Tuesday, September 26, 2017

Michael Ang Tak Berani Ambil Fara Mendoza, Natasha Elyzza Dan Fathia Latiff Berlakon Dibawah Arahannya

Michael Ang Tak Akan Ambil Fara Mendoza, Natasha Elyzza Berlakon Dibawah Arahannya



Pengarah popular Michael Ang tidak akan mengambil beberapa pelakon yang telah mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Nama yang disebut ialah Fara Mendoza, Natasha Elyzza dan juga Fathia.

Fara Mendoza dan Natasha Elyzza dikatakan tidak akan diambil oleh Michale Ang.

Apabila ditanya tentang Fathia Latiff, Michael Ang kata tunggu sehingga dia betul-betul berubah baru Michael berani ambil.

Ini komen Michael Ang:


BUAT MALU 

"Fara Mendoza tu dengan Natasha Elyzza memang takkan ku ambil lagi berlakon. Buat hal je. Buat malu company je.


"Kau tak kenal Fara Mendoza? Dia dah buat macam-macam untuk jadi terkenal di Malaysia ni, okay? Kan dulu dia terkenal sekejap dengan Fizz Fairuz?

BIGO DAPAT DUIT

"Sejujurnya I dah lama ada Bigo (Live) tu, tapi I tak tahu yang buat Bigo tu boleh dapat duit. I baru tahu. 

"Rupanya banyak artis Malaysia buat Bigo untuk dapatkan duit. Banyak juga aku dengar ada orang dapat lebih RM 20,000 sebulan, okay? 

"Sebab dapat coins-coins tu ke apa. Patutlah si Natasha tu pergi buat Bigo tu. Rupanya dapat duit. Patutlah adalam video tu dia orang tanya, dah berapa, dah berapa, dah berapa.

TAK BERANI AMBIL FATHIA BUAT MASA INI

"Fathia berlakon? Tak berani lagi, dik, nak ambil. Tunggulah dia berubah betul-betul dulu, barulah I berani ambil.


"Kang dia buat hal aku lepuk pulak

Kenyataan ini dibuat oleh Michael Ang yang telah membuat siaran live bersama para followernya.

Michael Ang memang terkenal dengan mulut lasernya dan berani membuat kenyataan tentang sesuatu isu.

Sumber: beautifulnara

Afdlin Shauki Dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang, Kini Bergelar Dato Afdlin Shauki..TAHNIAH

AKHIRNYA Afdlin Shauki Dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang, Kini Bergelar Dato Afdlin Shauki


Selebriti popular Afdlin Shauki kini bergelar Dato Afdlin Shauki setelah menerima anugerah DIMP.

Pengumuman dibuat oleh rakan-rakan Dato Afdlin Shauki termasuk Dato Hans Isaac dan juga Dato AC Mizal.

Ini komen Hans Isaac:

"Tahniah pada my bro Dato Afdlin Shauki kerana dikurniakan darjat DIMP hari ni . Well deserved bro. Proud of you bro.

Ini pula komen dari AC Mizal dan isteri:

"Saya dan isteri ingin mengucapkan TAHNIAH buat partner kami and also our brother Afdlin Shauki diatas Pengurniaan Darjah Kebesaran DIMP yang membawa kepada title Dato.

"May this new journey for you will bring success to our 'Syiok TV' and your life brother. Let us be the first to congratulate you and alhamdullilah atas rezeki dari Allah for you our partner. 

"TAHNIAH YB DATO’ AFDLIN SHAUKI. 

Sememangnya Afdlin Shauki layak diberi gealran Dato kerana sering membawa pembaharuan dalam industri seni.

Karyanya banyak memberi impak kepada industri hiburan

Tahniah Dato Afdlin Shauki!!

Kepada Yang Belum Tengok.. Inilah Video Penuh Lawak Zizan Tentang "Datuk Beli"

Ini Video Penuh Lawak Zizan Tentang "Datuk Beli"


Sejak Sabtu memang agak kecoh tentang lawak Zizan tentang "Datuk beli".

Datuk Hans Isaac dan juga Datuk Eizlan Yusof telah menjadi bahan lawak Zizan itu.

Kepada yang tidak menonton anugerah tersebut, ini sedutan video tersebut.

Ini videonya:



Ekoran lawak ini, sedikit salah faham telah timbul antara Zizan Razak dan juga Hans Isaac.

Akhirnya mereka berdua telahpun berbaik-baik setelah Zizan dengan rendah diri memohon maaf tentang lawak tersebut.

Datuk Eizlan Yusof juga ada menyatakan Zizan telah meminta maaf kepadanya.


Monday, September 25, 2017

Datuk Eizlan Yusof Sedih Dengan Perbuatan Zizan Persendakannya

Datuk Eizlan Yusof Sedih Dengan Perbuatan Zizan


Selebriti Eizlan Yusof meluahkan rasa sedih dengan perbuatan pengacara Festival Filem Malaysia, Zizan Razak mempersendakan gelaran Datuknya.

Namun, Eizlan Yusof memberitahu bahawa Zizan ada menghubunginya untuk mengaku kesilapan dan meminta maaf.

Ini komen Eizlan Yusof:

"Siapa yang tak sedih apabila perkara sebegini boleh berlaku. Saya memang senada dengan Hans.


"Apa yang dia rasa, saya pun sama seperti itu. Tapi semua sudah selesai. Saya hormat dengan tindakan berani Zizan yang membuat permohonan maaf secara terbuka.


"Malah, dia juga ada menghubungi saya untuk meminta maaf.  Saya terima permohanan tersebut,"


Eizlan meluahkan rasa bangga dengan tindakan Hans Isaac yang mempertahankan diri dan juga rakan-rakan selebriti yang membawa gelaran Datuk.

Dalam pada itu, Eizlan berharap selepas ini tidak kira selebriti mahupun masyarakat agar jangan mempertikaikan institusi diraja.

Ini komen Eizlan Yusof lagi:

"Saya berbangga Hans yang mengambil tindakan terdahulu mempertahankan diri dan juga rakan-rakan selebriti yang lain.

"Saya harap selepas ini seluruh rakyat Malaysia tidak lagi mempertikaikan institusi diraja kerana ia adalah lambang kedaulatan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia.


