Farid Kamil Menyorok Selama Seminggu Di Rumah Takut Dikecam

Farid Kamil Menyorok Selama Seminggu Di Rumah Takut Dikecam



 Pelakon Farid Kamil akui dia menyorok dalam rumah selama seminggu selepas mewarnakan rambutnya dengan warna 'blonde'.

Farid Kamil malu untuk keluar dari rumah kerana khuatir warna rambut blonde itu akan dikecam oleh peminat.

Namun begitu, isterinya, Diana Danielle menyakinkan imejnya itu amat sesuai dengannya.

Tambah Farid Kamil lagi, dia mewarnakan rambut bukanlah untuk suka-suka tetapi bersebab.

Warna blonde dipilih untuk menjayakan wataknya dalam drama bersiri terbaharu, Lafazkan Kalimah Cintamu.


Ini pendedahan dari Farid Kamil:

"Kalau diikutkan selepas mewarnakan rambut seminggu saya tak keluar rumah sebab malu dengan warna rambut blonde saya ni.

"Walaupun isteri saya kata ia kelihatan okay sahaja tetapi saya rasa macam lain.

"Saya perlu mewarnakan rambut kerana watak saya dalam drama itu sebagai lelaki kacukan Mat Saleh dan Melayu dan bukannya suka-suka,"


Drama adaptasi daripada novel itu menggandingkan Farid Kamil dengan Nelydia Senrose, Uqasha Senrose, Azhar Sulaiman dan Elly Suriati.

Selain drama bersiri terbabit,  Farid Kamil bakal tampil dengan filem Tombiruo: Penunggu Rimba, filem yangditunggu ramai.

Filem itu dibintangi oleh Farid Kamil, Zul Ariffin, Nabila Huda, Faizal Hussein dan bakal menemui penonton di pawagam pada 12 Oktober depan.

0 comments:

Post a Comment