Isu Pelakon Kayu, Ini Pula Komen Dari Farid Kamil... Makin Ramai Beri Pendapat Kepada Pelakon Kayu Ni

Isu Pelakon Kayu, Ini Pula Komen Dari Farid Kamil... Makin Ramai Beri Pendapat Kepada Pelakon Kayu Ni



Farid Kamil merupakan nama besar dalam industri seni tanah air.

Suami kepada Diana Danielle ini memang berbakat besar dan pernah dicalonkan dan menang anugerah pelakon lelaki terbaik.

Ketika ini, isu pelakon kayu semakin hangat diperkatakan. Yang terbaru, antara yang memberi komen ialah Beto Kusyairy.

Kini, Farid Kamil telah membuka mulut tentang isu ini.

Ini komen Farid Kamil:

"Bagi saya, pelakon baru harus bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum melangkah ke set penggambaran.

"Mereka harus diberikan peluang untuk mengasah bakat lakonan dan diberikan kesempatan untuk berlatih lagi bagi meninggalkan gelaran kayu itu,"

"Saya juga bermula dari bawah. Di awal kemunculan, saya banyak belajar dari pelakon senior hebat seperti Erra Fazira.

"Mereka banyak memberikan input serta dorongan kepada saya ketika saya masih baru dalam dunia lakonan. Saya jadikan mereka 'role model' dan kini, saya melakukan perkara yang sama terhadap pelakon baru," 

Nampaknya komen yang diberikan oleh Farid Kamil kepada pelakon baru nyata berbeza berbanding pandangan pelakon-pelakon lain.

Komen Farid amat positif dan membina.

Sumber: AstroGempak

0 comments:

Post a Comment