"Apabila diberi gelaran Datuk, ia menjadi tanggungjawab kami memegang amanah yang diberi oleh institusi tersebut," 


Sumber: mStar

Kenyataan Tiz Zaqyah Tentang Aurat Jadi Viral... Bertelingkah Dengan Follower

Kenyataan Tiz Zaqyah Tentang Aurat Jadi Viral... Bertelingkah Dengan Follower



Pelakon Tiz Zaqyah ada meluahkan rasa yang terbuku di hatinya tentang persepsi orang ramai dengan wanita tidak bertudung.

Tiz Zaqyah juga ada berbicara tentang isu menutup aurat dan juga penghijrahan.

Pelakon yang popular menerusi imej bertudung dalam drama Nur Kasih, telah menempelak mereka yang sering melabel wanita tidak bertudung adalah tidak baik.

Tiz Zaqyah juga menyatakan niat untuk berhijrah kena ikhlas.

Ini luahan hati Tiz Zaqyah di laman twitter:




Ternyata kenyataan Tiz Zaqyah itu ada yang tidak dapat diterima oleh para follower.

Ada seorang lelaki yang menemplak kenyataan Tiz Zaqyah tersebut dan membuatkan kedua-duanya bertelingkah.

Ini pertelingkahan mereka berdua:


Sebelum ini Tiz Zaqyah ada mengentam Natasha Elyzza kerana video Bigonya yang trut menampilkan Fathia Latiff.

Untuk pengetahuan, Tiz Zaqah dan Fathia Latiff sememangnya amat rapat.

Peminat 'Sekolahkan' Ibu Bapa Mia Sara.. Apabila Penampilannya Di Festival Filem Malaysia Dikecam

Peminat 'Sekolahkan' Ibu Bapa Mia Sara.. Apabila Penampilannya Di Festival Filem Malaysia Dikecam


Mia Sara telah hadir ke anugerah Festival Filem Malaysia pada hari Sabtu yang lalu.

Pelakon berumur 12 tahun hadir dengan gaya yang amat anggun dan jelas kini Mia Sara sedang meningkat dewasa.

Namun cara pemakaiannya dikatakan terlalu 'dewasa' dari umurnya.

Ini antara foto Mia Sara yang dikecam hebat (LIHAT SINI)

Kemudian ada seorang follower yang bertindak memberi pesanan kepada ibu bapa Mia Sara tentang isu ini.

Ini komennya:


Apapun sebenarnya Mia Sara tampil cantik pada malam itu. ramai juga yang memuji Mia Sara.

Sumber: Ig Mia Sara

(5 FOTO) Fathia Latiff Langsung Tak Berubah.. Terus Perlekeh Cara Pakai Tudung

(5 FOTO) Fathia Latiff Langsung Tak Berubah.. Terus Perlekeh Cara Pakai Tudung


Nampaknya pelakon Fathia Latiff  terus diperkatakan orang ramai.

Sebelum ini namanya menjadi viral ekoran video Bigo menampakkannya sedang menari.

Kemudian, kisah sikapnya yang mempunyai masalah disiplin sehingga disingkirkan oleh pihak produksi dan wataknya digantikan oleh Zahirah McWilson.

Kali ini, Fathia Latiff dilihat masih lagi memakai tudung namun tetap menayang rambutnya.

Di laman Instagram, ramai yang menegur cara pemakaian tudung Fathia Latiff yang diihat tidak sempurna keraan sering ternampak rambut dan juga leher.

Fathia Latiff dilihat telah menutup ruangan komen setelah dikritik cara pemakaian tudungnya.

Ini antara komen dari para followernya.








Walaupun ditegur, Fathia Latif dilihat masih belum lagi berubah dan tetap memuatnaik foto yang memperlihatkan auratnya.

Ini foto terbaru Fathia Latiff:





Pelakon Drama Popular Kini Sedang Kritikal Di ICU

Pelakon Drama Popular Kini Sedang Kritikal Di ICU


Pelakon popular sebagai 'makcik mulut laser', Noryati Taib kini berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru atau pneumonia.

Perkara ini disahkan oleh pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin yang juga anak buah kepada Noryati.

Noryati yang kini berumur 60 tahun, dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

Shahrulezad memberitahu ibu saudaranya itu diletakkan dalam keadaan koma bagi membolehkan dia berehat.

Bagaimanapun keadaannya kritikal apabila dia dimasukkan ke  Unit Penjagaan Kritikal (CCU) pada pagi Isnin sebelum dipindahkan ke Unit Penjagaan Intensif  (ICU).

Ini komen Shahrulezad:

“Sebenarnya Mak Uda (Noryati) dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lalu kerana penyakit diabetes dan dia sudah dibenarkan pulang sejak semalam (Ahad) dan keadaannya baik sahaja.

“Bagaimanapun apabila sampai ke rumah dia tiba-tiba mengalami sesak nafas sebelum bapa saudara saya membawanya kembali ke hospital dan saya dimaklumkan Mak Uda mengalami jangkitan kuman pada paru-paru,”


“Apa saya diberitahu oleh sepupu saya keadaannya masih kritikal dan saya sedang menghabiskan satu babak drama arahan saya iaitu Monalisa sebelum bergegas pulang ke Johor untuk menziarahinya.


“Noryati sepatutnya berlakon dalam drama itu tetapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan dan saya minta dia berehat.


“Saya mohon kepada semua peminat mendoakan agar kesihatan ibu saudara saya kembali pulih,”


Noryati memulakan karier lakonannya menerusi drama Sinderela arahan Shahrulezad sendiri pada 2008.

Selain drama Sinderella, Noryati berlakon dalam banyak drama bersiri dan selalunya lakonannya membawa watak seorang yang mulut laser dan garang.

Sumber: mStar
.......................................................

WHAT IS PNEUMONIA?

Pneumonia is lung inflammation caused by bacterial or viral infection.

After lung infection occur, the air sacs (alveoli) fill with pus and may become solid.

Inflammation may affect both lungs ( double pneumonia ), one lung ( single pneumonia ), or only certain lobes ( lobar pneumonia ).

Here are the symptoms: 
Cough
Fatigue
Fever
Shortness of breath
Sputum
Chest pain

After symptoms occered, Pneumonia is diagnosed based on a combination of physical signs and a chest X-ray

Lelaki Dedah Perangai Shahrol Shiro..Dah Setahun Buat-Buat Lupa Hutang

Lelaki Dedah Perangai Shahrol Shiro..Dah Setahun Buat-Buat Lupa Hutang


Sejak akhir-akhir ini pelawak Shahrol Shiro telah dikaitkan dengan beberapa kisah panas. Sebelum ini ada spekulasi tentang bergaduh dengan isterinya.

Namun Shahrol Shiro telahpun mengeluarkan kenyataan tentang hal ini.

Baca kenyataan Shahrol Shiro tentang hal ini ( DI SINI )

Kali ini Shahrol Shiro dikaitkan dengan dakwaan ada hutang dan tidak menjelaskan bayaran yang sepatutnya kepada individu tertentu.

Dakwaan ini dibuat oleh seorang lelaki bernama Elmi dengan menggunakan tweet handle @ELMIELMO di Twitter .

Ini antara tweetnya:

"Isteri dia mengamuk tak kalau tau dia masih berhutang dengan aku tapi masih buat-buat taktau padahal dia minta harini, harini kerja siap.

"Aku rasa dia koyak sebab dia nak aku kerja dengan dia tapi aku tolak mentah-mentah. Setahun juga ni. Bukannya tak mampu bayar.



Tambah Elmi lagi, Shahrol juga telah block nombornya dan dia tidak dapat menghubungi Shahrol Shiro.

Jika benar kenyataan yang dikeluarkan individu tersebut seperti yang dikongsikan di laman Twitter itu, nampaknya adalah lebih baik sekiranya Shahrol Shiro tampil memberikan penjelasan terbaik bagi memperbetulkan situasi.

Sumber: Rotikaya

Sharnaaz Mengaku Salah Tumbuk Pekerja Kelab Golf.. Didenda Mahkamah

Sharnaaz Mengaku Salah Tumbuk Pekerja Kelab Golf.. Didenda Mahkamah


Pelakon popular Sharnaaz Ahmad didenda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Ini kerana Sharnaaz Ahmad mengaku salah menumbuk muka seorang pekerja kelab golf.

Sharnaaz Ahmad diperintah menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret selepas Sharnaaz akhirnya mengaku bersalah sengaja mendatangkan kecederaan dengan menumbuk muka lelaki bernama Gous Ali.

Kesalahan itu dilakukan di Level 1, TPC KL di Kuala Lumpur Golf Country Club,(KLGCC) Taman Tun Dr Ismail, dekat sini jam 5.30 petang pada 22 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Farah Adila Noordin mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sharnaaz, melalui peguamnya telah merayu memberi hukuman ringan atas alasan telah insaf dan telahpun  memohon maaf kepada pekerja yang ditumbuk itu.

Suami kepada kakak Neelofa, Noor Nabila hadir sendirian ke mahkamah kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Sumber: Sinar Harian
Sunday, September 24, 2017

Kerana Gambar Inilah Pelakon Kanak-Kanak Mia Sara Kena Hentam Sampai Digelar "Gedik Bodoh"

Kerana Gambar Inilah Pelakon Kanak-Kanak Mia Sara Kena Hentam


Pelakon cilik Mia Sara telah hadir ke anugerah Festival Filem Malaysia pada hari Sabtu yang lalu.

Ketika hadir di anugerah FFM29, Mia Sara telah menajdi tumpuan ramai.

Mia Sara kelihatan amat cantik dan dilihat sedang meningkat dewasa.

Namun cara pemakaian Mia Sara telah dikecam oleh netizen.

Sedang ramai memberi peringatan tentang pemakaiannya, tiba-tiba ada hater yang telah menggelarkannya 'gedik bodoh'.

Ini antara komen yang diterima Mia Sara:





Mia Sara yang kini berumur 12 tahun, pernah cetuskan satu fenomena dulu dengan sering menjadi pelakon kanak-kanak yang amat popular.

Antara filem lakonannya yang popular ialah Sekali Lagi dan Papa I Love You.

Mia Sara membuat pengumuman mengenakan hijab dan mula memperlahankan karier seninya.

Kini pelakon ini fokus berniaga tudung keluarannya.

Video Terbaru Hans Isaac Tentang Zizan Razak

Video Terbaru Hans Isaac Tentang Zizan Razak


Sabtu lalu telah berlangsung anugerah berprestij, anugerah Festival Filem Malaysia.

Keputsuan penuh FFM29 boleh lihat (SINI).

Ketika majlis itu, ada isu yang timbul antara pelawak Zizan dan juga Hans Isaac.

Hari ini, akhirnya, isu Hans Isaac dan Zizan Razak akhirnya telah selesai.

Selebriti yang juga pelakon dan pengarah popularm Hans Isaac telah membuat kenyataan mengatakan hubungannya dengan Zizan telah pulih.

Hans Isaac telah menerima permohonan maaf dari Zizan Razak tentang lawaknya yang membuat Hans terguris.

Ini kenyataan hans:

"Saya nak bagi statement apa yang berlaku antara Zizan dan saya di FFM, Zizan dah call saya dan minta maaf, saya dah terima. Kita dah bincang, dah selesai kes itu. So case closed guys.."

Ini video penuh:


Kisah ini bermula apabila Zizan Razak membuat lawak mengatakan "Dato beli" ketika anugerah Festival Filem Malaysia.

Semoga hubungan mereka baik-baik sahaja.

Sumber: IG Hans Isaac

Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia (FFM29)

Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia (FFM29)


Festival Filem Malaysia (FFM29) telah berlangsung di PWTC hari Sabtu yang lalu diacarakan oleh Zizan Razak.

Anugerah tersebut menyaksikan filem Adiwiraku dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM29 menewaskan empat buah filem saingannya iaitu Redha, Interchange, Hanyut dan Desolasi.

Berikut adalah keputusan penuh bagi kesemua anugerah yang dipertandingkan malam tadi:

FILEM BOX OFFICE
Abang Long Fadil 2 : (17.3 juta kutipan) - Skop Production / Astro Shaw
 
KOSTUM / BUSANA TERBAIK
Akma Suriati Awang - Hanyut

PENATAAN BUNYI TERBAIK
 Daniel - Hanyut

SINEMATOGRAFI TERBAIK
 Jordan Chiam - Interchange

PENYUNTING TERBAIK
 Nazim Shah - J Revolusi

PENATAAN SENI TERBAIK
 Zahirah Nakibullah - Interchange

PELAKON KANAK - KANAK TERBAIK
 Harith Haziq - Redha

PELAKON WANITA HARAPAN
 June Lojong - Redha

PELAKON LELAKI HARAPAN
 John Tan - You Mean The World To Me

PENGARAH HARAPAN
 Tunku Mona Riza - Redha

SKOR MUZIK TERBAIK
 David Koon - You Mean The World To Me

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
 Diana Danielle - Hanyut

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
 Shaheizy Sam - Interchange

CERITA ASAL TERBAIK
 Jason Chong - Adiwiraku

ANUGERAH KHAS JURI
 Desolasi  - Skop Production
 Shuttle Life  - MM2 Entertainment & More Entertainment
 Pekak  - Primework Studio Sdn Bhd

LAKON LAYAR TERBAIK
 Saw Teong Hin - You Mean The World To Me

ANUGERAH PENGGIAT BELAKANG TABIR
 Johan Arifin Ibrahim

ANUGERAH KARYAWAN SEPANJANG ZAMAN
 Datuk Yusof Haslam

PELAKON WANITA TERBAIK
 Sanggeta Krishnasamy - Adiwiraku

PELAKON LELAKI TERBAIK
 Namron - Redha

PENGARAH TERBAIK
 Dain Iskandar Said - Interchange

FILEM TERBAIK
 Adiwiraku - Sol Pictures Sdn Bhd, Iceberg Design Sdn Bhd & Filmmecca Studio Sdn Bhd

Taniah kepada para pemenang!

"Dia Tak Faham..." - Respon Balas Zizan Setelah Dikritik Afdlin Shauki

"Dia Tak Faham..." - Respon Balas Zizan Setelah Dikritik Afdlin Shauki



Memang agak kontroversi ketika Zizan Razak menjadi pengacar untuk anugerah Festival Filem Malaysia Sabtu lalu.

Ini ekoran lawaknya terhadap gelaran Datuk yang diterima oleh selebriti tanah air kononnya 'dibeli'.

Antara yang terasa dan berkecil hati ialah Hans Isaac.

Namun Zizan berkata lawaknya itu tidaklah keterlaluan.

Ini respon Zizan tentang lawaknya ( BACA SINI )

Kemudian, Afdlin Shauki pula memberi kritikan kepada Zizan dengan mengatakan pelawak ini tidak sesuai memakai kaca mata hitam ketika menajdi pengacara.

Ini komen Afdlin Shauki:

"FFM29 opening dari Zizan. Pengacara pakai spek hitam, maaf itu kesalahan besar bidang pengacaraan pasal pengacara tak boleh connect dgn audience!… mungkin pasal dia superstar dia boleh buat apa saja mungkin!

Kemudian Zizan telah tampil membei respon balas terhadap kritikan Afdlin Shauki itu.

Ini komen Zizan:

"Mungkin dia (Afdlin) tak faham dan kurang pasti mengenai perjalanan acara tersebut. Saya hanya memakai cermin mata hitam pada segmen pertama. Saya hanya pakai dalam satu segmen sahaja.

"Saya pakai cermin mata hitam pun kerana saya terus membuka majlis selepas selesai membuat persembahan pembukaan FFM29. Tidak mengapa, mungkin dia tidak tahu.

"Apa-apapun, saya hormat Afdlin sebagai seorang sifu saya dalam bidang hiburan.


Sumber: Astro Gempak

Ini Respon Balas Zizan Apabila Hans Isaac Bengang Dengan Lawaknya

Ini Komen Balas Zizan Apabila Hans Isaac Bengang Dengan Lawaknya


Zizan Razak menjadi tumpuan setelah lawaknya tentang 'Datuk beli' menjadi viral dan bualan hangat ketika menjadi pengacara untuk anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29).

Kata pelawak ini, apa yang disampaikan pada malam berkenaan tidak mendapat sebarang teguran daripada pihak produksi.

Kata Zizan, penonton seharusnya tidak memperbesarkan hal remeh temeh.


Ini komen Zizan:

"Pada saya kalau penonton gelak dan terhibur itu sudah cukup dan pihak produksi juga suka dengan perjalanan majlis malam ini.

"Saya juga tidak rasa apa yang saya sampaikan malam ini terlalu kasar dan penonton juga bijak menerimannya.

"Saya tidak bergurau berlebih-lebihan kerana apa yang saya cakap ditapis oleh pihak produksi. Mereka tidak cakap apa-apa pun,"


"Kenapa nak ambil kira perkara negatif sedangkan kita banyak perkara positif yang boleh dibincangkan malam ini.

"Bagaimanapun, kritikan adalah sesuatu yang baik dan bermakna ramai yang menonton siaran langsung tersebut,"


Itulah respon Zizan tentang  pendapat segelintir penonton yang kurang senang dengan cara penyampaiannya mengacarakan majlis rasmi tersebut.

Zizan juga telah bergurau kasar sehingga menyinggung perasaan Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof berkaitan gelaran Datuk.

Sumber; mStar

Ini Tindakan Mengejutkan Hans Isaac Apabila Zizan Menelefonnya.. Memang Betul-Betul Marah Ni..

Ini Tindakan Mengejutkan Hans Isaac Setelah Zizan Menelefonnya.. Memang Betul-Betul Marah Ni..


Hans Isaac benar-benar tersinggung dengan lawak 'datuk beli' oleh Zizan Razak di majlis Festival Filem Malaysia baru-baru ini.

Jelas Hans Isaac, lawak itu dilihat seperti mempertikaikannya walhal gelaran tersebut diterima atas usahanya sendiri selama 25 tahun dalam industri seni tanah air.

Ketika ini Hans Isaac seperti tidak dapat memaafkan lagi perbuatan Zizan Razak.

Hans Isaac memberitahu Zizan ada menghubunginya sejak malam tadi namun dia tidak mahu menjawab panggilan tersebut kerana tidak dapat menerima apa yang dilakukan kepadanya itu.

Ini pendedahan Hans Isaac:

"Zizan ada hubungi saya sejak malam tadi. Tapi saya tidak mahu membalas segala panggilannnya.

"Buat masa ini, saya memang tidak dapat terima apa yang dia katakan," 

Nampaknya Hans Isaac masih marah dengan lawak Zizan itu sampai tak mahu berbicara dengan pelawak tersebut.

Hans Isaac berkata, nama dan imejnya telah terjejas kerana lawak yang dibuat oleh Zizan secara live itu.

Ini kenyataan rasmi dari Hans Isaac tentang isu ini (BACA SINI)

Sumber; mStar

"Nama, Imej Saya Terjejas" - Respon Hans Isaac Yang Bengang Setelah Dimalukan Dengan Lawak Melampau Zizan

"Nama, Imej Saya Terjejas" - Respon Hans Isaac Setelah 'Dimalukan' Dengan Lawak Zizan


Selebriti popular Datuk Hans Isaac meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan lawak pengacara  Anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) iaitu Zizan Razak.

Bagi Hans Isaac, lawak Zizan itu amat melampau dan  keterlaluan.

~Baca lawak Zizan Razak itu ( DI SINI )

Kata hans Isaac, sebagai seorang pengacara yang mengendali anugerah berprestij, Zizan tidak patut buat lawak jenaka sebegitu sehingga menjejaskan imej dan namanya.

Ini kenyataan Hans Isaac:

"Terus-terang saya memang kecewa Zizan membuat lawak mempersoalkan gelaran Datuk yang saya terima daripada Sultan Pahang.

"Lawak tersebut telah membuatkan nama dan imej saya terjejas. Dia sebagai seorang pelawak tidak seharuskan menggunakan eleman lawak sebegitu.

"Dia bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti saya tetapi juga Sultan,"

"Saya hanya memberitahu perkara yang benar dan mempertahankan rakan-rakan yang lain. Dia tidak sepatutnya memperkecilkan kredibiliti orang lain.

"Saya terima gelaran ini secara profesional atas usaha saya selama 25 tahun di dalam industri seni.

"Macam-macam saya usahakan untuk memajukan industri. Bukan saya meminta-minta sendiri gelaran tersebut,"

Ketika majlis berlangsung, Zizan Razak secara berjenaka mengusik gelaran Datuk diperoleh pelakon berkenaan kononnya telah dibeli.

Hans Isaac menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada tahun lalu.

Inilah Lawak 'Panas' Zizan Yang Membuatkan Hans Isaac Tersinggung Bengang


Inilah Lawak 'Panas' Zizan Yang Membuatkan Hans Isaac Tersinggung Bengang


Semalam telah berlangsungnya sebuah anugerah berprestij di negara kita iaitu Festival Filem Malaysia ke-29.

Pada edisi kali ini, pelawak dan pelakn Zizan Razak dilantik sebagai pengacara festival bersama tiga pelakon wanita iaitu Siti Elizad, Elizabeth Tan dan Thanuja Ananthan.

Golongan pelawak sering menjadi pilihan untuk mengendalikan majlis besar seperti FFM kerana ianya dilihat dapat menggamatkan suasana dan Zizan memang dikenali dalam industri seni sebagai seorang yang bersahaja setiap kali di atas pentas.

Namun, kali ini, Zizan dilihat telah membuat lawak yang mengguris hati Hans Isaac.

Lawak sinis itu membuatkan Hans Isaac  menulis beberapa ayat yang terlihat seperti dia terasa hati dengan gurauan Zizan terhadapnya.

“Congratulations to all the winner tonight at festival film malaysia . But we really need to get our film festival act together . I did not even have a seat ready for me when I arrived as a presenter . Next year will be my 25th year in this industry. Having said that , After 30 over feature film as an actor / director / writer & producer … and winning 3 awards at FFM previously , I don’t think the comment by the FFM host zizan was called for. But guess thats the level of comedy the host had tonight !"

Apa yang Zizan cakap sampai Hans Isaac terguris dan bengang? Sebenarnya Zizan bergurau secara spontan dengan seperti mempertikaikan gelaran Datuk yang diterima oleh Hans Isaac.

Ketika Hans dipersilakan naik ke pentas, Zizan telah bergurau dengan Hans di mana dia berkata,

“Beli ke datuk….baju.. baju yang saya maksudkan adalah 'beli' baju,”

Ramai mengatakan gurauan 'makan dalam' dengan mengatakan kononnya gelaran datuk itu 'beli' membuatkan Hans Isaac tersinggung.

Para peminat Hans Isaac di Instagram juga turut merasakan bahawa gurauan Zizan itu sedikit keterlaluan.

"Dia buat lawak psl status dato, smada dato tu beli atau dapat, tpi dia buat2 tnya psl baju. Terkejut jugak dengar zizan slumber cakap mcm tu smlm. sabarlah…." - @wadacullen:

"Those comedian need to learn about manners. Maybe teguran ini agak kasar, but duit buat lawak berkepuk pon kalau tiada education tinggi tak kemana bro. Be wise and matured. People nowadays make joke bout others for fun (duit)."- @zers13:

Itulah kisahnya yang berlaku antara Zizan dan juga Hans Isaac.
Saturday, September 23, 2017

Janna Nick Beri Respon, Beri Pesanan Kepada Mereka Yang Menghentamnya

Janna Nick Beri Respon, Beri Pesanan Kepada Mereka Yang Menghentamnya


Setelah video panas tersebar melibatkan Fattah Amin dan Janna Nick, akhirnya pelakon ini tampil memberi respon.

Janna Nick akui memang sedang dikecam teruk kerana adegan tersebut, namun dia meminta netizen  tidak mengaitkan komen negatif melibatkan ibu-bapanya.

Pelakon berumur 22 tahun ini, berkata, dia menerima segala pendapat dan kritikan tersebut dengan hati yang terbuka, namun memebri pesanan jangan seekali melibatkan kedua ibu bapanya.

Ini komen Janna Nick:

"Ruangan kecaman, nasihat, pujian, kritikan, luahan perasaan, masalah rumah tangga, berniaga, tinggi langsing, vitamin kurus gemok, bengkung sajat disediakan... sila kecam tanpa melibatkan hentaman ke atas mak dan ayah..

"Bahasa kesat dibenarkan, semua di benarkan kecuali caci maki ke atas keluarga saya,"


Kenyataan itu diberikan menerusi ruangan di laman sosial Instagram pada malam Jumaat

Untuk pengetahuan Michael Ang telah memberi komen tenatng adegan yang melibatkan kedua pelakon utama Coffee Prince Janna Nick dan Fattah Amin.


~Baca komen Michael Ang ( DISINI )

Adegan drama Coffee Prince yang tersebar itu telah menjadi viral setelah rakan Janna Nick yang juga pelakon Fara Mendoza berkongsi di Insta Story.


Sumber: mStar
Friday, September 22, 2017

Komen Michael Ang Tentang Perbuatan Fara Mendoza, Sampai Video Fattah Amin & Janna Nick Tersebar

Komen Michael Ang Tentang Perbuatan Fara Mendoza, Sampai Video Fattah Amin & Janna Nick Tersebar


Semalam video Fattah Amin dan Janna Nick tersebar dengan meluas.

Video lakonan pasangan ini dalam drama Cofee Prince hangat diperkatakan orang ramai.

Kebanyakkan mereka tidak bersetuju adegan seperti ini ditayangkan.

~Tonton video itu (DISINI ).

Video itu tersebar apabila rakan Janna Nick, Fara Mendoza merakam adegan itu ketika di set penggambaran.

Video Fara Mendoza menjadi viral dan telah di repost oleh beberapa pihak.

Apabila ditanya tentang penyebaran video itu, ini respon Michael Ang.

Jom baca:

"Babak tersebut dirakam oleh Fara dan bukannya kru produksi yang sebarkan.

"Fara tidak berlakon dalam drama ini, dia hanya datang melawat Janna di set penggambaran.

"Kalau saya tahu dia nak rakam, pasti saya dah halang,"

"Selepas ini, tak kira pelakon atau kru, saya tak benarkan mereka merakam adegan sepanjang penggambaran.

"Tak mahu lagi orang salah faham dan hilang kejutan kerana penonton sudah tahu aksi dalam drama tersebut,"

"Saya masih waras dan tidak mungkin mewujudkan aksi yang boleh mengundang kontroversi dalam drama arahan saya,"


Sumber: mStar

Ini Respon Balas Pengarah Michael Ang Apabila Babak Fattah Amin & Janna Nick Dikecam

Ini Respon Balas Pengarah Michael Ang Apabila Babak Fattah Amin & Janna Nick Dikecam


Pengarah drama Coffee Prince, Michael Ang telah tampil memberi respon apabila satu babak dramanya itu menjadi viral.

~Tonton babak panas itu ( DI SINI )

Michael Ang menafikan wujudnya babak 'mesra' antara Fattah Amin dan Janna Nick.

Pengarah popular ini  cukup faham dengan sensitiviti masyarakat negara ini, oleh itu dia takkan sesekali memuatkan adegan sebegitu dalam karyanya.

Ini komen Michael Ang:

"Takkanlah saya sebodoh itu untuk menghasilkan babak 'ClUM'. Ini Malaysia. Semestinya saya peka dalam soal sensitiviti di negara kita. Tiada istilah 'ClUM' atau menggunakan 'camera trick' pun.

"Sebaliknya, saya hanya meminta Fattah meletakkan pipinya di sebelah kanan muka Janna. Tetapi, kedua-duanya tidak bersentuhan langsung. Itu saja yang saya arahkan kepada pelakon. Memang tak ada babak 'ClUM' pun,".


"(Isu itu timbul) kerana dia (Fara) mengambil video itu dari sudut yang menampakkan Fattah dan Janna seperti itu.

"Kalau tengok Insta Story seorang lagi pelakon, Emma Maembong, memang tak ada pun babak seperti yang dianggap netizen itu,"


Itulah komen dari Michael Ang tentang drama Cofee Prince adaptasi dari drama popular Korea.

Sumber: Berita Harian

Video Pula Tersebar..Inilah Adegan Fattah Amin Dan Janna Nick Yang Dikecam Teruk

Video Pula Tersebar..Inilah Adegan Fattah Amin Dan Janna Nick Yang Dikecam Teruk



Drama Coffee Prince versi Malaysia sedang menjalani penggambaran dan dilakonan oleh Fattah Amin dan Janna Nick.

Coffee Prince Malaysia ini diarahakn oleh Michael Ang.

Hari ni telah menajdi viral video adegan Fattah Amin dan Janna Nick yang dikritik hebat  kerana melakonkan aksi mesra.

Video tersebut menjadi viral di laman media sosial Instagram.

~Tonton video tersebut ( DISINI )

Ada dikalangan peminat yang menganggap adegan itu agak melampaui batas walaupun mereka tidak melakukannya betul-betul.

Sememangnya tiada sentuhan berlaku namun Fattah Amin dan Janna Nick dikritik teruk kerana adegan itu tidak patut dilakukan kerana ia dianggap boleh medorong perbuatan maksiat dalam kalangan remaja.

Sebagai selebriti, netizen berpendapat apa dilakukan oleh mereka akan menjadi ikutan peminat selain berharap babak ciuman tidak dimasukkan dalam drama itu nanti.


Ini antara komen dari orang ramai:

"Kenapa mesti tiru babak yang ini... Macam mana kalau budak-budak remaja tengok drama ini nanti, kan tidak elok. Lagipun kitakan orang Melayu Islam,"- @azizneny.

"Memang tidak dinafikan terkejut tengok babak ini, hmmm... Rasanya tak perlu buat adegan macam ini nampak terlalu dekat walaupun tak bersentuh," - @nurulrazahyra.

Bagaimanapun ada juga peminat setia Fattah mempertahankan tindakannya itu dan meminta adegan itu tidak diperbesar-besarkan kerana ia hanyalah lakonan apatah lagi tiada sentuhan anatar Fattah dan juga Janna.

