Pendedahan Punca Utama Mengapa Stacy Dan Akim Tidak Sertai AF Megastar

Pendedahan Punca Utama Mengapa Stacy Dan Akim Tidak Sertai AF Megastar



Akademi Fantasia Megastar kini telahpun bermula. Namun ada beberapa peserta yang amat popular tidak menyertai pertandingan ini.

Antaranya ialah seperti Mawi, Stacy, Akim, Hafiz, Aizat Amdan dan Hazama yang seterusnya menajdi tanda tanya penonton.

Pihak Berita Harian telah mendapatkan kenyataan dari salah seorang juara AF iaitu Stacy yang juga isteri kepada Akim Ahmad.

Penyanyi popular ini telah  menyatakan alasan dan prinsipnya, punca mengapa dia tidak menyertai AF Megastar.

Ini komennya:

"Saya bukan tak mahu 'reunion' dengan bintang AF lain. Jika ikutkan hati, memang teringin apatah lagi dapat berjumpa semula kawan-kawan lama.

"Namun, selepas memikirkannya, saya memutuskan biarlah peluang itu diberi kepada orang lain. Biarlah mereka diberi keutamaan, bukan saya.

"Sudah 10 tahun saya diberi sedikit kelebihan dan berada dalam kedudukan sendiri di pentas seni, ..biarlah saya teruskan perjalanan saya ini,"


Memang bagus pemikiran seperti Stacy ini.

Kalau dia dan Akim sertai, sudah tentu mereka antara penyanyi yang bakal bersaing untuk menjadi juara sekaligus menutup ruang peserta yang kurang menyerlah.

Dalam perkembangan terkini, Stacy kini kembali aktif selepas berehat panjang kerana melahirkan anak sulung, Eshaal yang kini berusia enam bulan.

Penyanyi hebat dan lincah ini bakal mengeluarkan lagu terbarunya tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment