Cinta Lokasi Dengan Fattah Amin, Ini Kenyataan Janna Nick

Cinta Lokasi Dengan Fattah Amin, Ini Kenyataan Janna Nick



Umum mengetahui, Fattah Amin mudah terjebak dengan cinta lokasi.

Sebelum ini Fattah Amin ada bercinta dengan Sheery Ibrahim kemudian, pelakon ini tampil menajdi fenomena apabila dikaitkan dengan Neelofa.

Setelah berakhirnya hubungan dengan Neelofa,  Fattah Amin dikaitkan dengan pelakon utama drama Hero Seorang Cinderella iaitu Fazura.

Kini Fattah Amin akan berganding dengan Janna Nick dalam drama Cofee Prince versi Melayu.

Ramai yang mengatakan adakah mereka berdua akan jatuh cinta di set lokasi.

Ini kenyataan dari Janna Nick tentang hal ini: (Utusan)

"Bila timbul isu Fattah akan jadi hero drama tersebut, tidak dinafikan saya turut dikaitkan dengan dia sehingga ramai yang bimbang terjebak dengan cinta lokasi selepas wujudnya fenomena Lofattah dan Fattzura. Saya jamin cinta lokasi itu tidak akan terjadi melainkan yang bercinta itu Cuma watak dalam drama berkenaan sahaja.

"Bukan hendak cakap besar, kalau benar perkara sebegitu hendak terjadi, sudah lama saya terjebak dengan cinta lokasi. Lebih baik mengelak, tidak kisah siapa hero yang akan bersama saya dalam drama itu, selagi tidak mendatangkan negativiti, tidak menjatuhkan maruah dan merosakkan periuk nasi, saya tidak ada masalah untuk menjalankan komitmen dalam lakonan.


Pasangan pelakon ini akan berganding dalam draam popular dari Korea berjudul Cofee Prince tetapi dalam versi Melayu.

Drama ini akan diarahkan oleh Michael Ang. Memang ramai yang ternanti drama ini

0 comments:

Post a Comment