(FOTO) Kad Kahwin Tersebar, Engku Emran Dan Laudya Cynthia Bella Nikah Hari Ini


(FOTO) Kad Kahwin Tersebar, Engku Emran Dan Laudya Cynthia Bella Nikah Hari Ini


Akhirnya Engku Emran dan juga pelakon popular Laudya Cynthia Bella akan disatukan juga.

Pasangan ini dikatakan akan bernikah hari ini, hari Jumaat (8/9/2017) setelah foto kad jemputan kahwin mereka tersebar di laman media sosial.

Menerusi laporan dari Media Hiburan, mereka berdua dikatakan bakal disatukan di Malaysia sekitar jam 4.30 petang.

Walaupun tidak terlihat jelas tulisan pada undangan tersebut, namun disitu ada tertera nama mereka dan tarikh perkahwinan. Tetapi untuk lokasi pernikahannya hanya tertulis Kuala Lumpur.

Lebih menguatkan lagi bahawa hari perkahwinan akan berlangsung, sejak kelmarin beberapa kawan karibnya seperti pasangan Zaskia Sungkar dan Irwansyah, Whulandari Herman dan Melly Goeslaw dilihat sudah berada di Kuala Lumpur.

Mereka juga dilihat berada di sebuah hotel sekitar KLCC.

Satu majlis Bridal Shower yang ringkas juga telah diadakan khas buat Bella

Semoga majlis perkahwinan Bella dan Engku Emran berjalan dengan lancar. Tahniah buat kedua pasangan serasi ini.



0 comments:

Post a Comment