Wan tergerak hati untuk menegur Aliff Syukri.

Ini komen penuh Chef Wan:




Tergerak pula hati saya nak menegur Dato Aliff when i saw him eating with the family di tepi jalan.
I find that shocking.


First of all as Malaysian kita kena jaga image kita di mana saja kita berada.


Pelik saya with all his wealth that he has been flaunting to everyone pi la cari tempat2 yg elok untuk makan.


There load of restaurant to eat yg halal pun boleh di cari.


This days melalui phone tu dah mcm2 we have excess to.


Being a public figure now like it or not he must learn the do and donts.


Masa pi wedding baru2 ini saya terdengar di meja some of the guests debating among themselves yg juga Kaya Raya tetapi very modest from all the years i have known them.


Depa kata by doing all this flaunting of kekayaan kita selain dari riak didalam agama juga tidak baik untuk image2 mereka yg di pandang tak ada class!


U might have the money but u cannot buy the class!


Mereka kata bila kita over do things we also subject diri kita menjadi bahan kutukan so unnecessarily sedang kan ordinary rich people pun dont do that as depa nanti akan malu dengan image begitu even sesama org kaya2 ini.


Bila memberi pandangan begini mesti la ada kata kita dok dengki dgn harta mereka.


Kita pun duit makan tak habis jugak tapi tak payah la buat perangai mcm tu yg jadi kan lagi kita manusia mencari pasal mengata kan hal kita.


Actually itu satu perbuatan yg tidak cerdik dan jangan la di jadi kan contoh tauladan kepada sesiapa pun Ustaz kata as that will create more human beings yg ada sifat phd dan mcm2 lagi.


Bila saya mendengar apa yg di debat kan ada juga betul nasihat Puan Sri Tadi to also all her friends.
She said " Orang Melayu ni sedikit2 kita phd dgn depa yg cakap2 dan sokong itu pun bodoh jadi pak turut dan kaki kipas, no wonder la mereka naik lemak as they thing its ok to behave in such a manner to seek attention.


Bila kita kata perangai mcm orang kampong dan jakun Kaya depa marah kita balik! Said another Datin Seri pulak.


Kita dengar saja and i am sure so many of us also hear this thing being debated all the time.


Bila saya melihat segala drama minggu ini di pentas kan it is also a lesson to each and everyone of us to be careful with our image on social media.


Tersilap langkah habis la!


Itulah komen dari Chef Wan.

Sumber: IG Chef Wan

AKHIRNYA..Ini Komen Pihak Produksi Tentang Kontroversi Afifah Nasir & Aliff Aziz, Lagi Mengejutkan!!

Akhirnya...Ini Komen Pihak Produksi Tentang Isu Afifah Nasir Dan Aliff Aziz



Masih lagi panas tentang kontroversi yang melanda penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Aliff Aziz telah kantoi bersama Afifah Nasir di sebuat pusat karaoke di Cheras dan isteri Aliff Aziz, Bella telah datang serbu mereka berdua di pusat hiburan itu.

Afifah Nasir kemudian telah memberi alasan berjumpa atas urusan kerja dan pihak produksi sebuah drama tahu tentangnya.

~Ini komen Afifah Nasir tentang hal ini (BACA SINI)

Untuk pengetahuan, mereka berdua merupakan pelakon dalam drama "Izinkan Aku Mencintaimu".

Dalam kenyataan terdahulu, adik Anzalna ini memberitahu pihak produksi akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini.

Akhirnya pengurus produksi drama tersebut iaitu Kak Noi tampil memberi kenyataan setelah dikaitkan dalam isu ini.

Kak Noi yang merupakan "Pengurus Produksi" dan tampil menyatakan bahawa pihak produksi tidak tahu menahu urusan “kerja” yang dimaksudkan oleh Afifah Nasir.

Ini komen penuh dari Kak Noi:

"Kami tidak tahu apa yang mereka lakukan di luar lokasi penggambaran. Buat apa saya nak bohong. Ini urusan peribadi mereka dan pihak produksi tidak masuk campur.

"Malah kami juga tidak ada sebarang urusan dengan mereka di pusat karaoke itu kerana kami masih sibuk menghabiskan babak lain.


Ini ternyata satu kenyataan yang mengejutkan dari pihak produksi.

Nampaknya pihak produksi menafikan ada urusan kerja di pusat hiburan itu dan mengatakan itu urusan peribadi kedua dua pelakon tersebut.

Kita tunggu penjelasan terbaru dari Afifah Nasir.

Sumber: HarianMetro / BeautifulNara

(VIDEO) Inilah Video Aliff Aziz Dan Afifah Nasir Berpegang Tangan Di Pusat Karaoke Tersebar

(BUKTI) Video Aliff Aziz Dan Afifah Nasir Berpegang Tangan Di Pusat Karaoke Tersebar


Hari ini memang agak kecoh kisah penyanyi Aliff Aziz yang ditahan polis kerana mencederakan isterinya Bella yang sedang dalam pantang.

Kes ini berlaku di sebuah pusat hiburan. Bella telah datang ke pusat hiburan itu yang mana Aliff Aziz kantoi bersama wanita lain.

Wanita itu dikatakan adik kepada Anzalna iaitu Afifah Nasir.

Apabila kes ini menjadi buah mulut orang ramai, Bella dan Afifah masing-masing telah memberi komen.

~Baca komen Bella (DISINI)
~Baca komen Afifah (DISINI).

Selain mereka berdua, kakak kepada Afifah, Anzalna juga tampil memberi komen dan mahu bukti diberikan tentang isu ini.

~Baca komen Anzalna (DISINI)

Tidak lama selepas itu, melalui laman FB, seorang individu bernama "Ziman de Fourthyseven" telah memuatnaik video Aliff Aziz dan juga Afifah Nasir di pusat hiburan tersebut.

Video singkat itu menunjukkan Aliff Aziz dan Afifah berpegang tangan.

Kemudian ada satu video singkat menunjukkan seorang wanita sedang mengamuk.

Ini videonya:(Sumber: FB Ziman)



"Bak Kata Orang Meroyan" - Ini Komen Mengejutkan Anzalna Apabila Adiknya Dikaitkan Dengan Aliff Aziz

Ini Komen Mengejutkan Anzalna Apabila Adiknya Dikaitkan Dengan Aliff Aziz


Ini Pendedahan Identiti Pelakon Baru Yang Dikaitkan Ditemui Oleh Isteri Aliff Aziz Di Pusat Hiburan

Ini Pendedahan Identiti Pelakon Baru Yang Dikaitkan Ditemui Oleh Isteri Aliff Aziz Di Pusat Hiburan 


Ramai tertanya-tanya siapakah pelakon baru yang dikatakan ditemui bersama Aliff Aziz di sebuah pusat hiburan di Cheras.

Wanita berkenaan ialah adik kepada pelakon Anzalna Nasir, iaitu Afifah Nasir.

Afifah Nasir dan Aliff Aziz berlakon bersama di dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu.

Kerana namanya dikaitkan, Afifah Nasir telah memberi komen tentang isu ini.

Dia mengatakan ada wujud salah faham berhubung insiden membabitkan seorang rakan artis dan isteri yang turut mengheret namanya dalam kes berkenaan.

Afifah berkata pertemuan dengan Aliff Aziz semalam adalah atas urusan produksi, bukan seperti dakwaan pihak tertentu.

Pelakon baru yang kini berusia 24 tahun itu berkata, isu berkenaan akan dijawab wakil syarikat terbabit.

Ini komennya:

"Saya masih terkejut. Kenyataan yang dikeluarkan tidak betul. Pihak produksi mengetahui perkara sebenar dan mereka akan mengeluarkan kenyataan.

"Saya sedar ramai yang menyalahkan saya sekarang. Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi ulasan lanjut.

"Apa yang pasti, saya tidak akan membuat perkara yang menjatuhkan nama sendiri dan keluarga,"


"Saya terkejut apabila ramai yang menghubungi memaklumkan hari ini tiada penggambaran kerana dia (aktor) ditahan polis.

"Lebih mengejutkan apabila nama saya dikaitkan,"


Sebelum ini, Bella isteri kepada Aliff Aziz mendedahkan menemui suaminya dengan seorang pelakon yang juga adik kepada pelakon popular di Malaysia.

Apabila Bella mengambil gambar, berlaku pergelutan dan Bella membuat report polis kerana mengalami kecederaan.

Aliff Aziz telah ditahan pihak polis.


Setelah Dicederakan, Ini Satu Lagi Pendedahan Mengejutkan Dari Isteri Aliff Aziz.. Kantoi Teruk!!

Setelah Dicederakan, Ini Satu Lagi Pendedahan Mengejutkan Dari Isteri Aliff Aziz.. Kantoi Teruk!!



Bella Astillah, isteri kepada pelakon Aliff Aziz telah membuat kenyataan mengesahkan dia memang dikasari ketika menemui suaminya bersama seorang wanita di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang semalam.

