Respon Apabila Tersingkir, Mila Luah Rasa Sedih

Mila Akui Rasa Amat Sedih Tersingkir


Juara Akademi Fantasia musim ke-5 iaitu Mila Jirin akui berasa sedih apabila namanya tidak tersenarai dikalangan Top 12 peserta yang layak di Akademi Fantasia (AF) Megastar.

Namun begitu, Mila akur dan menghormati keputusan yang dibuat oleh juri.

Penyanyi kecil molek ini juga menyatakan tiada rasa kesal walaupun sudah menghabiskan banyak masa untuk persediaan menyertai rancangan terbabit.

Ini komen Mila:

"Secara jujur memang berasa sedih tapi saya reda kerana ini adalah adat pertandingan. Saya hormati keputusan dan penilaian yang dibuat oleh juri dalam memilih 12 yang terbaik.

"Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya, rezeki saya mungkin ke arah perniagaan," 

"Saya tidak menyesal walaupun sebulan itu saya terpaksa membahagikan masa kepada nyanyian, ibu dan perniagaan.

"Bagi saya ini adalah peluang terbaik saya untuk kembali ke dunia hiburan. Biarpun tiada rezeki, namun saya terharu masih ramai yang memberi sokongan kepada saya untuk kembali aktif,"

Mila juga ada menulis luahan hatinya di laman IG miliknya.

Ini tulisnya di laman IG:

"ALLAH Lebih Tahu" Apa yang terbaik buat saya ....Saya merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. 

"TERIMA KASIH Dato @aliffsyukriterlajaklaris, Doakan saya berjaya dilapangan saya... It's an honor to meet you & Datin"

"Percaturan Allah, REZEKI saya lebih kearah Perniagaan saya @bizmilla_catering #AkuBersyukur TERIMA KASIH ALLAH diatas segala Nikmat ini.

"Jom kita sama2 doakan rakan2 artis yang bertanding di #AFMegastar Berjaya dunia Akhirat dan Semoga mereka mendapat apa yang mereka cari dan hajati dilapangan seni suara tempatan

"Love, MILA JIRIN"

Sebenarnya memang ramai yang terkejut dan rasa tak puas hati apabila nama Mila diumumkan antara yang gagal ke top 12.

Anataranya ialah penaja program AF Megastar iaitu Datuk Aliff Syukri yang kecewa apabila namanya tidak tersenarai untuk pertandingan tersebut.

Lihat reaksi Aliff Syukri ( DI SINI ).

Oleh kerana sambutan hangat yang dietrima, Mila merancang untuk keluar dengan lagu single terbaru untuk mengubati kerinduan peminat-peminatnya.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment