Monday, August 14, 2017

Shaheizy Sam, Sila Hadir Ke LHDN Segera!!

Shaheizy Sam, Sila Hadir Ke LHDN Segera!!


Shaheizy Sam memberitahu akan hantar peguam dan ejen cukai yang dilantik ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi menyelasaikan masalah bankrap yang menjadi isu hangat.

Sam mahu perkara itu diselesaikan secepat mungkin untuk elakkan masalah lebih teruk sehingga menjejaskan perniagaannya.


Ini kata Sam:

"Saya akan hantar peguam dan ejen cukai yang dilantik untuk selesaikan masalah ini di pejabat LHDN pada hari ini (Selasa). 

"Biarlah mereka yang bertanggungjawab menguruskan hal cukai saya dan selesaikan segala-galanya. Saya ada banyak perkara lain yang nak difikirkan.

"Tapi, Insya-Allah kalau saya tak ada kerja yang perlu dilakukan ketika itu, mungkin saya juga akan ikut sekali,"


"Isu ini bukan sahaja menganggu kehidupan harian saya tetapi telah memberi kesan kepada perniagaan yang sedang dijalankan. Apabila pihak lain membaca notis tersebut di surat khabar, sudah pasti mereka hanya percaya apa yang mereka baca.

"Mereka akan fikir yang saya sudah muflis dan tidak mahu menjalankan urus niaga dengan saya lagi. Sedangkan masalah bankrap itu masih jauh lagi,"


Sementara itu, wakil LHDN berkata, pihaknya tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Sam dinasihatkan untuk hadir segera ke pejabat LHDN.


Ini kenyataan LHDN:

"Buat masa ini kami tidak mahu beri sebarang kenyataan mengenai Shaheizy Sam. Kami tidak mahu menjadikan media sebagai medan untuk berbalah.

"Satu sahaja nasihat saya kepada artis itu, sila hadir ke LHDN atau hubungi pejabat kami untuk sebarang penjelasan. Terima kasih,"


Harapnya semua masalah selesai dengan baik.

0 comments:

Post a Comment