~Baca berita Alif Aziz ditahan polis (DI SINI)

Wanita berkenaan merupakan pelakon baru yang juga adik kepada pelakon popular di Malaysia.

Menurut Bella Astillah, ini bukan kali pertama suaminya ‘kantoi’ menjalin hubungan dengan pelakon baru itu.

Namun ini adalah kali pertama dia dikasari Alif Aziz  yang mendatangkan kecederaan di muka dan lututnya.

Pelakon tersebut juga pernah berlakon dengan Aliff Aziz dan Bella mendakwa, wanita itu sering mengganggu suaminya di set penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.

Ini kenyataan dari Bella Astillah:

ALIF MARAH RAKAM BUKTI

"Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya.

"Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu.

"Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut,"

"Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu.

"Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang. Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati alif lagi tetapi dia tidak peduli.

“œMalah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya.

“Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp,” 



PELAKON GODA ALIF AZIZ

"Ramai kru mengadu wanita ini menggoda suami saya. Bukan niat saya mahu menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku ini memang tidak patut.

“œSebagai wanita, dia sepatutnya faham status Alif dan keadaan saya yang masih berpantang,” €


Bella Astillah berkahwin dengan Alif pada November tahun lalu dan baru menimang anak lelaki berusia 20 hari.

Sumber: Metro

Aliff Aziz Ditahan Polis, Pukul Isteri Dalam Pantang

Aliff Aziz Ditahan Polis, Pukul Isteri Dalam Pantang 



Sumber: Utusan Malaysia

Penyanyi popular dari Singapura, Aliff Aziz telah ditahan polis kerana didakwa memukul isterinya, Bella Astillah.

Bella dikatakan masih dalam pantang anak pertamanya, baru 20 hari melahirkan bayi lelaki mereka.

Aliff Aziz dilaporkan memukul isterinya selepas berlaku pergelutan di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras.

Isteri Aliff Aziz itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras selepas cedera di bahagian muka dan lutut akibat dipukul Aliff.

Sebelum kejadian, Bella yang ditemani ibunya telah pergi ke pusat hiburan tersebut selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain.

Jurucakap polis memberitahu, mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti.

Ini kenyataan pihak Polis:

“Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin merampas telefon bimbit pengadu.

“Suami berjaya mengambil telefon bimbit pengadu dan memadam kesemua bukti yang berada di dalam telefon bimbit pengadu,”

"Selepas kejadian, artis terbabit meninggalkan pusat hiburan berkenaan bersama wanita di bilik berkenaan dan meninggalkan isterinya sendirian yang menahan kesakitan. 

"Mangsa menerima rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan tampil membuat laporan polis selepas itu,"

Sejurus selepas memadamkan semua bukti itu, Aliff didakwa telefon mencampak telefon bimbit tersebut ke muka isterinya yang mengakibatkan Bella mengalami luka di mulut dan di lutut.

Aliff telah ditahan awal pagi ini dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Assiten Komisioner Rusdi Mohd. Isa ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Thursday, July 27, 2017

Ini Respon Balas Dan Luahan Hati Scha Al Yahya

Ini Luahan Hati Scha Al Yahya


Baru-baru ini ada blog yang mengatakan Scha Al Yahya telah "serik" mahu membawa anaknya Lara Alana bercuti.

Kenyataan itu sebenar disalah ertikan dan dimanipulasi oleh blog tersebut dan Scha Al Yahya kecewa dengan kenyataan dari blog itu.

Bagi Scha ianya adalah satu fitnah di mana dia tidak pernah menggunakan perkataan serik untuk bawa Lara Alana berjalan-jalan.

Ini luahan hati Scha Al Yahya:

Salam ♥️ I don't normally pay attention to this kinda thing tapi this time around i think i have to put some senses dan positivity dalam kakak atau adik atau lebih tepat netizen kita yang gemar share atau sebar fitnah, news or anything di FB tanpa berfikir panjang dan menggunakan akal fikiran. 

Kepada blog blog yang kejarkan traffic, atau gunakannya sebagai punca pendapatan, do what you do best . I leave it to Him 

Guys, cuba bawak Istighfar. Biasakan berprasangka baik dulu, selalu. Buang perangai "hitam" dalam diri. I cannot be this stupid to say things like this 

I choose to not stay silent about this cos i can see that women especially continue to tear each other down like our lives are a big competition. 


But really, its not hard to stop spreading fake news or fitnah macam ni. Its 2017! Focus on something else ! Something good! Something beneficial to you and family ! 

Rather than being so hateful, judgemental and envious. Fikir , fikir dulu baru bercakap. Fikir dulu baru menaip atau menulis especially benda yang anda tak tau kesahihan.

