Wednesday, August 9, 2017

Afifah Kantoi Lagi, Pengarah Drama Akhirnya Beri Kenyataan, Produksi Nafi Kenyataan Afifah Nasir

Pengarah Drama Beri Kenyataan, Produksi Nafi Kenyataan Afifah Nasir



Mansor Akob, Pengarah drama "Izinkan Aku Mencintaimu" lakonan Aliff Aziz dan Afifah Nasir tampil memberi komen tentang isu kontroversi yang melanda pelakon utama drama itu.

Mansor Akob menafikan dakwaan pelakon Afifah Nasir yang kononnya dipergunakan pihak produksi untuk melayan kerenah Aliff Aziz.

Mansor Akob  berkata dia dan crew produksi lain tidak pernah mengeluarkan arahan dan perancangan sebegitu kepada Afifah.

Ini pendedahannya:

"Saya tidak pernah menyuruh mereka rapat malah jauh sekali untuk membuat perancangan seperti didakwa Afifah. Bagi saya itu hanya cakap-cakap kosong dalam kalangan kami.

"Tiada arahan untuk menyuruh mereka rapat.

"Soal masalah di lokasi adalah perkara biasa dan susah nak elak. Namun kedua-dua mereka tetap memberikan komitmen baik,"

"Perancangan karaoke pun saya tak tahu langsung, macam saya cakap tadi bincang seperti di kedai kopi tidak ada arahan,”


Itulah penjelasan dari pengarah drama tersebut yang menyangkal dakwaan Afifah Nasir.

Sebelum ini, Afifah menjelaskan dia rapat dengan Aliff kerana itu adalah perancangan dari pihak produksi untuk melancarkan proses penggambaran.

Bagaimanapun kenyataan Afifah itu disangkal oleh Aliff Aziz dan menyifatkan ia mengarut dan tidak masuk akal.

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment