"Dia Tak Faham..." - Respon Balas Zizan Setelah Dikritik Afdlin Shauki

"Dia Tak Faham..." - Respon Balas Zizan Setelah Dikritik Afdlin Shauki



Memang agak kontroversi ketika Zizan Razak menjadi pengacar untuk anugerah Festival Filem Malaysia Sabtu lalu.

Ini ekoran lawaknya terhadap gelaran Datuk yang diterima oleh selebriti tanah air kononnya 'dibeli'.

Antara yang terasa dan berkecil hati ialah Hans Isaac.

Namun Zizan berkata lawaknya itu tidaklah keterlaluan.

Ini respon Zizan tentang lawaknya ( BACA SINI )

Kemudian, Afdlin Shauki pula memberi kritikan kepada Zizan dengan mengatakan pelawak ini tidak sesuai memakai kaca mata hitam ketika menajdi pengacara.

Ini komen Afdlin Shauki:

"FFM29 opening dari Zizan. Pengacara pakai spek hitam, maaf itu kesalahan besar bidang pengacaraan pasal pengacara tak boleh connect dgn audience!… mungkin pasal dia superstar dia boleh buat apa saja mungkin!

Kemudian Zizan telah tampil membei respon balas terhadap kritikan Afdlin Shauki itu.

Ini komen Zizan:

"Mungkin dia (Afdlin) tak faham dan kurang pasti mengenai perjalanan acara tersebut. Saya hanya memakai cermin mata hitam pada segmen pertama. Saya hanya pakai dalam satu segmen sahaja.

"Saya pakai cermin mata hitam pun kerana saya terus membuka majlis selepas selesai membuat persembahan pembukaan FFM29. Tidak mengapa, mungkin dia tidak tahu.

"Apa-apapun, saya hormat Afdlin sebagai seorang sifu saya dalam bidang hiburan.


Sumber: Astro Gempak

0 comments:

Post a Comment