"Nama, Imej Saya Terjejas" - Respon Hans Isaac Yang Bengang Setelah Dimalukan Dengan Lawak Melampau Zizan

"Nama, Imej Saya Terjejas" - Respon Hans Isaac Setelah 'Dimalukan' Dengan Lawak Zizan


Selebriti popular Datuk Hans Isaac meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan lawak pengacara  Anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) iaitu Zizan Razak.

Bagi Hans Isaac, lawak Zizan itu amat melampau dan  keterlaluan.

~Baca lawak Zizan Razak itu ( DI SINI )

Kata hans Isaac, sebagai seorang pengacara yang mengendali anugerah berprestij, Zizan tidak patut buat lawak jenaka sebegitu sehingga menjejaskan imej dan namanya.

Ini kenyataan Hans Isaac:

"Terus-terang saya memang kecewa Zizan membuat lawak mempersoalkan gelaran Datuk yang saya terima daripada Sultan Pahang.

"Lawak tersebut telah membuatkan nama dan imej saya terjejas. Dia sebagai seorang pelawak tidak seharuskan menggunakan eleman lawak sebegitu.

"Dia bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti saya tetapi juga Sultan,"

"Saya hanya memberitahu perkara yang benar dan mempertahankan rakan-rakan yang lain. Dia tidak sepatutnya memperkecilkan kredibiliti orang lain.

"Saya terima gelaran ini secara profesional atas usaha saya selama 25 tahun di dalam industri seni.

"Macam-macam saya usahakan untuk memajukan industri. Bukan saya meminta-minta sendiri gelaran tersebut,"

Ketika majlis berlangsung, Zizan Razak secara berjenaka mengusik gelaran Datuk diperoleh pelakon berkenaan kononnya telah dibeli.

Hans Isaac menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada tahun lalu.

0 comments:

Post a Comment