Thank you Eja for sharing and pushing me to clarify this.


Ingat guys , "the more you say, the more i get "


Maybe my life is too boring they had to create some publicity for me  thanks but no thank you.




Itulah komen dari Scha Al Yahya tentang isu ini.

Semeamngnya dia kecewa apabila ada pihak yang bercakap perkara tidak benar tentang keluarganya.

Sumber: IG Scha Al Yahya
Wednesday, July 26, 2017

Yahaira Leanne, Anak Pertama Lisa Surihani Dikutuk Sebab Tak Cantik.. Kurang Ajar, Mulut Longkang!!

Yahaira Leanne, Anak Pertama Lisa Surihani Dikutuk Tak Cantik.. Kurang Ajar, Mulut Longkang!!


Kini banyak artis di Malaysia yang menerima kehadiran cahaya mata. Memang menjadi lumrah artis akan berkongsi gambar anaknya kepada orang ramai.

Namun ada saja mulut mulut jahat tiada insurance yang suka menghina anak-anak kecil ini.

Baru-baru ini Lara Alana jadi mangsa apabila dihina wajahnya seperti Syndrome Down.

Baca komen kurang ajar terhadap Lara Alana (BACA SINI)

Kini anak sulung Lisa Surihani dan Yusry KRU iaiti Yahaira Leanne pula jadi mangsa.

Ketika kelahiran Yahaira Leanne, memang Lisa Surihani dan Yusry kurang memberi pendedahan media kepada anaknya.

Gambar Yahaira memang jarang dimuatnaik di laman media sosial.

Namun kini pasangan suami isteri ini lebih terbuka dan berkongsi gambar wajah kedua-dua anaknya di laman media sosial.

Namun seorang individu telah menghina wajah Yahaira Leanne.

Individu ini mengatakan Lisa dan Yusry tidak menunjukkan wajah Yahaira kerana baby ini tidak cantik.

Ini komennya:

Komen individu ini menjadi tumpuan peminat Lisa dan Yusry dan individu bernama Salikin ini teruk dikecam orang ramai.

Zaman kini banyak mulut puaka yang tanpa segan silu menghina ciptaan Tuhan. Apa nak jadilah.

Suami Wanita "Bertudung Tunjuk Penumbuk" Tampil Buka Mulut, Bidas Kenyataan Uqasha Senrose

Suami Kepada Wanita Bertudung Tunjuk Penumbuk Bidas Kenyataan Uqasha Senrose


Nabila Huda Luah Rasa Kecewa, Tertekan Dengan Pelakon Baru

Nabila Huda Luah Rasa Kecewa, Tertekan Dengan Pelakon Baru


Anak kepada Amy Search, Nabila Huda sememangnya mempunyai bakat lakonan yang amat mantap dan hebat.

Nabila Huda yang lebih mesra disapa Abil telah memberi pendapatnya terhadap lambakkan pelakon-pelakon baru yang kini muncul bagaikan cendawan.

Nabila berkata pelakon baru ini kebanyakkannya mengejar populariti dan tidak ada kualiti lakonan yang bagus dan itu membuatkan kebanyakkan mereka gagal untuk bertahan lama dalam industri.

Malah Nabila mempertikaikan bayaran yang mahal dibayar namun tidak setimpal dengan kualiti lakonan yang diberikan.

Ini komen Nabila Huda:

"Sekarang ramai pelakon baru yang hanya kejar populariti dan letak harga yang tidak sama dengan kualiti lakonan mereka.

"Kadang-kadang ada juga saya tertonton drama Melayu kerana anak saya peminat drama Melayu, namun saya jadi tertekan melihat lakonan mereka,"


"Dulu masa saya mula dalam bidang ini drama pertama Blok 404 saya terima bayaran RM600 sahaja, itu sudah termasuk promosi seluruh negara. Tapi lama kelamaan harga itu akan meningkat mengikut kualiti kerja kita.

"Bayaran adalah soal kedua. Insya-Allah akan meningkat mengikut tahap kualiti kita,"  


Namun Nabila bersyukur, sehingga kini dia sering diberi kepercayaan dan digandingkan dengan pelakon yang berbakat.

Ini komennya:

"Saya terbuka sahaja jika berlakon dengan pelakon-pelakon baru tapi mereka terbuka ke untuk bergandingan dengan saya?.

"Alhamdulillah, setakat ini semua yang digandingkan dengan saya adalah yang berbakat dan berpengalaman,"


Nabila Huda kini tampil dengan drama bersuru 100 episod berjudul Dendam Aurora mula bersiaran pada Isnin hingga Jumaat bermula 25 Julai, pada pukul 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.

