Tuesday, August 22, 2017

(FULL STATEMENT) Ini Isi Kandungan Penuh Kenyataan Rasmi Dari Hafiz Hamidun Sebentar Tadi

(FULL STATEMENT) Ini Isi Kandungan Penuh Kenyataan Rasmi Dari Hafiz Hamidun Sebentar Tadi


Penyanyi Hafiz Hamidun akhirnya tampil memberi kenyataan rasmi tentang isu rumah tangga yang melandanya.

Semalam isterinya, Joy Revfa telah membuat kenyataan (BACA SINI)

Kini giliran Hafiz Hamidun pula memberi respon tentang hal ini.

Sidang media yang bermula kira kira jam 3.15 petang tadi mempunyai.

Ini isi kandungan penuh:

"KENYATAAN MEDIA HAFIZ HAMIDUN.

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

1.    Siti Arifah binti Mohd. Amin (Siti Arifah) telah bernikah dengan Mohd. Rayos bin Abdul Rahim (Mohd. Rayos) di Wilayah Songkhla, Thailand pada 10 Januari 2013. Pernikahan ini disahkan oleh En. Mohd. Nasir Awang, Konsul di Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla pada 11 Januari 2013. Perkahwinan tersebut tidak didaftarkan di Malaysia dan ini diakui sendiri oleh Siti Arifah.   

2.    Siti Arifah mengatakan kepada saya bahawa dia telah bercerai melalui pesanan mesej aplikasi Whatsapp yang dikirim oleh Mohd. Rayos bin Abdul Rahim. Berkali-kali dia katakan pada saya dokumentasi cerai masih tiada dan mendakwa bekas suaminya tidak mahu selesaikan urusan perceraian. Siti Arifah tahu ini akan menimbulkan masalah kepadanya pada masa akan datang.

3.    Pada setiap masa Siti Arifah mengetahui masih belum ada surat perakuan cerai sehingga sebelum tarikh pernikahan lagi. Saya pada setiap masa sudah mengambil langkah mengarahkan Siti Arifah menyelesaikan hal surat perakuan cerai dengan bekas suaminya. Tetapi Siti Arifah tetap tidak menyelesaikan sehinggalah beberapa hari sebelum hari pernikahan.

4.    Pernikahan diteruskan setelah pihak Pejabat Agama Daerah Petaling berpuas hati dengan pernyataan daripada pihak Siti Arifah bahawa penceraiannya dengan suami sebelum ini telah berlaku. Pernikahan di antara saya dan Siti Arifah dilangsungkan dengan akujanji Siti Arifah untuk memberikan surat perakuan cerai perkahwinan terdahulu selepas majlis akad nikah.

Walaubagaimanapun itu tidak bermakna saya sewenang-wenangnya mengambil mudah hal ini lantas ia turut menimbulkan keraguan terhadap status perkahwinan saya dan Siti Arifah. Setiap kali saya minta surat perakuan cerai, ada saja alasan yang Siti Arifah berikan.

5.    Oleh kerana kami telah gagal mendapat surat cerai tersebut dan juga disebabkan keraguan yang timbul, saya bersama Siti Arifah telah ke Songkhla pada 1 Jun 2017 bagi menguruskan Cerai Taklik di antara dia dan bekas suami di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.

6.    Permohonan cerai taklik Siti Arifah dan bekas suaminya telah diterima oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan disahkan jatuh talak satu pada 13 Julai 2017.

7.    Pada 8 Ogos 2017 saya dan Siti Arifah telah ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling untuk menyerahkan surat cerai taklik tersebut dan menjalani siasatan bersama Pegawai Tadbir Agama Daerah.

Hasil siasatan mendapati bahawa Siti Arifah masih dalam ikatan perkahwinan dari suami yang terdahulu ketika pernikahan kami yang berlangsung pada 1 Mei 2017.

8.    Laporan Pernikahan sepanjang dua muka surat telah dipanjangkan ke Mahkamah Syariah Petaling untuk difaraqkan (dibubarkan) pernikahan disebabkan pernikahan tidak sah kerana Siti Arifah masih isteri orang.

9.    Hasil persetujuan bersama, permohonan faraq akan difailkan oleh saya bukannya Siti Arifah. Saya bersetuju untuk mengambil tanggungjawab ini. Pihak keluarga Siti Arifah yang turut berada di Pejabat Agama Islam Daerah pada 8 Ogos 2017 juga turut memohon supaya prosedur ini dijalankan secara tertutup.

10.    Saya ingin mengesahkan bahawa pada pagi Isnin 21 Ogos 2017 saya telah menyerahkan permohonan Faraq (pembubaran) nikah di antara saya dan Siti Arifah di Mahkamah Syariah Daerah Petaling. Namun permohonan tersebut tidak dapat didaftarkan kerana pihak Siti Arifah juga telah membuat permohonan yang sama pada hari Jumaat 18 Ogos 2017 di Mahkamah Syariah Shah Alam.

11.    Lanjutan pemfailan permohonan faraq itu, saya telah pada 22 Ogos 2017 melantik Peguam Syarie, Tuan Haji Azmi bin Tan Sri Dr Mohd. Rais dari firma guaman Zulkifli Yong Azmi & Co. bagi mewakili pihak saya berhubung tuntutan faraq nikah yang telah difailkan oleh Siti Arifah.

12.    Tidak ada sebarang keperluan untuk saya menjawab sebarang persoalan yang timbul dari kenyataan pihak Siti Arifah kerana tiada kepentingan awam dan ada fakta-fakta yang disembunyi serta dikelirukan.

13.    Semoga urusan ini akan dipermudahkan dan kebenaran akan tetap terbela. Tidak akan ada sebarang kenyataan lanjutan sementara menunggu kes ini diselesaikan sebagai menghormati kredibiliti dan kearifan pihak Mahkamah.

Mohammad Hafiz bin Hamidun
22 Ogos 2017
Damansara Perdana."


Memang agak mengejutkan pendedahan ini. Apatah lagi sepatutnya permohonan faraq sepatutnya dibuat oleh Hafiz Hamidun bukannya Joy Revfa.

Hafiz Hamidun juga terkejut, secara tiba tiba Joy Revfa juga membuat sidang media pada hari Isnin.

Kini kita tunggu apa yang berlaku selepas ini. Dikatakan hakim mahkamah akan mendengar sebuat kes ini bulan September nanti.

Sumber: IG Hafiz Hamidun

0 comments:

Post a Comment