"Hanya 5 Bulan Berkenalan.." - Laudya Cynthia Bella Dedah Bagaimana Engku Emran Berjaya Menawan Hatinya

"Hanya 5 Bulan Berkenalan.." - Laudya Cynthia Bella Dedah Bagaimana Engku Emran Berjaya Menawan Hatinya



Pasangan baru berkahwin Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella dilihat amat serasi bersama.

Walaupun hanya berkenalan selama 5 bulan, pasangan ini disatukan melalui ikatan sah, diijabkabulkan  pada 8 September yang lalu.

Melalui satu perkongsian di laman Instagram, Laudya Cynthia Bella mendedahkan mengapa dia terpikat dengan Engku Emran.

Apa yang membuatkan Engku Emran berjaya memikat hati Laudya Cynthia Bella? Jom baca pendedahan dari pelakon ini:

"Saya jatuh hati dengan cara abang mencintai Allah, dengan cara abang mencintai saya, cara mencintai keluarganya

"Lebih lagi dengan cara abang mencintai aleesya, sosok ayah yang saya inginkan untuk memimpin dan melindungi anak2 saya dan abang nanti.

"Disaat saya iklhas,saya di pertemukan dengan dia. Dari masa kenal samapai hari ini,kami hanya melewati 5 bulan. Dan kurang dari 1 bulan untuk persiapan pernikahan kamu..Ini adalah jalan Allah. Terimakasih Allah perjalanan yang indah ini.. 


Itulah antara ucapan dari Laudya Cynthia Bella di laman IG miliknya.

Ternyata antara sikap Engku Emran yang membuatkan Laudya Cynthia Bella terpesona ialah sikap kebapaan yang baik berjaya memikat hati Bella.

0 comments:

Post a Comment