(PANAS) Satu Lagi Sindiran Pedas Buat Fattah Amin, Kali Ini Dari Pelakon Sharifah Amani ..Setepek Kena

(PANAS) Satu Lagi Sindiran Pedas Buat Fattah Amin, Kali Ini Dari Pelakon Sharifah Amani


Satu berita tentang Fattah Amin yang tidak mahu berlakon berjemur di bawah sinaran matahari sememangnya mendapat perhatian ramai.

Sebelum ini, Nabil ada menyindir Fattah Amin tentang hal ini. (BACA SINI)

Kali ini seorang lagi selebriti yang memberi komen panas  terhadap Fattah Amin sekaligus mengundang kemarahan peminat setia pelakon itu.

Sharifah Amani telah menulis komen sindiran terhadap Fattah Amin berhubung tajuk sebuah artikel yang menyatakan Fattah tidak boleh berjemur ketika menjalani penggambaran.

Komen pelakon wanita ini menimbulkan kemarahan mereka apabila dia mendakwa peminat terlalu memuja Fattah.

Malah Sharifah Amani menghormati Fattah yang menggelarkan dirinya selebriti dan bukannya pelakon.

Ini komen Sharifah Amani:

"Gyus, the guy is a manusia bukan Tuhan. Calm down. Jangan nanti minat jadi puja. Bahaya tu. Hati hati
.
"Minat itu boleh tapi ini nak jadi puja dah wei. Nervous kita," 

"Saya bukan sahaja baca artikle itu tapi siap tengok video sekali. Saya hormat dia kerana mengelar diri sebagai selebriti bukan pelakon.

"Terima kasih sangat, sebab mungkin selebriti cuba berlakon tak boleh berjemur sangat kena jaga imej.

"Mungkin benda itu betul. Saya tidak tahu. Saya seorang pelakon," 

"Sebagai pelakon kita diberi tanggungjawab untuk menceritkan nashkah itu sejujurnya tak kiralah macam mana pun situasinya. Panas atau hujan.

"Ini baru suruh berpanas sikit, belum suruh buat lagak ngeri terjun sungai dengan air deras siap ada buaya. Cuba tanya Sofia Jane macam mana dia buat,"

RESPON PEMINAT FATTAH AMIN

Ternyata peminat Fattah Amin tidak dapat menerima komen dari Sharifah Amani lantas menghentam semula Sharifah Amani.

Ada mengatakan Sharifah Amani merupakan pelakon sendu dan hanya mahu publisiti murahan.

Untuk pengetahuan, Sharifah Amani pernah menjadi pemenang untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19).

Walaupun pernah dinobatkan sebagai pelakon terbaik, kerana mengkritik Fattah Amin, para peminat Fattah mengehentam lakonan Sharifah Amani.

Sumber: mStar


0 comments:

Post a Comment