Coffee Prince arahan Michael Ang dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November depan turut menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah, Sharifah Shahira dan ramai lagi.

Sumber; mStar

Tonton video tersebut ( DISINI )


Thursday, September 21, 2017

PPIM Sedang Siasat Datuk Boy Iman, Akan Beri Hasil Siasatan Pada Polis

PPIM Sedang Siasat Datuk Boy Iman, Akan Beri Hasil Siasatan Pada Polis



Melalui portal BeautifulNara, hampir 200 orang pembeli projek mini banglo yang dipasarkan oleh Boy Iman mendakwa telah ditipu.

Ini kerana rumah yang dibayar dengan harga RM 60,000 masih tidak disiapkan selepas setahun bayaran dibuat.

Lapor Malaysia Gazette, bersama wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mereka telah bertemu dengan Boy Iman semalam  namun Boy Iman sebagai wakil DBI Properties yang merupakan ejen pemasaran kepada syarikat pemaju Juta Kelulut Sdn Bhd juga mendakwa ditipu oleh skim tersebut sambil menyebut beberapa nama yang membayarnya untuk menubuhkan syarikat DBI Technology Sdn Bhd bagi memasarkan rumah berkenaan.

Menurut Pengurus Pentadbiran Unit Tindakan Khas (UTK) PPIM, Mohd Faris Ahmad Puzi, kira-kira seratus pengadu membuat aduan kepada PPIM selepas mengesyaki menjadi mangsa penipuan.

Ini komennya:

"Selama 2 tahun kononnya projek itu berlangsung namun hanya dua atau tiga rumah saja yang siap.


"Selebihnya tiada perkembangan, jadi tugas kami di sini adalah ingin memudahkan urusan pengadu membuat tuntutan sivil dan mendapatkan wang mereka semula.
 

Sehubungan itu, Faris berkata, siasatan masih dijalankan dan pihaknya masih belum boleh mendedahkan nama individu disyaki.

Sebelum ini, laman popular di Facebook PW Community menyiarkan dakwaan DBI menipu orang ramai dengan menggunakan helah menerusi skim piramid.

Boy Iman bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

"Ketika dihubungi, Faris turut meminta orang ramai menunggu hingga keputusan akhir siasatan diperoleh sebelum membuat apa-apa tuduhan.

"Kami masih belum memperoleh keputusan rasmi. Dia (Boy Iman) mungkin boleh didapati bersalah atau pun tidak.


Hasil siasatan ini akan kami serahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Boy Iman membuat laporan polis ke atas pengendali Facebook PW Community dan media yang didakwa memfitnah dan menyebabkan syarikatnya rugi.

Menurut Boy Iman, dakwaan PW Community itu tidak berasas.

Boy Iman turut mendakwa menerima ugutan di laman sosial daripada akaun yang tidak dikenali dan menyatakan kebimbangannya terhadap keselamatan kakitangan syarikatnya.

DBI Technology merupakan syarikat yang ditubuhkan Boy Iman selepas meninggakan DBI Properties, syarikat yang pernah menjadi ejen pemasaran kepada pemaju yang disyaki bertanggungjawab menawarkan banglo berharga 60,000 seunit.

Juta Kelulut Sdn Bhd merupakan syarikat pemaju yang bertanggungjawab ke atas projek mini banglo tersebut.

Dalam penjelasannya, Boy Iman mendakwa hanya bertindak memasarkan rumah-rumah tersebut dan bukan membinanya.

Rentetan daripada pertemuan itu, kesemua mangsa dan pihak PPIM bergerak ke Setapak bagi menjejaki pejabat pihak yang bertanggungjawab yang nama mereka telah disebutkan oleh Boy Iman.

Sebaik tiba di pejabat Juta Kelulut, mereka dipertemukan dengan wanita bernama Anggun dan suasana menjadi kecoh apabila mangsa-mangsa yang tertipu menjerit-jerit menuntut penjelasan lanjut.

Anggun bagaimanapun menjelaskan, beliau juga cuma bertindak sebagai ejen dan telah menyerahkan kesemua wang kepada pihak lain.

Tambahnya, beliau hanya diberi RM6 juta untuk membeli peralatan pembinaan dan menyebut nama dua individu yang bertanggungjawab mengambil wang tersebut yang sehingga kini tidak diketahui statusnya.

Kesemua mangsa hampa kerana matlamat mereka untuk menuntut wang masih belum tercapai.

Sumber: BeautifulNara

Video Sini:

5 Tahun Kahwin Dengan Datuk Ramli MS Masih Belum Dapat Anak, Ini Luahan Alyah

5 Tahun Kahwin Dengan Datuk Ramli MS Masih Belum Dapat Anak, Ini Luahan Alyah



Alyah akui tidak pernah berputus asa untuk terus berdoa agar memiliki anak kandung sendiri.

Kini sudah lima tahun Alyah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ramli MS, dan rumah tangga mereka kini bahagia.

Penyanyi ini tidak menafikan mereka sememangnya teringin untuk menimang cahaya mata seperti pasangan suami isteri lain.

Alyah mengatakan ada yang menawarkan anak angkat, namun enggan menerimanya kerana khuatir sekiranya gagal menjaga kebajikan mereka dengan baik.

Ini komen Alyah:

"Alhamdulillah, rumah tangga kami bahagia dan semuanya berjalan lancar.

"Saya tidak pernah putus berdoa kepada Allah agar dikurniakan zuriat sendiri dan saya percaya Allah adalah perancang terbaik.

"Mungkin belum rezeki kami lagi,"

"Ramai yang ingin berikan kami anak angkat tetapi saya mahu ada anak daripada darah daging sendiri.

"Dua anak angkat saya juga sudah besar dan tinggal di asrama.

"Saya tidak mahu menerima anak angkat buat masa sekarang kerana jadual kami sangat sibuk. Risau mereka terabai," 


Sumber: Astro Gempak

SAH!! Sajat Akhirnya Terima Tawaran Berlakon Dengan Fattah Amin


SAH!!  Sajat Terima Tawaran Berlakon Dengan Fattah Amin Drama Popular


Nama Sajat kini semakin popular di Malaysia. Hampir semua mengenali Sajat yag merupakan seorang usahawan berjaya.

