Tuesday, August 8, 2017

Bella Astillah Langsung Tak Percaya Dengan Kata-Kata Afifah Nasir

Bella Astillah Langsung Tak Percaya Dengan Kata-Kata Afifah Nasir


Nampaknya isu yang melanda rumah tangga Aliff Aziz dengan isterinya, Bella Astillah masih lagi belum reda.

Isu ini menjadi panas apabila Afifah Nasir akhirnya tampil membuat kenyataan.


Baca kenyataan Afifah Nasir (DI SINI)

Apabila Afifah Nasir tampil membuat kenyataan, ternyata Bella langsung tak percaya dengan kenyataan Afifah itu.

Bella melalui insta sorynya, telah mempersoalkan kenyataan dari Afifah dan juga kekasih Afifah Nasir, iaitu Wan Ariff.

Bella mengatakan Wan Ariff terlalu percaya teman wanitanya merupakan mangsa keadaan dalam kontroversi ini.


Ini komen kepada Afifah

“Kalau fikir logik akal fikiran. Kita semua termasuk saya bukan lagi kanak-kanak kecil. Kita tak perlu minta izin untuk pegang tangan dan sebagainya.

“Kita boleh say no, boleh say yes. Lain lah kalau dia letak pistol atas kepala kita,”

“Kalau betul produksi yang paksa. Dia boleh straight call saya, dia ada nombor saya”

“Bukan pihak produksi takut sebab diorang tak nak masuk campur. Sebenarnya perkara ini tak melibatkan produksi pun.

“Siapa yang keluar kenyataan ‘kami keluar atas urusan kerja’?  Okay…dekat situ dah salah sebenarnya,”


Ini komen kepada Wan Ariff:

"Enough is enough dia kata. Suami saya childish dia kata.

"Macam inilah Wan Ariff, ini bukan drama pertama suami saya berlakon. Dah banyak dia berlakon

"Sebelum ini dia pernah buat 30 episod, shooting selama 70 hari. Alhamdulillah berjalan lancar, tiada masalah"

"Tak ada masalah melibatkan perempuan.." 

"Cuma kami diduga dalam cerita dia tengah shooting sekarang, drama ini, kenapa tiba tiba berlaku?

"Kata Aliff bertepuk sebelah tangan..are you sure?"

"Hanya yang disampaikan kepada awak itu hanya dari mulut.."

"Dalam pusat karaoke itu ada kekasih awak dan suami saya sahaja.."

Sumber: IG Bella

0 comments:

Post a Comment