Tuesday, August 15, 2017

Izreen Azminda Terkilan, Disingkir Gara-Gara Seorang Artis.. Siapa Tak Suka Izreen Azminda Tu??

Izreen Azminda Luah Rasa Terkilan, Disingkir Gara-Gara Seorang Artis 



Melalui laporan Berita Harian, satu kejadian mengejutkan berlaku kepada Izreen Azminda.

Pelakon popular Izreen Azminda luah rasa terkilan terhadap produksi program hiburan popular yang didakwa menyingkirkan beliau pada saat akhir.

Izreen Azminda memberitahu penyingkiran itu dibuat atas permintaan seorang artis yang turut terlibat dalam program tersebut.

Pelakon ini terkilan dengan insiden berkenaan memandangkan persiapan sudah pun dilakukan dan beberapa tawaran kerja ditolak demi program terbabit.

Namun Izreen terpaksa akur bahawa rezekinya tidak ada.

Ini pendedahan Izreen Azminda:

"Pada awalnya nama saya turut dipilih menyertai program itu dan pihak produksi juga sudah menetapkan tarikh bagi mengadakan sesi fotografi dan promosi.

"Tiba-tiba, pihak produksi memberi alasan sesi fotografi dan promosi ditunda. Apabila saya bertanyakan pada pengurus, dia kata, sebenarnya nama saya disingkirkan.

"Saya difahamkan, artis terbabit meminta produksi untuk membuat pilihan sama ada memilih saya atau dirinya. Sudah semestinya nama dia yang akan dipilih,"

"Saya anggap bukan rezeki saya dan saya juga memaafkan artis itu, jika benarlah apa yang dimaklumkan kepada saya.

"Cuma saya nak cakap, jika dia ada perasaan tak selamat dalam diri dan paranoid, memang hati takkan tenang sampai bila-bila," 


Itulah pendedahan yang dibuat oleh Izreen Azminda.

Ramai tertanya-tanya siapakah gerangan artis yang tak mahu berganding dengan Izreen tu ye?

0 comments:

Post a Comment