Selain hebat dalam bidang perniagaan, sebenarnya Sajat juga mempunyai bakat yang besar dalam dunia lakonan.

Sajat telah dilamar oleh  Michael Ang bagi melakonkan satu watak di dalam drama Coffee Prince dan telah digandingkan dengan Fattah Amin.

Ini komen Sajat:

“Saya memegang watak kecil sebagai seorang wanita yang bekerjaya. Adegan ini menunjukkan sesi perkenalan antara saya dan Fattah.

“Mesti ramai tertanya-tanya kami berkenalan sebagai apa kan. Mungkin ‘skandal’ mungkin kenalan. Kalau nak tahu sama ada saya akan jadi ‘skandal’ bagi watak yang dilakonkan Fattah, kenalah tonton drama ni nanti,”

“Fattah seorang sangat positif dan terbuka. Lagipun kami dah buat latihan dahulu sebelum sesi penggambaran. Michael pun ada beri tips dan penerangan dari segi jalan cerita dan situasi lakonan.

“Jadi, lebih memudahkan Sajat untuk memegang watak tu. Lagipun Sajat memang wanita berkerjaya seperti sekarang. Jadi, tak ada masalah,”

“Saya terima tawaran berlakon daripada Michael ni pun disebabkan watak kecil tetapi memberi impak yang besar dalam drama ini.”

“Saya juga berharap drama ini nanti mendapat rating yang bagus sebab ia melibatkan pelakon-pelakon popular seperti Fattah, Janna selain pengarahnya yang hebat dan versatil,”


Sebenarnya Sajat sudah ada pengalaman berlakon dalam filem Ophilia pada tahun 2014 lalu dan turut bergiat aktif dalam pementasan teater.

Cofee Prince mengganding dua pelakon popular Fattah Amin dan juga Janna Nik arahan Michael Ang.

Video Baru Fathia Latiff.. Tampil Secara Live, Nampak Leher Pulak

Video Baru Fathia Latiff.. Tampil Secara Live, Nampak Leher Pulak



Fathia Latiff kini diselebungi kontroversi apabila video menari tersebar dan juga kes masalah disiplin sehingga disingkir oleh pihak produksi.

Yang terbaru, Fathia Latiff telah tampil secara live di Instagram dan berinteraksi dengan para followernya.

~Tonton video terbaru Fathia Latiff (DI SINI)

Dia telah menerangkan mengapa dia membuat pengakuan bahawa wanita yang menari dalam video Bigo Natasha Elyzza ialah dirinya.

Ini komen Fathia Latiff:

"Saya tak sedar. Kalau kita dengan kawan-kawan perempuan, kitakan buat video peribadi, yang hanya disimpan sesama sendiri. Tapi itulah, perkara dah terjadi.

Fathia Latiff kemudian ditanya oleh peminatnya sama ada dia telah bertaubat, ini pula komen Fathia Latiff :

"Ia antara saya dan tuhan. Sama ada saya bertaubat atau tak taubat antara saya dengan tuhan. Saya tak perlu beritahu satu dunia saya dah bertaubat atau tidak. Biarkan perkara lepas itu berlalu.

"Tetapi saya rasa dah buat keputusan yang betul dengan mengaku yang memang saya yang ada dalam video itu. Saya tak mahu berbohong.


"Saya tak mahu berbohong kerana ini realiti dunia, yang kita berbuat silap.


"Ia tak baik kerana video itu terkeluar dan ia menunjukkan contoh yang tidak baik kepada orang yang lebih muda dari saya. Tapi sebenarnya kalau kita ambil secara positif, kita boleh berseronok dengan kawan tetapi pastikan jangan terus percaya kawan kita, pastikan tiada kamera dan sebagainya.

"Itulah yang saya pelajari dari kesilapan saya.


Kemudian apabila diminta supaya belajar menutup aurat dengan betul selepas ini, ini respon dari Fathia Latiff:

"Bukan hanya aurat sahaja. Ada perkara lain yang juga penting seperti berbuat baik kepada orang lain dan juga berbuat baik kepada haiwan. Bagaimana anda melayan orang lain, bukan saja hanya aurat.

"Aurat ialah sebahagian dari apa yang kita belajar dalam Islam. Tetapi ada perkara lain yang kita perlu belajar. Bukannya bila anda tutup kepala anda, anda boleh lakukan apa saja yang anda mahu contohnya kecam orang lain, atau menyumpah orang lain. Itu pun salah juga, kan?:


Fathia juga menganggap seperti mana orang lain menghadapi dugaan, kontroversi di Bigo Live ini juga satu dugaan yang perlu dihadapnya.

~Tonton video terbaru Fathia Latiff (DI SINI)

Ada juga peminat yang bertanya mengapa Fathia tampil secara live menampakkan leher tetapi Fathia Latiff tidak menjawab persoalan tersebut.

Sumber: BeautifulNara

Ini Status Dari Isteri Shahrol Shiro Yang Buat Ramai Tertanya-Tanya..

Ini Status Dari Isteri Shahrol Shiro Yang Buat Ramai Tertanya-Tanya..


Shahrol Shiro dan isterinya Anna Danisha telah bernikah tahun lalu dan telahpun dikurniakan seorang anak.

Sebelum berkahwin sehinggalah kini, memang jarang mendengar gosip atau kontroversi melibatkan kedua-dua mereka ini.

Namun, beberapa hari lalu, Anna Danisha telah membuat beberapa status di laman Instagram miliknya yang mencetuskan tanda tanya.

Ini status dari Anna Danisha:





Ternyata amat marah status tersebut, namun tidak disebut secara spesifik kepada siapa ianya ditujukan.

Kemudian, Anna Danisha ada menulis komen di ruang IG milik Shahrol Shiro mengatakan ramai perempuan tergila-gilakannya.

Ini membuatkan ramai menyangka status itu dibuat kepada suaminya Shahrol Shiro.

Ini komennya:


Apabila kes ini menajdi viral kedua-dua suami isteri ini telahpun membuat kenyataan.

Ini respon balas dari Shahrol Shiro dan isteri tentang hal ini (BACA SINI)