 Sumber: mStar

Bocor Maklumat Ujian Darah, Siti Nurhaliza Kini Hamil?

Bocor Maklumat, Siti Nurhaliza Hamil?


Selepas 11 tahun berkahwin dengan Dato K, penyanyi Dato Siti Nurhaliza sering dikaitkan dengan berita kehamilan.

Sebelum ini Siti Nurhaliza pernah mengandung namun telah mengalami keguguran.

Baru-baru ini sekali lagi berita tentang kehamilan Dato Siti Nurhaliza menjadi buah mulut orang ramai.

Ada pihak menyebarkan berita ini dengan mengatakan ada sample darah milik "Siti Nurhaliza Taruddin: yang disahkan sedang hamil.

Ujian darah itu dibuat di sebuah pusat perubatan.

Setealh tersebar, pihak makmal pusat perubatan akan menyiasat bagaimana maklumat berhubung kehamilan itu bocor.

Pihak berkenaan dikatakan tekejut apabila berita kehamilan tersebut mula dibincangkan di media sosial selain peminat turut mengucapkan tahniah kepada penyanyi Siti Nurhaliza.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada nama pada sample berkenaan memang milik penyanyi Siti Nurhaliza atau pun individu lain yang mempunyai nama serupa.

Berdasarkan ujian makmal itu, pemilik darah itu sedang hamil antara empat dan lima minggu.

Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa dalam satu kenyataan kepada akhbar Kosmo pada Rabu, telah meminta spekulasi berhubung berita itu dihentikan.


Sebagai peminat sama sama kita doakan yang terbaik buat Siti Nurhaliza dan suaminya.
Tuesday, July 25, 2017

Penyebaran Bukti Nama Sebenar Adalah Lelaki, Ini Respon Balas Nur Sajat

Penyebaran Bukti Nama Sebenar Lelaki, Ini Respon Balas Sajat


Usahawan kosmetik Nur Sajat kini memang amat popular. Baru-baru ini ada pihak yang menyebarkan nama sebenar Sajat.

Nama yang disebarkan ternyata lelaki kerana ada "Bin" bukannya "Binti", malah nama depannya ada Muhammad.

Ini nama penuhnya yang tersebar beberapa hari yang lalu Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman

Akhirnya, Sajat tampil membuat kenyataan tentang isu panas ini.

Jutawan ini menyifatkan tindakan penyebaran nama sebenarnya sengaja diada-adakan pihak tertentu bagi tujuan menjatuhkan reputasinya.

Sajat akui tidak tahu menahu dari mana pihak terbabit mendapat maklumat itu.

Namun Sajat memberitahu ianya hanyalah gambar edit.

Ini komennya:

"Ini bukan kali pertama saya mengalaminya. Sebenarnya mereka ini tak ada kerja dan terlalu 'kreatif' hingga sanggup menyunting nama.

"Bagi saya tindakan mereka seperti tak ada kemajuan dalam diri. Biarlah mereka nak terus berkata, saya malas nak ambil peduli. Banyak lagi perkara lain saya nak fokus,"

"Bagi saya, setiap yang positif saya ambil untuk memotivasikan diri saya dan terus menjadi lebih baik, manakala segala yang negatif adalah teladan untuk saya lebih berhati-hati," 


Itulah komen dari Sajat tentang isu yang sedang viral ini.

Memang kecoh penyebaran gambar ini kerana ramai tertanya-tanya status jantina Sajat.

15 Foto: Kemeriahan Sambutan Hari Jadi Lara Alana Ke-3

15 Foto: Kemeriahan Sambutan Hari Jadi Lara Alana Ke-3


Lara Alana anak kepada Scha Al Yahya dan Awal Ashaari telah menyambut hari kelahirannya yang ketiga pada tahun ini.

Baby comel ini lahir pada 22 Julai 2014 dan kini berumur 3 tahun.

Satu majlis sambutan hari jadi ke-3 lara Alan telah dibuat pada hujung minggu yang lalu dan disekalikan dengan majlis open house Awal dan Scha.

Memang amat meriah majlis hari lahir Lara Alana ni.

Lara Alana memang popular dan mempunyai peminat yang ramai.

Dia juga merupakan kanak-kanak pertama yang mempunyai rancangan realiti sendiri.

Malah di laman Instagram miliknya, follower sudah mencecah sebanyak 2 juta. Memang popular!!

Jom layan beberapa gambar sambutan hari lahir Lara Alana yang ke-3