Tuesday, August 29, 2017

"Itu Menunjukkan Dia Tak Hormat Saya.." - Hafiz Hamidun Kepada Joy Revfa

"Itu Menunjukkan Dia Tak Hormat Saya.." - Hafiz Hamidun Kepada Joy Revfa


Isu melibatkan pengesahan pernikahan Hafiz Hamidun dengan Joy Revfa memang hangat diperkatakan orang ramai.

Isu ini menyebabkan banyak pihak memberi pandangan. Ini termasuk imam besar, pengarah JAIS dan yang terbaru dari pihak mufti sendiri.

Ini antara kenyataan para ilmuan:

~ Kenyataan Imam besar (BACA SINI)
~ Kenyataan Pengarah JAIS (BACA SINI)
~ Kenyataan Mufti (BACA SINI)

Status pernikahan pasangan ini hanya akan diputuskan oleh Mahkamah Syariah pada 14 September ini setelah Joy memfailkan permohonan Faraq (pembubaran nikah).

Baru-baru ini sekali lagi Hafiz Hamidun memberi kenyataan tentang hal ini.

Kali ini menerusi dari rancangan hiburan Melodi di TV3.

Ini komen Hafiz apabila ditanya tentang status pernikahan dan juga claim dari Joy revfa:

"Saya tak tahu apa yang dia claim, apa yang dia failkan. Tak tahu apa tuntutan dia. Kalau dia kata dia bukan isteri orang semasa bernikah dengan saya, dia kena jawab tentang itu. Saya tidak ada apa-apa komen.


"Bukan saya yang menimbulkan apa-apa spekulasi. Kenyataan saya mudah sahaja.Kita kena bercakap melalui fakta. Buat masa ini, Disebabkan kes ini sudah masuk mahkamah, saya tidak ada apa-apa kenyataan.


Hafiz Hamidun juga ditanya oleh wartawan sama ada dia memeriksa latar belakang Joy Revfa sebelum memutuskan untuk bernikah dengan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak itu.

Ini komen dari Hafiz Hamidun:

"Kalau nak cakap tentang periksa (latar belakang Siti Arifah), kita telah pun melalui prosedur-prosedur yang sebenar. Ada kronologi dan fakta-fakta yang kukuh. Kenyataan seterusnya tidak boleh saya berikan sekarang.

Hafiz Hamidun juga diminta mengulas mengenai komen Joy bahawa dirinya ditinggalkan dan bagai digantung tidak bertali olehnya:

"Saya telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan benda-benda yang tidak diingini berlaku. Tindakan saya ialah berdasarkan fakta, bukannya rekaan, drama atau apa-apa yang membabitkan emosi. Saya juga dapat nasihat dari ustaz-ustaz serta pejabat agama sendiri.

"Saya telah berbincang dengan pendaftar nikah, rujuk dan juga cerai tentang situasi yang berlaku. Cukup saya katakan yang saya telah laksanakan tanggungjawab sepenuhnya untuk mengelakkan benda-benda yang tidak diingini berlaku.


"Segala kenyataan-kenyataan yang dia buat, tidak kira di laman sosial, televisyen, akhbar dan sebagainya, dia perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Di sendiri yang bawa kes ini ke mahkamah, dia kena menerima sebarang keputusan (mahkamah).

"Kalau dia kata tak dapat berhubung dengan saya dan ajak berbincang, saya sebenarnya tak ada apa-apa yang nak ditakutkan. Perbincangan kami sudah berlangsung sejak dulu, sebelum berlangsungnya pernikahan. Perbincangan itu sering dilakukan.Disebabkan dia sudah bawa tentang ini ke peringkat lebih tinggi iaitu dibicarakan di mahkamah, maka saya akan tunggu keputusan mahkamah.


Apabila ditanya tentang masa depan rumahtangganya, Hafiz ada mengatakan campur tangan orang luar memang tidak patut dan ini juga menunjukkan tiada rasa hormat terhadap Hafiz selaku suami.

Ini penjelasannya:

"Apabila kita berkahwin bukan hanya melibatkan lelaki dan wanita, suami dan isteri semata-mata, sebaliknya semua aspek: keluarga, peribadi, kerjaya dan sebagainya.

"Apabila berlaku isu dalam rumahtangga, kita hendak selesaikan secara baik namun nak dapat komitmen pihak yang satu lagi, timbul pula isu meluahkan perasaan, membabitkan campurtangan orang luar yang tidak sepatutnya.


"Itu menunjukkan bahawa tidak ada hormat kepada saya. Kalau dia rasa saya ini sebagai suaminya, dia perlu mendengar dan menerima nasihat, kerana setiap kali saya bercakap, nada saya bukannya melenting, Saya bercakap berdasarkan fakta, hukum-hakam agama yang betul, lunas-lunas undang-undang yang sewajarnya, tidak masukkan sebarang emosi dalam perbincangan yang membabitkan masa depan dan sebagainya. Kita tunggu dan lihat.


"Apa yang dia failkan akan ditentukan oleh mahkamah. Sekiranya kes ini boleh memberi implikasi kepada rumahtangga, saya sebenarnya bersikap positif. Saya tiada sebarang prasangka dan saya akan menghormati segala apa yang  diputuskan oleh mahkamah kerana itu cara terbaik.

Keputusan muktamad akan dibuat oleh Hakim Syarie pada 14 September ini, memandangkan hanya Hakim sahaja yang berhak menentukan secara rasmi sah atau tidak sesuatu penikahan.

Sumber: BeautifulNara

0 comments:

Post a Comment